السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MENCIUM HAJARUL ASWAD
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ يَاقُوتَةٌ بَيْضَاءُ مِنْ يَاقُوتِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّمَا سَوَّدَتْهُ خَطَايَا الْمُشْرِكِينَ، يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِثْلَ أُحُدٍ، يَشْهَدُ لِمَنِ اسْتَلَمَهُ وَقَبَّلَهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا"
Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Hajar Aswad adalah permata putih daripada permata syurga. Ia menjadi hitam disebabkan dosa-dosa orang musyrik. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan sebesar Bukit Uhud dan akan menjadi saksi bagi sesiapa yang menyentuh dan menciumnya di dunia.”
(HR Ibnu Huzaimah, No. 2734) – Hadis Hasan Sahih
Pengajaran Hadis:
1. Hajar Aswad berasal dari syurga dan asal warnanya putih bersih. Ia menjadi hitam kerana dosa orang musyrik.
2. Menyentuh dan mencium Hajar Aswad merupakan ibadah yang menunjukkan penghormatan terhadap syiar Islam dan sunnah Nabi SAW.
3. Dosa boleh memberi kesan secara rohani dan fizikal – seperti Hajar Aswad yang berubah warna kerana dosa.
4. Umat Islam mencium Hajar Aswad bukan kerana batunya, tetapi kerana mencontohi Nabi SAW.
22 Zulkaedah 1446H | 20 Mei 2025
No comments:
Post a Comment