السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
*Doa Yang Mencukupi Urusan Agama dan Dunia*
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا أَبُو مَالِكٍ سَعْدُ بْنُ طَارِقٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَقُولُ حِينَ أَسْأَلُ رَبِّي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي وَجَمَعَ أَصَابِعَهُ الْأَرْبَعَ إِلَّا الْإِبْهَامَ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ يَجْمَعْنَ لَكَ دِينَكَ وَدُنْيَاكَ
_*Telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah memberitakan kepada kami Abu Malik Sa'd bin Thariq dari ayahnya bahawa dia mendengar Nabi SAW telah di kunjungi oleh seseorang laki-laki sambil bertanya; "Wahai Rasulullah, apa yang patut aku ucapkan ketika aku memohon kepada Tuhanku?" Baginda menjawab: "Ucapkanlah; Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikan kepadaku kesejahteraan dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Kemudian baginda merapatkan keempat jari tangannya kecuali ibu jari lalu bersabda: "Sesungguhnya perkara-perkara tersebut akan mencukup (kebaikan) bagi agama dan duniamu."*_ (HR Ibnu Majah No: 3835) Status: Hadis Sahih.
*Pengajaran:*
1. Berdoa adalah tuntutan seorang Muslim dan menjadi tanda kebergantungan kita kepada Allah.
2. Kita sentiasa bergantung kepada keampunan dan rahmat Allah, walaupun banyak melakukan amal soleh.
3. Kita mendambakan ‘Afiyah yang merangkumi keselamatan dan kesejahteraan daripada segala keburukan pada agama, tubuh badan, keluarga, harta dan kehidupan. Ia antara nikmat yang sangat besar dan sewajarnya selalu diminta.
4. Kita juga mengharapkan rezeki yang melimpah. Rezeki bukan hanya wang, tetapi segala pemberian Allah yang membawa manfaat antaranya ilmu yang bermanfaat, pasangan yang baik, anak yang soleh, sahabat yang baik, kesihatan, masa yang berkat, pekerjaan yang halal, ketenangan hati dan peluang melakukan amal soleh.
5. Rasulullah SAW menggalakkan doa yang ringkas tetapi menyeluruh, mencukupi untuk urusan agama dan dunia, antara doanya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي
*Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikan kepadaku kesejahteraan dan kurniakanlah rezeki kepadaku*
Hadis ini menunjukkan kelebihan doa yang ringkas ini tetapi menghimpunkan keperluan asas seluruh kehidupan manusia iaitu keampunan dari dosa, rahmat kebaikan, selamat sejahtera juga kurniaan rezeki.
15hb Rabiulakhir 1448H
27hb September 2026M
No comments:
Post a Comment