Victoria merupakan habitat pilihan buat kebanyakkan hidupan tempatan di kepulauan Australia. Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung untuk melihat spesies hidupan liar dan burung-burung yang pelik dan popular.
Pengunjung akan menyaksikan dengan mata sendiri keajaiban penghuni Phillip Island dari perarakan penguin, aksi anjing-anjing laut memancing serta mengintai koala beradu di pokok-pokok. Koala Conservation Centre yang baru sahaja menjalani kerja-kerja pengubahsuaian memberi peluang buat pengunjung bertentang mata dengan koala di habitat semulajadi mereka selain berkenalan dengan haiwan-haiwan lain seperti wallaby, echidna dan kelawar.
Penghuni Phillip Island yang paling dikenali, yang juga penguin terkecil di dunia, boleh dilihat berjalan dari laut ke arah lubang pasir gumuk mereka setiap petang ketika matahari terbenam.
Jangan lepaskan peluang menyertai pelayaran bersama Wildlife Coast Cruises, di mana anda bakal menyaksikan salah satu daripada koloni Fur Seal terbesar Australia. Sehingga 12,000 Fur Seal dapat dilihat membanjiri Seal Rocks.
Datanglah sini, kalau berminat dengan suasana kehidupan
bersama habitat hidupan dan keindahan semulajadi.....
No comments:
Post a Comment