Wednesday, 1 May 2013

Demam Gwiyomi Player


Ketika seluruh negara dilanda demam pilihan raya dengan kempen di sana sini, apa kata kurangkan segala tekanan dengan menyaksikan parodi berupa gaya individu meniru gaya mengikut irama lagu di YouTube.

Antara paling popular sekarang ialah video Gwiyomi. Gelombang gwiyomi bermula di Korea, kemudian ke seluruh dunia dan tiba pula di negara kita. Muka depan Metro Ahad minggu ini memaparkan kegilaan remaja terhadap video ini.

Bagi yang tidak tahu dan tidak kenal video gwiyomi, ia adalah lagu yang dipopularkan penyanyi K-Pop, Hari, tahun lalu.
Kemudian anggota kumpulan BTOB, Jung Ilhoon menghasilkan gerakan tangan diilhamkan dari lagu Gwiyomi yang bermaksud comel.

Gerakan itu dipanggil ‘Gwiyomi Player’ dan ia adalah pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya comel.

Buka saja laman sosial Facebook, akan terpapar video Gwiyomi yang dirakam sendiri dengan gaya sendiri. Semuanya cuba kelihatan comel dengan Gwiyomi.
Dengan adanya aplikasi Keeks, lebih ramai individu memuat-naik video Gwiyomi mereka ke akaun Keek masing-masing.

Agak mengejutkan apabila keputusan carian ‘Gwiyomi Malaysia’ di laman Keek memberikan lebih 1,400 video.

Ada pula parodi menamakan mereka Artis Malaysia, mencabar artis wanita tanah air merakam aksi comel. Antara nama yang diminta ialah Wawa Zainal, Lisa Surihani, Nora Danish, Yana Samsudin, Diana Danielle dan Liyana Jasmay. Artis lain juga boleh turut serta.

Setakat ini, kalangan selebriti yang turut mengikuti fenomena ini ialah Wawa Zainal, kemudian Nora Danish dan Elfira Loy manakala kalangan lelaki pula, Nazim Othman dan Faizal Ismail.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...