Paris: Kelab kaya raya, Paris Saint Germain (PSG) akhirnya mengibar bendera putih untuk mendapatkan pengendali Arsenal, Arsene Wenger musim panas ini yang memiliki baki kontrak di Emirates sehingga penghujung 2014.
Sedar pengendali kelahiran Perancis itu tidak akan meninggalkan Gunners, sasaran mereka kini beralih kepada Manuel Pellegrini dan Jupp Heynkes, selepas turut menyerah kalah untuk mendapatkan Jose Mourinho dengan pengendali semasa, Carlo Ancelotti dijangka akan ke Real Madrid.
Pengendali kelahiran Perancis, Wenger, 63 yang sudah lama diburu PSG bertekad untuk melihat bagaimana terma kontraknya yang berbaki 12 bulan berakhir selain sentiasa menegaskan tidak akan melanggarnya.
Bayar pampasan
Berbeza dengan laporan media, sumber dalaman Arsenal, mengatakan tahun depan bukanlah tahun pilihan dalam kontrak Wenger yang dijangka akan meneruskan tugasnya sehingga musim panas 2014.
Pengurus Lyon, Remi Garde, salah seorang pemain pertama dipancing Wenger ketika mula mengemudi Gunners berkata bekas bosnya itu akan kekal di Emirates dan menghabiskan baki kontraknya.
“Mungkin prinsipnya sudah ada berubah dari masa ke masa namun saya masih memikirkan dia akan menamatkan kontraknya,” kata Garde dengan Wenger mungkin akan tertarik kembali ke Perancis selepas ‘jodohnya’ di Emirates berakhir.
Ancelotti diberikan kontrak penambahan setahun di PSG jika berjaya membawa kelab itu layak ke Liga Juara-Juara yang bermakna Real perlu membayar pampasan jika mahu mendapatkan bekas pengendali Chelsea itu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment