Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah
satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang
maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu
indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai
yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.
Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi,
merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk
kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah
yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira
samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah
mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh
Allah semata-mata.
Samada orang yang kita cintai itu
menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan
qadar Allah semata-mata.
Pesanan bersama :
Yang paling parah cinta dapat membuat seseorang
lupa akan cinta kepada Allah dan dapat berakibat Syirik,
“Na’u zubillah”. Oleh karena itu, dasarilah cinta itu
dengan cinta karena Allah.
InsyaAllah kita akan bahagia. Aminnn..
No comments:
Post a Comment