Mall adalah sebuah pusat perbelanjaan dan hiburan masyarakat setempat. Namun mall yang dimaksudkan ini bukanlah sembarangan mall kerana memiliki kemegahan, terbesar dan teramai dikunjungi pengunjung,yang dikenali sebagai The Dubai Mall.
The Dubai Mall memiliki luas sekitar 3.6 juta meter persegi, sebagai sebuah mall yang terbesar dan mampu menampung sehingga 1,200 kedai yang beroperasi di dalamnya. Jumlah pengunjung yang datang pun sungguh fantastik iaitu sekitar 30 juta pengunjung datang setiap tahun bagi menikmati dan menjelajahi keindahan dan kemegahan mall ini. Mall ini mempunyai pelbagai fungsi untuk kesemua golongan umur seperti kawasan permainan kanak-kanak, remaja dan dewasa serta klinik kesihatan.
Terdapat berbagai aktiviti dalam The Dubai Mall seperti Dubai Aquarium and Underwater Zoo, ini merupakan salah satu akuarium terbesar di dunia. Jika ingin mendapatkan pengalaman yang lebih menarik maka pengunjung dapat memasuki terowong akuarium dengan dikenakan bayaran tertentu. Di akuarium ini terdapat pelbagai spesis sekurangnya 33 ribu hidupan laut.
Selain itu, Dubai Ice Rink kepada mereka yang berminat dengan ice skating yang sangat luas dengan ketebalan aisnya 1,5 inci. Tempat menarik ketiga adalah Oasis Fountain Waterfall merupakan air terjun buatan yang memiliki tinggi 24 meter, air terjun ini merupakan air terjun terbesar di dunia yang berada dalam sebuah mall. Untuk mengunjungi dan melihat air terjun megah ini maka pengunjung dapat melihatnya di bahagian mall yang menyediakan kafe dan restoran. Selain itu, Candylicious adalah merupakan tempat penjualan manisan terbesar di dunia, berbagai macam coklat dan makanan manis.
No comments:
Post a Comment