Wednesday, 15 May 2013

Sate Tilapia Sedap

Inisiatif Jabatan Perikanan mempromosikan sate ikan menerusi rangkaian Restoran Sate Kajang Hj Samuri memberi nilai tambah kepada produk hiliran bagi industri akuakultur yang semakin berkembang di negara ini.
Sumber ikan tilapia yang diperoleh menerusi projek ternakan dalam sangkar ‘polar circle’ itu menggunakan teknologi unggul dari Norway sekali gus menghasilkan ikan berkualiti dan tidak hanyir. 
Sesuai dengan slogan Enak Berkualiti dan Halal, sate ikan tilapia yang baru dilancarkan itu memenuhi cita rasa pengguna kerana mengandungi nut­risi makanan diperlukan seperti sumber protin serta kurang lemak tepu. 
Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Raihan Sharif berkata, sate ikan tilapia yang diperkenalkan itu adalah produk nilai tambah terbaru bagi pemprosesan ikan.
“Sate ikan ini disahkan Jabatan perikanan diproses daripada ikan tilapia dihasilkan dari ladang ternakan yang memenuhi Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).
“Projek ternakan dilaksanakan Syarikat Trapia Malaysia Sdn Bhd di Tasik Temenggor, Perak itu mentransformasikan industri ternakan ikan air tawar di negara ini kepada projek yang berasaskan kemajuan saintifik,” katanya.
Promosi sate ikan tilapia itu sudah menemui pelang­gan Sate Kajang Hj Samuri sejak Januari lalu de­ngan hasil jualan mencecah 50,000 cucuk sebulan. 
Menerusi jualan 70 sen secucuk, pengguna boleh mendapatkan produk terbaru itu di semua rangkaian Sate Kajang Hj Samuri termasuk di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

sumber terperinci di :http://www.hmetro.com.my/



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...