Dengan ketinggian setinggi 16.5 meter (enam tingkat), patung itik gergasi terbesar di dunia yang direka oleh seorang artist dari Belanda iaitu Florentijn Hofman ini telah dipamerkan terapung di Hong Kong.
Diberi nama 'Rubber Duck', patung itik ini dipamerkan terapung di Victory Harbour di Hong Kong dari 2 Mei hinggalah 9 Jun ini. Patung itik yang terkenal ini sebelum ini pernah dipamerkan di beberapa bandaraya besar dunia seperti Sydney, Osaka, London dan Sao Paolo, namun ini merupakan kali pertama ianya dipamerkan di China.
No comments:
Post a Comment