Saturday, 22 August 2026

Ganjaran Berselawat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Ganjaran Berselawat
 
عَن أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً، صَلَّى الله عَلَيْهِ عَشْرًا
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali." (HR Muslim No: 408) Status Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan antara amalan yang paling mudah tetapi paling besar ganjarannya.
 
2.    Allah SWT membalas satu selawat dengan sepuluh selawat bermaksud Allah memuji, memuliakan dan merahmati hamba-Nya.
 
3.    Berselawat ke atas Nabi merupakan tanda kecintaan dan penghormatan kepada Rasulullah SAW.
 
4.    Orang yang banyak berselawat akan lahir dalam dirinya kecintaan kepada Rasulullah SAW dan akan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat serta kasih sayang Allah SWT.
 
5.    Selawat hendaklah disertai dengan usaha menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
 
6.    Muslim yang ingin meraih kasih sayang Allah hendaklah menjadikan selawat sebagai amalan harian yang berterusan. Semakin banyak seseorang berselawat, semakin besar bahagiannya daripada rahmat Allah SWT, di samping semakin kukuh kecintaannya kepada Rasulullah SAW dan semakin kuat keinginannya untuk menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan.
 
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"
  
10hb Rabiulawal 1448H
23hb Ogos 2026

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...