Saturday, 17 August 2013

Friday, 16 August 2013

Nak Duit Raya





p/s: selamat hari raya semua


Wednesday, 14 August 2013

Nombor Telefon Maut

Syarikat telekomunikasi Bulgaria batalkan pendaftaran 
0888-888-888 selepas semua pemiliknya mati 

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003. Beliau adalah pemilik
kedua nombor telefon 0888 888 888 yang dianggap membawa malang.
Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam 
pada 2003. Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 
0888 888 888 yang dianggap membawa malang.

APA kaitan nombor telefon dan ajal? Mungkin tidak bagi kita, tetapi inilah yang berlaku di Bulgaria apabila nombor telefon bimbit 0888-888-888 dilabelkan sebagai nombor maut sehingga memaksa sebuah syarikat telekomunikasi membatalkan pendaftarannya nombor berkenaan.
Kisah benar yang turut dimuatkan dalam laporan akhbar antarabangsa itu, mengaitkan tiga kematian individu yang juga pemilik nombor itu dalam masa 10 tahun.
Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Bulgaria yang mengeluarkan nombor berkenaan, Mobitel, meninggal dunia pada tahun 2001 akibat barah pada usia 48 tahun. 

Ada khabar angin lain yang menyatakan barah dihidapi Grashnov adalah disebabkan keracunan radioaktif. Namun, kematian dua pemilik lain nombor berkenaan mencetuskan misteri yang agak menggerunkan. 

Selepas kematian Grashnov, nombor itu digunakan pula ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov. Ibarat satu sumpahan atau mungkin secara kebetulan, Dimitrov pula ditembak mati pada 2003 oleh penembak upahan di Amsterdam, Belanda. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan memeriksa empayar penyeludupan dadah yang bernilai kira-kira £500 juta (RM2.3 bilion). 

Dimitrov, yang baru berusia 31 tahun ketika itu, turut membawa bersama telefon bimbit berkenaan apabila ditembak ketika keluar makan dengan seorang model. Pembunuhan itu dikatakan didalangi bom mafia Russia yang cemburukan operasi penyeludupan dadah Dimitrov. 
Tidak lama kemudian, nombor 0888-888-888 diberikan kepada ahli perniagaan yang juga samseng, Konstantin Dishliev. Malangnya, beliau juga ditembak mati di luar sebuah restoran India di Sofia, selepas menggunakan talian yang dianggap membawa malang itu. 

Dishliev, seorang ejen hartanah, menjalankan operasi penyeludupan kokain besar-besaran secara rahsia sebelum pembunuhannya pada tahun 2005. 

Beliau meninggal dunia selepas dadah bernilai £130 juta (RM624 juta) dipintas oleh polis dalam perjalanan ke Bulgaria dari Colombia. 

Sejak itu, nombor berkenaan tidak diaktifkan ketika polis membiarkan fail mengenai pembunuhan Dishliev dan rangkaian penyeludupannya terus dibuka. 
Bagaimanapun, ketua baru syarikat telekomunikasi berkenaan bertindak membatalkan nombor berkenaan selama-lamanya. 

Jurucakap Mobitel pula sekadar berkata: “Kami tidak mempunyai sebarang komen. Kami tidak membincangkan nombor individu.” 

Hakikatnya, keanehan atau misteri yang menyelubungi penggunaan telefon bimbit sebenarnya sudah berlaku sejak awal lagi apabila keluarga salah seorang mangsa nahas kereta api Metrolink kerap menerima panggilan daripada telefon bimbitnya. 

Chuck Peck, adalah salah seorang daripada 25 mangsa yang maut dalam nahas pada 12 September 2008 itu. Sejak tragedi itu, keluarganya menerima panggilan yang dibuat daripada telefon bimbit Peck tetapi tiada suara yang kedengaran. 

Sepanjang malam kejadian, anak lelaki, saudara lelaki, ibu tiri dan saudara perempuan serta tunang Peck menerima panggilan telefon selepas kemalangan itu dilaporkan. Anak lelaki Peck, CJ, percaya ayahnya masih hidup dan cuba menghubungi mereka. 

Beliau terus menjerit: “Kami sayangkan ayah. Bertahan. Mereka akan selamatkan ayah.” 

Panggilan terhenti pada jam 3.28 pagi dan tiada seorang pun anggota keluarga Peck menerima sebarang panggilan. Sejam kemudian, pasukan bomba Los Angeles menemui mayat Peck. Pegawai koroner berkata, beliau mati serta merta sejurus kemalangan. 

Mungkinkah ia panggilan dari dunia lain? Atau sekadar teknologi yang mengalami masalah? Jawapan itu masih belum ditemui sehingga kini walaupun fenomena ‘panggilan daripada orang mati’ sudah menjadi satu cerita legenda. 



Monday, 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 













Bila Syawal tiba, hendaknya ibadat yang kita lakukan dengan tekun selama sebulan di bulan Ramadan tidak terus dihentikan. Amalan yang baik dan bersesuaian eloklah diteruskan. Jika banyak bersolat dan bersedekah, kekalkanlah. Jika di bulan puasa kita mengurangkan perbelanjaan, tidak merokok, bangun awal dan lebih berdisiplin, teruskanlah kebiasaan ini ke bulan-bulan berikutnya, InsyaAllah akan kekal menjadi sifat yang tertanam dalam diri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. 
Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Sunday, 4 August 2013

Barcelona FC VS Harimau Malaya 10 Ogos 2013


PERLAWANAN persahabatan antarabangsa antara Barcelona FC dan Harimau Malaya pada 10 Ogos ini dijangka dapat menjana pendapatan RM115 juta kepada ekonomi negara.
   
Penganjur, Malaysia Major Events, dalam kenyataan hari ini, berkata perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka menarik 80,000 penonton dengan lebih 8,000 peminat kelab gergasi Sepanyol itu di rantau ini.
   
Ia berkata acara itu bukan sahaja menampilkan aksi lagenda bola sepak tetapi juga tarikh diatur semasa sambutan Aidilfitri membolehkan pelawat asing didedahkan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.
   
"Rakyat Malaysia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Kami gembira untuk melihat kehebatan semangat bola sepak melanda negara ini dan kami akan terus membawa acara sukan mega ke sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif.
   
Malaysia Major Events merupakan cabang dalam MyCEB, iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. - Bernama

Thursday, 1 August 2013

Menginfakkan Harta dalam Jihad Fii Sabilillaah

Muslim telah mengeluarkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari ra. dia berkata: Sekali peristiwa telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki menarik seekor unta yang terikat tali di hidungnya, Ialu menyerahkannya kepada beliau, katanya: Ini untuk sabilillah! Maka berkata Rasulullah SAW: Gantinya nanti di hari kiamat 700 ekor unta semuanya dengan bertali di hidungnya. (Shahih Muslim 2:37; jam'ul Fawa'id 2:3)
  
















Imam Ahmad telah mengeluarkan dari Abdullah bin As-Shamit, dia berkata: Pernah pada suatu peristiwa, aku berjihad bersama-sama Abu Dzar ra. Maka setelah dibagi-bagi ghanimah, yakni rampasan perang, dia mendapat bagiannya termasuk seorang jariah. Lalu dia pun membeli segala keperluannya, dan masih ada lagi banyak yang tersisa. Lalu dia menyuruh jariah tadi menukarkannya dengan mata wang untuk dibagi-bagikan kepada semua orang yang memerlukannya. 

Aku berkata kepada Abu Dzar: Biarlah jariah itu menahan dulu uang itu untuk keperluan di lain hari, ataupun mana tahu jika datang tamu, maka engkau tentu memerlukannya?! Abu Dzar menjawab: Temanku, yakni Rasulullah SAW sudah membuat perjanjian kepadaku, bahwa apa saja emas atau perak yang disimpan, maka itu sama dengan gumpalan api neraka disimpan oleh tuannya, sehinggalah diberikan kesemuanya pada jalan Allah azzawajalla. 

Dalam riwayat Ahmad dan Thabarani yang lain, bahwa siapa yang menyimpan emas atau perak, dan tidak diinfakkannya pada jalan Allah akan menjadi gumpalan-gumpalan api kelak di hari kiamat, dan akan disetrikakan tuannya dengan gumpalan-gumpalan api itu.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:178)

Tuesday, 30 July 2013

Monday, 29 July 2013

'Tetap haram walau tak peraga baju mandi'

Penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun mereka tidak memperagakan baju mandi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Majlis Fatwa tak sebut soal baju, dia kata pertandingan ratu cantik tak dibenarkan, ia bukan soal baju," kata Jamil Khir kepada pemberita tengahari tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013 yang mahu peserta Islam dibenarkan bertanding kerana mereka tidak akan memperagakan baju mandi.


sumber penuh : http://www.malaysiakini.com 


Tuesday, 23 July 2013

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

TEMPAT: D' PULAU TIBANG, ULU SLIM, SLIM RIVER, PERAK

     
    TARIKH :  
     26-28 OGOS 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     28-30 OKTOBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     18-20 NOVEMBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     16-18 DISEMBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 

Harga berkumpulan (4 orang ke atas) : RM1490 sahaja
Harga normal : RM1690 seorang   


KEPERLUAN ASAS PESERTA

Setiap peserta dikehendaki membawa pakaian persalinan, pakaian ibadah/sejadah, tuala mandi, berus gigi, sabun mandi, selipar/kasut untuk riadah, peralatan kemasan diri, pakaian mandi, lampu suluh, tabard - pelindung agas, ubat/penyembur nyamuk dan peralatan keselamatan peribadi.

PROFIL PENCERAMAH

1.  En. Abdul Karim Abdul Jalil mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan empat roda (4X4). Beliau terlibat secara aktif di dalam beberapa pertandingan pacuan empat roda dan telah menyertai program seperti Petronas Adventure Team (PAT), International Rainforest Challenge, Tropical Challenge, East Cost Monsoon Challenge dan lain-lain lagi. 

2.   En. Badrul Hisham Shahbudin mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan  empat roda (4X4).  Beliau terlibat secara aktif di dalam pertandingan International Rainforest Challenge dan pernah mengendalikan kursus asas dan lanjutan pemanduan pacuan empat roda untuk sektor awam dan swasta.  

Bersama-sama ini dilampirkan program tentatif dan borang penyertaan untuk rujukan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Cik Alia atau Puan Kesuma di talian 03-8063 2750/ 012-674 3407 / 016-665 0571 atau email: training@dmssb.com.my



u/p : apapun sila hubungi nama di atas.
  

Kuala Besut: Proses membuang undi bermula hari ini


JERTIH: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) mula menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) yang baru. 


Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 16,534 pengundi di Kuala Besut termasuk 55 peratus adalah pengundi muda.

Sabtu lalu, seramai 1,148 pengundi terdiri daripada anggota tentera udara, pegawai dan isteri mereka, turut membuang undi pada 20 Julai lalu di Pangkalan Udara Gong Kedak. Peratus keluar mengundi ketika itu ialah 80 peratus. 
SPR menjangkakan peratus keluar mengundi hari ini ialah lebih 75 peratus.

Pada PRK ini, calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bekas jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran akan membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut manakala pencabarnya, Endot @ Azlan Yusof dari Pas, lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuag undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu. 

PRK terbabit perlu dilaksanakan berikutan kematian Ahli Dewam Undangan Negeri, Dr A.Rahman Mokhtar mewakili BN akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. 


sumber penuh :bharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...