Saturday, 10 June 2017

Ustaz Muhadir di IKIM

Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM pagi tadi...

Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

Friday, 9 June 2017

*"S T R O K E"*

```Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar,maka bertanya Nabi Allah Sulaiman``` *siapakah engkau......?.*

```Maka dijawab oleh Angin tersebut :``` *akulah Angin Rihul Ahmar dan*
*Bila aku memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari*
*rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....*

```Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin tersebut, maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:```
_Aku kekal sampai hari Kiamat tiba, tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan *Allah SW T*_.
_Lalu Rihul Ahmar pun menghilang._

```Diriwayatkan cucu``` *Nabi Muhammad SAW* ```terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.```

```Maka datang Malaikat Jibril kepada``` *Nabi SAW*  ```dan bertanya Nabi kepada Jibril.```

```Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada``` *Nabi SAW* ```kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu``` *Rasulullah* ```sembuh serta merta.```

Lalu bersabda *Nabi S AW :* _Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit_ *_ANGIN AHMAR_* atau
*_STROKE._*

*Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :*

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

*Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....*
_*Artinya :*_
```Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.```

*Panjangkanlah ke Group Keluarga, Sahabat kita yang tersayang...agar kita semua  terhindar dari STROKE senantiasa dalam balutan sihat dan sejahtera.....!*

Bersedekah Jangan Sampai Jatuhkan Maruah Orang

Sebuah cerita yg sangat menyentuh & inspiring !!

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' _Mahu cari apa pakcik_?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' _saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi...._'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' _Tapi kenapa pakcik_?''

Lelaki tua: '' _Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin_.''

Pemilik kedai: '' _Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai_.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''
_adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?_'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.

Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.

AIR DALAM BADAN

*Tazkirah Ringkas*

*Dalam badan kita ada banyak air, tapi bila kita terluka kenapa darah yang keluar?*

*Dalam hati kita ada banyak darah, tapi bila hati terluka, kenapa airmata yang keluar?*

*Hebat kan ciptaan Allah*.

_*SubhanaAllah.*_

Tentang Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu mencapai Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan didalam pemberiannya daripada mengambil

Adakah kamu tahu antara kebaikkan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menjuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikkan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia didalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat didalam melakukan kebaikkan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan didunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

dan yang terakhir sekali

Sedekah lah dgn ikhlas

SUAMI YANG MENCIUM BAU SURGA

*"Saya Terima NikahNya...Binti...Dengan Mas Kawin...Dibayar Tunai."*

Singkat,Padat & Jelas.

Tapi Tahukan Makna *“Perjanjian atau Ikrar”* Tersebut???
Itu Tersurat.  Tetapi...
Apa Pula Yang Tersirat???

Yang Tersirat Ialah...

ErtiNya :

*”Maka Aku Tanggung Dosa²Nya Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Isteri) Dari Ayah & IbuNya.*
*Dosa Apa Sahaja Yang Telah Dia Lakukan.*

*Dari Tidak Menutup Aurat Hingga Ia Meninggalkan Solat.*
*Semua Yang Berhubungan Dengan Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Istri).*

*Aku Tanggung & Bukan Lagi Orang TuaNya Yang Menanggung.*
*Serta Akan Aku Tanggung Semua Dosa² Calon Anak²Ku juga Secara Sedar...*

*SekiraNya Aku Gagal & Aku Lepas Tangan Dalam Menunaikan Tanggungjawab...*
*Maka...*
*Aku Fasik & Aku Tahu Bahawa Nerakalah TempatKu...*

*Kerana...*
*AkhirNya Isteri & Anak²Ku Yang Akan Menarik Aku Masuk Kedalam Neraka Jahanam & Malaikat Malik Akan Melibas Aku Hingga Pecah Hancur BadanKu.*

*Akad Nikah ini...*
*Bukan Sahaja Perjanjian Aku Dengan Si Istri & Si Ibu-bapa Isteri...*
*Tetapi...*
*Ini Adalah Perjanjian Terus Kepada ALLAH SWT.*

*Jika Aku GAGAL (Si Suami)???*
*Maka...*
*Aku Adalah Suami Yang Fasik,Ingkar & Aku Rela Masuk Neraka.*
*Aku Rela Malaikat MenyiksaKu Hingga Hancur TubuhKu”.*

(HR.Muslim)

Duhai Para Istri...
Begitu BeratNya tanggungan SuamiMu TerhadapMu.

Kerana Saat Ijab Terucap...
*Arsy Allah SWT* Bergoncang Kerana BeratNya Perjanjian Yang Dibuat OlehNya Didepan *ALLAH SWT* Dengan Disaksikan Oleh Para Malaikat & Manusia.

Maka...
Andai Sahaja Engkau Menghisap Darah & Nanah Dari Hidung SuamiMu...

Maka...
Itu pun...
Belum Cukup Untuk Menebus Semuanya..

Semoga...
Menjadi iktibar utk Yang Sudah berkahwin Mahu pun Yang Belum berkahwin.

SubhanAllah...

BeratNya Beban Yang Ditanggung Oleh Suami.
Bukankah Untuk Meringankan TanggungjawabNya Itu Bererti :

Seorang Isteri Harus Patuh Kepada Suami Dalam Menjalankan Perintah ALLAH SWT & Menjauhi LaranganNya..
Juga...

Mendidik anak-anak kamu...
Agar Mengerti Tentang Agama & Tanggungjawab.

Semoga Kita Semua Menjadi Orang² Tua Yang Dapat Memberikan Yang Terbaik Untuk Anak²  Kelak...

Dengan Agama & Cinta Kasih Sehingga Tercipta Keluarga Kecil Yang Sakinah,Mawaddah & Warahmah

KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER

Tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni.

Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?

Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak

Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi

Imamnya tidak sekukuh menteri A.

Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...

Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah,

Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"

Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.

Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie,

Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’.

Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut.

Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.

Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.

Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ????

Dan penjara itu seumpama Kubur.

Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui.

Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya menteri C sahaja?

Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.

~ Semoga bermanfaat ~

WAKTU YANG TEPAT UNTUK BACA DOA BERBUKA PUASA

Oleh Abu Hafiy Ad-Dimashqiy

Sejak dari kecil, kita diajar untuk membaca doa “Allahumma laka sumtu. Wabika amantu. Wa ‘ala rizqika aftortu” sebelum daripada berbuka. Walau bagaimanapun, waktu bacaan doa ini adalah tidak tepat. Setelah dikaji, waktu yang tepat untuk membacanya adalah selepas berbuka yakni sekurang-kurangnya selepas makan kurma dan sedikit air. Berikut adalah penghujahannya:

1. Doa seumpama ini terdapat dalam beberapa hadis. Antaranya, hadis riwayat Abu Daud:
عَنْ مُعَاذِ بْنِ زُهْرَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ: اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
Maksudnya: Daripada Muaz bin Zuhrah, bahawa beliau telah diberitahu bahawa: Adalah Nabi s.a.w, apabila baginda telah berbuka, bagindapun membaca: “Wahai Tuhanku, hanya keranaMu aku telah berpuasa. Dan hanya dengan rezeki kurniaanMu, aku telah berbuka.”  

2. Dalam hadis di atas dan juga dalam riwayat-riwayat yang lain seperti Al-Tabarani, para periwayat menggunakan lafaz aftoro (أَفْطَرَ). Lafaz ini dalam bentuk kata kerja lepas (الفعل الماضي) yang menunjukkan bahawa perbuatan itu telahpun berlaku pada masa yang lalu. Maknanya Nabi s.a.w telah berbuka sebelum membaca doa tersebut.

3. Dari aspek bahasa pula, lafaz aftoro (أَفْطَرَ) dan fatoro (فَطَرَ) ialah antonim bagi berpuasa. Maksudnya ialah makan dan minum, bukannya terbenam matahari atau masuk waktu Maghrib. [Sila rujuk kamus Tajul ‘Arus dan Lisanul ‘Arab]. Justeru frasa (كَانَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ) dalam hadis di atas bermaksud: Apabila baginda telah berbuka, baginda pun membaca doa tersebut.

4. Pemahaman ini disokong oleh kenyataan Syeikh Badruddin Al-‘Aini dalam kitabnya ‘Aunul Ma’bud dan Syeikh Ali Al-Qari dalam kitabnya Mirqatul Mafatih. Kata mereka ketika menghuraikan hadis ini: “yakni (baginda) berdoa. Dan berkata Ibnul Malik: Baginda membaca selepas berbuka (اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ)."

5. Pemahaman ini senada dengan satu fatwa dari negara UAE. Fatwa bernombor 23340 ini berbunyi: “Dan doa berbuka puasa itu, waktu membacanya adalah sejurus selepas berbuka.” Begitu juga takwim Imsakiah bulan Ramadhan 1438H keluaran Jabatan Mufti Johor dengan jelas menyatakan bahawa doa berbuka sunat dibaca selepas berbuka puasa.

6. Oleh yang demikian, waktu yang tepat untuk membaca doa berbuka puasa adalah selepas berbuka, walaupun hanya dengan sedikit makanan dan minuman, dan bukannya sebelum berbuka. Inilah yang bertepatan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w, bahasa Arab dan kata-kata ulama.

7. Sehubungan itu, urutan bdoa ketika berbuka yang betul ialah:
i) Masuk watu Maghrib: Baca doa Sebelum Makan. (اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، بِسْمِ الله)
ii) Selepas berbuka: Doa-doa berbuka seperti: (اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ)

8. Marilah kita sama-sama membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.

Wallahu a’lam.

JAGA-JAGA TERGELINCIR

Renungan di pagi yang mulia :

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu kerana POSISI YANG 'DIMULIAKAN', tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR , TAN SRI, DATO dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...
"Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yang menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).

انظر ما قال ولا تنظر من قال
- "Perhatikan APA yang disampaikan dan jangan melihat SIAPA yang menyampaikan."

Semoga bermanfaat.

Allahhuwaa'alam

Koleksi HADITH SHAHIH: LAILATUL-QADAR.

Antara hadis-hadis berkenaan LAILATUL-QADAR :

Hadis 1:
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul-Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

Hadis 2:
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha pula, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

Hadis 3:
Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:

هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762)

Hadis 4:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)

Hadis 5:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إَيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barang siapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari no. 4/217 dan Muslim 759)

Hadis 6:
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

كَانَ رَسُوْلُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِيغَيْرِهَا

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam ke-10 (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” (HR Muslim no. 1174)

Hadis 7:
Dari hadis Abu Hurairah, beliau berkata:

عَنِ النَّبِيِّ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ, وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari (2/709 no.1910, 2/672 no.1802, 1/21 no.35), Muslim (1/523 no.760)

Sudah siap sediakah kita untuk memburu malam yang dijanjikan oleh Allah dimana setiap amalan malam Lailatul Qadar akan dikira dengan 1000 bulan bersamaan dengan 83 thn 4 bulan.

Marilah kita sama-sama berazam untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar ini kerana kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi malam Lailatul Qadar pada tahun hadapan. Banyakkan berdoa dan kuatkan azam untuk mengapai malam Lailatul Qadar malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mengetahui kehebatan dan keistimewaan malam tersebut. Jangan sia-siakan usia kita dengan menangguhkan untuk beribadat dan melakukan amal soleh. Jangan. Ingatlah bahawa Firman Allah Ta’ala :

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Al Jumu’ah:8].

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah bagi peluang untuk membuat kebaikan namun kita sia-siakan dan terus menangguh-nangguh sehinggalah ajal menjemput kita. Wallahua'lam.

#admin Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...