Tuesday, 8 August 2017

*MENJAWAB SALAM ITU ADA 3 CARA:-*

1- Wajib dijawab
2- Tak boleh dijawab
3- Kita tak mau mendengar jawapannya..

1- *Wajib Dijawab* bilamana ada orang memberi salam "Assalamualaikum", maka hendaklah dijawab.

2- *Tak Boleh Dijawab* bilamana imam solat memberi salam selepas tahiyyat akhir solat.
I : Assalamualaikum warohmatullah
M : Waalaikumussalam pak imam

3- *Kita Tak Mau Mendengar Jawapannya* bilamana kita memberi salam kepada ahli qubur, kemudian para ahli qubur menjawab salam kita.

KISAH NUJUM

Nujum Pak Belalang
Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab
soalan hamba.
Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai: Ada sebuah masalah, 1 banyak-
banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-
jarang? Apakah itu?

Pak Belalang: Minyak!!!!

Nujum Masai: Sebab!!!!

Pak Belalang:
1. Banyakk.. ertinya bulan ni sahaja.. banyak kali minyak naik....
2. Sikit-sikit.. ertinya sikit-sikit dia naik....
3. Jarang-Jarang.. ertinya jarang-jarang kita dgr minyak turun....
4. Kadang-kadang.. ertinya kadang-kadang kita dpt merasa minyak murah....😂😂😂

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI

Motivation Today 😄😄😄

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI.. Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan.

Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir saling sambung-menyambung.. Hujan pun turun dengan Lebatnya.

Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan  hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?"

"Er, err... Saya tidak tahu," jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

*Pengajaran :* 😘😘
_Tuhan tidak mencipta manusia dengan *kebodohan.* Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan *kebijaksanaan yang berbeza.*

Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu . Jangan rasa diri kita hebat dan memandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dgn kita.

Tuhan menciptakan setiap manusia  dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri..

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA


Ini adalah pelajaran tauhid  yang sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin  memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sayang si petani miskin itu tidak mahu menjualnya. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya.

"Rugi kamu tidak jual kuda putih itu"

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya.

Maka teman-temannya mengejek : "Sungguh malang nasibmu, kalau semalam kamu jual, tentu kamu sudah kaya hari ini.  Sekarang kuda kamu sudah hilang, apa yang kamu dapat? ."

Si petani miskin hanya diam saja, redha dgn takdirNYA.

Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu  kembali pulang,  bersama 5 ekor kuda liar lainnya.

Teman-temannya berkata : "Wah..! Untungnya. Rupanya kuda kamu yang hilang membawa keuntungan.."

Si petani  itu tetap  diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak kepada si petani ini  melatih kuda-kuda baru mereka. Lalu terjatuh dan kakinya patah.

Teman2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial. Kerana kuda2 itu anak kamu mu patah kakinya.."

Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian berlaku peperangan di wilayah itu. Atas perintah raja, semua anak muda dipaksa untuk pergi berperang, kecuali si anak petani tadi karena patah kaki dan tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung kamu kerana anak kamu tidak pergi berperang. Kami mungkin kehilangan anak-anak kami.."

Kali ini petani  berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib kamu untung atau malang. Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai. Kita tidak tahu takdir ALLAH selanjutnya.Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini"

"Apa yang kelihatan untung hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Apa yang malang hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH yang maha mengetahui apa  yang terbaik buat kita"

"Tugas  kita adalah, mengucapkan syukur dalam setiap yang ditakdirkan, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini"

"Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga kita dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam.

Monday, 31 July 2017

HUKUM

Ibn Taimiyyah berkata :

وَأَمَّا لَعْنُ الْعُلَمَاءِ لِأَئِمَّةِ الْأَشْعَرِيَّةِ فَمَنْ لَعَنَهُمْ عُزِّرَ. وَعَادَتْ اللَّعْنَةُ عَلَيْهِ فَمَنْ لَعَنَ مَنْ لَيْسَ أَهْلًا لِلَّعْنَةِ وَقَعَتْ اللَّعْنَةُ عَلَيْهِ.

وَالْعُلَمَاءُ أَنْصَارُ فُرُوعِ الدِّينِ وَالْأَشْعَرِيَّةُ أَنْصَارُ أُصُولِ الدِّينِ

Adapun hukum melaknat para ulama dan para Imam aliran Asya`irah, maka sesiapa yang melaknat mereka, ia dihukum takzir dan kesan laknat kembali kepadanya. Kerana sesiapa yang melaknat orang yang tidak layak dilaknat, maka laknat itu kembali kepadanya.

Para ulama adalah pembela cabang agama (fiqh) sementara Asya`irah adalah pembela akidah agama.

(Majmuk Al-Fatawa, Jilid 4, Hlm. 16)

SECEBIS KURMA

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dlm mulut. Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yg baru lahir.

Ini dipanggil Tahneek dlm Islam.
- Hari ini BBC News melaporkan dari pakar - sedos gula dlm bentuk gel yg disapu dlm pipi dlm mulut merupakan cara murah dan efektif utk melindungi kerosakan otak bagi bayi yg lahir tak cukup bulan. Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains hanya kini baru meneroka tradisi yg telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu kerana Islam dari dulu hingga kini masih mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lg sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bg Allah.
********
'Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan & minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stress.

Rawatan utk menambah penglihatan lebih jelas.
- Ini sgt penting utk mereka yg lemah penglihatan dan utk semua. Otot mata bekerja setiap hari yg boleh membawa  kepada penglihatan yg kurang tepat. Demi mengembalikan penglihatan yg baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dlm solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat. Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa utk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur. Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula. Amalan yg kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yg diingini.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan utk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini utk menambah & memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

Kongsikan tips ini. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT.
- Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar dari sebelum ini. Ini disebabkan oleh radiasa elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, TV, AC, microwave dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih dari sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi. Kita sebagai Muslim diberi 5 waktu solat utk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sajadah setiap hari. Subhanallah.
- Setiap perintah Allah ada kelebihannya.
"Which of the favours of your Lord will you deny?"
Surah Rahman.

Jika info ini memberi inspirasi kepada anda, jom kongsikan. Wallahualam.

Friday, 28 July 2017

UJIAN HIDUP

*BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM .*

_*ALLAH sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.*_

_*Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "IN SHAA  ALLAH selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."*_

_*Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.*_

_*Di sebalik setiap ujian, ALLAH mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.*_

_*"Ambillah teman yang membuatkan dirimu zuhud... dalam kehidupan dunia ...dan memberimu motivasi ...kepada akhirat..... Jauhilah olehmu ahli dunia yang perbicaraannya sebatas dunia.... Kerana mereka akan merosakkan agama dan hatimu".....*_

_*Bersangka baiklah dengan ALLAH, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.*_

_*Nikmat yang paling besar di dunia adalah kita dapat sujud pada  Allah..tidak semua orang berperluang  sujud kepada Allah ..*_

*BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH*

5A UPSR dimana?

Baca laaa

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan...

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan
 
Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.
Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله

Wednesday, 26 July 2017

KALAU KITA?

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini.

Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt..

-- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.

Sunday, 23 July 2017

*DENGAR DULU SEBELUM TERUS MARAH*

Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa.

Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kertas📄

English.    17 /100
BM.        35/100
Agama.  45/100
Sejarah   48/100
Geografi.  38/100
Maths.      40 /100
Gen.Science    37/100
Kesusasteraan 60/100
Arts. 68/100

Aku mula hilang sabar
😤😤😤😡😡😡

"Apa ni?  Asyik henfon dan tv ... inilah jadinya.
Berani kau tunjuk pada abah result kau tu?"
😡😡😡

Isteri ku cuba menyampuk : "Sabar. Dengar dulu ..."

Aku kata padanya :
"Anja diam. Ni semua salah anja manjakan sangat si boy tu."

Isteri ku mencelah : "Oh. Salah anjalah?"

Aku berkata :
"Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu."

Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata :
"Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni."

"Ini kad laporan sekolah ayah masa dulu."

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...