Sunday, 10 September 2017

ANAK AMBIL UPSR ESOK?


Esok UPSR. Debaran pada anak. Ayah ibu lebih kuat debarannya.
.
Terdengar sana sini ayah ibu stres. Cikgu pun tidak terkecuali.
.
Apa kata bantu anak-anak dengan buat perkara berikut:
.
1. Tidur awal. Pastikan 9 jam. Pengukuhan memori berlaku masa tidur. Benarkan proses ini berlaku.
.
2. Beri sarapan bernutrisi tinggi. Contoh telur. Ada Choline. Otak perlukan. Beri pisang. Ada Tryptophan. Otak perlukan.
.
3. Beri kata-kata semangat. Contoh, "ayah/abi/emak/ummi/appa/amma bangga dengan xxxx. Senyum. Peluk. Lepaskan dia.
.
Pelukan akan keluarkan hormon oxytocin. Dia akan suka dan bahagia. Hilang stres dan kecut perut.
.
4. Bekalkan air mineral. Sebut pada anak untuk teguk air apabila buntu. Air bawa oksigen dan nutrisi pada otak.
.
5. Bekalkan anak dengan buah-buahan. Kekacang masukkan sekali.

Elakkan dari beri:
.
1. Makanan ada MSG. Glutamate sudah ada di otak. Lebihan glutamate ganggu keluarkan isi yang dihafal.
.
2. Minuman berkafein. Kafein kecilkan pembuluh darah di otak.
.
3. Jauhkan anak-anak dari makanan segera yang diproses. Pewarna dalamnya lemahkan sel-sel otak di bahagian hippocampus - pusat memori.
.
Saya percaya kita sayang pada anak-anak. Kita mahukan mereka berjaya. Lakukan tanpa tunggu. Buat tanpa nanti.
.
Boleh boleh.
.
Copy paste drp fb Dr Rizal Abu Bakar

Saturday, 9 September 2017

ANAK KITA


Anak anak adalah buah hati kita.
Jangan bandingkan  antara mereka.
Yang pandai jangan terlalu dipuji,
yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak,
letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak,
sabar ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH.
Di mata manusia mereka biasa saja,
tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga.
Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa.
Mana tahu kalau asyik cemerlang,
kita riak menjaja bangga.

Anak2 yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak2 kita.
Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata.
Doakan mereka tak kira di mana-mana.
Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak2 kita mentah,
jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina.
Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat.
Terimalah mereka penuh amanah.

Anak2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat.
Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak2 kita,
kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH,
DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak2 kita juga punya hati dan jiwa.
Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian sekarang tp dialah yg akan ingat kita sampai tua,
akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!

Kata-kata indah untuk renungan kita bersama....
Sempena ank2 nak exam upsr...upkk...psra..pt3..spm...stpm...

UJIAN MENGHADAPI EXAM

Assalamualaikum wbrt.
Yabg Mulia
Anak-Anak UPSR

*Selamat Menduduki UPSR Ajari Anakmu Erti Kejayaan Sebenar*

Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR dijadualkan bermula minggu ini dari 11 September sehingga 18 September 2017. Anak-anak tahun 6 dari seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR selama seminggu.

Selamat maju jaya kepada semua anak-anak calon UPSR. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Buat ibu bapa, banyakkan berdoa untuk kejayaan anak-anak, bukan sahaja untuk dunia semata-mata malah paling penting kejayaan di akhirat sana. Didiklah mereka erti kejayaan sebenar sejak dari kecil.

Allah S.W.T merakamkan pesanan terindah mengenai pendidikan anak-anak melalui Surah Luqman yang bermaksud:"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: *“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.*

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu kembalimu.

"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

"(Luqman berkata): “Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui. "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Surah Luqman : 13 - 17)

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua calon. Semoga dipermudahkan urusan anda semua.

Amin...

ZON MASA

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Monday, 4 September 2017

PERBANDINGAN ANTARA CARA SEMBELIHAN ISLAM DAN CARA BARAT DGN PROSES PEMINGSANAN

*KAJIAN DARI BARAT TERKEJUT DGN CARA ISLAM MENYEMBELIH LEMBU*

Semakin maju penelitian ilmiah semakin membuktikan kebenaran Islam.

Sila lihat penelitian ini.

1. Nabi Muhammad tidak pernah belajar cardiology tapi syari’at nya membuktikan penelitian ilmu modern.

2. Melalui penelitian ilmiah yang dilakukan oleh dua staf ahli penternakan dari Hannover University, sebuah university terkemuka di Jerman. Prof.Dr. Schultz dan rakan nya, Dr. Hazim, keduanya memimpin satu padukan penelitian terstruktur untuk menjawab pertanyaan:

*Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara Syari’at Islam yang murni (tanpa proses pemingsanan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan pemingsanan)?*

3. Keduanya merancang penelitian yg sangat canggih, mempergunakan sekelompok lembu yg telah cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil lembu2 itu dipasang electrode (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG). Microchip EEG dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat bacaan rasa sakit lembu ketika disembelih. Di jantung lembu2 itu juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar kerana disembelih.

4. Untuk mengelak dari kesalahan, lembu2 dibiarkan selesa dengan EEG maupun ECG yang telah terpasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa selesa itu dianggap cukup, maka separuh lembu disembelih sesuai dengan Syariat Islam yang murni, dan separuh lagi disembelih dengan menggunakan cara pemingsanan yang digunakan di Barat.

5. Dalam Syariat Islam, penyembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang sgt tajam, dengan memotong tiga saluran pada leher bahagian depan iaitu: saluran makanan, saluran nafas serta dua saluran pembuluh darah: arteri karotis dan vena jugularis.

6. Patut pula diketahui, syariat Islam tidak menyarankan teknik pemingsanan. Sebaliknya, cara Barat mengajarkan atau bahkan mengharuskan agar ternak dipingsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.

7. Selama penelitian, EEG dan ECG pada seluruh lembu itu dicatat untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sejak sebelum pemingsanan (atau penyembelihan) hingga ternak itu benar-benar mati. Nah, hasil penelitian inilah yang sangat ditunggu-tunggu!

8. Dari hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu dapat diperoleh beberapa hal sbb.:

*Penyembelihan Menurut Syariat Islam*

Hasil penelitian dengan menerapkan amalan penyembelihan menurut Syariat Islam menunjukkan:

Pertama
Pada 3 detik pertama setelah ternak disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus), tercatat tidak ada perubahan pada grafik EEG. Hal ini bererti bahwa pada 3 detik pertama setelah disembelih itu, tidak ada indikasi rasa sakit.

Kedua
Pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penury Nancy grafik secara bertahap yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu2 itu benar-benar hilang kesedaran. Pada saat tersebut, tercatat pula oleh ECG bahwa jantung mulai meningkat aktiviti nya.

Ketiga
Setelah 6 detik pertama itu, ECG pada jantung merakam ada nya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota tubuh dan mengepam nya keluar. Hal ini merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan sumsum tulang belakang (spinal cord). Pada saat darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di Bahamian leher tersebut, grafik EEG tidak naik, tapi malah turun hingga ke zero level. Hal ini diterjemahkan oleh kedua peneliti ahli itu bahwa: *“No feeling of pain at all!” (tidak ada rasa sakit sama sekali!)*

Keempat
Kerana darah tertarik dan di pam oleh jantung keluar tubuh secara maksima, maka dihasilkan healthy meat (daging yang sehat) yang layak doing makan oleh manusia. Jenis daging dari hasil sembelihan semacam ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.

Penyembelihan Cara Barat

Pertama
Segera setelah dilakukan proses stunning (pemingsanan), lembu terhuyung jatuh dan rebah. Setelah itu, lembu tidak bergerak-gerak lagi, sehingga mudah dikendalikan. Oleh karena itu, lembu dapat pula dengan mudah disembelih tanpa meronta-ronta, dan (nampaknya) tanpa (mengalami) rasa sakit. Pada saat disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses stunning (pemingsanan).

Kedua
Segera setelah proses pemingsanan, tercatat adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG. Hal itu menunjuk kan adanya tekanan rasa sakit yang diderita oleh ternak (karena kepalanya dipukul, sampai jatuh pingsan).

Ketiga
Grafik EEG meningkat sangat tajam dengan kombinasi grafik ECG yang turun ke batas paling bawah. Hal ini menunjuk kan adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa, sehingga jantung berhenti berdenyut lebih awal. Akibatnya, jantung kehilangan kemampuannya untuk menarik darah dari seluruh organ tubuh, serta tidak lagi mampu mengepam nya keluar dari tubuh.

Keempat
Karena darah tidak tertarik dan tidak di pam keluar dari tubuh secara maksima, maka darah itu pun membeku dalam urat-urat darah dan daging, sehingga dihasilkan Unhealthy Meat (daging yang tidak sehat), yang dengan demikian menjadi tidak layak untuk dimakan oleh manusia. Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging, bahwa timbunan darah beku (yang tidak keluar saat ternak mati/disembelih) merupakan tempat atau media yang sangat baik bagi pembiakan bakteria pembusuk, yang merupakan agen utama merosak kualiti daging.

*Bukan Ekspresi Rasa Sakit!*

Meronta-ronta dan meregangkan otot pada saat ternak disembelih ternyata bukanlah ekspresi rasa sakit! Sangat jauh berbeza degas dugaan kita sebelumnya! Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan ngilu. Terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka yang menganga lebar…!

Hasil penelitian Prof. Schultz dan Dr. Hazim membuktikan yang sebaliknya. Iaitu bahawa pisau tajam yang menghiris leher (sebagai syariat Islam dalam penyembelihan ternak) ternyata tidaklah ‘menyentuh’ saraf rasa sakit. Oleh kerana nya kedua peneliti ahli itu menyimpulkan bahawa lembu meronta-ronta dan meregangkan otot bukanlah sebagai ekspresi rasa sakit, melainkan sebagai ekspresi ‘keterkejutan otot dan saraf’ saja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras). Mengapa demikian? Hal ini tentu tidak terlalu sulit untuk dijelaskan, karena grafik EEG tidak membuktikan juga tidak menunjukkan adanya rasa sakit itu.

Subhanallah… Memang selalu ada jawapan dari setiap pertanyaan tentang kebenaran Islam. Selalu ada penguatan Allah dari setiap adanya usaha pelemahan dari musuh Agama yang mulia ini.

Sebenarnya, sudah tidak ada alasan lagi menyimpan rasa tak sanggup melihat proses penyembelihan korban, karena kita sudah tahu bahawa haiwan ternak tersebut tidak merasakan sakit ketika disembelih. Dan yang paling penting, kita dapat mengerti hikmah dari salah satu Syariah Islam dan keberkahan yang tersimpan di dalamnya.

*KABAR INI HARUS TERSEBAR DEMI MEMBUKTIKAN, APA YANG ISLAM PERINTAHKAN SANGAT BERGUNA BAGI MANUSIA*

Thursday, 31 August 2017

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA

Ini adalah pelajaran tauhid  yang sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin  memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sayang si petani miskin itu tidak mahu menjualnya. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya.

"Rugi kamu tidak jual kuda putih itu"

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya.

Maka teman-temannya mengejek : "Sungguh malang nasibmu, kalau semalam kamu jual, tentu kamu sudah kaya hari ini.  Sekarang kuda kamu sudah hilang, apa yang kamu dapat? ."

Si petani miskin hanya diam saja, redha dgn takdirNYA.

Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu  kembali pulang,  bersama 5 ekor kuda liar lainnya.

Teman-temannya berkata : "Wah..! Untungnya. Rupanya kuda kamu yang hilang membawa keuntungan.."

Si petani  itu tetap  diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak kepada si petani ini  melatih kuda-kuda baru mereka. Lalu terjatuh dan kakinya patah.

Teman2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial. Kerana kuda2 itu anak kamu mu patah kakinya.."

Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian berlaku peperangan di wilayah itu. Atas perintah raja, semua anak muda dipaksa untuk pergi berperang, kecuali si anak petani tadi karena patah kaki dan tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung kamu kerana anak kamu tidak pergi berperang. Kami mungkin kehilangan anak-anak kami.."

Kali ini petani  berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib kamu untung atau malang. Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai. Kita tidak tahu takdir ALLAH selanjutnya.Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini"

"Apa yang kelihatan untung hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Apa yang malang hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH yang maha mengetahui apa  yang terbaik buat kita"

"Tugas  kita adalah, mengucapkan syukur dalam setiap yang ditakdirkan, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini"

"Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga kita dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam.

WAKTU BERDOA ARAFAH

Doa Pada Hari Arafah

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT.  Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”  (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wuquf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana  amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah _khususiyyat_(perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Disediakan oleh:
Seksyen Syariah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 Ogos 2017

Kemaskini Terakhir: 29 Ogos 2017
Hits: 13283

Wednesday, 30 August 2017

DOA ARAFAH

Assalamu'alaikum : Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
.
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
.
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
.
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
.
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
.
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
.
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
.In sya Allah waktu Wuquf d Arafah akn bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pd 9 Zulhijjah bersamaan  31/8/2017  Waktu M'sia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). Gunakanlah waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat! 🌺🌟🌹
.
Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Khamis  31 ogos 2017 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1438 Hijrah =)

Yang pasti  bagi mereka yang berpuasa pada hari tersebut doa sebelum berbuka itulah yang paling mustajab doa. Wau Allah Hu a'lam.

SELAMAT BERPUASA

DOA ARAFAH

Assalamu'alaikum : Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
.
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
.
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
.
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
.
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
.
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
.
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
.In sya Allah waktu Wuquf d Arafah akn bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pd 9 Zulhijjah bersamaan  31/8/2017  Waktu M'sia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). Gunakanlah waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat! 🌺🌟🌹
.
Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Khamis  31 ogos 2017 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1438 Hijrah =)

Yang pasti  bagi mereka yang berpuasa pada hari tersebut doa sebelum berbuka itulah yang paling mustajab doa. Wau Allah Hu a'lam.

SELAMAT BERPUASA

Saturday, 19 August 2017

3 DATANG NAMUN 1 TINGGAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
🌿🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍃🍂

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah
Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul khaiyr
🍀Hadith :-
Dari Anas r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

"Mengikuti kepada seseorang mayat itu tiga hal, iaitu keluarganya, hartanya serta amalnya. Kemudian kembalilah yang dua macam dan tertinggallah yang satu. Kembalilah keluarga serta hartanya dan tertinggallah amalnya." (Muttafaq 'alaih)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...