Friday, 22 December 2017

DOA MUSLIM

Ya Allah, aku mohon pada Mu Kau ampunkan dosa arwah abah yang telah pergi menemui Mu. Kau ampun kan dosa mak dan keluarga serta semua kaum Muslimin dan Muslimat.

Aku mohon pada Mu, terangilah kubur mereka dengan cahaya Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka berada dalam kegelapan.

Ya Allah,

Jadikanlah kubur mereka sebagai salah satu daripada taman taman syurga Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka menjadi salah satu daripada lubang lubang neraka Mu.

Ya Allah, Kau permudahkan urusan mereka untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir di alam kubur ini ya Allah. Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah, Kau jadikanlah kubur sebagai tempat untuk mereka beristirehat sementara menunggu hari kiamat.

Ya Allah, Kau berilah peluang untuk mereka menerima kitab mereka dengan tangan kanan. Janganlah Kau beri mereka kitab mereka dengan tangan kiri.

Ya Allah, Kau berilah peluang kepada mereka untuk minum air dari telaga Al Kauthar. Mudah mudahan dengan minuman itu mereka tidak akan haus buat selama lamanya.

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam 7 golongan hamba Mu yang mendapat Rahmat Mu di padang masyar nanti ya Allah. Permudahkanlah timbangan mereka di mizan nanti ya Allah. Kau beratkan amalan kebaikan mereka dan Kau hapuskan amalan kejahatan mereka.

Ya Allah, Kau permudahkanlah mereka untuk melintas titi siratal mustaqim nanti ya Allah. Permudahkanlah mereka untuk sampai ke syurga Mu. Janganlah Kau biarkan mereka terjatuh ke dalam lubang neraka Mu ya Allah.

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu dengan rahmat Mu tanpa dihisab. Kau jauhkanlah mereka masuk ke dalam neraka walau sesaat pun ya Allah.

Ya Allah, Kau perkenankanlah doa ku ini ya Allah. amin ya rabbal alamin...

Thursday, 21 December 2017

Pemberian Pada Anak Pelindung Neraka

PERKONGSIAN HADIS

Pemberian Pada Anak Pelindung Neraka

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

Dari ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua putrinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka Baginda bersabda: “Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini, maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya”. (HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan untuk anak termasuk penyediaan makanan.

2.  Ibu bapa yang soleh akan mendahulukan keperluan anak-anaknya walaupun terpaksa mengikat perut.

3.  Orang yang memberikan sesuatu makanan kepada anaknya, akan menjadi saham melindunginya dari api neraka.

22hb Disember  2017
03hb Rabiul Akhir 1439H

Wednesday, 20 December 2017

DISEBALIK SAKIT, ADA HIKMAHNYA

'SAKIT'

Suatu hari Rasulullah  SAW didatangi oleh seorang bapa dan anak gadisnya.

Si bapa meminta Rasulullah SAW utk menikahi anak gadisnya kerana anak gadisnya tidak pernah sakit sejak kecil lagi.

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril utk menolaknya kerana tidak ada kebaikan dlm diri anak gadis itu.


Sungguh besar hikmah yg tersirat di sebalik sakit. Ia membawa banyak kebaikan. Bahkan kebanyakan ulama mengatakan orang yg sedang sakit sedang dicintai oleh Allah.

*Pertama*, sakit itu zikrullah. Orang yg sedang sakit kebiasaannya akan selalu mengingati Allah dibandingkan semasa sihatnya.

*Kedua*, sakit itu istighfar. Orang yg sedang sakit akan teringat segala dosa yg pernah dilakukannya, sehingga lisannya akan terbimbing utk selalu beristighfar dan memohon keampunan drp Allah.

*Ketiga*, sakit itu tauhid. Bukankah ketika sedang rasa teramat sakit, akan bergema dua kalimah syahadah?

*Keempat*, sakit itu muhasabah. Orang yg sedang sakit mempunyai banyak masa utk merenung diri, menghitung apakah amalan telah cukup dikumpulkan utk kembali menghadap Ilahi.

*Kelima*, sakit itu jihad. Orang yg sedang sakit diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar utk sembuh drp penyakitnya.


*Keenam*, sakit itu ilmu. Ketika sakit, kita akan berusaha mencari penawar utk merawat penyakit.

*Ketujuh*, sakit itu nasihat. Orang yg sakit mengingatkan yg sihat supaya sentiasa menjaga kesihatan. Yg sihat menghiburkan yg sakit supaya banyak bersabar. Allah mengasihi dan mencintai kedua-duanya.

*Kelapan*, sakit itu silaturrahim. Ketika sakit, keluarga yg jarang bertemu akhirnya datang menziarahi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

*Kesembilan*, sakit itu menggugurkan dosa. Orang yg sedang sakit, sesungguhnya dia sedang diuji. Ujian itu menggugurkan dosa.

*Kesepuluh*, sakit itu memustajabkan doa. Sesungguhnya doa orang yg sedang sakit mudah dimakbulkan Allah. Maka saat kita menziarahi orang sakit, di samping kita mendoakannya maka mintalah doa drpnya. Imam As-Suyuthi  selalu mengelilingi kota mencari orang yg sakit lalu beliau minta didoakan.


*Kesebelas*, sakit itu salah satu keadaan yg menyusahkan syaitan. Orang yg sedang sakit semestinya tidak mampu dan tidak mahu utk melakukan maksiat.

*Kedua belas*, sakit itu membuatkan sedikit ketawa dan banyak menangis. Perbuatan yg disukai oleh para Nabi dan makhluk di langit.

*Ketiga belas*, sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih kerap, doa dan munajat lebih lama.

*Keempat belas*, sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi santun, lembut dan tawaduk.

*Kelima belas*, dan akhirnya sakit menyebabkan kita selalu ingat pada kematian.


SEMOGA BERMANFAAT..

3 PERKARA

: 🌹 _Tiga perkara_ 🌹

_Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya & bertanya kepada mereka._

💎 _bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:_

*"apa yg kamu suka dari dunia ini?"*  _dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra_

*aku suka dari dunia ini 3 perkara*

💞 _1.duduk duduk bersama rasulullah saw._
💞 _2.melihat wajah mu ya rasulullah saw._
💞 _3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "_

*lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.*  _"bagaimana pula dengan mu ya umar?"_

*jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:*

💞 _1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya._
💞 _2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan_
💞 _3.berkata yg benar walaupun pahit"_

*"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"*

*berkata Saidina Uthman ra.*
_"ada 3 perkara yang aku suka:_

💞 _1.memberi makan_
💞 _2.memberi salam_
💞 _3.bersolat malam di waktu manusia tidur"_

*"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"*

*"aku juga cintakan 3 perkara:*

💞 _1.memuliakan tetamu_
💞 _2.berpuasa di musim panas_
💞 _3.dan memukul musuh dengan pedang"_

*kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra*

*"apa yg kamu suka di dunia ini?"* _berkata Saidina Abu Dzar ra_ *"aku suka 3 perkara di dunia ini:*

💞 _1.lapar_
💞 _2.sakit_
💞 _3.mati"_

*kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"*

_berkata saidina Abu Dzar ra,_
💞 1. _"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati._
💞2. _aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku._
💞3 _aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"_

*kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:*

💞 _1.wangian_
💞 _2.wanita yang solehah_
💞 _3.solat menjadi penyejuk mata ku"_

*kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.*

*kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :*

💞 _1.menyampaikan risalah_
💞 _2.menunaikan amanah_
💞 _3.cinta terhadap orang miskin"_

*kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:*

💞 _1.lidah yang sentiasa berzikir_
💞 _2.hati yang sentiasa khusyuk_
💞 _3.jasad yang sabar menanggung ujian"_

*AllahuAkbar..

💎 _Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar_ 💎

Wahai sekalian yang membaca ....

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.

SIFAT 20

*_PANTUN SIFAT 20_*

*1. WUJUD*
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat_ diduga.

*2. QIDAM*
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN* Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

Sifar 20 lengkap sudah
Kunci utk mengenal Allah
Jgn umat ambil mudah
Tak kenal Allah batal Ibadah

Kenal Allah hancur kamu
Insan itu rahsia Aku
Aku ini rahsia kamu
Rasailah nikmat bersamaKu.

Tuesday, 19 December 2017

PESANAN KPD IBU BAPA

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. *Anak kita bukan baik sangat.*

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. *Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.*

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. *Anak kita juga pandai menipu.*

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. *Anak kita layak dimarah.*

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. *Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.*

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. *Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.*

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. *Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.*

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. *Duit bukan segalanya.*

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. *Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. *Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.*

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. *Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.*

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. *Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. *Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.*

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Wednesday, 13 December 2017

Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang

PERKONGSIAN HADIS

Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar.

2.  Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.

3.  Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau menasihat mengikut kemampuan.

4.  Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Apatah lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang.

5.  Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.

6.  Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan  menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

14hb Disember  2017
26 Rabiul Awal 1439H

Saturday, 9 December 2017

TEKNIK DAN RAHASIA DOA MENURUT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
"Jangan salahkan Allah jika Dia menangguhkan penerimaan doamu dan jangan pula kau jemu untuk berdoa. Sebab sesungguhnya jika kau tak memperoleh, kau pun tak rugi. Jika Dia tak segera menerima doamu di kehidupan duniawi, maka Dia akan menyisakan bagimu pahala di kehidupan kelak.

Rasulullah SAW bersabda, "Pada Hari Kebangkitan, hamba-hamba Allah akan mendapati dalam kitab amalnya berbagai amal yang tak dikenalinya. Lalu, dikatakan kepadanya bahwa itu adalah balasan dari doa-doanya di kehidupan dunianya yang belum dikabulkan disana."

Saat engkau berdoa, kau juga harus selalu berada dalam dua keadaan, yakni kesadaran untuk selalu berdzikir kepada Allah, dan kesadaran untuk mentauhidkan-Nya, sepanjang waktu, setiap saat, siang atau malam, sehat atau sakit, suka atau.duka. Atau, tahan saja doamu sambil menunjukkan keridhaan dan kepasrahan menerima kehendak Allah. Seperti jasad mati di hadapan orang memandikannya, atau seperti bayi di tangan perawat, atau seperti bola polo di depan pemain polo, yang menggulirkannya dengan tongkat polonya. Dan, ketehuilah, takdir pun membolak-balikkan dirimu sekehendak-Nya."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa at-Tawassul ila Manazil al-Muluk

Tuesday, 5 December 2017

PESAN IBU TENTANG AYAH

Anakku…

Memang ayah tak mengandungmu...
Tapi,
Darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak selesa.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...

Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.

Maka, hormati dan sayangi ayahmu. Kerana, ibu adalah tulang rusuknya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka. Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhanku, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik.
Bahagiakan lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk... Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita.

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah... Apakah Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia?

Percayalah... Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita... Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat...

Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan kata2 , cukup dengan menghargainya...

Sharing  is caring...sedih gak kan cerita ni

Wallahu A'lam...

Monday, 4 December 2017

[ ADA DALAM TIADA ]

Semalam selesai solat Isya' suami bertanya,
"Kalau kita dua-dua takde, nak tinggalkan anak-anak dengan siapa?".

Termangu. Yang bongsu sedang dipangku.

"Taktaulah...Tapi kena fikir...".

"Anak kita bukan sorang. Tiga orang".

Baru tadi diceritakan kisah tiga beradik yatim piatu sekelip mata. Ini bukan kali pertama terpapar berita sebegini.

Ini hakikat hidup.
Terjadi pada mereka, boleh juga terjadi pada kita.
Cuma tak tahu bila.

Terus di mesej rakan baik, seorang peguam.
"Babe do you write will?".

Serius. Emosi ke tepi. Ini soalan serius.

Yang pergi sudah selamat dikandung tanah, menghadap perhitungan di alam lain. Tetapi...

Yang ditinggalkan terbeban dengan AMANAH.

PENJAGAAN ANAK diharapkan pada siapa?
Siapakah paling layak membesarkan anak-anak kami?
Sanggupkah pihak yang dipercayai mengambil tanggungjawab ini?
Anak-anak paling selesa dengan siapa?

Ditanya pada yang sulung,
"Kalau Babah dengan Ummi takde, Abang nak duduk dengan siapa?"

"Dengan Babah".

"Kalau Babah dengan Ummi takde pergi work jauh jauh?"

"Dengan Ummi".

"Kalau Babah dengan Ummi dua dua pergi jauh jauh jauh jauh jauh jauh jauh, Abang nak duduk dengan Jiddah ke, Ami ke Nda?".

"Dengan bibik dengan adik".

Allahu, you're so innocent my child.

Fahaman dia kalau Babah dan Ummi pergi 'work', dia di rumah dengan adik-adik, tempat paling selesa baginya.

Soalan masih belum terjawab. Siapa yang akan diamanahkan anak-anak kami? Nenek dan atuk memang rapat dan menyayangi, tetapi semakin meningkat usia. Ibu dan bapa saudara memang prihatin, tetapi baru membina keluarga sendiri.

Apa pun janganlah dipisahkan tiga beradik ini.

Siapa pun yang diberi amanah berat ini, perlu persetujuan ikhlas mereka sebaiknya secara bertulis bagi mengelakkan konflik di masa hadapan.

PENGURUSAN KEWANGAN bagaimana?
Siapa yang akan menguruskan wang peninggalan kami?
Berapa banyak hutang yang perlu dilangsaikan?
Cukupkah keperluan anak-anak?

Nasib baik ada sedikit perlindungan TAKAFUL.

Kalau tiada langsung??

Walaupun ditinggalkan WANG HIBAH TAKAFUL sejuta ringgit nilainya sekali pun, cukup atau tidak untuk anak bertiga sampai mereka dewasa?

'Cukup' = Gaji setahun x 24 tahun
(perkiraan sehingga anak bongsu tamat belajar dan boleh berdikari)

Tolak pula pembahagian wang mengikut Faraid.

We should definitely revise and upgrade our Takaful plans.

DUIT EPF pula, nama siapa yang akan disenaraikan untuk pengeluaran? Anak-anak kami semuanya belum berusia 18 tahun. Bagi memudahkan, elok jika kami membuat penamaan seorang waris yang dipercayai supaya proses pengeluaran mudah dan cepat.

Duit dalam bank yang tak berapa banyak tu, macam mana?
Nombor pin ATM dan password penting yang lain wajar untuk dikongsi sesama suami isteri dan juga waris yang dipercayai.

PENGURUSAN ASET pula bagaimana?
Loan rumah diuruskan siapa?
Kereta dijual atau disambung bayar?
Rumah ditinggalkan kepada siapa sementara anak-anak dewasa?
Harta benda yang lain disedekahkan atau disimpan untuk anak-anak?

Banyak perlu difikirkan. 'SOP' perlu ditinggalkan supaya tidak memeningkan pemegang amanah.

PENDIDIKAN anak-anak apakah jalannya?
Tadika mana, sekolah mana menjadi pilihan?
Ditahfizkan atau ke aliran utama?

Kos persekolahan pula semakin meningkat. Dianggarkan untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2013-2017 yang akan ke IPT pada tahun 2031-2035, sekurang-kurangnya RM 35,000 diperlukan. Itu pun untuk kursus yang tidak kritikal.

Yang paling penting,
SOKONGAN EMOSI dan KASIH SAYANG.

Siapa yang akan mengganti tempat kami?

Ketiga-tiga anak sejak yang pertama, sesudah lahir saya siapkan account e-mail. Bila kesempatan, diutus coretan buat kenangan dan pedoman terutamanya dalam ketiadaan nanti. Antara ketakutan paling besar, saya ditakdirkan pergi tanpa sempat mereka mengenali saya, menghafal kehangatan pelukan Ummi.

Terbayang wajah anak-anak yang pasti ikut ke pintu untuk memeluk dan bersalaman setiap kali kami keluar meninggalkan rumah.

"Abang good boy jaga adik-adik kat rumah tau. Kejap lagi Ummi Babah balik ye".

Berani betul berjanji.

Allahu...
Anak-anak kami masih terlalu kecil. Melafazkan Al-Fatihah untuk mendoakan kami sahaja belum mampu.

"Kalau Babah dengan Ummi takde, abang boleh jaga adik-adik tak?"

"Boleh!".

"Abang sayang adik-adik?".

"Sayang! Sayang semua!".

Jawapan ringkas yang sangat ikhlas.
Tetapi apa yang anak ini faham tentang kehilangan?

"Maybe we should start travelling in separate cars".

Saling tersenyum. Mata berkaca.

Hanya mampu berusaha membuat persediaan serapi mungkin dan terus berdoa...

Ya Allah, berkatilah hayat kami, panjangkanlah hayat kami agar kami dapat menjalankan amanah kami sesempurna daya, simpulkanlah pengakhiran hayat kami dalam keadaan yang baik dan diredhai.

Ameen.

#copy paste utk sharing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...