Monday, 11 June 2018

MENANGISLAH SEBELUM RAMADHAN PERGI

💦💦 🌃🌌 *MENANGISLAH*....💧💧😭😭😭😢😢😢

*Menangislah ...*
Sebelum Ramadhan Pergi ...
Kita pernah berjanji mengkhatamkan Qur'an..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua beranjak dari juz awalan..

*Menangislah..*
Sebelum Ramadhan Pergi ...
Kita pernah berjanji menyempurnakan qiyamullail yang kosong tanpa didirikan ...
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua menyempurnakan bilangan ...

*Menangislah..*
Sebelum Ramadhan Pergi ...
Kita berdoa sejak Rajab dan Sya'ban agar disampaikan ke Ramadhan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan..
Ternyata masih juga tak bisa menahan dari kesia-siaan..
Ternyata masih juga tak bisa menambah ibadah sunnah..
Bahkan..
Hampir terlewat dari menunaikan yang wajib...

*Menangislah wahai saudaraku ...*
Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir..
Bahwa ada satu hamba yang bodoh, lalai, sombong lagi terlena..
Sehingga ramadhan yang mulia pun tersia-sia.

*Menangislah..*
Dan tuntaskan semuanya malam ini..
atas i'tikaf yang belum juga kita kerjakan..
atas lembaran Qur'an yang menunggu di khatamkan..
atas lembaran mata wang yang menunggu di salurkan..
atas sholat sunnah yang menunggu jadi amal tambahan..

*Menangislah..*
Lebih keras lagi...  😭
Karena Allah tidak menjanjikan apapun untuk ramadhan tahun depan, apakah kita masih disertakan...

☕ Silakan disebarkan, mudah2an anda mendapatkan bahagian dari pahalanya ☕
Barakallah fikum.

Saturday, 9 June 2018

PADANG MAHSYAR

MAHSYAR

Di padang Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.
p/s:
Kawan yang sharing ni minta didoakan sekali.

Terdapat dua jenis manusia,
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

Kredit : Dhia Malaeka Syahid

Tukang gunting barber shop

Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kepada si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.

USTAZ: "Ya, silakan."

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?

USTAZ: "Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni."

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

USTAZ: "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

BARBER: Kenapa Ustaz diam??

USTAZ: "Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai."

Si tukang gunting ni pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: "Berapa harga?"

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan)

USTAZ: "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik.

Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan.

USTAZ: "Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??"

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

USTAZ: "Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus."

BARBER: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: "Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi."

BARBER: Terdiam seketika.

USTAZ: "Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga."

BARBER: Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata.

Moral dari cerita:
Hidup kita semua bergantung pertolongan dari ALLAH. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan ALLAH. Sebenarnya ALLAH tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan ALLAH.

Wallahu A'lam.

Semoga bermanfaat buat semua. 😊

#MuhasabahDiri

‏Berkata Fudhil bin Iyadh

*Diterjemah oleh UsTACZ*
Semoga bermanfaat.....

قال الفضيل بن عياض :
‏Berkata Fudhil bin Iyadh:
ﺗﻌﻠﻤﺖ ﺍﻟﺼﺒﺮ ﻣﻦ ﺻﺒﻲ ﺻﻐﻴﺮ؛
ﺫﻫﺒﺖ ﻣﺮّﺓ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻤﺴﺠﺪ ، ﻓﻮﺟﺪﺕ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺩﺍﺧﻞ ﺩﺍﺭﻫﺎ ﺗﻀﺮﺏ ﺍﺑﻨﻬﺎ ﻭﻫﻮ ﻳﺼﺮﺥ ،  ﻓﻔﺘﺢ ﺍﻟﺒﺎﺏ ﻭﻫﺮﺏ ، ﻓﺄﻏﻠﻘﺖ
دونه ﺍﻟﺒﺎﺏ ...
‏Saya telah belajar erti kesabaran drp anak kecil; sekali saya dlm perjalanan ke masjid, saya dapati seorang wanita dlm rumahnya memukul anaknya sedang anak tadi meraung, lalu anak itu membuka pintu dan lari dari rumah, maka wanita tadi terus menutup pintu....
ﻗﺎﻝ: ﻓﻠﻘﻴﺖ ﺍﻟﻮﻟﺪ ﺑﻌﺪﻣﺎ ﺑﻜﻰ ﻗﻠﻴﻼً نظر يمينا ويسارا فلم يجد له مأوي فرجع الي امه فوجد الباب مغلقا فوضع خده على عتبة الباب ونام , فلما خرجت أمه  ورأته على تلك الحال , لم تمتلك إلا أن رمت بنفسها عليه وأخذت تقبله , وتقول يا ولدي أين تذهب عني من يؤويك سواي ألم أقل لك لا تخالفني ثم ضمته إلى صدرها وأدخلته إلى بيتها .
‏Kata Fudhil: maka aku bertemu anak itu selepas dia menangis, dia menoleh ke kanan dan ke kiri, dia tidak ketemu tempat berlindung lalu dia pun pulang kpd ibunya. Dia dapati pintu tertutup, maka dia letak pipinya di bendul pintu lalu tertidur di situ. Apabila ibunya keluar dan dia melihat anaknya dlm hal keadaan itu, si ibu tidak dpt mengawal kesedihannya lalu segera mendakap anaknya seraya dikucup dan berkata wahai anakku ke mana kamu lari? Siapa yg dpt melindungimu selain aku? Tidakkah sudah aku katakan jgn membantah kemudian dia memeluk anak itu lalu dibawa masuk ke dlm rumahnya..
ﻓﺒﻜﻰ ﺍﻟﻔﻀﻴﻞ ﺣﺘﻰ ﺍﺑﺘﻠﺖ ﻟﺤﻴﺘﻪ ﺑﺎﻟﺪﻣﻮﻉ ﻭﻗﺎﻝ:
ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ، ﻟﻮ ﺻﺒﺮ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﻋﻠﻰ ﺑﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ - ﻟﻔﺘﺢ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ !
‏Maka Fudhil menangis sehingga basah janggutnya dgn air mata dan berkata: maha suci Allah, jika seorang hamba itu bersabar di hadapan pintu Allah azzawajalla nescaya Allah pasti akan membuka baginya
ﻗﺎﻝ " ﺃﺑﻮ ﺍﻟﺪﺭﺩﺍﺀ " ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ :
"ﺟﺪّﻭﺍ ﺑﺎﻟﺪﻋﺎﺀ ، ﻓﺈﻧﻪ ﻣﻦ ﻳﻜﺜﺮ ﻗﺮﻉ ﺍﻟﺒﺎﺏ ، ﻳﻮﺷﻚ ﺃﻥ ﻳﻔﺘﺢ ﻟﻪ".
‏Berkata Abu Darda' RA: bersungguh2lah kamu berdoa, maka sesungguhnya siapa yg memperbanyakkan mengetuk pintu itu, hampir2lah pintu itu akan dibuka utknya
  فيامن لم يشعر بحلاوة الصيام والقيام والصدقة وتلاوة القرآن حتى الآن لاتيأس ولاتترك باب الله فإنه يوشك أن يفتح لك .. اصبر قليلا فقط .. لعل الله أن يفتح لك أبواب رحمته وعطائه .
‏Maka wahai orang yg masih belum merasai kemanisan puasa,qiam, sedekah dan tilawah al-Quran hingga ke saat ini... jgn kalian putus asa dan jgn tinggalkan pintu Allah. Sesungguhnya hampir2 Allah akan buka utkmu.. Bersabarlah sedikit... Mudah2an Allah akan membukakan bagimu pintu2 rahmat serta kurniaanNya..
تقبل الله منا ومنكم الصيام والقيام وصالح الأعمال.
‏Semoga Allah menerima drp kami dan kalian semua akan puasa, qiam dan amal2 soleh
وصل اللهم وسلم على نبينا محمد 💐💐

Saturday, 2 June 2018

8 TIPS LAILATUL QADR

1) JANGAN TINGGAL solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

JANGAN TINGGAL solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

3)JANGAN TINGGAL solat Ba'diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

4)SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

5)JANGAN LUPA bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

6)JANGAN LUPA istighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

7)SENTIASA sediakan wang sadaqah pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

8)JANGAN TINGGAL solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,demi Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.

*@miharbi*

Thursday, 31 May 2018

16 Ramadhan 1439H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa pagi Jumaat

16 Ramadhan 1439H
01 Jun 2018
                             
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Segala puji bagi Allah pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhammad saw., keluarga, para aulia, sahabat2, muslimin dan muslimat.

Ya Allah kami memohon agar Engkau perbaiki agama kami sebagai benteng urusan kami; perbaiki dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami; perbaiki akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah Ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah kami sedar bahawa sesuatu yang berlaku di atas muka bumi ini adalah diatas ketentuan Mu dan kehendak Mu,  maka jadikanlah kami Ya Allah hamba yang redha dengan segala ketentuan Mu.

Ya Allah berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah.
Ya Allah kami berdoa semoga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu

Ya Allah, Engkau muliakan kami dan ampuni segala salah dan silap kami. Jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada kami nescaya kami akan meraba-raba dan terjerumus ke lembah kejahilan dan kederhakaan.

Ya Allah redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Yang Maha menyaksikan bahawa kami menerima apa yg telah disampaikan oleh rasulMu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya Allah tentukanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.

Ya Allah kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab.
َ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .            
                                        
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.َِ

Wednesday, 30 May 2018

SURAH AL KAHFI

Assalammualaikum....

SURAH AL KAHFI

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.


Apa rasionalnya?

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 


Pernah terfikir kenapa?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain


Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go 

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 


Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi *solusinya* juga!


Bagaimana?

*Fitnah aqidah* - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

*Fitnah harta* - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

*Fitnah ilmu* - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONGG untuk menuntut ilmu dari Khidir*

*Fitnah kekuasaan* - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah


Tapi ada yang lagi mind blowing

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang *lebih dahsyat* lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!

Tak percaya? Hehe.


Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu *dakwah*?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga *dakwah*?

Dan bukankah Zulqarnain *berdakwah* kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu *berdakwah*. And it makes complete sense!

Dengan *berdakwah* lah, kita dapat *menjaga diri* kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.


Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar nak jadi umat yg terbaik? Ini lah cara nya. Perkataan yg paling Allah suka iaitu ajak manusia kpd Nya.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.


Ada 4...

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

*Fitnah Iman* :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

*Fitnah Harta* :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

*Fitnah Ilmu*:
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

*Fitnah Kuasa* :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).


So dah nampak tak *macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal?* It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!


Maka marilah

kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Ajak lah manusia kpd Allah..ada di antara manusia yg kita kenal atau tak kenal, sayangi lah manusia2 itu yg tak kenal Allah. Paling tidak pun doa kan mereka agar mereka akan sembah Allah sebelum mereka mati
Ada di antara org yg kita kenal atau tidak kenal itu pula ada yg sudah pun Islam, namun jauh dari agama, tidak mengamal kan agama.


Ingat, semua Nabi dan Rasul telah di hantar kpd manusia pada setiap zaman di seluruh dunia. Allah beri tugas kpd mereka adalah *berdakwah*. Dengan perantaraan dakwah, maka Allah bimbing manusia dgn *Hidayah*. Hari ini, manusia pelbagai bangsa di seluruh dunia ini adalah umat Muhammad s.a.w. dan umat ini mewarisi kerja Nabi tersebut. Dan kerja itu adalah ajak manusia kepada Allah swt. 


Kerja Dakwah

Kerja ini adalah misi Nabi kita kepada semua manusia, sampai lah kpd manusia yg terakhir lahir sebelum saat nya kiamat. 23 tahun Rasulullah s.a.w.tarbiyah sahabat2 baginda. Sahabat sahut dan hanya 10 000 sahaja sahabat di kebumikan di Madinah dan Makkah. Di beritakan ada 114 000 lagi para sahabat telah tinggal kan bumi Hijaz utk bawa manusia kepada Allah. Mereka faham tuntutan ini.


Berazam lah utk sahut dan sambut kerja ini di saat dunia ini telah tiba masa nya menyaksikan kehadiran dajjal dan solusi nya ialah buat kerja dakwah tetus menerus. Semoga roh surah Al Kahfi ada dlm jiwa setiap dari kita.

Wallahu aqlam.

Sunday, 27 May 2018

Dialog antara Rasulullah & Iblis

Dialog antara Rasulullah & Iblis

*Rasulullah* bertanya :
"Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak Sholat ?"

*Iblis* menjawab :
"Aku merasa Panas dingin dan Gementar"

*Rasulullah* : “Kenapa ?”

*Iblis* :
"Sebab setiap seorang hamba berSujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 Derajat”

*Rasulullah* :
“Jika seorang umatku berpuasa ?”

*Iblis* :
“Tubuhku terasa terikat hingga dia berbuka”

*Rasulullah* : “Jika ia berhaji ?”

*Iblis* :
“Aku seperti orang Gila”

*Rasulullah* :
“Jika ia membaca Al-Quran ?”

*Iblis* :
“Aku merasa meleleh laksana air timah di atas Api”

*Rasulullah* :
“Jika ia bersedekah ?”

*Iblis* :
“Itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”

*Rasulullah* :
“Mengapa bisa begitu ?“

*Iblis*:
”Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, yaitu :

1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terjauh darinya,

*Rasulullah* :
“Apa yg dapat mematahkan pinggangmu ?"

*Iblis* :
“Suara kuda perang di jalan Allah”

*Rasulullah* :
“Apa yg dapat melelehkan tubuhmu ?”

*Iblis* :
“Taubat org yg bertaubat”

*Rasulullah* :
Apa yg dpt membakar hatimu?”

*Iblis* :
“Istighfar di waktu siang & malam”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt mencoreng wajahmu ?”

*Iblis* :
“Sedekah yang diam-diam”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt menusuk matamu ?”

*Iblis* :
“Sholat fajar”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt memukul kepalamu ?”

*Iblis* :
“Sholat berjamaah”

*Rasulullah* :
“Apa yg paling mengganggumu ?”

*Iblis* :
“Majlis para ulama”

*Rasulullah* :
“Bagaimana cara makanmu ?”

*Iblis* :
“Dengan Tangan kiri dan jariku”

*Rasulullah*:
“Dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas ?”

*Iblis* :
“Dibawah kuku Manusia

*Rasulullah* :
“Siapa teman tidurmu ?”

*Iblis* :
“Pemabuk”

*Rasulullah* :
“Siapa tamumu ?”

*Iblis* :
“Pencuri”

*Rasulullah* :
“Siapa utusanmu ?”

*Iblis* :
“Tukang Sihir (Dukun)”

*Rasulullah* :
“Apa yg membuatmu Gembira ?”

*Iblis* :
“Bersumpah untuk cerai”

*Rasulullah* :
“Siapa kekasihmu ?”

*Iblis* :
“Org yg meninggalkan Sholat Jumat”

*Rasulullah* :
“Siapa Manusia yg paling
membahagiakanmu ?"

*Iblis* :
“Org yg meninggalkan sholat dengan sengaja"

*sebarkan biar 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis
....
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Albukhari)
#

Sunday, 20 May 2018

LAWAK ; BERITA TERKINI

20/05/2018, jam lebih kurang 3:00 petang waktu tempatan. Berlaku satu gegaran kecil, 4.2 skala richter berlaku terutama di sekitar kawasan perut, gegaran dikatakan mungkin berlarutan sehingga waktu maghrib.

Hati-hati semua

Thursday, 3 May 2018

Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta dan kesihatan. Telah engkau tinggalkan rumah, istana, anak2 dan isteri/suami tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya ingin memohon maaf
atas apa jua kesalahan.

■SALAM SILATULRAHIM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...