Saturday, 1 February 2020

13 HADIAH YANG TERBAIK


Assalamualaikum semua..

Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara utk kita menghadiahkan sesuatu kepada org tersayang di antaranya :


1. Hadiah terbaik utk seorg sahabat adalah Doa.

2. Hadiah terbaik utk seorg musuh.  Pemberian maaf.

3. Hadiah terbaik utk seorg guru adalah Penghormatan.

4. Hadiah terbaik utk murid adalah Tauladan.

5. Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang.


6. Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah Al-Fatihah.

7. Hadiah terbaik utk org tua adalah Berbakti.

8. Hadiah terbaik utk isteri adalah Penghargaan.

9. Hadiah terbaik utk suami adalah Kesetiaan.

10. Hadiah terbaik utk anak adalah Pendidikan.

11. Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah Kejujuran.

12. Hadiah terbaik utk org yg tidak dikenali adalah Senyuman.

13. Hadiah terbaik utk Rasulullah Saw adalah Sholawat.


Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, nescaya kalian akan saling mencintai."

Selalulah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk dunia dan akhirat.

ﻻَ حَوْﻝَ ﻭَﻻَ ﻗُﻮَّﺕَ ﺍِﻻَّﺑِﺎﻟﻠّﻪِ

3 WAKTU TIDAK DIGALAKKAN MANDI ;


1. 30 minit selepas solat Asar

2. Selepas Maghrib

3. Selepas Isyak sehingga 12 malam




Penjelasan :

1. 30 minit selepas solat asar.

Adalah waktu dimana darah dalam badan panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi letih dan penat untuk bekerja.

2. Lepas Maghrib

Jantung kita sudah mulai lemah untuk bekerja.
Kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair.

3. Selepas solat Isyak

Ini masanya jantung berehat, jika mandi ketika ini akan mengakibatkan lemah jantung.
Sebaiknya mandi selepas jam 1 pagi.

Antara pukul 2~3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti bateri yang telah lemah dicas semula.



Kata Alim Ulamak :

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah swt.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan dahaga dan haus di Padang Masyar.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah swt pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau kemiskinan semasa hidup di dunia.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab kubur.

۞ Surah Al-Kautsar dapat mendamaikan segala perbalahan dan merapatkan silaturahim.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. (Husnul Khatimah)

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada jadi golongan munafik.

۞ Surah Al-Falak dapat menghapuskan perasaan hasad dengki dan irihati.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit nyanyok dan was-was.

Seterusnya, bagi melawan syaitan durjana.

Dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa Al-Qur'an, syaitan hanya tengok saja.

۞ Ketika anda duduk dan membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda mengalun ayat2 suci dgn merdu, betul tajwid, menghayati dan memahaminya, iblis & syaitan mula kejang.

۞ Bila kita mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan seharian, dia kena stroke.

Teruskan membaca Al-Qur'an dan mengamalkannya agar iblis, syaitan dan anak beranak suku sakatnya terus stroke.

Tahukah anda, dimanakah hospital yg menyembuhkan anak beranak suku sakat kaum iblis syaitan yg kena stroke dan luka2 terkena kerikil panas semasa azan.

Jawapannya ialah di dalam *jamban & tandas* menunggu & menanti orang Islam yg kencing berdiri. Bila mereka melihat org Islam kencing berdiri, tambah pula tidak baca doa masuk tandas, maka mereka berebut-rebut, tolak menolak, tendang menendang untuk kena air kencing. Jadi, jika anda kencing berdiri, anda menjadi doktor yg menyembuh dan memelihara syaitan.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata;
_"Jangan sebar kerana ianya tiada kepentingan langsung."_



Pilihan dihujung jari anda, samada hendak disebarkan atau hanya alongside dalam gadget anda, kemudian delete, terpulanglah.

TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA SUDAH SAMPAI WAKTUNYA UTK PULANG



Ketika ada kesempatan, pergilah bersama teman teman lama, saudara mara & jiran tetangga Berkumpul - kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersenang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah Persaudaraan

Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.

Mungkin lain waktu kita sudah semakin Susah untuk berjalan.

Umur itu Seperti ais batu, Dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.

Begitu juga dengan umur kita. Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan Akhirnya kembali ke hadrat ILLAHI.

Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal.. Jalani hidup ini dengan ceria,  sabar dan santai.

*Jangan suka mau menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.*

*Jangan buang sahabat atau saudara cuma kerana tak sepakat*

*Satu keburukan mereka, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.*

Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan teman teman dan saudara saudara kita.

Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.

*Buanglah jauh jauh sifat ego dan iri hati*

*Terimalah kekurangan dan kelebihan mereka*

*Bertemanlah dengan apa seadanya, bukan kerana ada apa2 muslihat dan kepentingan.*

*Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan mereka*

*Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, Sediakan bahu ketika dia menangis.*

*Tepuk tangan dan gembira ketika dia berjaya. Sebut namanya dalam doa kita.*

*Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Allah juga akan selalu bersama mu.*

*Teruslah  bersahabat sampai Allah berkata.. sudah sampai waktunya utk kamu pulang.*💚👍

Monday, 2 December 2019

JJCM KELANTAN


Berikut merupakan 121 senarai kedai Makan @ Makanan yang top top di Kelantan..

1. Cafeteria Abah Umi dan Abe Nasi Ayam, Kb
- Mee celup legend, pelbagai abc dan air
2. Nasi Ulam Cikgu (Kampung Kraftangan)
3. Pok Mat Tea Tarik Madu Pulau Pisang
4. Nasi Lemak Kopi O, Kubang Kerian (5pm-1am)
5. Warung Oren Kubang Kerian (Sebelah KFC)
6. Nasi Kukus MyMom Kubang kerian
7. KST IKAN BAKAR Wakaf Cek Yeh
8. Cafe Jiran, Kubang Kerian -western, pizza
9. HAK TEGOH Catering -breakfast buffet RM5
10. Cendol Pulut Tapai Wakaf Mek Zainab
11. Eddlee Fried Chicken
12. Kuey teow kerang payo purnamo
13. Nasi kerabu daging bakar sambal kicap salor
14. Gerai Nasi kukus, dataran Cheng Ho
15. Nasi kerabu pasir pekan
(Nasi kerabu Azma buka 5 ptg)




16. Mat MEE UDANG, Chetok, p. Mas
17. Nasi ayam papik depe sek. ahmad maher
18. Warung Badik Badik (mango special) jalan pengkalan Chepa.
19. Nasi kerabu Panji buka pagi (depan caltex)
20. Suliza perut bulat air asam (depan IPK)
21. Meggi belut bukit marak bachok kelantan
22. Nasi kerabu kambing bakar tepi kondo vista kubang kerian
23. Nasi kerabu kak na paya bemban
24. Ayam kampung madu lorong tepi billion. Kedai ke-2 jalan pasir hor - wakaf che yeh depan sikit keda qiasatina menghala wakaf che yeh.
25. Nasi ayam abe din atas bazar buluh kubu
26. Mee kangkung mat nor.
27. Coconut shake moksu pasir mas.
28. Meggi ketam cherang ruku (alemi meggi ketam)
29. Mee Pok Jen kampung joh labok machang
30. Nasi ayam cobek wakaf bharu.













31. Mee celup pok leh kube batu.
32. Roti Tempayan Kubang Kerian
- Tepi dobi sebelum masjid kubang kerian.
- Tepi jalan besar menghadap perodua kube kiye.
33. Char kue tiaw Taman Bendahara
34. Restoran Pohon Nako (belakang Tursab kb)
35. Sup Belut restoran tepi tali air
36.Restoran syakilla depan balai islam lundang ( lebih 30 jenis juadah )
37. Lido corner ( nasi sup ayam bakar)
38. Chicken Chop & masakan panas PK CORNER
39. Nasi Sumatera terbaik ( Restoran Hover )
40. Roti tempayancheese Nonie CK
jalan pasir hor
41. Udang dan sotong celup tepung - Kedai Makan Acutera Pantai Sabak
42. Kakma Nasi Kerabu, Cherang, KB
43. Nasi Abe Mie - dpn bank Islam jln maju sblm Billion...
44. Nasi Kerabu CHE AWANG Salor.
45. Nasi Kak Wok Original, belakang KBMC
46. ikan bakar air asam, depe sek Maahad Muhammadi Lelaki.
47. Meggie telur sotong PC
48. Timur Char Kuey Tiaw Wakaf Stan



[New Update]
Senarai kedai makan yang best dan top di KELANTAN: 

1- Norsiah Selera Ikan Bakar
2- Nasi Kukus ZAKINI berek 12
3- Ayang Cafe,  lorong masjid Langgar, KB
4- Restoren Tepi sungai,  Tanah Merah
5- Nasi Kerabu Kakzah,  Belimbing,  Tanah Merah
6- Rizqi D, Cafe, Kg. Gaung,  pasir mas
7- Nasi gulai daging tepi longkang sekolah kb buka 1.30 pagi
8- Warung Mee Pok Soh, kg. Belukar, P. Mas
9- Vicolo Cafe, sebelum Bangunan PERKESO
10- Sup Perut Goreng rangup, cbg 4 tok mekngoh, tumpat.
11- KB Burger Bakar
12- Kopi Mesin (Berdekatan Billion KB) cbg 4 pasir hor dan kg. Kota
13- Mee Scekok abe mie,  Panji
14- Mee Bangkok,  Padang Tembak
15- Kakton Patani,  Geting Tumpat
16- Hostel Pantai PCB
17- Selera Signal (Jln PCB)
18- Nasi Pok Pem Jln Bayam
19- Mee Celup, Nasi air D'Nyior Cino Cherang,  depan apartment
20- Mee Pok Harun, Paloh rawa, Machang

21- Roti Canai Kopiah Merah
22- Nasi Sup Daging Bakar Sri Cemerlang
23- MeeCelup telur gedik Kakna, Pasir Mas
24- Mat Saleh Burger
25- Satay Malaysia Jln Pengkalan Chepa
26- Restoran Ikan Bakar Kukup
27- Dulangs Cafe
28- Fizow Kitchen Bachok
29- Oh MySoto,  Panji
30- Restoren Pondok kebaboom,  Pasir Tumboh
31- KB Brewster,  Kopi Beng,  jln Cherang
32- Yati ayam percik, jalan Long Yunus
33- warung Aus Mee celup, Paya Bemban
34- restoren Konteni BOX26, tepi sungai Klate
35- Pok Wi Raja Sup, Tepi Roundabout jam besar, ada khemah Biru.
36 - Eyla air asam sup perut, kg. paloh rawa, Machang
37 - warung Raysha, mee celup stanbum, ketereh
38 - Air Yogurt Perisa Buah-Buahan, Depan Pagar Politeknik Kok Lanas
39 - Maggi Sotong Dalam Rhu, Tumpat
40 - Shikin Nasi Ayam, Taman Bendahara
41 - Yazid Nasi Daun Pisang, Tanah Merah
42 - D' Nan nasi Daun Pisang, Kota Bharu
43 - Coffee Squad, Kota Bharu
44 - Akok Padang Enggang, Kb
45 - Kek Coklat Shafiqah Muhamad
46 - Kek Bajet Cute Ijah Ahmad
47 - Alisya Tomyam Salor
48 - Warong Kito (Miang Pla & Dap dip dup)
49 - Munirah Burger, Kg Kok Keli, Tumpat
50 - Nasi Atas Katil, Jalan Bayam
(Nasi Gulai Ayam kampung)
Update 15/9/19
1. Roti Pita Tepi Sungai Kelantan - Area Ridel Hotel
2. Abe Loh Ike Bekok Kompleks LKIM Pantai Geting, Tumpat
3. Belut Paprik- PCB (Belakang Perdana RST)
4. Tarik tarik dan Roti Canai kedai budak, Kg Jaya, Pasir Hor
5. Roti Canai Jalan Hadi, Jalan Tiong, Batu 4 Jln Kuala Krai
6.The Original Burger kuba guling kelantan
7. Kattnis Dapor Cheese
8. Warung Gulai Ayam Tok wan
9. Nasi sup Pok Hin batu 2 jln k.krai dekat masjid depan toyota
10. Mat seafood 2


11. Meggi Tiram Pok Weil
12. Nasi Kerabu Golok
13. Nasi Sup Atas Pasar Siti Khadijah
14. Pok Loh Milo Tunggeng Belakang KPJ Perdana
15. Ayam Golek depan Pasar Cabang 4 Tok Mek Ngah
16. Satay Baung
17. Satay Selera Timur, Kubang Kerian
18. #REMOKA sambal goreng budu, produk IKS
19. Ziela Nasi Kukus, Kampung Balai, Bachok
20. Food House, Pasir Mas (Cikgu Western)
21. Air Nyor Rondabout Pasir Pekan
22. RV Rooftop Restaurant, Kg Sungai, Bachok
23. Nadelya Cafe and Cakes, Machang


Sumber : Menarik Di Kelantan, self review dan gambar carian google.

Friday, 29 November 2019

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali di Pekuburan. Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu.
Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia tua duduk istirahat di atas kuburnya sendiri.

Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.


Wali : 
Paman, kenapa paman sedang duduk istirahat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Roh Org tua:
Jikalau kau mau tahu jawabannya,
esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku sendiri.
Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan terjaga dari mimpinya.
Keesokan harinya.
Wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.
Setelah ketemu beliau hanya memperhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.
Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an.
Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali:
Assalammualaikum anak muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk anak muda.
Penjual daging:
Waalaikumsalam, ya boleh. Apakah pertanyaan itu?
Wali:
Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang di kubur di kampung ini?
Penjual daging:
Ya ada. Itu adalah Ayahku.
Wali:
Aku ada melihat Roh ayahmu dalam mimpiku. Beliau tenang disana.
Apa yg kau lakukan untuk ayahmu wahai anak muda?
Penjual daging:
Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kepada Allah...
Jika bacaanku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya untuk ayahku.

* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
*Jawabannya,
Mereka sedang mencari percikan-percikan doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz  "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat".
Mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirahat, adalah karena doa anaknya yang selalu dikhususkan untuknya.
Pesan:
Perbanyaklah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di alam barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapaknya, terutama anak laki-laki yang mana syurganya di bawah ridho ibunya....

Kemudian laksanakan 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW :

Pertama:
Solat Tahajjud.
Karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada sholat tahajjudnya.
Doanya pasti akan mudah terkabul dan membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, kita membaca  Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh penahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Pergilah ke masjid (Khususnya di waktu subuh).
Sebelum melangkahkan kaki kemanapun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Keempat:
Jaga sholat dhuha.
Karena kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
Yakinlah, kekuatan sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat-lipat ganda.
Keenam:
Selalu Jaga wudhu.
Karena Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
“Orang yang selalu berwudhu, ia akan senantiasa merasa selalu dalam keadaan sholat walaupun ia belum sholat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa yaitu
*Ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT*"

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YG MEMBACANYA.
Semoga bermanfaat. 

Aamiin...

Wednesday, 27 November 2019

KISAH PENGEMIS MEMINTA SEDEKAH




Harap semua baca yg ini dan lakukan ibadat sedekah setiap hari

*Alkisah, seorang Pengemis Mengetuk pintu Rumah Rasulullah SAW*
*Pengemis itu berkata: "saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."*

*Rasulullah bersabda: "Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis itu".*

*Sayyidah Aisyah pun melaksanakan perintah Nabi...*
*Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar:* 

*"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? ".*
*Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang, dan semua ingin membelinya.*
*Kemudian ada seorang kaya namun buta yang mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya:*
*“jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka”.*
*Akhirnya budak itupun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi.*
*Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah itu, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:*
*“Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini, kembalikanlah pandanganku... ".*

*Ma syaa Allah...*
*dengan izin Allah, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.*
*Keesokan harinya, iapun pergi menghadap Rasulullah dengan penuh gembira dan berkata:* *"Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku... ".*
*Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya, padahal biasanya Rasulullah jarang sekali tertawa...*

*Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:* *"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan izin dan berkahNya, ia telah mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."*
Masya Allah ...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala shadaqah itu ada 5 macam:

*أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ*
*(كتاب بغية المسترشدين)*


Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :
*1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani.*
*2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.*
*3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat membutuhkan.*
*4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000) yaitu sedekah kepada kedua orangtua.*
*5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yg alim atau ahli fiqih.*
[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]


*Wallahu'alam bissawab.*
*Semoga Allah SWT mendekatkan kita hari ini dengan segala kebaikan yg ada di dalamnya dan  memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas.*
*SEMOGA MENJADI  INSPIRASI DALAM BERSEDEKAH*

Sunday, 24 November 2019

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW




1. Barli – Bagus untuk demam
    jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata
    rumah yang tidak
    mempunyai kurma adalah
    seperti rumah yang tidak
    ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari
    syurga. Boleh mengubati
    buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah
    anggur. Ia membersihkan
    darah, menguatkan buah
    pinggang, membersihkan
    perut

5. Madu – Ia adalah makanan
    segala makanan, minuman
    segala minuman, ubat
    segala ubat. Mengubati cirit
    birit jika dibancuh dengan
    air panas, membuka selera,
    menguatkan perut,
    membuang kahak. Elok
    diminum waktu pagi
    dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) –
    Nabi berkata wanita
    mengandung tidak akan
    gagal melahirkan anak yang 
    baik dari segi perwatakkan
    dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu
    baik untuk membuang
    panas badan. Menguatkan
    belakang, memperbaiki
    otak, memperbaharui
    pandangan mata,
    membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk
     mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan
    kulit dan rambut. 
    Melambatkan penuaan,
    merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan
     tubuh dari syaitan & bisikan
     syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika
     dahaga hendaklah disedut
     perlahan-lahan, jangan
     diteguk, mudah mendapat
     sakit pada hati.

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

Semoga Bermanfaat

Siapa yg lahir pada tahun 50, 60, 70 & 80an..?

Siapa yg lahir pada tahun 50, 60,            70 & 80an..?


1-    Kita yang lahir di tahun   
      50-60-70-80 an, adalah
      generasi yang layak
      disebut generasi paling
      beruntung. Kerana
      kitalah generasi yang  
      mengalami loncatan
      teknologi yang
      begitu revolusi di abad
      ini, dengan keadaan usia
      prima.
     
2-    Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari
      kita masih lincah menari
      di atas keyboard pula.
        
3-    Kitalah generasi terakhir
      yang merakam lagu dari
      radio dengan tape
      recorder. Sekaligus
      kita juga menikmati
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
       
4-    Kitalah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik,
      guli, getah gerip, adalah
      permainan yang tiap hari
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata
      dan jari kita tetap lincah
      memainkan pelbagai
      game  di gadget .
       
5-    Kitalah generasi terakhir
      di masa remaja yang
      pernah mempunyai
      geng yang tanpa janji,
      tanpa telefon / sms tapi
      selalu boleh berkumpul
      bersama menikmati
      malam minggu
      sepuasnya... 
      Kerana kita adalah 
      generasi yang
      berjanji cukup  dengan
      hati. Kalau dulu kita
      harus bertemu untuk
      bergelak tawa bersama.
      Kini kitapun tetap bisa
      ber '' di grup Facebook/
      WhatsApp .
       
6-    Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati 
      lancarnya jalan raya
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor
      menikmati segarnya
      tiupan angin di jalan
      tanpa helmet di kepala.
       
7-    Kitalah generasi terakhir
      yg pernah menikmati
      tanpa perlu berpikir ada
      penculik yg
      membayangi kita.
        . . . 
8-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv
      hitam putih dengan
      senang untuk pindah
      saluran sana sini
      
9-    Kitalah generasi terakhir
      yang pernah begitu
      mengharapkan
      datangnya posmen    
      Menghantar surat, dari
      sahabat atau kekasih
      hati

10.   Generasi yg bawa
       RM0.10 - RM0.50
       ke sekolah tapi blh
       makan sampai
       kenyang kat kantin ...

5 Perbezaan Kanak-kanak Dahulu dan Sekarang Lalui Ketika Membesar ...

Itulah kita....

Anda generasi itu? Kongsikan ini kepada yang lain. Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..珞

Thursday, 21 November 2019

10 Pesanan dari buat ibubapa dan calon UPSR

10 Pesanan dari buat ibubapa dan calon UPSR

1. Yang ada anak UPSR, walau berapa pun keputusan, raikanlah mereka.

2. Kalau pernah berjanji nak hadiahkan apa-apa, berilah juga walau mereka tak capai target. Sesungguhnya mereka telah mencuba sedaya upaya.

3. Janganlah membanding beza keputusan dengan kakak dan abang yang lain. Bandingkan dengan orang luar lagi jangan sesekali.

4. Saat ini anak-anak yang rendah keputusannya sangat memerlukan sokongan ibubapa dan ahli keluarga. Walau mereka diam sahaja, walau konon-kononnya redha, tapi pasti ada rasa sedih yang amat dipendam.

5. Jika mereka menangis kerana gagal, biarkan mereka menangis sepuasnya. Biar mereka sedar bahawa untuk mengecap kejayaan perlukan usaha gigih yang bukan sedikit.

6. Setelah itu, berilah kata-kata semangat dan biar keputusan rendah kali ini menjadi pengajaran kepada mereka untuk berusaha lebih gigih di sekolah menengah nanti.


Pesanan Buat Calon UPSR 2010 | PENA LARA7. Jangan terlalu memperlekehkan UPSR kononnya "Ala, UPSR je pun. Bukan apa-apa." Jika selalu dimomokkan supaya tak perlu berusaha dengan gigih, aku risau sikap acuh tak acuh akan diteruskan sehingga alam sekolah menengah, universiti dan kehidupan mereka besar nanti. Hidup diluar sana jauh lebih kejam dan keras.

8. Yang berjaya cemerlang pula, disamping raikan dengan hadiah dan kata pujian, perlu juga ingatkan mereka jangan leka. Ramai cemerlang UPSR tapi kecundang PT3 dan SPM.




9. UPSR ini penanda aras yang sangat penting dan merupakan titik tolak supaya mereka lebih cemerlang dimasa akan datang. Sekali lagi diingatkan, jangan meremehkan peperiksaan UPSR.

10. Akhir sekali, jangan lupa segala kejayaan/kegagalan adalah ujian dari Tuhan. Walau gagal, walau berjaya, sujud itu perlu. Didik anak begitu. Dan jangan lupakan jasa guru-guru. Bukan guru-guru Tahun 6 sahaja, tapi sejak pra sekolah lagi.


Semoga semua calon UPSR tahun ni cemerlang dan terus berjaya dimasa akan datang.

Sunday, 10 November 2019

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul.. 
SELAWAT MAULIDUR RASUL

The Power Of SELAWAT SAW - AlMukhlisin


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu


‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...