Saturday, 11 April 2020

MARI BERDOA RAKYAT MALAYSIA (COVID 19)

MARI BERDOA RAKYAT MALAYSIA (COVID 19)


The Light in the moonless night - Muslim Marriage Guide


🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
*A'uuzubillaahiminasyaitoonirrojiim*
*Bismillaahirrohmaanirrohiim*
*Allaahummaasolli'alaa Sayyidinaa Muhammad*
*Wa'alaa Ali Sayyidinaa Muhammad*


*Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat. Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami ma'arifat. Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat.* *Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat.*

*Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak.* *Tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak ini, hilangkan segala keresahan yang memuncak.*


*Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah!*
*Kalau ia dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah!*
*Kalau ia dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah!*
*Kalau ia dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah!*

*Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan* *kemudaratan samaada di bumi, langit, daratan dan lautan. Engkau* *Pendengar doa segala permintaan hamba Mu dengan Rahmat Mu bertautan.*


*Ya Allah! Engkau jadikan kaum hawa di samping lelaki, Engkau jadikan kanan di samping kiri, Engkau jadikan air di samping api, Engkau jadikan keriuhan di samping sunyi.*
*Maka kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.*

*Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah! Kurniakanlah* *kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami yang kini di uji dengan wabak ini Ya Allah!*


*Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah,* *kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah KHUSUSNYA kepada* *para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat-jururawat, barisan* *anggota keselamatan, muslimin & muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.*

*Perkenankan doa kami Ya Allah*
*Perkenankan doa kami Ya Rahman*
*Perkenankan doa kami Ya Rahim*
*Perkenankan doa kami hari ini Ya Allah 😭😭😭*


*Allahummaa Aamiin Aamiin Aamiin 
Ya Robbal'Alamiin*
🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻



di persilakan masing-masing kongsi & panjang-panjangkan doa ini buat semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Semoga Allah angkat doa-doa kita. IinshaaAllah

DOA BUAT UMAT MUSLIM (COVID 19)

DOA BUAT UMAT MUSLIM (COVID 19)


Ini Kalimat yang Sebaiknya Dihindari Saat Berdoa, Dilengkapi ...


Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.


Wahai makhluk Allah yg bernama VIRUS CORONA (covid 19)....
Jika engkau tentara Allah yg dikirim untuk membenteras kesombongan dimuka bumi... segerakanlah tugas Mu....

Izinkanlah kami bisa menghirup udara ramadhan yg syahdu....
Izinkan kami...
menemui bulan penuh ampunan dari Robb Penguasa semesta alam...
Wahai makhluk nano berukuran 150 nanometer yg mampu menggemparkan dunia... Ukuran kecilmu menjadi bukti kuasa Penciptanya...

Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum ramadhan...
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum ramadan
Covid19 pulanglah ke tempatmu dengan tenang sebelum ramadhan

Aamiin Ya Robb ❤

Kami ingin Sholat Tarawih berjalan seperti biasa,
Kami ingin Pasar Ramadhan seperti biasa,
Kami ingin Umroh berjalan seperti biasa.
Kami ingin Haji berjalan seperti biasa.
Aamiin 3x Yaa Alloh.. Yaa Robbal 'Aalamiin...

🤲🤲😭😭💓


Semoga Allah mengabulkan permintaan kita Aamiin.. 🙏

Tolong Aamiinkan ramai ramai ❤
keseluruh medsos(media sosial) kemana saja agar gema aamiin didengar oleh Azza Wajalla wa Maliki yaumiddin 🙏

KITA SUDAH DIAKHIR ZAMAN?

Halaqah Ahli Raudhatul Hasanah tadi
sempena malam *Israk Mikraj* 


Blog Iera Azira: PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


1. Byk hadis Nabi SAW berkenaan *tanda besar kiamat berlaku pd zaman kita.*

a) *Masjidil Nabawi n Masjidil Haram ditutup tak boleh masuk.* Kita ingat akan berlaku zaman cucu2 kita peristiwa pintu Mekah Madinah ditutup. Rupanya zaman kita...😭

b) *Dajal tak akan turun selagi masjid2 tak kosong.* Sebelum ni dok pi subuh pagi Jumaat nampak org ramai sgt solat, dok fikir laa, lambat lg dajal nak turun sbb subuh penuh org, org makin ada kesedaran Islam, tup2 skrg subuh, sungguh dah takdak org. Allah berlaku dizaman kita...😭

c) *Allah akan ambik byk nyawa org2 alim dgn penyakit seperti selsema mudah* saja... rupa2nya bila kena pd org tabligh maka kena habih kumpulan yg selalu pi ke masjid...😭

d) *Dajal mata satu (telefon) menjadi ikutan* hingga Nabi SAW pesan ikatlah tangan isteri2 dan anak2 perempuan kamu. Tp Nabi SAW tak pesan ikat kaki tak bagi jalan , *Nabi SAW pesan ikat tangan*...😭



 2. *Bayangkan kita adalah 9 pemuda Ashabul Kahfi.* Berada didalam gua melarikan diri drpd virus yg zalim, tetap *baca suratul Kahfi setiap malam.* Moga Allah tidurkan kita dlm gua Kahfi. (yg kebetulan kami pernah masuk kedalamnya ketika di Jordan.)
Dapatkan cahaya matahari setiap hari dan bersenam utk keluarkan peluh disamping berdoa kpd Allah utk melindungi kita....😥



3. Bayangkan wabak sedunia ini tak habis lagi, perebutan makanan sedunia bukan takat di Malaysia, makanya akan sampai masa catuan bekalan makanan dan minuman, bersedia! *Dajal akan datang membawa syurga dimata tapi neraka didalamnya.* Mungkin selepas 40 hari kuarantin di seluruh dunia, *dajal datang tawarkan pertolongan.*....😰



4. *Akan lahir Imam Mahadi* utk membunuh dajal ini. Dajal bergerak seluruh dunia (mungkin dgn isu #COVID19 ini selepas 40 hari kuarantin dajal datang) selama 40 hari dajal pi merata, pada waktu itu kita rasa suatu masa yg amat lama.... Allah takutnya...😭



5. *AlQuran akan diangkat dlm masa terdekat* tp kita tak tahu macamana Allah nak hilangkan drpd mushaf sekarang. Baca AlQuran kerana dgn membaca *AlQuran boleh menyembuhkan sakit2 kita.* Virus pun tak boleh duduk...



6. *Sampaikanlah ilmu ini pd semua adik beradik dan sahabat handai kita*

PPAS @ LIBRARY ONLINE

*Bagaimana Menikmati eBook Overdrive @ PPAS ?


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor - Perbadanan Perpustakaan ...


1) Daftar akaun pengguna di http://ppas.celex.com.my
2) Login masuk ke akaun pengguna di http://ppas.celex.com.my
3) Setelah log masuk berjaya,anda akan dipaparkan nombor
4) Library Card (cth : 134ABC) untuk log masuk di platform Overdrive.
5) Salin  / copy no library card anda.
6) Tekan butang *Go To Library*
7) Tekan butang *Sign In* dan masukkan library card anda.
8) Layari koleksi eBook anda dan pilih eBook untuk anda pinjam.
9) Nikmati eBook yang anda pinjam.


Anda boleh juga menggunakan *aplikasi mobile LIBBY* yang boleh di download dari AppStore dan PlayStore untuk menikmati overdrive

1) Pastikan anda telah salin no Library Card anda .(Ikuti langkah seperti di atas)
2) Muaturun aplikasi LIBBY ke telefon anda
3) Masukkan Librray Card anda
4) Pilih Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
5) Layari Koleksi eBook anda dan pilih eBook untuk anda pinjam
6) Nikmati eBook yang anda pinjam


Semoga bermanfaat kepada semua

PKP ; SEBELUM KELUAR RUMAH

Sekadar info semasa PKP (COVID 19)..

1) Jarak perjalanan keluar memandu cuma 10km dari alamat tmpt kediaman.
2) Tujuan hanya dibenar utk membeli brg keperluan/makanan
3) Jika alamat di lesen atau I/C berlainan atau tidak sama dgn tmpt kediaman, BAWA BIL ELEKTRIK ATAU AIR bersama sbg bukti.
4) Jika hendak ke tempat kerja, pastikan surat dari majikan yg mengarahkan bekerja ada dibawa.
5) Cuma 1 kereta & 1 pemandu sahaja dibenarkan
6) Pakai Mask/Penutup muka

Elakkan dari disaman.
#DudukDiamDiRumah
#StayAtHome

BUKU AGAMA ONLINE

Assalamualaikum



Boring kat rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan?*

*Isi masa anda  sambil tambah ilmu. Ada 138 buku agama online percuma untuk di baca !!*

*Download PERCUMA buku2 islamic format pdf* (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat

https://t.co/NUEnSGMq7a


Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut kebagian pahala menyebarkan ilmu agama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Friday, 10 April 2020

SYUKUR DI MALAYSIA BERTUAH

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..


Researchers identify two coronavirus types associated with the ...

Di seluruh dunia 1.25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19.

120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1.2 bilion murid dan pelajar terganggu.

Di Afrika Selatan rakyatnya dibeberapa kawasan mula rempuh lockdown..sebab makanan tiada..duit pun tiada..bantuan lagilah tiada...

Di Indonesia juga rakyatnya mula kelam kabut..Begitu juga di India..Jika lockdown dirumah lebih dua atau tiga hari maka di kawasan padat penduduk akan banyaklah yang mati tak makan kerana tak boleh keluar bekerja di sana..Kau ingat di India ada ka bantuan pelbagai macam mana diberi di Malaysia? Elek pocik..

Amerika Syarikat pula sedang ke arah nak jadi Bananas Republic..segalanya gagal dikawal...Tiada persediaan nak hadapi dan tangani wabak Covid19. Dari Presiden sampai birokrat diperingkat negeri dah pakat jadi kelam kabut nak handle pandemik ni.Kes meningkat laju saban hari..Sehingga kini dah hampir 360 ribu kes jangkitan dan kematian cecah lebih 10 ribu...



Di Malaysia..rakyatnya duduk saja di rumah..layan Astro..data internet dibagi free lagi..Siap boleh buat tiktok dan video senaman bodo..beras dihantar sampai ke dalam rumah..makanan sampai..ikan temenung dihantar sampai depan pintu..Petugas barisan depan pula hari hari diberikan dan diagih pelbagai jenis makanan dan sumbangan..

Kakitangan awam, cikgu cikgi, pensyarah universiti enjoy gaji free..tak perlu kerja..jika adapun ala kadar saja kerjanya sepanjang PKP..boleh berkebun..buat kolam ikan.bertani, tanam musang king lagi sepanjang PKP selain banyak yang lain turut sama buat kerja kebajikan..Tahniah kita ucapkan..

Kerajaan pula beri duit bantuan dengan di bank in..Semua dapat duit dan insentif dari pemandu grab, orang bujang, yang miskin, kaya sampailah Ahli Parlimen Pokok Sena turut diberi BPN..

Aneka Bantuan diberi..NGO, orang perseorangan dan parti politik pakat pulun dan berlumba turut berikan sumbangan dan bantuan..

Orang ramai pula masih boleh pi market, TESCO, hypermarket dengan lenggang lenggok lagi..Sempat lagi beli nasi kandar bungkus..dengan teh ais..boleh upload lagi seribu satu jenis menu makanan lazat lazat yang dimasak dirumah...

Petugas barisan depan..barisan tengah..barisan sokongan..barisan belakang dari PM, Menteri, doktor, jururawat. Petugas kesihatan, abang polis, tentera, JPAM, Rela dan pelbagai lagi agensi pula komited beri khidmat terbaik untuk pastikan negara sejahtera wabak terkawal..

Itupun masih ramai yang tidak tahu bersyukur...

*Berbanggalah kita selaku warga Malaysia...BERSYUKURLAH*

.

AMALAN SEHARIAN

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Amalan Harian Rasulullah Saw | Zaza Iman


*1. PANDANGAN MATA*
Pandangan mata adalah anak panah iblis.Lihat bukan muhrim sekali saja.Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.Tiada khusyuk.

*2. MAKAN GARAM*
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

*3. MINUM TANGAN KANAN*
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.Iblis minum dengan tangan kiri.

*4. SESAAT DI JALAN ALLAH*
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat".

*5. LANGKAH KANAN*
Masuk masjid kaki kanan,keluar kaki kiri.Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.Masuk tandas kaki kiri,keluar kaki kanan.


*6. MAKAN TIGA JARI*
Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu,telunjuk dan tengah.Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

*7. JAMINAN ALLAH*
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah,orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

*8. GUNTING BULU*
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting,mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

*9. JANGAN BERSIUL*
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia,iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

*10. CARA POTONG KUKU TANGAN*
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan,disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.


Turutan potong kuku mengikut Sunnah - Pusat Tuisyen AdvanceStudy ...


*11. CARA POTONG KUKU KAKI*
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

*12. PANJANG LENGAN BAJU*
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

*13. PAKAIAN KESUKAAN*
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

*14. BERSIWAK*
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi),satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih.Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

*15. DOA DALAM SUJUD*
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.


*16. ADAB DI TANDAS*
Masuk tandas kaki kiri,pakai alas kaki dan tutup kepala.

*17. ADAB MAKAN*
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.Sepertiga makanan,sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

*18. TIGA JENIS ORANG*
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta,orang miskin yang sombong.

*19. PAKAI MINYAK WANGI*
Memakai minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat,ke masjid atau ke mana sahaja.

*20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR*
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

Grosir Tempat Wadah Celak Kuningan Free Celak Bubuk/Celak Piala ...

*21. CINCIN PERAK*
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri.Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

*22. SOLAT FARDHU DI MASJID*
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah.Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

*23. PAKAI CELAK*
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

*24. PANJANG PAKAIAN*
Panjang pakaian,jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.

*25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH*
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.Jika anda waras dan sempurna akal,dimanakah anda akan solat?


*26. MENGUAP*
Menguap adalah dari syaitan.Bila rasa hendak menguap,tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

*27. MENYIMPAN JANGGUT*
Memotong misai dan menyimpan janggut.Lebih afdal dengan jambang sekali.Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

*28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR*
Jangan menghadap/membelakang Kiblat ketika buang air kecil/besar. Dibolehkan bila dalam bangunan,itupun kalau terpaksa.

*29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH*
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

*30. POSISI TIDUR*
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan,muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.


Nasi Berpinggan-pinggan Sampai 'Overweight' ", Wanita Ini Kongsi ...


*31. MINUM LEPAS MAKAN*
Lepas makan nasi jangan terus minum.Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

*32. TIDUR SEBELUM ZOHOR*
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

*33. BERDIRI HORMAT*
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

*34. PAKAIAN BERWARNA*
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu/Buddha khususnya bagi lelaki.

*35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN*
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin.Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.


*36. MENU RASULULLAH*
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

*37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK*
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu.

*38. KETAWA RASULULLAH*
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

*39. MINUMAN RASULULLAH*
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

*40. HISAP AIR DALAM HIDUNG*
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.


BANGUN TIDUR IKUT SUNAH RASULULLAH


*41. BERI MAKAN ANAK YATIM*
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim.Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas,syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

*42. LARANGAN PAKAI CINCIN*
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

*43. BANGUN TIDUR*
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

*44. KONGSI MAKANAN*
Jangan kedekut berkongsi makanan.Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

*45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR*
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor.Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

*46. ISTIGHFAR*
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

*47. JANGAN MENCACI MAKANAN*
Jangan mencaci makanan.Jika suka,makanlah,jika tidak suka biarkan sahaja.

*48. APABILA BERTAMU*
Apabila bertamu,jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

*49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS*
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.


Kumpulan Berita KOPI INDONESIA: Tampil Beda, Cafe di Bali Ini ...

*50. MAKANAN PANAS*
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas.Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

*51. GILIRAN MINUM*
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol,hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

*52. 3 AMAL*
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15hb Hijrah),solat Dhuha dan solat sunat Witir.

*53. JANGAN TIDUR MENIARAP*
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

*54. CARA PEGANG MISWAK*
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

*55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH*
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....


*Sebarkan..supaya lebih ramai lagi yg mengamalkan sunnah.jom amalkan sunnah Nabi!!

Thursday, 9 April 2020

IKTIBAR DARI COVID 19 DI MALAYSIA





Sekarang Baru Nampak KENAPA Allah Datangkan ‘Kluster Tabligh’ Kepada Kita Semua Oleh Suhaidah Abd Wahab - April 9, 2020

Ketika COVID-19 mulai menular di Malaysia, ‘Kluster Tabligh’ menjadi sebutan ramai. Gara-gara perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur mengumpulkan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara, dikatakan menjadi penyebab berlakunya pertambahan kes COVID-19 di dalam negara. Ramai yang memandang serong, malah turut melemparkan pelbagai kata sinis kepada jemaah ini.

Hakikatnya sesuatu yang boleh kita pelajari, ada hikmahnya tersendiri mengapa ‘kluster tabligh’ yang terpilih dalam ujian ini.

Sekarang baru kita nampak kan kenapa Allah datangkan ‘kluster tabligh’ kepada kita semua. Betapa jujur dan ikhlasnya jemaah tabligh dalam isu covid.

Beribu-ribu mereka kena buat test,beratus orang positif. Tapi sepanjang saya mengikuti perkembangan jemaah ini,belum ada lagi saya baca status dari jemaah komplen tempat kuarantin tidak selesa,tidak bersih,tidak diberi layanan baik.

Bahkan ramai rakan rakan doktor sangat senang dengan mereka,sangat patuh beri kerjasama. Bukan itu sahaja sepanjang mereka berada di wad,di pusat kuarantin boleh dengar laungan azan,boleh dengar bacaaan Al Quran,boleh dengar bacaan taalim.

Ada yang mula rindu dengan jemaah tabligh.


Kluster Oversea

Sekarang kluster oversea pula tiba. Belum seminggu lagi,tapi macam macam dah saya baca. Tempat kuarantin tidak bersihlah,tidak kemaslah,nak hotel selesalah. Staff KKM muka ketatlah. Macam-macam dah diorang demand.


Sedangkan dalam kalangan jemaah tabligh itu. Bukan orang biasa biasa. Jutawan,ada jawatan tinggi dalam jabatan,pensyarah,doktor,petani yang ada ladang ribu ribu ekar. Tapi mereka sikit pun tak demand.

Bahkan ada yang menyumbang kepada tabung covid Ratusan ribu ringgit. Ada diantara mereka sehingga ke hari ini tidak putus putus bantu frontliner.

Apa formula jemaah tabligh ini? apa faedah yang mereka dapat setelah sekian lama ikut jemaah tabligh?

mereka sekarang belajar:


“KAMI DENGAR KAMI TAAT”
“KAMI KORBANKAN MASA,DIRI,HARTA UNTUK ALLAH”

*inilah jemaah tabligh yang patut saya dan kalian tahu. Mereka sedang diuji,dan kita juga sedang diuji. Cuma beza mereka dengan kaki komplen adalah; TAAT,tidak diajar untuk komplen,di ajar untuk bersyukur,diajar untuk taat pemerintah,diajar untuk berbuat baik kepada orang lain,diajar untuk berterima kasih,diajar mengaku salah,diajar selesaikan masalah dengan amalan*



Moga kita terus belajar dari mereka.

Wednesday, 8 April 2020

NISFU SYA'BAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sebelum malam Nifsu Sya'ban , sblm buku catatan amal ditutup saya sekeluarga mohon maaf lahir batin ,

*Maaf  sekiranya pernah menyakiti,
*Maaf  sekiranya pernah menghina,
*Maaf  sekiranya pernah kasar,
*Maaf  sekiranya pernah membohongi,
*Maaf  sekiranya pernah menyinggung,
*Maaf  sekiranya pernah mengumpat,

Baik disengaja maupun tidak disengaja
Baik yang terang-terangan maupun yang disembunyikan.

*Sesungguhnya yang buruk datang dari diri sendiri dan yang baik senantiasa datangnya dari Allah SWT*

Wassalamulaikum wr wb.

Maaf kan saya ya...🙏🏻

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...