Friday, 3 July 2020

L ; TUKANG BAIKI KAPAL AJAIB DAN HEBAT

Ada kisah sebuah syarikat perkapalan yang memiliki Berpuluh buah Kapal dagang.

Satu hari, salah sebuah Kapal dagang sykt itu rosak.
Maka di panggil lah tukang yg biasa membaiki Kapal syktnya utk membaiki.

Namun tukang itu gagal untuk memulihkan kerosakan enjin Kapal tersebut. Kemudian di panggil pula tukang lain yg lebih Pakar dari tukang yg biasa.

Pun sama, tetap tukang Pakar itu gagal membaiki kerosakan enjin Kapal tersebut.

Tuan punya sykt buntu. Banyak Wang telah di belanja kan utk mengupah tukang2 Namun semuanya gagal menyelesaikan masalah kerosakan Kapal tersebut.

Kapal itu adalah Kapal kesayangan beliau dan menjadi antara Kapal pertama yg pernah di miliki sykt.


Kemudian satu hari, seorang pekerja sykt memaklumkan kepada bos ada seorang nelayan tua tinggal di kampung nelayan berhampiran Pakar membaiki enjin bot. Mungkin bos boleh mencuba khidmat nelayan tua berkenaan.

Maka di panggil lah nelayan tua itu ke Kapal yg telah berlabuh lama di jeti. Nelayan tua itu selepas melihat dan melakukan beberapa ujian, lantas mengeluarkan tukul Besi dari beg galasnya.

Si nelayan tua mengetuk2 di beberapa Bahagian enjin dan Kemudian cuba menghidupkan enjin. Amat ajaib, apabila enjin Kapal tiba2 hidup dan selesai lah masalah kerosakan Kapal itu.

Lantas Bos sangat gembira dan bertanya berapa kah upah khidmat nelayan tua berkenaan. Dengan selamba nelayan tua berkenaan menyebut angka RM100k.

Terkejut bos mendengar angka itu. Harga itu lebih kurang harga yg telah di bayar sykt kepada tukang2 lain sebelum ini yg gagal membaiki kerosakan enjin.

Lalu bos pun bertanya samada boleh nelayan tua itu mengeluarkan perincian bil perkhidmatan utk tujuan pembayaran.

Maka nelayan tua itu menulis di sekeping kertas tisu.

Upah Ketuk : RM10

Tahu mana nak Ketuk : RM99, 990.00

Jumlah : RM100, 000.00


Bos terkedu dan menulis cek RM100k tanpa soal lagi.

Thursday, 2 July 2020

MENGUMPAT ATAU MEMBAWANG


BISMILLAH
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR

SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW.


MENGUMPAT/MEMBAWANG

1. Antara Perkara yang tidak Diendahkan dan Menjadi Satu Kebiasaan Tatkala ia menjadi Perkara yang agak Sukar untuk diHindarkan di dalam Masyarakat Kita samada yang Bekerja atau Suri Rumah adalah MENGUMPAT.

2. Memang Seronok duduk berKumpul lalu menCeritakan keBurukan orang lain. Di dalam berSeronok berCerita Panjang dan tak Puas² nak Cerita² hal keBurukan Orang Lain Tanpa Kita Menyedari bahawa NABI MUHAMMAD SAW ada memberi AMARAN bahawa di Akhirat Nanti Akan ada Orang yang Dia memBawa Amalan yg Sangat Banyak...

3. Sholat Sunatnya Tip top, Puasanya Tip top, Qurannya Tip top, Zikirnya Tip top TAPI Dia akan Terkejut apabila setelah diTimbang Kesemua Amalan²nya itu dan Diperlihatkan bahawa Nilainya adalah KOSONG Tatkala ia menjadi MUFLIS Disebabkan Amalan² itu telah Berpindah kepada Orang yang diUmpat.

4. Maka kerana itu Kita perlu HADAM BERSUNGGUH² bahawa meskipun Kita berTaubat atas Dosa Mengumpat..Walaupun Dosa itu Tetap diAmpunkan NAMUN ia tidak akan Mengembalikan semula Amalan² Kita yg telah berPindah kepada Orang Lain...

5. Justeru itu...
Takutlah dengan Dosa yang amat meRugikan ini & ambillah Alternatif untuk menJauhkan Diri dari Mengumpat@Membawang...


KALAU KITA ADA TERLIBAT DUDUK DENGAN ORANG SEBEGINI, BERHENTILAH SERTA MERTA DAN BERANIKANLAH DIRI UNTUK MENEGUR MEREKA YANG SUKA MENGUMPAT UNTUK KEBAIKANNYA ATAU SEBARKAN INFO² BERKENAAN BAHAWA BAHAYANYA DOSA MENGUMPAT KEPADANYA.


Ya Allah... Kau Akhirilah Pengakhiran Hidup Kami serta seluruh Kaum Keluarga Kami nanti didalam HUSNUL KHOTIMAH....Ya Rabb.


Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Wednesday, 1 July 2020

PELUANG KERJA - ELEWS MART

Ada anak2 yang tengah cari kerja. Ustaz Ebit tengah cari ramai pekerja:

Doakan yer...Elews Mart membuka peluang pekerjaan untuk 100 orang.

Siapa berminat untuk bersama ElewsMart untuk jawatan Branch Manager, Assistant Manager, Marketing Officer, Supervisor dan Retail Staf untuk 10 tempat. Bandar Baru Bangi,Kajang, Cyberjaya,Subang Perdana, Sg Buloh, Prima Sri Gombak, Gombak Traders,Shah Alam, Damansara dan Balakong Cheras.


Boleh email Resume ke hrelewsmart@gmail.com
https://www.appkerja.com/2020/06/BorangKerjaElewsMart.html

Terima Kasih

PAMPASAN PEKERJA SELAMA 6 BULAN DIBAWAH EIS / SOCSO

MAN, AKU KENA MSS


Semalam aku berbual dengan kawan aku yang aku namakan H.

H: Man, bulan depan aku last makan gaji.

Aku: Ha, kenapa? Nak Buat bisnes ke?

H: Company aku downsizing. Aku kena MSS. (Note: MSS= Mandatory/Mutual Separation Scheme)

Aku: Allah.๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♂️ Pampasan OK tak?

H: Tak berapa OK.

Aku: Herm..Kau ada carum EIS sebelum ni? Alah…yang gaji kau kena potong tak sampai RM10 sebulan tu..

H: Ada..Tapi apa kena mengena EIS ngan MSS?

Aku: OK, ramai yang tak tau benda ni..sepatutnya HR ko dah explain pasal benefit EIS ni.

Macam ni, apabila pekerja dibuang atas sebab:

• Pertindihan jawatan
• VSS/MSS
• Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
• Company bankrap


Termasuklah jugak bila pekerja resign sebab:

• Gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
• Kena buat kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.


๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ป๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฐ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—บ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ณ๐—ถ๐˜๐Ÿฎ ๐—˜๐—œ๐—ฆ. 

TAPI….kalau kau kena berhenti kerja sebab:

• Masalah disiplin
• Kau sukarela nak resign
• Dah sampai masa nak bersara
• Ataupun contract kau dah tamat…


๐—ก๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐Ÿฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ณ๐—ถ๐˜ ๐—˜๐—œ๐—ฆ.
.
H: Apa benefit2 yang EIS bagi?

Aku: Gaji basic kau sekarang berapa?

H: Ish…segan lah nak bagitau..huhu

Aku: Hahaha…OK lah. Aku assume gaji kau RM4,500 sebulan. Ok tak?

H: RM 4,650 to be exact..hahaha

Aku: Hahaha…ok2…kalau kau nak tau…antara benefit EIS. Kau dapat “Elaun Cari Pekerjaan” maximum 6 bulan..

H: Elaun? Berapa banyak elaun tu?


Aku: Kalau gaji kau tadi RM 4,650… SOCSO capped dekat        RM 3,950 je. So, pengiraan dari bulan pertama sampai bulan ke enam macam ni.


Bulan 1: 80% x RM 3,950 = RM 3,160 sebulan
Bulan 2: 50% x RM 3,950 = RM 1,975 sebulan
Bulan 3: 40% x RM 3,950 = RM 1,580 sebulan
Bulan 4: 40% x RM 3,950 = RM 1,580 sebulan
Bulan 5: 30% x RM 3,950 = RM 1,185 sebulan
Bulan 6: 30% x RM 3,950 = RM 1,185 sebulan


H: Wah, serius dapat elaun macam tu selama 6 bulan??๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ

Aku: Serius lah....Dengan syarat kau dah carum EIS minimum 2 tahun.baru boleh dapat elaun 6 bulan tu..Agak2 kau dah carum 2 tahun ke tak?

H: Mesti lah..aku dah kerja berbelas tahun kot…berbelas tahun dah lah aku carum EIS...
.
Aku: Hahhaha...๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

H: Asal kau gelak pulak?

Aku: Nampak sangat nipunya..EIS start Jan 2018 sahabat. Balik nanti kau check payslip kau cukup tak 24 kali ko mencarum...

H: Oh..ye ke? Confident je aku kan๐Ÿคญhaha..OK2 nanti aku check...


Aku: Bukan takat tu je. Kalau kau pergi training sepanjang 6 bulan ko "menganggur" tu, training fees pun kau boleh claim. Tapi maximum RM 4,000 je lah. Pastu kau dapat lagi elaun hadir training maximum RM20 sehari (yang ni ikut kelayakan gaji).Kalau kau tak percaya, kau bukak laman web SOCSO.

H: Ish..betul ke ni Man??? So, macam mana nak mohon?

Aku: 1st, kau and HR kau kena pergi pejabat SOCSO terdekat. Jupa bahagian Industrial Relation kat sana. Both party kena sign some agreement supaya isu berbangkit tak wujud pada masa akan datang. Pastu, kau isi borang dan lampirkan dokumen2 sokongan. Contohnya, employment termination letter and bla2. Pastikan kau mohon tak lebih dari 60 hari daripada tarikh kau diberhentikan kerja..

H: Ok2…nanti aku deal ngan HR aku… Serius wei..aku tak tau. Confirm aku apply benefit ni…

Aku: Kan…dari tak dapat apa..Ok jugak lah dapat elaun tu..Dapat gak tampung apa2 yang patut sementara cari kerja baru…

H: Betul2…


So, kawan2…kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal EIS, korang boleh lah jenguk2 link ni ye:

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/sistem-insurans-pekerjaan

Sebarkan kepada sesiapa yang terkesan. Moga bermanfaat๐Ÿ˜‰

Assalam
#IrARB
30 June 2020
#EIS #SIP #SOCSO #MSS #VSS #DariTakDapatApaDapatSikitPunJadilah

Sunday, 28 June 2020

6 KUNCI BAHAGIA DI TEMPAT KERJA

6 KUNCI BAHAGIA DI TEMPAT KERJA

Kebiasaannya, orang yang sudah bekerja banyak menghabiskan masa di tempat kerja daripada di rumah. Mereka juga jarang menikmati percutian hujung minggu kerana mereka selalu sibuk menguruskan kerja pejabat tanpa henti. 

Ketakutan, kegelisahan, dan tekanan, itulah yang dialami oleh pekerja sehingga mereka kurang senang bekerja. Kebahagiaan ketika bekerja datang dari dalam diri kita sendiri. Ya, kitalah yang mencipta kebahagiaan itu. 



Bagi kita yang ingin tetap gembira walaupun kerja pejabat semakin banyak antaranya;


1) Percaya pada diri sendiri

Pemikiran positif terhadap kemampuan diri kita sendiri akan memberikan hasil yang baik terhadap usaha kita selama ini. Mereka yang benar-benar percaya bahawa mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan, mereka akan benar-benar memberikan prestasi yang cemerlang di pejabat Ingatkan pada diri kita mengapa kita bekerja di tempat ini. Kadang-kadang, pada awal kerja, kita selalu merasa teruja dan gembira dalam menjalaninya. 

Namun, seiring berjalannya waktu, tekanan semakin meningkat dan melupakan apa yang membuat kita teruja di tempat kerja. Apabila kita melakukan aktiviti yang sangat kita sukai, kita pasti akan merasa lebih bermotivasi dan melekat dengannya. Ini adalah salah satu cara untuk kita merasa puas dengan pekerjaan yang kita lakukan. Apabila kita berjaya mendapatkan 'makna' yang lebih mendalam dalam pekerjaan kita, maka apa sahaja yang kita lakukan akan dilakukan dengan motivasi yang tinggi.


2) Mencintai Pekerjaan

Sejauh mana kita menyukai pekerjaan kita sekarang ni? Menyayangi pekerjaan telah terbukti menjadi kunci utama kebahagiaan semasa bekerja di pejabat. Apabila kita berjaya mencintai pekerjaan, kita rela mencurahkan jiwa, badan, dan fikiran kita untuk menyelesaikan tugas dengan baik. Menyayangi pekerjaan sama seperti ketika kita mencintai seseorang. Kita sanggup melakukan apa sahaja agar orang yang kita sayangi merasa bahagia dan selesa ketika berada di samping kita.


3) Budaya kerja yang menyenangkan

Suasana kerja yang membosankan atau penuh dengan lakonan tentunya membuat sesiapa sahaja tidak selesa. Pentingnya berkomunikasi dengan pekerja untuk mendengar keluhan mereka. Oleh itu, kita lebih tahu bagaimana budaya itu berkembang di dalam syarikat tersebut. 

Untuk mewujudkan budaya kerja yang menyenangkan, kita harus mengeluarkan peraturan syarikat dengan melibatkan majikan dan pekerja.Input dari pekerja kita sangatlah berharga. Contoh syarikat permulaan yang mempromosikan budaya kerja yang menyenangkan. Permulaan ini menyedari bahawa suasana kerja yang baik dan harmoni yang berkembang akan sangat mempengaruhi pengekalan pekerja dan produktiviti mereka.


4) Komunikasi yang baik

Manusia ni mempunyai keperluan untuk bersosial dan berkomunikasi.Jika kita ini sebagai bos juga mesti memperhatikan keperluan tersebut. Komunikasi tidak perlu terlalu rumit. Cukup buka peluang untuk berdialog dengan pekerja kita, dan sambut semua aspirasi yang mereka sampaikan.

Walaupun nampak sederhana, tetapi salah satu sebab utama pekerja memilih untuk mengundurkan diri adalah hubungan yang tidak baik dengan pemimpin.Sudah tentu ini dapat dikurangkan sekiranya kita sebagai pemilik syarikat ingin mendengar pendapat atau aspirasi pekerja kita sendiri. Dengan komunikasi terbuka dan fleksibel seperti ini, pekerja merasa lebih dihargai. Rasa penghargaan ini terbukti dapat meningkatkan kebahagiaan dan motivasi kerja mereka.Dengan cara itu, rasanya membuat pekerja senang dan suka di pejabat.


5) Mendengar muzik

Muzik adalah sebahagian dari kehidupan bagi segelintir manusia. Sekiranya kita adalah salah seorang peminat muzik, tidak ada salahnya mengisi waktu bekerja dengan mendengar muzik. Mainkan muzik kegemaran kita semasa melakukan kerja pejabat. 

Untuk mengelakkan tidak mengganggu pekerja lain, kita juga boleh menggunakan alat dengar (earphone) untuk kita dengar sendirian lagu tersebut. Muzik dapat menenangkan fikiran dan jiwa manusia. Sebelum kita tertekan kerana tugas yang terkumpul, segera mainkan muzik kegemaran kitaa untuk merasa lebih seronok ketika menyelesaikan tugas.


6) Berfikiran Positif

Tahap tekanan akan meningkat sekiranya kita terus berfikiran negatif, terutama terhadap rakan sekerja di pejabat. Kecurigaan dan perasaan bersaing akan menghiasi kehidupan seharian kita, jadi kita tidak akan tenang semasa bekerja di tempat kerja. 

Sebelum terlambat, inilah masanya untuk menyingkirkan pemikiran negatif dan membina pemikiran positif. Kelilingi diri kita dengan perkara positif yang dapat menjadikan semangat kita semakin tinggi. Sekiranya kita sudah memiliki semangat positif ini secara produktiviti kerja kita dijaga secara automatik.


Kesimpulan ;

Untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya perlulah bersedia untuk melalui satu proses yang panjang, kerana indahnya sesuatu kejayaan itu bukanlah kepada hasil yang dicapai tetapi liku-liku perjalanan dalam menuju kejayaan itu. Selain itu, dalam pekerjaan perlulah mempunyai komitmen, fokus terhadap kerja, menerapkan elemen disiplin dalam menunaikan tanggungjawab, serta istiqamah dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan. Jadi, Ahyat doakan semoga  korang semua dapat bekerja dengan fokus, positif dan konsisten setiap hari untuk mencapai matlamat syarikat dan kepuasan dalam hidup kita.



Sumber rujukan :
1. pijarpsikologi.org
2. blog.mokapos.com
3. studilmu.com/blogs
4. kumparan.com
5. economy.okezone.com
6. utusanborneo.com.my

Sunday, 21 June 2020

HARI BAPA 2020

*HAPPY FATHERS DAY*

 *HARI INI HARI BAPA
SEDUNIA*

➡Dia bina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar ansuran

➡Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*

➡Bayangkan waktu kecil dimarahi *IBU BAPA*,

➡Sekolah dimarahi *GURU*,

➡Kerja diMarahi *BOSS*,

➡lepas kahwin diMarahi
*ISTERI*,

➡tua diMarahi *ANAK CUCU*.

๐Ÿ‘๐ŸปKehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*

➡Kalau dia keluar rumah, kata org dia *MERAYAP*
➡Kalau dia tinggal di rumah, kata org dia *MALAS*
➡Kalau dia marah anak2, kata org dia *GARANG*
➡Kalau dia tak marah, kata org dia lelaki *TIDAK TEGAS*
➡Kalau dia tak bagi isteri  bekerja, kata org dia *MENGONTROL*
➡Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia *ANAK MAK*
➡Kalau dia dengar kata isterinya, kata org dia *TAKUT BINI*
➡Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita yang memerlukan dikatakan *HIDUNG BELANG*
➡Kalau *TAK MAHU TOLONG* wanita lain, katanya *KEJAM*

๐Ÿ˜ณ๐Ÿ™„*Tapi di tengah TERPAPAR segala macam tuduhan, dia tetap KUAT*

Kirim ke semua *LELAKI*,  supaya mereka *TERSENYUM*๐Ÿ˜Š☺๐Ÿ˜‡dan kepada semua wanita, supaya mereka *SEDAR*, bahwa *LELAKI* itu amat *BERHARGA*.

*Selamat Hari Bapa sedunia*๐Ÿ˜

Wednesday, 10 June 2020

ELAK SERANGAN JANTUNG


Amaran penting bagi siapa yang selalu bangun tidur untuk buang air. 
Info dari YB Dr Daroyah Alwi*:

“Saya nak kongsi tips yang sangat penting – bagi yang kerap terbangun dari tidur untuk ke tandas.”


Amalan Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.


Kenapa penting ?

3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?

Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:

Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar. Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.


*Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda*.

MENTERI PENDIDIKAN - SEKOLAH DIBUKA 24 JUN 2020

1. Dilaksana secara peringkat - SPM,SPVM,STAM,STPM dan EXAM antarabangsa
2. Anak2 yg sihat shj ke sekolah.
3. Sampai ke sekolah, guru akan periksa suhu badan..termasuk guru2 dll.
semua org.
4. Ikut laluan pergerakan yg telah ditetapkan.
5. Perlu cuci tangan dgn kerap di sekolah.
6. Meja disusun 1 meter
7. Hanya 20 org shj.
8. Rehat secara berperingkat dan ikut laluan khas
9. Makanan siap dibungkus dan makan di kelas.
10. Bekal digalakkan.
11. Xtvt koko tiada sehingga dimaklumkan.
12. Asrama - katil disusun 1 meter.
13. Asrama- waktu mkn-bergilir2
14. *Tarikh waktu sekolah - kpm menetapkan utk murid -spm,spvm,stam,stpm n  exam awam - pada rabu 24 june 2020.*
15. Murid2 lain - tunggu dulu.
16. Jumlah murid dlm kelas
     40 org- pecah.
     20 org - kelas 1
     20 org - kelas 2
    Guna dewan dan jarak 1 meter

Sunday, 7 June 2020

PERINGATAN SELEPAS TAMAT PKPB

Peringatan Pihak Polis kepada semua rakyat Malaysia yang mesti dibaca oleh semua orang.

AWAS
Kita semua sama ada di bandar atau di luar bandar, harus mengetahui keadaannya.

Setelah perintah pergerakan ditarik sebahagian / sepenuhnya.

Kita harus menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam mengikuti peraturan lalu lintas dan bersikap proaktif dalam melindungi diri dan barang-barang kita.

Sebilangan besar orang di luar sana, kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan serta tidak mempunyai banyak penghasilan atau wang selama ini, jadi mungkin ada kejadian jenayah akan berlaku secara mendadak akibat kehilangan pekerjaan atau kesannya terhadap perniagaan.

1. Orang harus berhati-hati termasuk orang di rumah, anak-anak, sekolah dan kuliah lelaki / perempuan, wanita / lelaki yang bekerja.

2. Jangan memakai jam tangan yang mahal

3. Jangan memakai rantai, gelang, cincin telinga dengan berhati-hati dengan beg tangan anda.

4. Lelaki jangan memakai jam tangan mewah, gelang dan rantai yang mahal.

5. Berhati-hati menggunakan telefon bimbit anda di khalayak ramai. Cuba kurangkan penggunaan mudah alih di khalayak ramai dikhuatiri diragut dan dilarikan.

6. Jangan menaiki lif bersama orang yang tidak dikenali.

7. Jangan membawa wang lebih dari yang diperlukan.

8. Pastikan kad kredit dan debit anda selamat semasa anda dalam perjalanan.

9. Terus menelefon rumah setiap saat untuk memeriksa kebajikan orang tua, isteri dan anak-anak anda.

10. Arahkan warga tua dan orang-orang di rumah semasa menjauhkan jarak yang selamat dari pintu utama, jika boleh, pastikan pintu utama rumah terkunci agar tidak didekati samada untuk menerima bungkusan atau surat.

11. Arahkan anak-anak pulang seawal mungkin.

12. Jangan mengambil jalan terpencil atau jalan pintas untuk sampai ke rumah, cubalah dan gunakan jalan Utama maksimum.

13. Anak-anak ketika anda berada di luar perlu memerhatikan persekitaran anda.

14. Sentiasa ada nombor kecemasan di tangan.

15. Jauhkan jarak yang selamat dari orang.

16. * Orang ramai kebanyakannya akan memakai topeng *. Pengenalan akan berbeza.

17. Mereka yang menggunakan perkhidmatan teksi sila kongsikan maklumat perjalanan anda dengan ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, rakan atau penjaga anda. Dibimbangi berlaku penculikan untuk dapatkan wang tebusan.

18. Cuba dan gunakan sistem pengangkutan awam Kerajaan.

19. Elakkan bas yang sesak.

20. Semasa pergi untuk berjalan-jalan harian anda, cubalah dan pergi sekitar jam 6.00 pagi, pada waktu malam maksimum selesai jam 8.00 malam menggunakan jalan utama. Elakkan jalan-jalan kosong.

20. Jangan menghabiskan banyak masa di pusat membeli-belah, pantai dan taman.

21. Sekiranya Anak-anak harus menghadiri kelas tuisyen biarkan orang dewasa atau ibubapa turun dan menjemput.

22. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda.

Perkara ini harus diikuti sekurang-kurangnya selama 3 bulan atau sehingga keadaan keseluruhan bertambah baik.

Kongsi kepada semua yang anda MENJAGA ...

Minta semua pihak berwajib untuk mengeluarkan pemberitahuan demi kepentingan terbaik Negara kita.

#STAY_AT_HOME
#KITA_JAGA_KITA

PENCEN DAH KITA




Untuk renungan bersama ๐Ÿ‘‡๐Ÿฟ๐Ÿ‘‡๐Ÿฟ
_______________________________

APABILA KITA BERSARA.. AKAN PERGI SELAMANYA...๐Ÿค”๐Ÿ˜

YG MASIH BEKERJA...AKAN FIKIR BILA NAK BERSARA..๐Ÿ˜ค๐Ÿ˜‚



Apabila kita dah PENCEN,
Selesai sudah tugas kita puluhan tahun punya masa,

Apabila kita dah PENCEN,
Tiada lagi pangkat kita,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita dah semakin tua,

Apabila kita dah PENCEN,
Tak perlu lagi bekerja cari harta dunia,

Apabila kita dah PENCEN,
Anak, menantu, cucu ada merata rata,

Apabila kita dah PENCEN,
Usah lah cuba berbini dua,

Apabila kita dah PENCEN,
Makan dan pakai ala kadar saja,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita semakin dekat dgn kubur,

Apabila kita dah PENCEN,
Orang dah tak kenal kita.

Apabila kita dah PENCEN,
Kita cepat jadi pelupa,

Apabila kita dah PENCEN,
Baru nak bermula cari amalan sebab dulunya kita alpa,

Apabila kita dah PENCEN,
Terbayang amalan belum cukup untuk ke sana,

Apabila kita dah PENCEN,
Mula dah tak suka dengan hiburan dan yang melekakan,

Apabila kita dah PENCEN,
Selalu teringat kenangan kisah lama juga kawan-kawan lama,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita sememangnya dah tua,
Ingat2 lah akan sampai harinya
Kita akan dijemput ke sana,
Penyakit datang walaupun dijaga
Hanya amalan akan dibawa,

Mengharap anak isteri doakan kita,
Semoga kita damai di sana,
Menanti tiba hari kebangkitan,
Amal dosa semuanya dikira.
Penentu syurga atau neraka.



PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI dan SAHABAT2 !!!
Dan jangan berkelahi tentang isu - isu  semasa,  YG PENTING SALING MEMAAFI ANTARA KITA, sebab tak tahu bila ajal AKAN TIBA.....๐Ÿ˜⚘

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...