Sunday, 26 September 2021

Cara Mengawal Marah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Cara Mengawal Marah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَنَا إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِع

Daripada Abu Dzar RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepada kami: "Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendakah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring.
(Sunan Abu Daud No: 4151)  Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan pemberi nasihat untuk diikuti.

2.  Rasulullah SAW mengajar cara mengawal marah antaranya jika marah dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk (orang yang berdiri, dia dalam keadaan bersedia untuk bertindak berbanding ketika duduk).

3.  Jika masih marah ketika dalam kedudukan duduk, hendaklah orang tersebut menukar posisi dengan berbaring (kedudukan berbaring sangat kecil kemungkinan untuk bertindak).

4.  Diam juga satu daripada cara mengawal marah. Rasulullah bersabda:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Daripada Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW baginda bersabda: Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam.
(Musnad Ahmad No: 2029)

Berusahalah melakukan sesuatu untuk mengawal sifat marah. Jika marah semasa berdiri, tukar posisi kepada duduk, jika marah lagi, tukar kepada berbaring. Diam juga satu cara mengawal marah.

27hb September  2021
20hb Safar 1443H

Saturday, 25 September 2021

Istiazah Mengawal Marah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Istiazah Mengawal Marah

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ

Daripada Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; "Dua orang lelaki memaki hamun di antara satu sama lain  di hadapan Rasulullah SAW, sementara kami duduk di sisi Baginda. Salah seorang daripada mereka memaki temannya dengan rasa marah  sehingga merah padam mukanya. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda: "Aku mengetahui (aku akan ajarkan) satu kalimah kalau  dia mengucapkan iaitu: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam. Lalu mereka (para sahabat yang hadir) berkata kepada lelaki itu: Apakah kamu tidak dengar? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi. Lelaki itu berkata kepadanya: Aku bukanlah seorang gila!"
(Sahih Bukhari No: 5650) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.  Marah itu dipengaruhi oleh syaitan. Mengikut Imam al-Ghazali, berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.

2.  Orang yang sedang marah, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal. Dia boleh bertindak diluar kewarasan.

3.  Rasulullah SAW mengajar agar membaca istiazah apabila seseorang itu marah iaitu 

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم

Firman Allah:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
(Fussilat: 36)

Kawallah kemarahan kita dengan sentiasa membaca istiazah memohon perlindungan daripada hasutan Syaitan.

26hb September  2021
19hb Safar 1443H

Thursday, 23 September 2021

Jangan Marah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Marah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَب

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: "Berilah aku wasiat?" baginda bersabda: "Janganlah kamu marah." Laki-laki itu mengulangi pertanyaannya, baginda tetap menjawab: "Janganlah kamu marah." (Sahih Bukhari No: 5651) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah meninggalkan pesanan penting agar "Jangan Marah" yang diulang jawapan yang sama apabila ditanya berulang oleh sahabat. Menunjukkan pesanan ini amat penting.

2.  Marah adalah pokok berbagai kejahatan, dan menahan diri darinya adalah pokok segala kebaikan.

3.  Marah akan menimbulkan perbuatan yang diharamkan seperti memukul, menyakiti orang, mengeluarkan perkataan-perkataan yang diharamkan termasuk dalam bentuk tulisan seperti memfitnah, mencaci maki, berkata kotor, dan berbagai bentuk kezaliman termasuk mencederakan dan membunuh.

4.  Imam Ahmad menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan sifat marah.

5.  Ibnu Mubarak apabila ditanya apakah himpunan akhlak yang baik yang terhimpun dalam satu kalimah!” Beliau menjawab, “Meninggalkan Marah.”

Berusahalah kita mengawal sifat marah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.

24hb September  2021
17hb Safar 1443H

Wednesday, 22 September 2021

Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran

1 Hari 1 Hadis


*Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran*


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ

Dari Abu Sa'id Al Khudri RA, ia berkata; Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu bila ia membaca sepertiga dari Al-Quran pada setiap malamnya?" dan ternyata para sahabat merasa kesulitan seraya berkata, "Siapakah di antara kami yang mampu melakukan hal itu wahai Rasulullah?" maka baginda pun bersabda: "ALLAHUL WAAHID ASH SHAMAD (maksudnya surat al-ikhlas) nilainya adalah sepertiga Al-Quran." 
(HR Bukhari No: 4628) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Membaca al-Quran adalah dituntut kepada setiap Mukmin.

2.  Membaca surah al-Ikhlas sekali nilainya menyamai sepertiga al-Quran.

3.  Mengikut Ibnu Hajar, “Nilai sepertiga al-Quran” bermaksud  surah al-Ikhlas nilainya sama dengan sepertiga apabila dilihat dari kandungan makna al-Quran. Kerana isi Quran terdiri daripada perkara yang berkaitan hukum, kisah, dan akidah. Surah al-Ikhlas mencakup pembahasan akidah, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini  
(Fathul Bari, 9/61).

4.  Membaca surat al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’). Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan bererti pahala yang diperolehi sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia memerlukan bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran dimana surat al-Ikhlas tidak boleh menggantikan semua itu. 
(Majmu’ al-Fatawa, 17/138).

Usahakanlah membaca al-Quran paling kurang surah al-Ikhlas sebelum tidur pada setiap hari.


Jangan lupa selawat hari ini saudaraku

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 
(Hadis Riwayat Muslim)
(Status: Hadis Sahih)

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti


16 Safar 1443H
23 September 2021

Monday, 20 September 2021

UCAPKAN LAH

UCAPKAN LAH 

Di setiap waktu, ia membasahi bibirnya dengan ucapan :

Allahu Akbar.

Kemudian dia mengucapkan lagi, 
*Laa ilaaha illallaah Muhammadar Rasuulullaah*.

Setelah itu dia melanjutkan kalimat,
*Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazh zhaalimiin*.

Lalu dia melanjutkan,
*Subhaanallaah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar*.

Terus dia mengucapkan kalimat ini 3x,
*Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.
*Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.
*Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.

lalu dia beristighfar dgn membaca
 *Astaghfirullaahal'azhiim wa atubu illahi*

*Astaghfirullaahal'azhiim wa atubu illahi*

*Astaghfirullaahal'azhiim wa atubu illahi.*

Dan terakhir ditutupnya dgn bershalawat, 

*☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

Allahuma shalli ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

*☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

Allahuma shalli ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

*☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

Allahuma shalli ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad

Dengan membaca kalimat yang baik ini, dia telah diberi balasan pahala yg sangat besar oleh Allah Ta'ala.
Karena telah mengajak para pembaca utk berdzikir, beristighfar dan bershalawat. 

Tahukah Anda?
Siapakah orang yg beruntung tersebut ?

*Orang tersebut adalah ANDA*...!!!
😍😍😍🥰🥰🥰💪🏼💪🏼💪🏼

*Masya Allah*...
Silakan share ke sahabat lainnya agar mendapatn pahala jariyah yang tak terhenti. Mudah dan senang buat amalan yang tak keluar RM yang banyak. Janji ikhlas ya kerana Allah SWT.

*Aamiiin*🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Umat Seperti Buih

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Umat Seperti Buih

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ الْأُمَمُ مِنْ كُلِّ أُفُقٍ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ عَلَى قَصْعَتِهَا قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنْ قِلَّةٍ بِنَا يَوْمَئِذٍ قَالَ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنْ تَكُونُونَ غُثَاءً كَغُثَاءِ السَّيْلِ يَنْتَزِعُ الْمَهَابَةَ مِنْ قُلُوبِ عَدُوِّكُمْ وَيَجْعَلُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ قَالَ قُلْنَا وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الْحَيَاةِ وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Daripada  Tsauban, pembantu Rasulullah SAW  berkata; Rasulullah SAW  bersabda; "Hampir saja umat-umat dari segala penjuru mengerumuni kamu seperti orang-orang lapar mengerumuni piring makanan." Kami bertanya; Apakah kerana saat itu kita golongan minoriti? Rasulullah SAW  bersabda; "Bahkan kamu ketika itu ramai, tapi kamu adalah buih seperti buih air banjir, rasa ketakutan telah dicabut dari hati musuh kamu dan penyakit Wahan disemayamkan dalam hati kamu." Kami bertanya; Apa itu Wahan? Rasulullah SAW bersabda; "Cinta dunia dan takut mati." (HR Ahmad No: 21363) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Akan sampai suatu masa umat Islam bilangannya ramai namun penghayatan kepada amalan Islam amat longgar. Penghayatan terhadap al-Quran dan al-Hadis tidak dihiraukan, semangat jihad dan pengorbanan semakin luntur.

2.  Musuh Islam mengerumuni umat Islam seperti mengerumuni makanan kerana tidak ada lagi rasa gerun di atas kehebatan yang ada pada umat Islam. Sifat yang ada pada umat Islam adalah ingin memenuhi keperluan nafsu masing-masing.

3.  Walaupun bilangan umat Islam ramai namun umpama buih, tiada kekuatan dan kemuliaan. Ditiup angin pecah dan berterbangan, tidak tahan lama menghadapi suasana dan cabaran. Lemah tidak bermaya kerana mereka menyeleweng daripada panduan al-Quran. Berbeza di zaman Rasulullah dan para sahabat, walaupun bilangan mereka sedikit namun mereka boleh mengalahkan musuh yang ramai.

كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّبِرِينَ ٢٤٩

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 249)

4.  Umat Islam lemah kerana telah dicampakkan kedalam hati mereka  sifat al-wahan iaitu kecintaan kepada dunia dan bencikan kematian (mereka hanya berlumba mendapatkan kepentingan keduniaan seolah-olah mereka tidak akan mati).

5.  Nilai kekuatan umat Islam bukan dari segi bilangan tetapi yang lebih penting adalah dari aspek kualiti, mereka yang menghayati dan beramal dengan ajaran Islam.

Marilah kita berusaha membina kekuatan diri dengan menghayati al-Quran dan Sunnah dan memastikan kekuatan Islam dihadapan kita bukan keseronokan dunia.

21hb September  2021
14hb Safar 1443H

Sunday, 19 September 2021

Riya Itu Syirik Kecil

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Riya Itu Syirik Kecil

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

Daripada Mahmud bin Labid Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda : Itulah Riya’. Allah SWT akan befirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).”
(HR Ahmad No: 23630. Status: Sanad Hadis Sahih)

Pengajaran:

1.  Syirik kecil merupakan perkara yang perlu dijauhi kerana ia menghilangkan segala pahala amal soleh yang dilakukan.

2.  Rasulullah SAW bimbang umatnya akan terjerumus dengan Syirik kecil iaitu Riya’.

3.  Riya adalah perbuatan seseorang  menunjukkan amal untuk dilihat, disebut atau disanjung oleh manusia lain. Di hari kiamat nanti, orang yang riya’ dalam beramal akan diminta untuk menuntut ganjaran daripada manusia yang ingin disanjung atau disebut.

4.  Riya’ boleh berlaku pada agama, tubuh badan, percakapan mahupun amalan seseorang, contohnya:
•  Riya’ pada agama dan tubuh badan dengan menzahirkan kekurusan dan berpakaian lusuh supaya orang menganggapnya bersungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat
•  Riya’ pada percakapan dengan memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang Islam ataupun berzikir kuat di hadapan orang ramai.
•  Riya’ pada amalan seperti menzahirkan qiyam dan ruku’ yang lama ketika bersolat di hadapan orang ramai.

5.  Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis ketika sujud di dalam masjid beliau berkata :”Hai kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.”

6.  Berusahalah melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan bermujahadah melawan sifat riya yang datang dalam diri. Jika ibadah tersebut ada pilihan, maka lebih baik dilakukan secara sembunyi seperti bersedekah tidak secara terang-terangan.

7.  Berdoalah agar dijauhi perbuatan syirik.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sedari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.

20hb September  2021
13hb Safar 1443H

Saturday, 18 September 2021

Mukmin VS Ahli Maksiat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin VS Ahli Maksiat

عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra berkata, bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti (ketika) ia duduk di lereng sebuah gunung, dan ia sangat bimbang gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (orang yang selalu berbuat dosa), ketika ia melihat dosa-dosanya adalah seperti ia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian ia mengusirnya seperti ini lalu terbang (ia menganggap remeh dosa).”
(HR Bukhari No: 6309) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Di antara ciri keimanan seseorang kepada Allah adalah rasa takut dan bimbang yang sangat besar dan mendalam terhadap dosa yang dilakukannya. 

2.  Orang Mukmin, sentiasa merasa kepedihan yang mendalam jika berbuat dosa dan merasa takut, seolah ia seperti berada di lereng sebuah gunung dan ia bimbang gunung tersebut akan jatuh menimpanya.

3.  Seorang ahli maksiat ia tidak takut akan perbuatan maksiat dan dosa-dosanya, sehingga setiap hari hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan dan dosa. 

4.  Orang yang biasa berbuat dosa, ia menganggap remeh dosa-dosanya, seakan seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu ia mengusirnya. (Menganggap dosanya seperti hinggapan lalat saja).

5.  Seorang pelaku maksiat, apabila dilakukan berterusan, hatinya menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa.
(Lihat Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, hlm. 294-295)

6.  Ibn al-Qayyim menyebut: “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.”
(Lihat Madarij al-Salikin, 2/292)

Seorang Mukmin, apabila dia melihat sesuatu perbuatan dosa pada dirinya, maka ia harus bersungguh-sungguh menjauhinya.

19hb September  2021
12hb Safar 1443H

Thursday, 16 September 2021

Beristighfar dan Bertaubat Daripada Dosa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beristighfar dan Bertaubat Daripada Dosa

أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah  mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali." (HR Bukhari No: 6307) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.  Asal perkataan غفر adalah  ستر bermaksud menutup atau melindungi daripada dosa. Manakala mengucapkan istighfar adalah memohon keampunan dan pembebasan daripada dosa-dosa.

2.  Walaupun Rasulullah SAW adalah insan yang ma’sum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali setiap hari.

3.  Sebagai umat Baginda SAW yang tidak sunyi daripada melakukan dosa dan kesilapan, sewajarnya kita sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.

17hb September  2021
10hb Safar 1443H

Wednesday, 15 September 2021

Jauhi Syubhah Agar Jiwa Tenang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Syubhah Agar Jiwa Tenang
 
عَنْ أَبِي محمد الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّبن أبي طالب رضي الله عنهما قَالَ :حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  :دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran atau kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan. (HR Tirmizi No: 2518) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.  Maksud perkataan الريبة  adalah meninggalkan apa yang mendatangkan syak (keraguan) dalam hati pada sesuatu perkara dan berpegang kepada sesuatu yang tidak mendatangkan syak (keraguan) pada perkara tersebut.

2.  Tinggalkan sesuatu yang syubhah atau meragukan agar jiwa kita sentiasa tenang.

3.  Galakan untuk bersifat benar kerana itu adalah sumber kepada kebaikan dan peringatan untuk menjauhi sifat dusta kerana itu adalah punca bagi setiap keburukan.

4.  Hendaklah seseorang itu menjauhi perkara yang mendatangkan syubhah (keraguan) kepadanya dan berpegang kepada perkara yang jelas lagi nyata kerana sesiapa yang menjauhi perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Sebaliknya sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, maka dia telah jatuh dalam perkara yang haram.

5.  Berusahalah memastikan sesuatu itu yang benar dan soheh bukan yang meragukan apatah lagi yang palsu.

16hb September  2021
09hb Safar 1443H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...