Wednesday, 13 October 2021

Orang Yang Enggan Masuk Syurga

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Enggan Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Daripada Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, " Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?" Nabi menjawab: "Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang mendurhakaiku dialah orang yang enggan."
(HR Bukhari No: 6737) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap umat Nabi Muhammad SAW akan masuk ke syurga dengan syarat mentaati dan mengikuti apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang. 
  
2. Taat dan patuh itu antaranya dengan mentauhidkan Allah serta istiqamah dalam melaksanakan syariat Allah seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan puasa Ramadhan, berbakti kepada kedua orang tua, menjaga dari perkara yang haram seperti perbuatan zina, minum yang memabukkan, serta perkara haram yang lain.

3. Orang yang enggan dan tidak mahu mentaati syariat yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW adalah orang yang enggan untuk masuk syurga. Orang tersebut mencegah dirinya untuk masuk ke dalam syurga dengan melakukan amal keburukan dan meninggalkan syariat yang diwajibkan.

4. Wajib bagi setiap muslim untuk mentaati segala perintah Allah, serta mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam setiap syariat yang baginda bawa. Firman Allah: 

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya”.
(Al Hasyr: 7)
 
Marilah kita sempena bulan Maulidurasul ini menjadi orang yang akan masuk syurga bukan orang yang enggan.

14hb Oktober 2021
07hb Rabiul Awal 1443H

Tuesday, 12 October 2021

Rasulullah Penyelamat Umat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah Penyelamat Umat 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أُمَّتِي كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَتِ الدَّوَابُّ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهِ فَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ وَأَنْتُمْ تَقَحَّمُونَ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Ketika itu, binatang dan kelekatu berjatuhan ke dalamnya. Maka aku mencegah kalian, namun kalian melemparkan diri ke dalamnya.
(HR Bukhari No: 6483) Status : Hadis Sahih. 

Pengajaran: 

1.  Rasulullah SAW diutus untuk memberitahu manusia akan ancaman azab api Neraka yang menanti di Akhirat bagi mereka yang berbuat maksiat juga yang tidak beriman. 

2.  Rasulullah SAW berusaha untuk menyelamatkan manusia dari menjadi ahli Neraka. Baginda SAW menyampaikan Islam sebagai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. 

3.  Imam An-Nawawi berkata: hadith ini membawa maksud bahawa Rasulullah SAW menggambarkan perbuatan orang jahil dan ingkar yang bergelumang dengan maksiat dan syahwat sebenarnya melemparkan diri ke dalam Neraka, seperti kelekatu yang terbang ke dalam api kerana mengikut keinginan dan tidak mampu membezakan bahaya atau tidak, sedangkan Baginda SAW berusaha menghalang mereka dari terjatuh ke dalamnya. 

4.  Teknik memberikan perumpamaan yang boleh digambarkan oleh akal, adakalanya diperlukan bagi menyampaikan dakwah dan menyedarkan jiwa umat.

5.  Jangan jadikan kita seperti kelekatu yang terhumban ke dalam api kerana tidak dapat membezakan antara bahaya dan bahagia. Ikutilah perintah dan larangan Rasulullah SAW yang sayang dan kasih kepada umatnya agar tidak terhumban ke dalam neraka.

6.  Jadikan diri kita pewaris tugas Rasulullah sebagai pendakwah untuk menyelamatkan diri kita dan orang lain daripada api neraka.

13hb Oktober  2021
06hb Rabiul Awal 1443H

Monday, 11 October 2021

Kemanisan Iman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka".
(HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a.  Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.

b.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.

c.  Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2.  Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١ 
“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’”
[Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.” 

3.  Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

4.  Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW  adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

12hb Oktober  2021
05hb Rabiul Awal 1443H

Saturday, 9 October 2021

Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Cinta Kepada Rasul Tanda Kesempurnaan Iman

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya."
(HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW.

2.  Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya.
  
3.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Saidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkan Abdullah bin Hisyam RA, ia berkata:

كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ  َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ  حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ وَاللهِ  َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.

“Kami mengiringi Nabi SAW, dan baginda memegang tangan ‘Umar bin al-Khatab RA. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi SAW menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada baginda: ‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’
(HR. Bukhari No: 6632) Status: Hadis Sahih

4.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti didahului dengn kecintaan kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah cinta kerana Allah.

5.  Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti diperlihatkan dengan lisan dan perbuatan. Bukti cinta dengan mencontohi sunnah Nabi dalam ibadat dan amalan seharian.

10hb Oktober  2021
03hb Rabiul Awal 1443H

DOA DAN SALAM AHAD

🌹السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
🌹*SALAM HARI AHAD*
✅ 10 Oktober, 2021 
✅ 03 R’awal 1443H
💐💐💐🌺🌺🌺💐💐💐
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْDOAنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

🌴*Ya Allah*
Di pagi yang mulia ini kau ampunilah…..
🌷Dosa-Dosa kami, 
🌷Dosa pasangan kami, 
🌷Dosa kedua ibu bapa 
     kami, 
🌷Dosa anak2 kami,
🌷Dosa saudara2 kami, 
🌷Dosa jiran tetangga &          
      sahabat2 kami, 
🌷Dosa guru2 kami, 

🌴*Ya Allah*
🌹Jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong yang menjaga solat.
🌷Sihatkanlah tubuh badan kami. 
🌷Jauhkanlah kami dari 
penyakit & bala  bencana.
🌷Cukupkanlah rezeki kami.
🌷Permudahkanlah segala urusan kami di dunia & di akhirat. 
🌷Jadikan kami insan yg bertakwa, bersyukur dgn  segala rahmat &      ketentuan MU & berolih pengakhiran di dunia dgn *HUSNUL KHOTIMAH*

Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga & para sahabatnya...

 Segala puji-pujian  hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Allamin.
  
🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿
*Semoga kita semua & ahli keluarga sentiasa berada dalam limpahan Rahmat & RedhaMu serta perkenankan doa2 kami Ya Allah.....*_ 
*آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن*
*استجب دعاءنا يا ارحم الراحمين..* 
*جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا*

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Friday, 8 October 2021

Mencintai Rasulullah SAW

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mencintai Rasulullah SAW

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian sampai ia mencintai aku melebihi kedua orang tuanya dan anaknya.”
(HR Bukhari No: 13) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW memulakan dengan sumpah “Demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya”, menunjukkan apa yang akan disampaikan oleh baginda adalah suatu yang amat penting.

2.  Pesanan penting tersebut ialah tentang syarat kesempurnaan iman pada seseorang, dengan mencintai Rasulullah SAW melebihi kasih dan sayang kepada kedua orang tua serta anak-anak.

3.  Cinta kepada orang tua melahirkan rasa hormat serta berbakti. Cinta kepada anak dengan cara memenuhi permintaannya. Sementara cinta kepada Rasulullah SAW mesti lebih hebat daripada itu.

4.  Jika cinta kepada orang tua kerana ia telah melahirkan, mendidik, membesarkan juga memberi nafkah, cinta kepada Rasulullah SAW kerana ia telah menyampaikan petunjuk dan menyelamatkan kita dari kesesatan.

5.  Cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada orang tua dengan cara mengagungkan serta mentaati perintah Rasulullah SAW, mencontohi dan melaksanakan sunnah yang ditunjukkan oleh baginda mesti diutamakan. 

Kita telah memasuki bulan Rabiul Awal, mengingatkan kita bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mari kita memperlihatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan terhadap ibu ayah dan anak-anak.

09hb Oktober  2021
02hb Rabiul Awal 1443H

Tuesday, 5 October 2021

Pelihara Silaturahim Kerabat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Silaturahim Kerabat

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ

Daripada Aisyah RA isteri Nabi SAW, daripada Nabi SAW bersabda: "Ar-Rahim (silaturahim) adalah syijnah (daun pohon yang rendang) barang siapa menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan barang siapa memutuskannya maka akupun akan memutuskannya."
(Sahih Bukhari No: 5643) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menjaga hubungan silaturahim antara sesama kerabat (yang ada hubungan nasab) adalah kewajipan setiap orang Muslim.

2.  Orang yang menjaga hubungan kekerabatan, Allah akan sentiasa menyambung dan menghubungkannya dengan Allah.

3.  Orang yang tidak memelihara hubungan silaturahim, Allah juga akan memutuskan hubungannya dengan Allah.

Rasulullah SAW menjelaskan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang yang memutus (silaturahim)."
(Sahih Bukhari No: 5643) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4.  Orang yang memutuskan silaturahim, tidak akan masuk syurga. Menjaga  hubungan silaturahim adalah wajib pada setiap orang. 

5.  Orang yang menghubungkan silaturahim akan dipanjangkan umur dan diluaskan rezeki. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim.
(Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Marilah kita menjaga hubungan silaturahim dengan saudara-mara kita. Walaupun dimusim PKP kita sukar untuk saling menziarahi, namun manfaatkanlah teknologi komunikasi untuk saling berhubung bagi mengikat dan mengeratkan hubungan sesama kerabat.

06hb Oktober  2021
29hb Safar 1443H

Monday, 4 October 2021

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Anas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung silaturahim (kekerabatan)."
(Sunan Abu Daud No: 1443) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara kebahagiaan seorang ialah apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang sesama anggota masyarakat.

2.  Saling berkasih sayang dituntut dalam menjaga hubungan silaturahim khususnya dengan ahli keluarga seperti kedua ibu bapa, adik beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu  dan lain-lain.

3.  Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim:

a.  Diluaskan rezeki (murah rezeki)
b.  Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal soleh).

Marilah kita memelihara hubungan silaturahim dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

05hb Oktober  2021
28hb Safar 1443H

Sunday, 3 October 2021

Dua Sebab Doa Tidak Makbul

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dua Sebab Doa Tidak Makbul

عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ

Daripada Jabir RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau menolak keburukan darinya yang semisalnya selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau memutuskan hubungan kekerabatan." (Sunan Tirmizi No: 3303) Status: Hadis Sahih 

Pengajaran:

1.  Berdoa dituntut kepada setiap Muslim

2.  Allah memperkenan doa apa yang dipohon oleh seseorang atau dengan cara menolak keburukan darinya dengan syarat: 

a.  Tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa
b.  Tidak memutuskan hubungan silaturahim sesama kerabat

Hindarkanlah diri dari berdoa sesuatu yang dosa. Berusahalah mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan dengan saudara mara dan kerabat seperti ibu bapa, datuk nenek, adik beradik juga sepupu dua pupu kita.

04hb Oktober  2021
27hb Safar 1443H

Saturday, 2 October 2021

100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN

*100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN :*

*1. Jangan berkata kasar.* 
(QS 3 – Ali Imran : 159)
*2. Tahanlah marah.*
(QS 3 – Ali Imran : 134)
*3. Berbaiklah kepada orang lain.* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)
*4. Jangan sombong dan Bongkak.*
(QS 7 – Al A’raaf : 13)
*5. Maafkanlah kesalahan orang lain.* 
(QS 7 – Al A’raaf : 199)
*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.* 
(QS 20 – Thaahaa : 44)
*7. Rendahkanlah suaramu.* 
(QS 31 - Luqman : 19)
*8. Jangan mengejek orang lain.* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)
*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapak).* 
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapak).* 
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
*11. Jangan memasuki kamar pribadi ibu bapak tanpa izin.* 
(QS 24 – An Nuur : 58)
*12. Catatlah hutang-hutangmu.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 282)
*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 170)
*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 280)
*15. Jangan makan riba’/membungakan uang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 1)
*16. Jangan melakukan korupsi)* 
(QS 2 – Al Baqarah : 188)
*17. Jangan ingkar atau melanggar janji* 
(QS 2 – Al Baqarah : 177)
*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* 
(QS 2 – Al Baqarah : 42)
*20. Berlakulah adil terhadap semua orang* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)
*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)
*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)
*23. Wanita memiliki hak waris* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)
*24. Jangan memakan harta anak yatim* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)
*25. Lindungi anak yatim* 
(QS 2 – Al Baqarah : 220)
*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)
*27. Damaikanlah orang yang berselisih* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)
*28. Hindari perasangka buruk* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
*29. Jangan memfitnah orang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
*30. Jangan memfitnah orang* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7)
*32. Biasakan memberi makan orang miskin* 
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)
*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah* 
(QS 2 – Al Baqarah : 273)
*34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah* 
(QS 17 – Al Israa’ : 29)
*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 264)
*36. Hormatilah tamu anda* 
(QS51AdzDzaariyaat26)
*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri* 
(QS 2 – Al Baqarah : 44)
*38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi* 
(QS 2 – Al Baqarah : 60)
*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid* 
(QS 2 – Al Baqarah : 114)
*40. Perangilah mereka yang memerangi mu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 190)
*41. Jagalah etika perang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 191)
*42. Jangan lari dari peperangan* 
(QS 8 – Al Anfaal : 15)
*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)* 
(QS 2 – Al Baqarah : 256)
*44. Berimanlah kepada para Nabi* 
(QS 2 – Al Baqarah : 285)
*45. Jangan melakukan hubungan intim di saat haid* 
(QS 2 – Al Baqarah : 222)
*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh* 
(QS 2 – Al Baqarah : 233)
*47. Jauhilah hubungan intim di luar nikah* 
(QS 17 – Al Israa’ : 32)
*48. Pilihlah pemimpin yg pantas. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya* 
(QS 2 – Al Baqarah : 247)
*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya* 
(QS 2 – Al Baqarah : 286)
*50. Jangan mau dipecah belah* 
(QS 3 – Ali Imran : 103)
*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini* 
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)
*52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya* 
(QS 3 – Ali Imran : 195)
*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)
*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)
*55. Jangan pelit* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)
*56. Jangan iri hati* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)
*57. Jangan saling membunuh* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)
*58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)
*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)
*60. Bekerja samalah dalam kebenaran* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)
*61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran* 
(QS 6 – Al An’aam : 116)
*62. Berlaku adil* 
(QS 5 – Al Maa-idah:8)
*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)
*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)
*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)
*66. Hindari minum racun dan alkohol* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)
*67. Jangan berjudi* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)
*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain* 
(QS 6 – Al An’aam : 108)
*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu* 
(QS 6 – Al An’aam : 152)
*70. Makan dan minumlah secukupnya* 
(QS 7 – Al A’raaf : 31)
*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat* 
(QS 7 – Al A’raaf : 31)
*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan* 
(QS 9 – At Taubah:6)
*73. Jagalah kemurnian* 
(QS 9 – At Taubah : 108)
*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah* 
(QS 12 – Yusuf : 87)
*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kebodohannya* 
(QS 16 – An Nahl : 119)
*76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana* 
(QS 16 – An Nahl : 125)
*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain* 
(QS 17 – Al Israa’ : 15)
*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan* 
(QS 17 – Al Israa’ : 31)
*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya* 
(QS 17 – Al Israa’ : 36)
*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat* 
(QS23–Al Mu’minuun:3)
*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah* 
(QS 24 – An Nuur : 27)
*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah* 
(QS 24 – An Nuur : 55)
*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati* 
(QS 25 – Al Furqaan : 63)
*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan* 
(QS 28–Al Qashash : 77)
*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah* 
(QS 28 – Al Qashash:88)
*86. Jangan terlibat dalam homosexual* 
(QS29–Al ‘Ankabuut : 29)
*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar* 
(QS 31 - Luqman : 17)
*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong* 
(QS 31 - Luqman : 18)
*89. Wanita dilarang memamerkan diri* 
(QS 33 – Al Ahzab : 33)
*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita* 
(QS 39 – Az Zumar : 53)
*91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah* 
(QS 39 – Az Zumar : 53)
*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan* 
(QS 41 – Fushshilat : 34)
*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah* 
(QS 42–Asy Syuura : 38)
*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)
*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)* 
(QS 57 – Al Hadid : 27) 
*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu* 
(QS58–Al Mujaadilah11)
*97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil* 
(QS60-Al Mumtahanah: 
*98. Hindari diri dari sifat kikir* 
(QS64–AtTaghaabun:16)
*99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang* 
(QS73–AlMuzzammil;20)
*100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta* 
(QS 93–Adh Dhuhaa: 10)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...