Saturday, 1 January 2022

BANTUAN BENCANA BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀
๐Ÿ“Œ Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa⠀
๐Ÿ“Œ Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air. 

๐Ÿ“Œ Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀
๐Ÿ“Œ Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir⠀
๐Ÿ“Œ Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember
๐Ÿ“Œ Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀
๐Ÿ“Œ Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir⠀
Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000. 

Saya berharap bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara.⠀

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216711322134148&id=1794406024

Sunday, 26 December 2021

Kekayaan Dan Kesihatan Orang Bertakwa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kekayaan Dan Kesihatan Orang Bertakwa 

ุญَุฏَّุซَู†َุง ู…ُุนَุงุฐُ ุจْู†ُ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุจْู†ِ ุฎُุจَูŠْุจٍ ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠู‡ِ ุนَู†ْ ุนَู…ِّู‡ِ ู‚َุงู„َ ูƒُู†َّุง ูِูŠ ู…َุฌْู„ِุณٍ ูَุทَู„َุนَ ุนَู„َูŠْู†َุง ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูˆَุนَู„َู‰ ุฑَุฃْุณِู‡ِ ุฃَุซَุฑُ ู…َุงุกٍ ูَู‚ُู„ْู†َุง ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ู†َุฑَุงูƒَ ุทَูŠِّุจَ ุงู„ู†َّูْุณِ ู‚َุงู„َ ุฃَุฌَู„ْ ู‚َุงู„َ ุซُู…َّ ุฎَุงุถَ ุงู„ْู‚َูˆْู…ُ ูِูŠ ุฐِูƒْุฑِ ุงู„ْุบِู†َู‰ ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„َุง ุจَุฃْุณَ ุจِุงู„ْุบِู†َู‰ ู„ِู…َู†ْ ุงุชَّู‚َู‰ ูˆَุงู„ุตِّุญَّุฉُ ู„ِู…َู†ْ ุงุชَّู‚َู‰ ุฎَูŠْุฑٌ ู…ِู†ْ ุงู„ْุบِู†َู‰ ูˆَุทِูŠุจُ ุงู„ู†َّูْุณِ ู…ِู†ْ ุงู„ู†َّุนِูŠู…ِ

Telah bercerita kepada kami Mu'adz bin 'Abdullah bin Khubaib dari ayahnya dari pamannya berkata; Kami berada disuatu majlis kemudian Rasulullah SAW datang, dirambut baginda ada sisa-sisa air, kami berkata; Wahai Rasulullah! Kami melihat Rasulullah sedang bahagia. Rasulullah SAW  bersabda: "Benar." Kemudian orang-orang membincangkan kekayaan. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang bertakwa kepada Allah dan kesihatan bagi orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan) dan kebahagiaan jiwa itu termasuk sebahagian dari kenikmatan."
(Musnad Ahmad No:  22144)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.

2.  Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki seperti zakat dan sedekah. 

3.  Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.

ุนَู†ْ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุจْู†ِ ุนَู…ْุฑِูˆ ุจْู†ِ ุงู„ْุนَุงุตِ ุฃَู†َّ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ู‚َุฏْ ุฃَูْู„َุญَ ู…َู†ْ ุฃَุณْู„َู…َ ูˆَุฑُุฒِู‚َ ูƒَูَุงูًุง ูˆَู‚َู†َّุนَู‡ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِู…َุง ุขุชَุงู‡ُ

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas (qanaah) dengan apa yang diberikan kepadanya.”
(HR Muslim no: 1746)

4.  Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.

5.  Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan  kenikmatan hidup. 

6.  Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta belum menjamin ketenangan jiwa.

Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta serta jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.

27hb Disember  2021
22hb Jamadil Awal 1443H

Friday, 24 December 2021

Mukmin Yang Lebih Dicintai Allah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Yang Lebih Dicintai Allah

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ُ ุงู„ْู‚َูˆِูŠُّ ุฎَูŠْุฑٌ ูˆَุฃَุญَุจُّ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ู…ِู†ْ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِ ุงู„ุถَّุนِูŠูِ ูˆَูِูŠ ูƒُู„ٍّ ุฎَูŠْุฑٌ ุงุญْุฑِุตْ ุนَู„َู‰ ู…َุง ูŠَู†ْูَุนُูƒَ ูˆَุงุณْุชَุนِู†ْ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَู„َุง ุชَุนْุฌَุฒْ ูˆَุฅِู†ْ ุฃَุตَุงุจَูƒَ ุดَูŠْุกٌ ูَู„َุง ุชَู‚ُู„ْ ู„َูˆْ ุฃَู†ِّูŠ ูَุนَู„ْุชُ ูƒَุงู†َ ูƒَุฐَุง ูˆَูƒَุฐَุง ูˆَู„َูƒِู†ْ ู‚ُู„ْ ู‚َุฏَุฑُ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَู…َุง ุดَุงุกَ ูَุนَู„َ ูَุฅِู†َّ ู„َูˆْ ุชَูْุชَุญُ ุนَู…َู„َ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan".
(HR Muslim No: 4816) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah.

2.  Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan tanggungjawabnya.

3.  Mukmin yang lemah tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak disukai Allah

4.  Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki kebaikan. Mukmin yang lemah imannya, masih tetap memiliki kebaikan dan dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat imannya tentu saja lebih dicintai oleh Allah.

5.  Rasulullah memerintahkan agar bersemangat dalam melakukan hal-hal yang bermanfaat dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan dunia untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.

6.  Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah imannya.

7.  Jauhilah berkata "kalau" atau "seandainya" kerana ia akan membuka peluang hasutan syaitan.

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjadi Mukmin yang KUAT IMAN.

25hb Disember  2021
20hb Jamadil Awal 1443H

Thursday, 23 December 2021

Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ู‚َุงู„َ ูƒَุงู†َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَุฏْุนُูˆ ูˆَูŠَู‚ُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ْู‚َุจْุฑِ ูˆَู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَู…ِู†ْ ูِุชْู†َุฉِ ุงู„ْู…َุญْูŠَุง ูˆَุงู„ْู…َู…َุงุชِ ูˆَู…ِู†ْ ูِุชْู†َุฉِ ุงู„ْู…َุณِูŠุญِ ุงู„ุฏَّุฌَّุงู„ِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal.
(HR Bukhari No: 1288) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hidup manusia sentiasa terdedah kepada bahaya dan kejahatan. Kita disuruh berdoa agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selamat daripada ujian di dunia dan juga di hari akhirat.

2.  Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum Salam.

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฅِุฐَุง ุชَุดَู‡َّุฏَ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ูَู„ْูŠَุชَุนَูˆَّุฐْ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ู…ِู†ْ ุฃَุฑْุจَุนٍ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุฌَู‡َู†َّู…َ ูˆَุนَุฐَุงุจِ ุงู„ْู‚َุจْุฑِ ูˆَูِุชْู†َุฉِ ุงู„ْู…َุญْูŠَุง ูˆَุงู„ْู…َู…َุงุชِ ูˆَู…ِู†ْ ุดَุฑِّ ุงู„ْู…َุณِูŠุญِ ุงู„ุฏَّุฌَّุงู„ِ ุซُู…َّ ูŠَุฏْุนُูˆ ู„ِู†َูْุณِู‡ِ ุจِู…َุง ุจَุฏَุง ู„َู‡ُ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud, maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara yaitu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Al Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa saja yang ia inginkan.”
(HR. An Nasai no: 1293) Status: Sahih

3.  Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ْู‚َุจْุฑِ ูˆَู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَู…ِู†ْ ูِุชْู†َุฉِ ุงู„ْู…َุญْูŠَุง ูˆَุงู„ْู…َู…َุงุชِ ูˆَู…ِู†ْ ูِุชْู†َุฉِ ุงู„ْู…َุณِูŠุญِ ุงู„ุฏَّุฌَّุงู„ِ

4.  Doa di atas mengandungi permohonan perlindungan daripada siksa neraka jahanam serta daripada segala fitnah yang melanda manusia sepanjang masa hidup sehingga kematian. 

Ayuh kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.

24hb Disember  2021
19hb Jamadil Awal 1443H

Tuesday, 21 December 2021

Membaca Istirja' dan Doa Ketika Musibah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membaca Istirja' dan Doa Ketika Musibah

ุฃُู…َّ ุณَู„َู…َุฉَ ุฒَูˆْุฌَ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุชَู‚ُูˆู„ُ ุณَู…ِุนْุชُ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ  ู…َุง ู…ِู†ْ ุนَุจْุฏٍ ุชُุตِูŠุจُู‡ُ ู…ُุตِูŠุจَุฉٌ ูَูŠَู‚ُูˆู„ُ ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ ุงู„ู„ู‡ُู…َّ ุฃْุฌُุฑْู†ِูŠ ูِูŠ ู…ُุตِูŠุจَุชِูŠ ูˆَุฃَุฎْู„ِูْ ู„ِูŠ ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡َุง ุฅِู„َّุง ุฃَุฌَุฑَู‡ُ ุงู„ู„ู‡ُ ูِูŠ ู…ُุตِูŠุจَุชِู‡ِ ูˆَุฃَุฎْู„َูَ ู„َู‡ُ ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡َุง

Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innฤ lillฤhi wa innฤ ilaihi rฤjiสฟun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.”
(HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita  seperti kematian, banjir dan sebagainya.

2.  Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.

3.  Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.

4.  Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:

ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ . ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃْุฌُุฑْู†ِูŠ ูِูŠ ู…ُุตِูŠุจَุชِูŠ ูˆَุฃَุฎْู„ِูْ ู„ِูŠ ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡َุง

“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.

5.  Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.

6.  Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu.

22hb Disember  2021
17hb Jamadil Awal 1443H

Monday, 20 December 2021

Jadilah Manusia Paling Dicintai Allah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Manusia Paling Dicintai Allah

ุนَู†ِ ุงุจْู†ِ ุนُู…َุฑَ  ู‚َุงู„َ : ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ : "ุฃَุญَุจُّ ุงู„ู†َّุงุณِ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰ ุฃَู†ْูَุนُู‡ُู…ْ ู„ِู„ู†َّุงุณِ , ูˆَุฃَุญَุจُّ ุงู„ุฃَุนْู…َุงู„ِ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰ ุณُุฑُูˆุฑٌ ุชُุฏْุฎِู„ُู‡ُ ุนَู„َู‰ ู…ُุณْู„ِู…ٍ , ุฃَูˆْ ุชَูƒَุดِูُ ุนَู†ْู‡ُ ูƒُุฑْุจَุฉً , ุฃَูˆْ ุชَู‚ْุถِูŠ ุนَู†ْู‡ُ ุฏَูŠْู†ًุง , ุฃَูˆْ ุชَุทْุฑُุฏُ ุนَู†ْู‡ُ ุฌُูˆุนًุง , ูˆَู„ุฃَู†ْ ุฃَู…ْุดِูŠَ ู…َุนَ ุฃَุฎِ ูِูŠ ุญَุงุฌَุฉٍ ุฃَุญَุจُّ ุฅِู„َูŠَّ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْ ุฃَุนْุชَูƒِูَ ูِูŠ ู‡َุฐَุง ุงู„ْู…َุณْุฌِุฏِ ูŠَุนْู†ِูŠ ู…َุณْุฌِุฏَ ุงู„ْู…َุฏِูŠู†َุฉِ ุดَู‡ْุฑًุง

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh (HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453). Status: hadis hasan.

Pengajaran:

1.  Muslim yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. 

2.  Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah apabila seseorang itu membuat orang lain bahagia. Antara cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan orang lain adalah dengan cara meringankan kesusahan seseorang seseorang,  membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. 

3.  Seorang Muslim yang pergi untuk membantu bagi memenuhi keperluan seseorang, lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi. 

4.  Dalam situasi kebanyakan negeri kita di Malaysia terlibat dengan banjir sehari dua ini,  bagi yang tidak terkesan, marilah kita membantu orang yang sedang ditimpa kesusahan dan musibah.

5.  Semoga dengan bantuan yang dihulurkan walaupun kecil, sama ada wang ringgit juga tenaga untuk membantu pembersihan pasca banjir dan sebagainya  boleh meringankan kesusahan orang lain.

Jadilah Muslim yang bermanfaat pada orang lain dan dicintai Allah.

21hb Disember  2021
16hb Jamadil Awal 1443H

Sunday, 19 December 2021

Musibah Menghapus Dosa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Musibah Menghapus Dosa

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ุนَู†ْ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ู…َุง ูŠُุตِูŠุจُ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…َ ู…ِู†ْ ู†َุตَุจٍ ูˆَู„َุง ูˆَุตَุจٍ ูˆَู„َุง ู‡َู…ٍّ ูˆَู„َุง ุญُุฒْู†ٍ ูˆَู„َุง ุฃَุฐًู‰ ูˆَู„َุง ุบَู…ٍّ ุญَุชَّู‰ ุงู„ุดَّูˆْูƒَุฉِ ูŠُุดَุงูƒُู‡َุง ุฅِู„َّุง ูƒَูَّุฑَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِู‡َุง ู…ِู†ْ ุฎَุทَุงูŠَุงู‡ُ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.
(Sahih Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

2.  Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun  kesusahan termasuk musibah banjir yang melanda sekarang ini.

3.  Musibah banjir dibeberapa negeri di Malaysia  menyebabkan orang yang terlibat mengalami kesusahan dan kepayahan. Ada yang kehilangan nyawa, kemusnahan harta juga kerosakan harta benda terkena air banjir seperti kenderaan yang ditenggelami air. 

4.  Sebagai Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

5.  Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya. Usahlah kita menyalahkan antara satu sama lain diatas musibah ini.

6.  Semoga dosa kita terampun walaupun kesakitan dan kesulitan yang kita lalui mungkin kecil berbanding dengan orang lain. Mungkin ibarat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh.

7.  Marilah kita menyerahkan segala musibah kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat:  Nabi SAW bersabda:

ูŠَุง ุนَุจْุฏَ ุงู„ู„َّู‡ِ ุจْู†َ ู‚َูŠْุณٍ ู‚ُู„ْ ู„ุงَ ุญَูˆْู„َ ูˆَู„ุงَ ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„ุงَّ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ  ูَุฅِู†َّู‡َุง ูƒَู†ْุฒٌ ู…ِู†ْ ูƒُู†ُูˆุฒِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.
(HR. Bukhari no. 7386)

Semoga kesusahan, kepayahan, kesedihan dan keperitan akibat banjir ini kita terima dengan bersabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

20hb Disember  2021
15hb Jamadil Awal 1443H

Saturday, 18 December 2021

Al-Quran Syafaat dan Barakah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran Syafaat dan Barakah 

ุนَู†ْ ุฒَูŠْุฏٍ ุฃَู†َّู‡ُ ุณَู…ِุนَ ุฃَุจَุง ุณَู„َّุงู…ٍ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ุฃَุจُูˆ ุฃُู…َุงู…َุฉَ ุงู„ْุจَุงู‡ِู„ِูŠُّ ู‚َุงู„َ ุณَู…ِุนْุชُ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุงู‚ْุฑَุกُูˆุง ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†َ ูَุฅِู†َّู‡ُ ูŠَุฃْุชِูŠ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ุดَูِูŠุนًุง ู„ِุฃَุตْุญَุงุจِู‡ِ ุงู‚ْุฑَุกُูˆุง ุงู„ุฒَّู‡ْุฑَุงูˆَูŠْู†ِ ุงู„ْุจَู‚َุฑَุฉَ ูˆَุณُูˆุฑَุฉَ ุขู„ِ ุนِู…ْุฑَุงู†َ ูَุฅِู†َّู‡ُู…َุง ุชَุฃْุชِูŠَุงู†ِ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูƒَุฃَู†َّู‡ُู…َุง ุบَู…َุงู…َุชَุงู†ِ ุฃَูˆْ ูƒَุฃَู†َّู‡ُู…َุง ุบَูŠَุงูŠَุชَุงู†ِ ุฃَูˆْ ูƒَุฃَู†َّู‡ُู…َุง ูِุฑْู‚َุงู†ِ ู…ِู†ْ ุทَูŠْุฑٍ ุตَูˆَุงูَّ ุชُุญَุงุฌَّุงู†ِ ุนَู†ْ ุฃَุตْุญَุงุจِู‡ِู…َุง ุงู‚ْุฑَุกُูˆุง ุณُูˆุฑَุฉَ ุงู„ْุจَู‚َุฑَุฉِ ูَุฅِู†َّ ุฃَุฎْุฐَู‡َุง ุจَุฑَูƒَุฉٌ ูˆَุชَุฑْูƒَู‡َุง ุญَุณْุฑَุฉٌ ูˆَู„َุง ุชَุณْุชَุทِูŠุนُู‡َุง ุงู„ْุจَุทَู„َุฉُ

Daripada Zaid bahawa ia mendengar Abu Sallam berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Umamah Al Bahili ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaini surah Al-Baqarah dan Ali Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah, kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir."
(HR Muslim No: 1910) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Al-Quran akan menjadi penolong (pemberi syafaat) kepada pembacanya di hari akhirat nanti.

2.  Al-Munawi menjelaskan  bahawa apa yang dimaksudkan oleh Nabi bukanlah Al-Quran itu datang dalam bentuk lelaki, burung, awan dan sebagainya. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengannya. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk lelaki yang menjadi hujah di hadapan Allah. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan hari akhirat.

3.  Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dan Ali Imran pada hari kiamat nanti akan mendapat naungan kedua surah ini dengan izin Allah.

4.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, ia akan memperoleh barakah

5.  Orang yang tidak membaca al-Quran, ia akan menyesal

6.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, tidak akan dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir

JOM biasakan membaca al-Quran serta surah al-Baqarah dan Ali Imran.

19hb Disember  2021
14hb Jamadil Awal 1443H

Thursday, 16 December 2021

Ucapan Untuk Pasangan Pengantin

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Untuk Pasangan Pengantin

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูƒَุงู†َ ุฅِุฐَุง ุฑَูَّุฃَ ุงู„ْุฅِู†ْุณَุงู†َ ุฅِุฐَุง ุชَุฒَูˆَّุฌَ ู‚َุงู„َ ุจَุงุฑَูƒَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู„َูƒَ ูˆَุจَุงุฑَูƒَ ุนَู„َูŠْูƒَ ูˆَุฌَู…َุนَ ุจَูŠْู†َูƒُู…َุง ูِูŠ ุงู„ْุฎَูŠْุฑِ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)." (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.

2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:

ุจَุงุฑَูƒَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู„َูƒَ ูˆَุจَุงุฑَูƒَ ุนَู„َูŠْูƒَ ูˆَุฌَู…َุนَ ุจَูŠْู†َูƒُู…َุง ูِูŠ ุงู„ْุฎَูŠْุฑِ

"BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR 

(Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).

Musim cuti hujung tahun ini ramai orang mengambil kesempatan mengadakan majlis pernikahan mereka.

Marilah kita ucapkan doa ini apabila mengunjungi majlis walimah atau mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan.

17hb Disember  2021
12hb Jamadil Awal 1443H

Wednesday, 15 December 2021

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

ุฃَุจَุง ุจُุฑْุฏَุฉَ ุจْู†َ ุฃَุจِูŠ ู…ُูˆุณَู‰ ูˆَุงุตْุทَุญَุจَ ู‡ُูˆَ ูˆَูŠَุฒِูŠุฏُ ุจْู†ُ ุฃَุจِูŠ ูƒَุจْุดَุฉَ ูِูŠ ุณَูَุฑٍ ูˆَูƒَุงู†َ ูŠَุฒِูŠุฏُ ูŠَุตُูˆู…ُ ูَู‚َุงู„َ ู„َู‡ُ ุฃَุจُูˆ ุจُุฑْุฏَุฉَ ุณَู…ِุนْุชُ ุฃَุจَุง ู…ُูˆุณَู‰ ู…ِุฑَุงุฑًุง ูŠَู‚ُูˆู„ُ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฅِุฐَุง ู…َุฑِุถَ ุงู„ْุนَุจْุฏُ ุฃَูˆْ ุณَุงูَุฑَ ูƒُุชِุจَ ู„َู‡ُ ู…ِู†ْ ุงู„ْุฃَุฌْุฑِ ู…ِุซْู„ُ ู…َุง ูƒَุงู†َ ูŠَุนْู…َู„ُ ู…ُู‚ِูŠู…ًุง ุตَุญِูŠุญًุง

Abu Burdah bin Abu Musa bahawa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau dalam bermusafir (menempuh perjalanan), maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim (menetap di suatu tempat) dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim  (menetap di suatu tempat).

2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)

3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.

Marilah kita laksanakan amal soleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

16hb Disember  2021
11hb Jamadil Awal 1443H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...