Monday, 8 July 2013

Niat Puasa Ramadhan dan Buka Puasa













Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu 
atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam 
bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa 
Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat sehari:
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan
bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita
mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau
lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya,
tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada
puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi
semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu
Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan
niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.



Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت


Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka 
puasa dengan apa yang Kau berikan


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
 sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu
menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan
oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah
fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala
pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

p/s : SELAMAT BERPUASA PADA HARI ESOK, 10 JULAI 2013 (RAMADHAN)


Lawak : Api dan Rokok




p/s : cara berjimat yang kena kita belajar atau tak?

Saturday, 6 July 2013

Berapakah Umur Nabi?

1). Nabi Adam ‘Alaihis Salam
Umur : 930 tahun
Makam : India, menurut satu pendapat ada di Makkah, 
dan menurut pendapat lain ada di Baitul Maqdis.

2). Nabi Idris ‘Alaihis Salam
Umur : 865 tahun
Makam : (tidak ada informasi)

3). Nabi Nuh ‘Alaihis Salam
Umur : 950 tahun
Makam : Masjid Kufah, menurut satu pendapat ada di al-Jabal 
al-Ahmar (Gunung Merah), dan menurut pendapat lain ada di 
dalam al-Masjid al-Haram Makkah.

4). Nabi Hud ‘Alaihis Salam
Umur : 464 tahun
Makam : di Timurnya Hadharamaut, Yaman.

5). Nabi Shalih ‘Alaihis Salam
Umur : Tidak ada kitab yang menjelaskan masa hidupnya.
Makam : di Hadharamaut

6). Nabi Luth ‘Alaihis Salam
Umur : Tidak ada kitab yang menjelaskan masa hidupnya.
Makam : Shou’ar


7). Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam
Umur : 200 tahun
Kelahiran : Lahir pada 1273 tahun setelah peristiwa banjir dan topan 
pada masa Nabi Nuh ‘Alaihis Salam.
Makam : di kota al-Khalil (Palestina), dimakamkan bersama Sarah 
(isteri pertamanya).

8). Isma’il ‘Alaihis Salam
Umur : 137 tahun
Makam : dimakamkan di samping Ibunda (yakni Hajar) di Makkah 
(di sekitar Ka’bah dekat Maqam Ibrahim).

9). Nabi Ishaq ‘Alaihis Salam
Umur : 180 tahun
Makam : dimakamkan bersama Ayahanda (yakni Nabi Ibrahim 
‘Alaihis Salam) di kota al-Khalil (Palestina).

10). Nabi Ya’qub ‘Alaihis Salam
Umur : 137 tahun
Wafat : di Mesir
Makam : untuk memenuhi wasiatnya, oleh sang putra (Nabi Yusuf 
‘Alaihis Salam), jenazahnya dipindah dimakamkan ke kota al-Khalil
(Palestina).

11). Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam
Umur : 110 tahun
Wafat : di Mesir
Makam : oleh saudara-saudaranya (untuk memenuhi wasiatnya) 
jenazahnya kemudian dipindah dimakamkan di Nablus (Palestina).

12). Nabi Syu’ab ‘Alaihis Salam
Umur : Tidak ada kitab yang menjelaskan masa hidupnya.
Makam : di desa Hathin dekat kota Thabariyah (Syria).

13). Nabi Ayyub ‘Alaihis Salam
Umur : 93 tahun
Makam : di desa Syaikh Sa’d (dekat kota Damasykus) Syria.

14). Nabi Dzul Kifli ‘Alaihis Salam
Umur : (tidak ada informasi)
Lahir : di Mesir
Makam : wafat di daerah gunung Thursina, menurut salah satu 

pendapat di samping Ayahanda di salah satu kota di Syam.

15). Nabi Yunus ‘Alaihis Salam
Umur : Tidak ada kitab yang menjelaskan masa hidupnya.
Makam : tidak ada informasi sama sekali tentang letak makamnya.

16). Nabi Musa ‘Alaihis Salam
Umur : 120 tahun
Makam : wafat di daerah gunung Thursina dan di makamkan di sana.

17). Nabi Harun ‘Alaihis Salam
Umur : 122 tahun
Makam : wafat di daerah gunung Thursina dan di makamkan di sana.

18). Nabi Ilyas ‘Alaihis Salam
Umur : Tidak ada kitab yang menjelaskan masa hidupnya.
Lahir : dilahirkan setelah masuknya Bani Isra’il ke Palestina.
Makam : menurut satu pendapat ada di Ba’labak (Lebanon).



Friday, 5 July 2013

Lawak : Pantun Musim Baru 1

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
KALAU KAU BERANI KEJARLAH KUCING TU
MESTI KAU KENA CAKAR SAMPAI BERBELANG-BELANG GAK..

  

PISANG EMAS DIBAWA BERLAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
KAT PASARAYA TAK ADA HUTANG HUTANG
KALAU NAK, BAYAR, CASH ON DELIVERY


KALAU ADA JARUM YANG PATAH
JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI
KESIAN BETUL DENGAN KAU NI
JARUM PATAH PUN KAU SIMPAN DALAM PETI.


BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
KENAPA KAU NAK JOLOK PAKAI GALAH
SEBAB CEMPEDAK TU DAH JATUH KAT LUAR PAGAR .


KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEHLAH HAMBA MENUMPANG MANDI
PATUTLAH BAU BADAN KAU BUSUK SEMACAM
BILIK AIR ADA, BUAT APA KAU MANDI KAT LADANG..




p/s : selamat berpantun



Wednesday, 3 July 2013

Lawak : Petua Tahan Lama

KELAPA PARUT


Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
… Gunakan sebelah pada 31 Disember 2013.
Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2014.                    
Wah…tahan sampai 2 tahun kan ?















PAKAIAN

Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat.
Elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik.
Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.

Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.




ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah… …!!!!,
letak atas meja dan pandang saja.

 


p/s : selamat mencuba…..


Tuesday, 2 July 2013

Lirik Lagu Heart Attack – Demi Lovato

Lirik Lagu Heart Attack
Putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
Never put my love out on the line
Never said yes to the right guy
Never had trouble getting what I want
But when it comes to you I’m never good enough
When I don’t care
I can play him like a Ken doll
Won’t wash my hair
Then make him bounce like a basketball
But you make me wanna act like a girl
Paint my nails and wear high heels
Yes you make me so nervous that I just can’t hold your hand
You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
Never break a sweat for the other guys
When you come around I get paralyzed
And every time I try to be myself
It comes out wrong like a cry for help
It’s just not fair
Brings more trouble than it all is worth
I gasp for air
It feels so good, but you know it hurts
But you make me wanna act like a girl
Paint my nails and wear perfume
For you, make me so nervous that I just can’t hold your hand
You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
The feelings got lost in my lungs
They’re burning, I’d rather be numb
And there’s no one else to blame
So scared I’ll take off and run
I’m flying too close to the sun
And I’ll burst into flames
You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack



Monday, 1 July 2013

Lawak : Pak Akob vs isterinya




Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"




ps: jangan buat lawak macam tu.


Saturday, 29 June 2013

Kelantan Juara Piala FA

Kelantan Juara Piala FA 2013, Final Piala FA dimenangi Kelantan, Video Jaringan Gol Final Piala FA 2013, Keputusan Penuh Final Piala FA 2013, Kelantan Juara

Skuad “The Red Warriors” tidak menghampakan seluruh rakyat negeri itu dan puluhan ribu penyokong setia mereka yang hadir memberi sokongan jitu di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir piala FA 2013.



Gol Kelantan diperoleh penyerang Norfarhan Muhammad pada minit ke-16. Ternyata Kelantan mendominasi perlawanan terutama pada separuh masa kedua dan berpeluang menambah sekurang-kurangnya dua gol. 



Dengan kemenangan itu, sekali gus  pasukan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan yang sama pada tahun lalu.





Friday, 28 June 2013

Adab dan akhlak Rasulullah s.a.w

Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuli.
Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.
Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan) mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat masing-masing.
Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia (Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya, mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku menurut ketentuan dan kadar.
Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah memulakan memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.
Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tetamu yang datang kerana sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk menyambut tetamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?
Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai menghamparkan bajunya supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya orang itu bersandar padanya.
Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)
Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga, sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya.
Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :
Maha Suci engkau wahai Tuhanku dengan segala kepujian bagiMu, aku menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.


sumber : http://bimbinganmukmin.wordpress.com


Thursday, 27 June 2013

Lawak : Gambar Lucu

selamat tinggal pelari 

 beg kulit jenama apa nie.

 nak tumpang tanya, bas ni singgah jempul tak?

larangan tempat buangan sampah


kah... kahh... kahhhhhh...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...