Wednesday, 18 June 2014

WINGS : Menakluk Kosmos.


Begitulah tajuk album baru daripada kumpulan rock tersohor Malaysia, iaitu Wings. Ini merupakan album ketujuh-belas daripada lagenda kumpulan rock tanahair ini. Ia diterbitkan oleh KRU Music dan telah mula berada di pasaran pada 22 Mei 2014.

Album terbaru kumpulan Wings ini yang berjudul Menakluk Kosmos menampilkan lagu-lagu seperti Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia dan Bisa Yang Tertunda, album terbaharu itu turut menampilkan tujuh lagi lagu baharu iaitu Menakluk Kosmos, Raja Segala Duri, Komplikasi Pramaya, Gurindam Mahsyar, Adoney Dari Paran, Segitiga Piramida dan Penanti; yang nie saya petik dari sumber berita.

Kumpulan Wings ambil masa setahun lebih untuk hasilkan album Menakluk Kosmos, dan ini merupakan kali pertama Wings menerbitkan album di bawah label KRU Music.





Sumber : @hasrulhassan on Twitter

Saturday, 7 June 2014

RUU Kontroversi Johor Tetap Dibentang Isnin


Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor tetap akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini, walaupun mendapat pelbagai reaksi dan tentangan segelintir pihak.
 
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) berkata rang undang-undang baharu itu tidak melanggar konsep Raja Berperlembagaan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
 
"Insya-Allah, kita tengok Isnin nanti... Saya tidak fikir ia akan melanggar konsep Raja Berperlembagaan.
 
"Seperti yang saya sudah jelaskan, rang undang-undang ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Sultan Johor adalah dengan nasihat Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas program Kayuhan Mesra Rakyat di Johor Baharu hari ini.
 
Beliau mengulas sama ada kerajaan negeri akan menangguhkan pembentangan rang undang-undang berkenaan ekoran segelintir pihak menggesa pembentangan itu ditangguh dan diteliti semula.
 
Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas berkata soal pelantikan oleh Sultan Johor menerusi enakmen itu kelak mempunyai banyak persamaan dengan akta di peringkat persekutuan seperti lantikan beberapa jawatan termasuk Ketua Eksekutif Suruhanjaya Koperasi dan Gabenor Bank Negara yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
"Lagipun dalam rang undang-undang ini, Menteri Besar diperuntukkan untuk mempengerusikan sebanyak mana mesyuarat yang perlu dilakukan dan tidak pula menyebut Sultan yang akan mempengerusikan mesyuarat," tegasnya.
 
Menurut Mohamed Khaled, apa yang lebih penting penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu kelak membolehkan kerajaan Johor membina lebih banyak rumah murah dan mampu milik di negeri ini sekali gus memastikan rakyat mendapat kemudahan serta kediaman sendiri.
 
- Bernama


sumber : malaysiakini

Tuesday, 20 May 2014

Lawak :Cara Jawab Telefon Yang Betul

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Sunday, 18 May 2014

Lawak :Suami Ke Disko


Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku." 


"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.

"Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko." jawab si ibu muda.

"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.

"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.




Friday, 16 May 2014

Lawak : Ada Berani?


Ramai org dlm dunia ni suka wat perkara2 pelik nak pecahkan rekod... 
untung2 nama leh masuk Guiness Book Of Record...
Di sini ada beberapa rekod yang berani org wat..

1. 100 ari bersama ular berbisa

2. 100 ari bersama Scorpions berbisa
3. 100 ari bersama ikan jaws paling ganas
4. 100 ari bersama lipan berbisa
5. 100 ari dihurungi lebah liar
6. Seminggu bersama nyamuk AEDES (anda berani ?)


Tuesday, 13 May 2014

Definisi ‘Freehold’, ‘Leasehold’ dan “Hak Milik Sementara”



Sedikit perkongsian ingin saya tulis di dalam artikel kali ini adalah mengenai jenis pegangan hartanah dan juga sedikit penjelasan tentang jenis hakmilik yang menjadikan sesetengah orang sedikit keliru mengenainya.
Ini adalah berikutan beberapa salah faham yang berlaku apabila saya bersembang dengan beberapa orang bakal pembeli rumah, pemilik dan juga oleh sesetengah agen hartanah sendiri.  Antara yang ingin saya kongsikan di sini adalah mengenai pegangan milikan bebas (freehold), pajakan (leasehold) dan juga apakah dia Hakmilik Sementara yang mana boleh jadi ‘freehold’ mahupun ‘leasehold’.
Untuk penerangan di dalam artikel ini saya tidak akan menyentuh dengan mendalam dari segi perundangan (akta-akta dan sebagainya) tetapi hanya lebih kepada penerangan yang lebih mudah difahami oleh orang-orang biasa.
OK, pertamanya apakah FREEHOLD dan apa pula LEASEHOLD?
Hakmilik Pegangan Bebas (Pej Tanah Daerah - Geran Mukim)FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal).    Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).  Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam rajah di sebelah.  Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakalaGeran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti GERAN 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234.
 LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.  Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun.  Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun.  Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat?  Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri.  Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa.   Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah.  Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan.   Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan.  Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut.  Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik.  No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 – merujuk cara yang sama seperti Geran.
Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus ‘Pajakan’ kerana ianya merupakan tanah yang ‘diberimilik’ oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan.  Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal).  Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti!..
Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri2 yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan.  Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.
Apakah pula HAKMILIK SEMENTARA?
Sebagaimana yang telah saya terangkan di atas, dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.  Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad? Untuk hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234.  Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada Hakmilik Sementara‘ manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) – Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) – Pejabat Tanah Daerah.  Terdapat sebahagian mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan ‘sementara’ yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza.  Semoga penerangan ini dapat memberikan pencerahan kepada masalah tersebut.
Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianyapegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen hakmilik tersebut.
Walaupun Hakmilik sementara ini bukanlah dokumen hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan.  Hakmilik muktamad merupakan hakmilik berdasarkan ukuran akhir/sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.

sumber :http://tipshartanah.com/

Tuesday, 6 May 2014

MB Ucap Takziah Kehilangan Allahyarham Aziz Sattar

SHAH ALAM 6 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepaada keluarga Datuk Abdul Aziz Sattar yang meninggal.
“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham seniman Datuk Aziz Satar yang telah pergi awal pagi tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya,” kata Abdul Khalid di twitternya.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam facebooknya turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarganya. 
“Bagi pihak parti PKR.. Salam takziah diucapkan kepada seluruh anggota Datuk Aziz Satar, di atas pemergian beliau di Hospital Kajang hari ini.
“Allahyarham antara seniman agung yang banyak menyumbang kepada kegemilangan industri perfileman negara, Al-fatihah,” kenyataan Wan Azizah dipetik.
Bintang filem legenda Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal  pagi tadi selepas mengalami serangan jantung.
seniman-bujang-lapok-01Pelakon protagonis dan pelawak dalam filem Bujang Lapuk itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz.
Allahyarham berlakon bersama seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin ebagai trio Bujang Lapuk, pada tahun 1950-an.
Jenazahnya dibawa dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas Zuhur hari ini.

Lucu-lucu








sumber :http://www.lucu-lucu.com/pictures-3.html

Friday, 25 April 2014

Senarai Smartphone Terbaru 2014

Ramai orang semestinya tertunggu-tunggu akan telefon pintar generasi baru bagi tahun 2014. Sedia kita maklum pelbagai jenis telefon pintar dikeluarkan pada tahun lepas (2013). Fungsi, spesifikasi dan design merupakan perkara utama yang diperhatikan oleh pengguna sebelum membelinya. Pembangun sudah semestinya telah merancang sesuatu yang baru pada telefon pintar yang akan dikeluarkan. Antara jangkaan telefon pintar pada tahun ini ialah penggunaan processor 64-bit, RAM setinggi 4GB, skrin lebar beresolusi tinggi, keupayaan rakam video 4K, dan pengimbas cap jari. Disini admin senarainya beberapa telefon pintar (smartphone) yang diperkenalkan pada tahun 2014. 



HTC ONE (M8)

CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Duo kamera bersertakan sensor UltraPixel
2. Antaramuka terbaru HTC Sense 6.0
3. Fungsi terbaru Motion Launch dan BlinkFeed
4. Slot tambahan kad MikroSD

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4.2 (KitKat)
Processor : 2.5 GHz Quad Core Snapdragon 801
RAM : 2GB RAM
Storan : 16/32 GB + slot MicroSD
Bateri : 2600 mAh
Kamera Utama : 4 MP Ultrapixel
Kamera Hadapan : 5 MP
Skrin : 5.0 inci LCD 3 1080P
Resolusi : 1080 x 1920 pixels (441 ppi)

Keluaran : Mei 2014
Harga : RM2300 - RM2500

SONY XPERIA Z2


CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Pengesahan IP58  - kalis air dan tahan debu
2. Rakaman video 4K
3. Teknologi skrin BRAVIA dan fungsi kamera Exmor RS
4. Alat pendengar suara yang membatalkan 98% bunyi latar belakang.

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4
Processor : 2.3GHz Quad-core - Qualcomm Snapdragon 801
RAM : 3GB
Storan : 16GB
Bateri : 3,200mAh
Kamera belakang : 20.7MP, LED flash, OIS
Kamera depan : 2.2MP
Skrin : 5.2 inci
Resolusi : 1,920 x 1,080 pixels (424ppi)

Keluaran : Mac 2014
Harga : RM 2300 - 2500


SAMSUNG GALAXY S5


CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Pengimbas cap jari
2. Rakaman video 4K
3. Ultra Power Saving Mode - mampu menjimatkan bateri sehingga 24 jam dalam mod standby
4. Pengesahan IP67 - kalis air dan tahan habuk
5. Sensor kadar jantung, kelembapan, dan suhu

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4
Processor : 2.5GHz Quad-core - Qualcomm Snapdragon 801
RAM : 2GB
Storan : 16 / 32GB
Bateri : 2,800mAh
Kamera belakang :  16MP, LED flash, OIS
Kamera depan : 2.0 MP
Skrin :  5.1 inci
Resolusi : 1,920 x 1,080 (432ppi)

Keluaran : April 2014
Harga : RM 2300 -RM 2500

BLACKBERRY Z3



SPESIFIKASI :

OS : BlackBerry OS 10.2.1
Processor : 1.2GHz Dual-Core Snapdragon 400
RAM : 1.5GB
Storan : 8GB
Bateri : -
Kamera belakang : 5MP
Kamera depan : 1.1MP
Skrin : 5 inci
Resolusi : 540 x 960 (220 ppi)

Keluaran : April 2014
Harga : RM $200


Nokia Lumia 930



CIRI-CIRI & FUNGSI :
1. Kamera 20MP PureView bersertakan perisian kamera seperti Nokia Camera, Creative Studio, dan Cinemagraph
2. Teknologi ‘Qi Wireless’ cas tanpa wayar.

SPESIFIKASI :
OS : Microsoft Windows Phone 8.1
Processor : Quad-core 2.2 GHz Qualcomm Snapdragon 800
RAM : 2 GB RAM
Storan : 32 GB
Bateri : 2420 mAh
Kamera Utama  : 20 MP PureView
Kamera Hadapan : 1.2 MP
Skrin : 5.0 inci
Resolusi : 1080 x 1920 pixels (441 ppi)

Keluaran : Jun 2014
Harga : RM 2100-2300

LG G PRO 2


CIRI-CIRI & FUNGSI :

1. Rakaman video 4K UHD
2. Penambahbaikan penstabilan optik imej (OIS) - mampu mengubahsuai fokus gambar selepas ditangkap

SPESIFIKASI :
OS : Android 4.4.2 (KitKat)
Processor : Quad-core 2.26 GHz - Qualcomm Snapdragon 800
RAM :  3GB
Storan : 16/32GB
Bateri : 3200 mAh
Kamera belakang : 13 MP
Kamera depan : 2.1 MP
Skrin : 5.9 inci (Full HD IPS)
Resolusi : 1080 x 1920 (373 ppi)

Keluaran : April 2014
Harga : RM 2600 - 2800






Sumber >> Senarai Smartphone Terbaru 2014 | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 

Tuesday, 15 April 2014

CNN: Telefon Fariq buat sambungan ke menara


Satu laporan rangkaian CNN melaporkan, telefon bimbit milik pembantu juruterbang penerbangan MH370 membuat sambungan dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tiada tanda menunjukkan panggilan dibuat.


Satu sumber rasmi Amerika Syarikat yang tidak dinamakan dalam laporan itu memetik maklumat didakwa dikongsi oleh penyiasat Malaysia.

Sumber itu mendedahkan, menara komunikasi itu mengesan telefon bimbit Fariq Ab Hamid membuat carian perkhidmatan selama 30 minit selepas pesawat tersebut dilencongkan dari haluan asalnya pada 8 Mac.

"Jarang sekali, pada fikiran saya bagi seseorang dengan telefon bimbit berada dalam kokpit... Ia tidak sepatutnya berlaku langsung.

“Ia sebahagian dari senarai semak setiap syarikat penerbangan yang saya tahu,” kata David Soucie, seorang penganalisis keselaman yang dipetik dalam laporan tersebut.

Akhbar New Straits Times pada hari Sabtu lalu melaporkan mengenai sambungan telefon bimbit Fariq ke menara komunikasi yang disifatkan sebagai “panggilan terdesak untuk meminta bantuan”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan bahawa Fariq membuat apa-apa penggilan dalam penerbangan MH370.



sumber : malaysiakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...