السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
JADILAH HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
"إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلَا تَحَسَّسُوا، وَلَا تَجَسَّسُوا، وَلَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا."
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
"Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kalian saling mengintai, saling mengintip, saling dengki, saling berpaling, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5717 | Dar Ibn Kathir | Status: Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Islam melarang prasangka buruk kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan salah faham. Sebaliknya, kita digalakkan berbaik sangka sesama Muslim.
2. Dilarang mencari kesalahan orang lain atau menceroboh privasi mereka tanpa sebab yang dibenarkan syarak.
3. Sifat dengki, permusuhan, dan membenci sesama Muslim amat ditegah kerana ia merosakkan hubungan ukhuwah.
4. Muslim perlu menghindari sikap bermusuhan atau menjauhkan diri tanpa sebab yang syar’ie.
5. Islam menekankan agar menjaga tali persaudaraan, saling menyayangi dan membantu.
6. Hadis ini menyeru kita membina masyarakat berasaskan kasih sayang, saling menghormati dan menjauhi perpecahan.
12 Syawal 1446H | 11 April 2025M
No comments:
Post a Comment