السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
JAGA HAK ALLAH, DIRI DAN MASYARAKAT
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Siapakah yang mahu mengambil beberapa kalimat daripadaku lalu mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain yang akan mengamalkannya?"
Abu Hurairah berkata: "Saya, wahai Rasulullah."
Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan menyebut lima perkara:
"Jauhilah perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi orang paling taat beribadah,
redhalah dengan apa yang Allah kurniakan kepadamu nescaya kamu menjadi orang paling kaya,
berbuat baiklah kepada jiran tetangga nescaya kamu menjadi orang yang benar-benar beriman,
kasihilah untuk manusia apa yang kamu kasih untuk dirimu nescaya kamu menjadi seorang Muslim yang sebenar-benarnya,
dan janganlah banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati."
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 2227)
Status: Hasan
---
Pengajaran Hadis:
1. Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengambil pesanan baginda untuk diamalkan dan disampaikan.
2. Antara pesanan penting yang diajarkan:
Jauhi perkara haram seperti minum arak, mencuri, meninggalkan solat dan lain-lain, untuk menjadi hamba Allah yang paling taat.
Redha dengan ketentuan Allah dalam rezeki dan kehidupan, supaya menjadi orang yang kaya hati dan tenang jiwanya.
Dalil tambahan:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 5965)
Berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama, sebagai tanda kesempurnaan iman.
Mengasihi manusia seperti mengasihi diri sendiri sebagai bukti keislaman dan keimanan seseorang.
Dalil:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
(Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara)
(Surah al-Hujurat, 49:10)
Mengurangkan ketawa berlebihan supaya hati tidak lalai dan mati.
3. Marilah kita menjaga hak Allah, hak diri sendiri dan hak sesama manusia. Peliharalah hubungan baik dengan Allah serta hubungan sesama insan seluruhnya.
---
Tarikh:
29 Syawal 1446H | 28 April 2025M
No comments:
Post a Comment