Sunday, 20 April 2025

AWAL PAGI WAKTU BARAKAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AWAL PAGI WAKTU BARAKAH

عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا"، وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ، وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا، وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ، فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ.

Daripada Shakhr al-Ghamidi RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

"Ya Allah, berkatilah umatku di awal pagi mereka."

Baginda apabila mengutus pasukan tentera atau ekspedisi, baginda akan mengutus mereka di awal pagi. Shakhr pula adalah seorang pedagang, dan dia mengutus perdagangannya di awal pagi, lalu dia menjadi kaya dan banyak hartanya.

(Sunan Abu Daud, No: 2239 | Hadis Sahih)

Pengajaran Hadis:

1. Awal pagi adalah waktu penuh keberkatan dan kejayaan dari Allah.


2. Rasulullah SAW mendoakan keberkatan khusus buat umatnya pada waktu pagi.


3. Perkataan bukur (بُكُور) bermaksud waktu awal pagi sebelum terbit matahari. Ini adalah waktu yang paling berkat menurut syarah para ulama.


4. Waktu pagi sesuai dimanfaatkan untuk pekerjaan utama, bukan perkara yang sia-sia seperti tidur selepas Subuh.


5. Shakhr al-Ghamidi berjaya dalam perniagaannya kerana mengamalkan sunah memulakan kerja di awal pagi.


6. Waktu sebelum terbit matahari adalah waktu permohonan rezeki diluluskan, dan apabila terbitnya matahari, ia diagih-agihkan.



Rebut keberkatan pagi dengan amalan bermanfaat: belajar, bekerja atau berniaga.

22 Syawal 1446H | 21 April 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...