السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
ILMU UMPAMA HUJAN
عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَثَلُ مَا بَعَثَنِيَ اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا، فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ، وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ، فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا، وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً، فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِيَ اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَٰلِكَ رَأْسًا، وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ
(HR al-Bukhari, No: 79)
Status: Hadis Sahih
Terjemahan:
Daripada Abu Musa RA, Nabi SAW bersabda:
"Perumpamaan apa yang Allah utuskan aku dengannya berupa petunjuk dan ilmu adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi. Ada tanah yang menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan; ada tanah yang menyimpan air lalu manusia, haiwan dan tanaman mendapat manfaat daripadanya; dan ada tanah yang tidak menyimpan air dan tidak menumbuhkan tumbuhan. Begitulah perumpamaan orang yang faham agama, lalu dia belajar dan mengajar; dan perumpamaan orang yang tidak ambil peduli, serta tidak mahu menerima hidayah yang aku bawa."
Pengajaran Hadis:
1. Manusia diumpamakan seperti tanah – ada yang subur, ada yang keras, ada yang tandus.
2. Orang berilmu, mengamalkan dan mengajar – seumpama tanah subur yang menyerap air dan menumbuhkan tanaman.
3. Orang yang kurang memahami atau kurang mengamalkan, tapi menyebarkan ilmu – seperti tanah keras yang menyimpan air dan memberi manfaat kepada orang lain.
4. Orang yang tidak berilmu dan tidak mahu belajar – seperti tanah yang tandus, tidak memberi manfaat langsung.
5. Ilmu agama menyuburkan jiwa sebagaimana hujan menyuburkan tanah – kita perlu belajar, faham, amal dan sebarkan.
6. Jangan jadi seperti tanah yang tandus – hati mati, tidak mahu menerima kebenaran atau berubah.
24 Syawal 1446H | 23 April 2025M
No comments:
Post a Comment