السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KEBURUKAN AMALAN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
Adalah Rasulullah SAW sering berdoa:
"Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah untukku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah untukku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupanku sebagai tambahan dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada segala kejahatan."
(Hadis Riwayat Muslim, No. 2720 | Status: Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Doa merupakan senjata utama orang mukmin. Ia lambang pengharapan dan penyerahan total kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan.
2. Dalam berdoa, kita dianjurkan memohon kebaikan pada agama, dunia dan akhirat kerana ketiga-tiganya adalah bahagian penting kehidupan manusia.
3. Agama adalah panduan hidup dan benteng keselamatan daripada terjerumus ke dalam maksiat dan kesesatan.
4. Kebaikan akhirat mesti sentiasa diutamakan kerana di sanalah tempat kembali abadi bagi setiap insan.
5. Kehidupan yang masih dikurniakan Allah harus dimanfaatkan untuk menambah amal soleh, manakala kematian pula adalah pembebas bagi mereka yang terhalang daripada kebaikan dunia.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
23 Syawal 1446H
22 April 2025M
No comments:
Post a Comment