السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
PERTEMUAN DUA MUSLIM MENGAMPUNKAN DOSA
عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan (bersalaman), melainkan kedua-duanya akan diampuni sebelum mereka berpisah."
(Sunan Abi Daud No: 5212) Maktabah Asriyyah.
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pentingnya menjaga hubungan baik dan mempereratkan ikatan ukhuwah sesama Muslim. Ambil peluang sempena Syawal ini untuk saling ziarah-menziarahi, bertemu dan bersua muka.
2. Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang untuk bersalaman, dengan syarat bukan dengan yang berlainan jantina secara yang dilarang.
3. Bersalaman menghilangkan perasaan dendam, kebencian, dan permusuhan, selari dengan ajaran Islam yang mengutamakan perdamaian dan persaudaraan.
4. Setiap interaksi sesama Muslim adalah peluang untuk meraih rahmat dan keampunan Allah SWT, terutama jika diiringi dengan salaman yang tulus.
Marilah kita mengambil kesempatan di Syawal yang mulia ini untuk saling bersalaman dan bermaafan.
Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 22:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
📅 04 Syawal 1446H
📅 03 April 2025M
No comments:
Post a Comment