Friday, 25 April 2025

TERTANGGUH KEAMPUNAN KERANA PERSENGKETAAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TERTANGGUH KEAMPUNAN KERANA PERSENGKETAAN

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Semua dosa hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu akan diampuni, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebencian dan perpecahan (bersengketa)."
Lalu dikatakan kepadanya:
"Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai!"

(HR Muslim No: 4652)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis – rahmat dan peluang keampunan terbuka luas.


2. Hari Isnin dan Khamis disukai Rasulullah SAW untuk berpuasa kerana amalan diangkat kepada Allah pada hari tersebut.
“Berbagai amalan diangkat (pada Allah) pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalanku diangkat sedangkan aku sedang berpuasa.”
(HR Tirmizi No: 747) – Hadis Hasan


3. Allah mengampunkan dosa hamba-Nya yang tidak menyekutukan-Nya.


4. Keampunan ditangguhkan bagi mereka yang bersengketa hingga berdamai.


5. Diulang tiga kali arahan menangguhkan keampunan untuk menunjukkan pentingnya perdamaian.


6. Islam amat menitikberatkan sikap memaafkan dan mengajak berdamai sesama Muslim.



27 Syawal 1446H | 26 April 2025

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...