السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
KEUTAMAAN PENUNTUT BERILMU
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya:
Daripada Abu Darda RA berkata: “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang berilmu dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar.”
(Sunan Ibnu Majah, No: 219 | Status: Hadis Sahih)
Pengajaran Hadis:
1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalannya menuju syurga.
2. Para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai tanda redha kepada penuntut ilmu.
3. Seluruh makhluk termasuk ikan di laut mendoakan keampunan buat penuntut ilmu.
4. Orang berilmu lebih utama daripada ahli ibadah seperti bulan purnama melebihi bintang-bintang.
5. Ulama adalah pewaris Nabi yang mewariskan ilmu, bukan harta.
6. Menuntut ilmu adalah seperti mengambil bahagian besar daripada warisan para Nabi.
Marilah kita berusaha untuk terus menuntut ilmu, agar hidup kita diterangi cahaya kebenaran, dan dipermudahkan jalan menuju syurga.
25 Syawal 1446H | 24 April 2025
No comments:
Post a Comment