السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
JANGAN SALING BERMUSUH
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا، وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
(Daripada Anas bin Malik RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, jangan saling berpaling (bermusuhan), dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari.”)
Sumber: Sahih al-Bukhari, Hadis No: 5718 — Dar Ibn Kathir
Status: Hadis Sahih
---
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
(Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh.”)
Sumber: Sahih al-Bukhari, Hadis No: 6765 — Dar Ibn Kathir
Status: Hadis Sahih
---
Pengajaran Hadis:
1. Umat Islam dilarang saling membenci antara satu sama lain kerana ia boleh merosakkan ukhuwah dan keharmonian masyarakat.
2. Sifat iri hati dan hasad dengki terhadap kelebihan orang lain hendaklah dijauhi. Islam mengajar umatnya supaya redha dan berlapang dada.
3. Larangan berpaling, bermusuh, dan tidak bertegur sapa sesama Muslim. Setiap Muslim adalah bersaudara.
4. Allah membenci orang yang suka bermusuh dan keras kepala dalam pertengkaran.
5. Perbezaan pendapat dalam kalangan Muslim adalah lumrah, namun keutamaan harus diberikan kepada sikap saling memaafkan dan mencari titik persamaan.
6. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk tidak menegur saudaranya lebih dari tiga hari. Usahakan perdamaian dan memulihkan hubungan dengan cara yang baik.
---
16 Syawal 1446H | 15 April 2025M
No comments:
Post a Comment