Thursday 31 August 2017

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA

Ini adalah pelajaran tauhid  yang sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin  memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sayang si petani miskin itu tidak mahu menjualnya. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya.

"Rugi kamu tidak jual kuda putih itu"

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya.

Maka teman-temannya mengejek : "Sungguh malang nasibmu, kalau semalam kamu jual, tentu kamu sudah kaya hari ini.  Sekarang kuda kamu sudah hilang, apa yang kamu dapat? ."

Si petani miskin hanya diam saja, redha dgn takdirNYA.

Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu  kembali pulang,  bersama 5 ekor kuda liar lainnya.

Teman-temannya berkata : "Wah..! Untungnya. Rupanya kuda kamu yang hilang membawa keuntungan.."

Si petani  itu tetap  diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak kepada si petani ini  melatih kuda-kuda baru mereka. Lalu terjatuh dan kakinya patah.

Teman2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial. Kerana kuda2 itu anak kamu mu patah kakinya.."

Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian berlaku peperangan di wilayah itu. Atas perintah raja, semua anak muda dipaksa untuk pergi berperang, kecuali si anak petani tadi karena patah kaki dan tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung kamu kerana anak kamu tidak pergi berperang. Kami mungkin kehilangan anak-anak kami.."

Kali ini petani  berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib kamu untung atau malang. Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai. Kita tidak tahu takdir ALLAH selanjutnya.Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini"

"Apa yang kelihatan untung hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Apa yang malang hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH yang maha mengetahui apa  yang terbaik buat kita"

"Tugas  kita adalah, mengucapkan syukur dalam setiap yang ditakdirkan, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini"

"Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga kita dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam.

WAKTU BERDOA ARAFAH

Doa Pada Hari Arafah

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT.  Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”  (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wuquf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana  amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah _khususiyyat_(perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Disediakan oleh:
Seksyen Syariah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 Ogos 2017

Kemaskini Terakhir: 29 Ogos 2017
Hits: 13283

Wednesday 30 August 2017

DOA ARAFAH

Assalamu'alaikum : Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
.
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
.
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
.
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
.
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
.
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
.
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
.In sya Allah waktu Wuquf d Arafah akn bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pd 9 Zulhijjah bersamaan  31/8/2017  Waktu M'sia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). Gunakanlah waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat! 🌺🌟🌹
.
Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Khamis  31 ogos 2017 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1438 Hijrah =)

Yang pasti  bagi mereka yang berpuasa pada hari tersebut doa sebelum berbuka itulah yang paling mustajab doa. Wau Allah Hu a'lam.

SELAMAT BERPUASA

Saturday 19 August 2017

3 DATANG NAMUN 1 TINGGAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
🌿🌾السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته🍃🍂

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah
Selamat menunaikn  ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul khaiyr
🍀Hadith :-
Dari Anas r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

"Mengikuti kepada seseorang mayat itu tiga hal, iaitu keluarganya, hartanya serta amalnya. Kemudian kembalilah yang dua macam dan tertinggallah yang satu. Kembalilah keluarga serta hartanya dan tertinggallah amalnya." (Muttafaq 'alaih)

Friday 18 August 2017

L ; KUIH MUIH

Ali : Kak, kuih badak berendam ni jantan ke betina??

Penjual kuih : Dua-dua ada, Dik.

Ali : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam Rm2, kuih puteri mandi pun Rm2, tepung pelita Rm2.

Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke dik??

Ali : Asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak!

Penjual kuih : Tepung pelita ni??

Ali : Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok! 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Thursday 17 August 2017

PERINGATAN SEMUA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  18 Ogos 2017
               25 Zulqaedah 1438
Tajuk:  Bahaya Lidah
             
1) Firman Allah surah An-nur/24 bermaksud: "pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri tentang segala yg mereka lakukan".

2) Lidah- anugerah Allah; padanya ada kebaikn yg banyak dan manfaat yg luas; padanya terdapat keburukan yg banyak dan bahaya yg besar; jaga lidah  dari perkara2 yg merosakn.

3) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Barangsiapa beriman kpd Allah dan hari qiamat hendaklah memuliakan tamunya...........berbaik dengan jirannya.........berkata baik atau diam".
HR: Ahmad Hasan Soheh

4) Hadith Rasul SAW bermaksud:"Dari Uqbah bin Amir berkata, aku bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana supaya selamat? Baginda menjawab: jagalah lisan mu, lapangkan rumah mu (dari urusan dunia) dan menangislah atas kesalahan dosa2 mu".
HR: Imam At-tirmidzi

5) Rasul SAW bersabda lagi: "dpd Abu Hurairah RA katanya Rasul SAW pernah ditanya tentang manusia yg paling banyak masuk Syurga, Baginda menjawab: Taqwa kpd Allah dan akhlak yg mulia dan pernah ditanya tentang manusia yg paling banyak masuk Neraka, Baginda menjawab: mulut dan kemaluan".
HR: At-tirmidzi

6) Seorang sahabat, Ibnu Mas'ud berkata: "wahai lidah, katakanlah kebaikn maka kamu akn beruntung kerananya dan banyakn diam dari segala keburukn maka kamu akn selamat dari kejahatannya dan lakukannya sblm datang penyesalan pd akhirnya".

7) Allah cipta lidah- utk zikrullah, baca Al-quran, nasihat menasihati, ajak kejalan Allah, tuntut ketaatan, ajar kewajipan2 manusia terhadap Allah.

8) Menggunakn lidah utk tujuan kebaikn adalah sbgai tanda kita mensyukuri nikmat Allah; jika guna sebaliknya maka kita telah berbuat zalim lagi melampaui batas.

9) Peringatan Allah surah Qaf/18-19 bermaksud: "Tidak ada sebarang perkataan yg di lafazkn (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di disinya Malaikat pengawas yg sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "sakratul maut" membawa kebenaran..........................".

باراك الله لي ولكم ...

PUNCA SAKITA AKIBAT?

Bismillahirrahmanirrahim..

Penemuan terbaru di Bidang Perubatan

" Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan  penyakit rohani:

1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kesalahan pola makan, tetapi *lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan yang tidak terkawal.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi setiap hari.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi  rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi. Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah di bawah;

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman Allaah swt :
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah swt memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit berikut;  hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur, masam muka,  sombong, angkuh dan tiada keikhlasan- keekhsanan.

Nota sis
Mungkin Sebab itulah Allah melarang Sifat-Sifat buruk dalam diri kerana adalah merupakan virus Membawa Penyakit dan mempercepatkan proses Penuaan dan mudah Mendapat penyakit kerana antibodi semakin lemah.

Semoga bermanafaat.

Saturday 12 August 2017

DIA SEORANG LELAKI

*LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUAT*

Dia bina MASA DEPAN mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar ansuran

Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*
Bayangkan waktu kecil dimarahi IBUBAPA, Sekolah dimarahi GURU, kerja diMarahi BOSS, lepas kahwin diMarahi ISTERi, tua diMarahi ANAK CUCU ...

Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*

Kalau dia keluar rumah, kata org dia *MERAYAP*
Kalau dia tinggal di rumah, kata org dia *MALAS*

Kalau dia marah anak2, kata org dia *GARANG*

Kalau dia tak marah, kata org dia lelaki *TIDAK TEGAS*

Kalau dia tak bagi isteri  bekerja, kata org dia *KONTROL BINI*

Kalau dia benarkan isteri
bekerja, kata org dia *MAKAN gaji isteri*

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia *ANAK MAK*

Kalau dia dengar kata isterinya, kata org *DIA Di bawah Ketiak Isteri*

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yang memerlukan dikatakan *HIDUNG BELANG*

Kalau TAK MAHU TOLONG wanita lain, katanya *KEJAM*

*Tapi di tengah TERPAPAR segala macam tuduhan, dia tetap KUAT*

Kirim ke semua LELAKI,  supaya mereka TERSENYUM
dan kepada semua wanita, supaya mereka SEDAR, bahwa LELAKI itu amat BERHARGA.

😍😍😍

Zaman Kanak2 Berubah

Zaman dulu, *ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan* melahirkan
🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor
yang dikategorikan sebagai *Group 'A'*.

Anak anak *Group 'A'* ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya.

Kebanyakan mereka
👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas)
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah

Kini,  Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak *Group B*.

Anak anak Group B adalah
🔹dimanjakan
🔹 dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
🔹dihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹 dilayan bagai raja dan permaisuri
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama
🔹Dan duit poket! 
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan

🤔 Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 😏

🤔Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka.

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼

🤔Anak anak ini sukar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir.

Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.

Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

😴 *Anda dalam Group mana*❓
🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak.

🏮 Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri.

🏮Didik anak anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab. 

Didik anak anak  :-
👉agungkan kebesaran Allah
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉 bina keyakinan kendiri

Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼ Hidup jangan menyusahkan orang‼

Semoga kita semua dirahmatiNya.

#untukrenungan
#peringatandiri

Thursday 10 August 2017

DR HAMID ARSHAT INI PESANAN SAYA KEPADA SEMUA

INI PESANAN SAYA KEPADA SEMUA WANITA DI MALAYSIA DAN PESAKIT-PESAKIT SAYA – DR HAMID ARSHAT
INI PESANAN SAYA KEPADA SEMUA WANITA DI MALAYSIA DAN PESAKIT-PESAKIT SAYA – DR HAMID ARSHAT

By Admin | August 6, 2017 | Comments 3 Comments
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar – bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”
Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Artikel, Keluarga, Kesihatan
YOU MAY LIKE by Mgid

Tuesday 8 August 2017

*MENJAWAB SALAM ITU ADA 3 CARA:-*

1- Wajib dijawab
2- Tak boleh dijawab
3- Kita tak mau mendengar jawapannya..

1- *Wajib Dijawab* bilamana ada orang memberi salam "Assalamualaikum", maka hendaklah dijawab.

2- *Tak Boleh Dijawab* bilamana imam solat memberi salam selepas tahiyyat akhir solat.
I : Assalamualaikum warohmatullah
M : Waalaikumussalam pak imam

3- *Kita Tak Mau Mendengar Jawapannya* bilamana kita memberi salam kepada ahli qubur, kemudian para ahli qubur menjawab salam kita.

KISAH NUJUM

Nujum Pak Belalang
Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab
soalan hamba.
Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.
Nujum Masai: Ada sebuah masalah, 1 banyak-
banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-
jarang? Apakah itu?

Pak Belalang: Minyak!!!!

Nujum Masai: Sebab!!!!

Pak Belalang:
1. Banyakk.. ertinya bulan ni sahaja.. banyak kali minyak naik....
2. Sikit-sikit.. ertinya sikit-sikit dia naik....
3. Jarang-Jarang.. ertinya jarang-jarang kita dgr minyak turun....
4. Kadang-kadang.. ertinya kadang-kadang kita dpt merasa minyak murah....😂😂😂

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI

Motivation Today 😄😄😄

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI.. Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan.

Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir saling sambung-menyambung.. Hujan pun turun dengan Lebatnya.

Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan  hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?"

"Er, err... Saya tidak tahu," jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

*Pengajaran :* 😘😘
_Tuhan tidak mencipta manusia dengan *kebodohan.* Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan *kebijaksanaan yang berbeza.*

Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu . Jangan rasa diri kita hebat dan memandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dgn kita.

Tuhan menciptakan setiap manusia  dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri..

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA

Ini adalah pelajaran tauhid  yang sangat bernilai.

Dahulu kala, ada seorang petani miskin  memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sayang si petani miskin itu tidak mahu menjualnya. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya.

"Rugi kamu tidak jual kuda putih itu"

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya.

Maka teman-temannya mengejek : "Sungguh malang nasibmu, kalau semalam kamu jual, tentu kamu sudah kaya hari ini.  Sekarang kuda kamu sudah hilang, apa yang kamu dapat? ."

Si petani miskin hanya diam saja, redha dgn takdirNYA.

Beberapa hari kemudian, kuda si petani yang hilang itu  kembali pulang,  bersama 5 ekor kuda liar lainnya.

Teman-temannya berkata : "Wah..! Untungnya. Rupanya kuda kamu yang hilang membawa keuntungan.."

Si petani  itu tetap  diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak kepada si petani ini  melatih kuda-kuda baru mereka. Lalu terjatuh dan kakinya patah.

Teman2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial. Kerana kuda2 itu anak kamu mu patah kakinya.."

Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian berlaku peperangan di wilayah itu. Atas perintah raja, semua anak muda dipaksa untuk pergi berperang, kecuali si anak petani tadi karena patah kaki dan tidak boleh berjalan.

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung kamu kerana anak kamu tidak pergi berperang. Kami mungkin kehilangan anak-anak kami.."

Kali ini petani  berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib kamu untung atau malang. Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai. Kita tidak tahu takdir ALLAH selanjutnya.Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini"

"Apa yang kelihatan untung hari ini belum tentu baik untuk hari esok. Apa yang malang hari ini belum tentu buruk untuk hari esok. Tetapi yang pasti, ALLAH yang maha mengetahui apa  yang terbaik buat kita"

"Tugas  kita adalah, mengucapkan syukur dalam setiap yang ditakdirkan, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini"

"Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga kita dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...