Saturday 25 February 2017

8 PUASA SUNAT DIGALAKKAN

Amalan sunnah adalah amalan yang dapat melengkapi kekurangan amalan wajib, salah satunya ialah berpuasa sunat seperti yang diajar oleh Baginda Nabi saw.

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis puasa sunat yang boleh kita lakukan dalam setahun. Jika tak mampu nak buat semua, janganlah ditinggal semua. Buat sekali setahun pun dah bagus.

Berikut adalah beberapa jenis puasa sunat yang boleh dilakukan sekali setahun;

#1 – Puasa Isnin dan Khamis Dari Aisyah r.anhu beliau berkata, “Rasulullah saw biasa memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”
Hadis Riwayat an-Nasai’e no. 2360 dan Ibnu Majah no.1739.

#2 – Puasa Tiga Hari Setiap Bulan Hijrah Dari Abu Dzar, Rasulullah saw bersabda padanya, “Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setipa bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).”

Hadis Riwayat Tirmizi no.761 dan an-Nasai’e no.2424.

#3 – Puasa Nabi Daud Cara melakukan puasa Nabi Daud adalah sehari berpuasa dan sehari tidak. Rasulullah saw bersabda; “Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Baginda biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.”

Hadis riwayat Bukhari no.3420 dan Muslim no.1159.

#4 – Puasa Di Bulan Sya’aban Aisyah r.anhu berkata, “Nabi saw tidak berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’aban. Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’aban seluruhnya.”

Hadis riwayat Bukhari no.1970 dan Muslim no.1156.

#5 – Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”

Hadis Riwayat Muslim no.1164.

#6 – Puasa Di Awal Zulhijjah “Rasulullah saw biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya…”

Hadis Riwayat Abu Daud no 2437.

#7 – Puasa Hari Arafah Puasa Arafah dilaksanakan pada 9 Zulhijjah. Abu Qatadah al-Ansari berkata, “Nabi saw ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ‘Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’ Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, ‘Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu’.”

Hadis riwayat Muslim no. 1162.

#8 – Puasa Asyura Hari Asyura ialah hari ke-10 dalam bulan Muharram. Dan, digalakkan untuk mengiringinya dengan berpuasa 1 hari lagi sama ada sebelum atau selepas 10 Muharram itu agar tidak menyamai puasa orang Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Nabi saw bersabda, “Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”

(Hadis riwayat Muslim no.1163).

Demikianlah beberapa jenis puasa sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dilakukan. Namun demikian, kita boleh memilih sama ada ingin melaksanakan ataupun tidak, kerana tiada paksaan serta larangan atau dosa sekiranya kita tidak melakukannya.

Buat sekali dalam setahun pun sudah memadai, insya-Allah mudah-mudahan kita akan terbiasa dengan amalan berpuasa sunat ini.

Wallahua’lam

Thursday 23 February 2017

5 TANDA SOLAT DITERIMA

Sudah sering kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama.Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh ALLAH di hari kiamat. Jika solat kita baik, maka baiklah amal perbuatan lainnya.

Namun jika solat kita jelek,maka buruklah segala perbuatan yang kita jalani. Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir,apakah solat kita diterima di sisi -Nya ?

Dan seperti apa tanda -tanda orang yang diterima solatnya. Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima.

Pertama Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran ALLAH. Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT.

Orang yang merendahkan diri akan mampu merasa khusyuk dalam hatinya.Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa ia saat ini menghadap. Kerana itu,sebelum solat,yang harus ditata terlebih dahulu adalah hati. Hati itu seperti pohon.

Bila dahan ye rindang,burung-burung pun senang hinggap diatasnya. Bila hati kita bercabang fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain didalamnya.

Kedua Orang yang tidak menyombongkan diri kepada makhluk ALLAH.

Rasa tawadhu' dengan sendirinya menghilangkan sikap angkuh dan sombong kepada sesama makhluk. Kekuasaan yang ada di genggamannya tidak menyebabkan dirinya lupa daratan lalu berbuat sewenang-wenang kerana ianya sedar bahawa kekuasaan adalah amanat ALLAH.

Orang yang diterima solatnya adalah orang yang tidak menyombongkan dirinya kepada siapa pun.Meskipun ia kaya,pandai dan berkuasa.

Ketiga Orang yang tidak mengulangi maksiat kepada ALLAH.

Dalam hidup,sekali kita pernah terjebak dalam kubangan dosa. Mungkin dulu ada diantara kita pernah menipu ataupun mencuri.Kenanglah perbuatan masa lalu sebelum solat. Lalu lakukan solat dengan hati taubat dan siap menghadap kepada-Nya.

Menangis dan mengemislah kepada ALLAH memohon keampunan terhadap gulungan ombak dosa seraya berucap

"astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah" usai solat,
dan jangan ulangi maksiat yang pernah dilakukan.

Keempat Orang yang mengisi sebahagian siangnya dengan berzikir kepada ALLAH. Waktu bagi orang mukmim,amatlah berharga.

Sebahagian dari detik-detiknya ia lakukan dengan bersujud kepada ALLAH SWT.

Kelima Oorang yang menyanyangi orang miskin,orang yang dalam perjalanan,isteri yang ditinggalkan suami dan mengasihi orang yang menerima musibah. Solat yang dilakukan berbekas dalam kehidupan manusia yang berkasih sayang antara satu sama lain. Bila kelima ciri orang yang diterima solatnya ini telah dipenuhi, Maka kata ALLAH :

"Cahayanya bagaikan cahaya matahari.

Aku lindunginya dengan kekuasaan-Ku.

Aku perintahkan malaikat menjaganya.

Aku jadikan cahaya dalam kegelapannya. Aku berikan ilmu terhadap ketidaktahuannya.

Wednesday 22 February 2017

Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe?

Baca 5 Kesan Ini Dalam banyak-banyak makanan yang sedap kalau di cicah dengan sambal kicap, tempe merupakan salah satu makanan yang sedap digoreng begitu sahaja dan di cicah dengan sambal kicap.

Tempe ni kalau makan panas-panas memang best gila kot! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar.

Goreng pun sedap , buat sambal tempe lagi sedap! Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun jawa.

Rugi kalau korang tak suka makan tempe tau, nak tahu kenapa?

Ini sebab-sebab yang korang perlu tahu:

1)Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.

2) Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3) Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4) Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5) Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

Haaa nampak je tempe ni macam tiada khasiat kan, tapi sebenarnyabanyak khasit dan kebaikan untuk badan manusia.

Copypaste
Mediiaustaz

RESEP ISLAM DALAM MENJAGA KESEHATAN LAHIR & BATIN*

*YOGA*-nya orang Islam itu dg gerakan SHOLAT.

*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berDZIKIR.

*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH.

*DETOX*-nya orang Islam dengan rajin berPUASA.

*RUWATAN*-nya (buang sial) orang Islam dengan SEDEKAH.

*VITAMIN*-nya orang Islam itu adalah mudah MEMAAFKAN.

*OBAT AWET MUDA*-nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan orang lain yg tidak perlu.

*NUTRISI TERBAIK*-nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznudzon).

*PEMBERSIH HATI*-nya orang Islam itu menahan GHIBAH.

*PENYUCI JIWA*-nya orang Islam itu adalah: Menjauhi sifat IRI-DENGKI.

*PENGAWET PAHALA*-nya orang Islam: Tidak RIYA'

*PENCEGAH PRAHARA*-nya orang Islam: Menghindari PERDEBATAN.

*PENGUKUR RENDAH HATI*-nya orang Islam: Tidak menyebut KELEBIHANNYA.

*PENDETEKSI KEIKHLASAN*-nya orang ISLAM: Tidak menyebut KEBAJIKANNYA.

*SARIPATI*-nya dlm beribadah itu adalah DOA & RUH-nya dlm beramal itu adalah IKHLAS.

DAFTAR UBAT:

1. Sering sakit = berpuasalah
2. Wajah gelap = sholat Dhuha.
3. Hati sempit = baca alqur'an.
4. Susah bahagia = sholat tepat waktu.
5. Emosi melulu = wudhu & istigfar.
6. Gelisah = banyak doa & olahraga.
7. Tertekan = baca "lahaula walaquwwata illa billah".
8. Kurang berkah rezekinya = lirik yg hallal saja.
9. Miskin melulu = muliakan orang tua & banyak bersedekah.
10. Bingung berbuat baik = BAGIKAN TULISAN INI

Mimpi doa ; seekor kucing

وأدخلت للعناية المركزه
*Ibunya dirawat di ICU*

وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
*Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya*

بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق
*Keadaan ibunya tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa*

وخرج من عند أمه هائما على وجهه
*Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yg sedih mengenang sakit ibunya*

وفي طريق عودته لزيارة والدته
*Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi*

وقف في محطة البنزين
*Pemuda itu berhenti di stesen minyak*

وهو ينتظر العامل ليضع البنزين
في سيارته
*Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak*

رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغارا
*Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak*

وهم لا يستطيعون المشي
*Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan*

فتساءل!!!!!
*Dia termenung sejenak tertanya2*...

من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
*Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak*

واشترى تونة
*Dibelikannya setin tuna*

وفتح العلبة ووضعها للقطة
وانصرف للمستشفى
*Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital*

وعندما قدم للعناية مكان تنويم أ
*Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU*

*لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده فزعا*
*Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yg dipegangnya*

فاسترجع وسأل الممرضة*
*Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas*

أين فلانة؟
*Di mana ibuku.?*

فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
*Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa*

فذهب إليها
*Pemuda itu terus mendapatkan ibunya*

فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
*Yg ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya*

فسلم عليها وقبلها فسألها
*Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi*

فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
*Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil*

قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
*Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera*

فتعجب الشاب
*Pemuda itu terkejut mendengar apa yg diceritakan ibunya*
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
*Maha suci Allah Tuhan yg rahmatnya meliputi setiap sesuatu.

سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
*Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.*

(داووا مرضاكم بالصدقه)
*(Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)*

هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال: ( إتقوا النار ولو بشق تمره)
*Itu hanya setin tuna. Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)*

سبحان الله ألا تريد أن تكون جوادا
*Subhana Allah Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah*

حتى لو كنت مشغولا أرسل هذه الرسالة الى أكثر أصحابك"
*Walaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai yg mungkin sahabat2 mu..!*

(لاإله إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
*Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.*

SOLAT TAUBAT

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala

[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita..

Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu..

Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..

Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap..

Tanda hati kita sudah mula hitam ;

[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.

[2] hilang kemanisan beribadah

[3] hati tak makan nasihat

Selamat beramal

Tuesday 21 February 2017

Amalkan Zikir Ini Selama 3 Minit Setiap Hari, Kamu Akan Mendapat Pahala Setara Orang Bersedekah 100 Ekor Kuda Perang

Rugi bagi manusia yang tahu enaknya zikir, indahnya zikir, tapi tidak berzikir. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan alhamdulillah 100 kali, sebelum terbit matahari di pagi hari, dan sebelum tenggelam matahari di petang hari, pahalanya seperti orang bersedekah 100 kuda perang fii sabilillah.”

Saya menghitungkan “Alhamdulillah” 100 kali, tidak sampai 3 minit. Tapi dalam ucapan “Alhamdulillah” saja 100 kali, tidak melebihi 3 atau 4 minit, kita mendapatkan nilai sedekah 100 kuda fii sabilillah. hadis sahih. Oleh kerana itu jamaah sekalian, sebelum terbit matahari, pagi hari, kira-kira setelah Subuh dan sebelum tenggelam matahari, petang hari, kira-kira setelah Asar, sebelum Maghrib, ucapkan “Alhamdulillah” 100 kali setiap hari.

Sebaik-baik ucapan yang Allah suka, “Alhamdulillah.” Afdholu du’a, “Alhamdulillah.” Pembukaan Al Qur’an, “Alhamdulillah.” Bahkan “Alhamdulillah” lebih berat daripada bumi dan langit. Jadilah orang beriman yang suka berzikir, apalagi di 10 hari pertama Dzulhijjah. Kerana Allah SWT

berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang beriman, berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya, itu tanda Anda beriman. Kerana ada sekelompok orang bukan orang mukmin, tapi munafiq. Siapa mereka yang munafiq itu? Apakah mereka berzikir? Apakah mereka solat? Allah SWT berfirman, “Mereka solat bahkan mereka suka berzikir. Allah gambarkan,

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿١٤٢﴾

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu
menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142) Sifat mereka orang munafiq, kalau solat, malas.

Tapi kenapa solat kalau malas? Riya. Takut sama manusia. Takut difitnah. Riya kerana manusia. Terus apakah mereka berzikir? “……………Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142) Mereka berzikir, tapi sedikit. Supaya kita jauh dari sifat munafiq, apa yang harus kita lakukan? Dua hal: Solat dengan ikhlas, semangat, jangan malas-malasan. Yang kedua, berzikir sebanyak-banyaknya.Rugi bagi manusia yang tahu enaknya zikir, indahnya zikir, tapi tidak berzikir.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan alhamdulillah 100 kali, sebelum terbit matahari di pagi hari, dan sebelum tenggelam matahari di petang hari, pahalanya seperti orang bersedekah 100 kuda perang fii sabilillah.”

Saya menghitungkan “Alhamdulillah” 100 kali, tidak sampai 3 minit. Tapi dalam ucapan “Alhamdulillah” saja 100 kali, tidak melebihi 3 atau 4 minit, kita mendapatkan nilai sedekah 100 kuda fii sabilillah. hadis sahih. Oleh kerana itu jamaah sekalian, sebelum terbit matahari, pagi hari, kira-kira setelah Subuh dan sebelum tenggelam matahari, petang hari, kira-kira setelah Asar, sebelum Maghrib, ucapkan “Alhamdulillah” 100 kali setiap hari.

Sebaik-baik ucapan yang Allah suka, “Alhamdulillah.” Afdholu du’a, “Alhamdulillah.” Pembukaan Al Qur’an, “Alhamdulillah.” Bahkan “Alhamdulillah” lebih berat daripada bumi dan langit. Jadilah orang beriman yang suka berzikir, apalagi di 10 hari pertama Dzulhijjah. Kerana Allah SWT

berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang beriman, berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya, itu tanda Anda beriman. Kerana ada sekelompok orang bukan orang mukmin, tapi munafiq. Siapa mereka yang munafiq itu? Apakah mereka berzikir? Apakah mereka solat? Allah SWT berfirman, “Mereka solat bahkan mereka suka berzikir. Allah gambarkan,

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿١٤٢﴾

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142) Sifat mereka orang munafiq, kalau solat, malas.

Tapi kenapa solat kalau malas? Riya. Takut sama manusia. Takut difitnah. Riya kerana manusia. Terus apakah mereka berzikir? “……………Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142) Mereka berzikir, tapi sedikit. Supaya kita jauh dari sifat munafiq, apa yang harus kita lakukan? Dua hal: Solat dengan ikhlas, semangat, jangan malas-malasan. Yang kedua, berzikir sebanyak-banyaknya.

Monday 20 February 2017

Tazkirah SOMBONG♨

🔺Sombong adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya  keneraka.

🔻Tidak akan masuk syurga barang siapa ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.

🔺Merendahkan orang lain itu sombong
🔻Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.

🔺Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
🔻Berlumba2 menunjuk kan kekayaan pun sombong.

🔺Memperbodoh kan org lain itu sombong.
🔻Sentiasa nak menang itu juga sombong.

🔺Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🔻Berbanga dengan kecantikan itu juga sombong.

🔺Bersangka buruk itu sombong.
🔻Berbanga dengan kepandaian itu juga sombong.

🔺Merasa diri hebat itu sombong.
🔻Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.

🔺Tidak boleh di tegur itu sombong.
🔻Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

♨SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YG SANGAT TERCELA,
DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN.

Sekadar berkongsi dan didoakan kita semua dijauhi dari sifat sedemikian...

❤Ujian/Cabaran & Musibah Tanda Hamba Dikasihi Allah❤


Riwayat: at-Tirmizi

Kategori: Akhlak

Hadith:

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Kupasan Hadith:

1⃣✅Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.

2⃣✅Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.

3⃣✅Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.

4⃣✅Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

5⃣✅Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

6⃣✅Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

7✅⃣Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

In shaa Allah
Aamiin
👳🏻😊

MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA..?

Rehat minda

Image result for nose

�Kita memiliki hidung berlubang disebelah  kiri dan kanan, apakah fungsinya sama?

�Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yg kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya. Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dg hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk. Laki-laki bernafas lebih dg hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yg bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.

Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.
Silakan  di-share untuk teman, sahabat, keluarga, dll. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat.


Sumber : Tibun Nabawi
-

MAKSUD YANG SALAH

Image result for oh my english

10 perkataan English yg digunakan orang kita di malaysia..berlainan jauh sungguh maksudnya..

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌TACKLE
English : menangani, mengatasi
Org kita : Mengorat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌CHOP
English : cincang
Org kita : Rubber stamp

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌BUDGET
English : belanjawan
Org kita: contoh ayat "mkn nasi bajet laaa"

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌ACTION
English : bertindak
Org kita: berlagak

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌BLUR
English : kabur , samar2
Org kita : bingung

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌SOUND
English : bunyi
Org kita: marah

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌SLUMBER
English : tidur lena
Org kita : bersahaja

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌CABLE
English : kabel
Org kita : "orang dalam"

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌TERROR
English : Keganasan
Org kita : Hebat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌SPENDER
English : orang yg berbelanja
Org kita: seluar dalam
HIDUP MALAYSIA!


sila betulkan penggunaan english anda...

RACUN UTAMA BAGI HATI!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Hati merupakan satu organ dalam tubuh manusia yang memiliki fungsi sama dengan fungsi otak manusia. Sama ada mengarah pada kebaikan atau sebaliknya.

Dalam kaitannya dengan tubuh badan manusia, hati diibaratkan sebagai raja yang mengarahkan tenteranya untuk melakukan sesuatu yang diperintahkannya. Panca indera diarahkan untuk melaksanakan perintahnya. Ia boleh membawa panca indera pada jalan positif atau negatif.

Hati akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah apa yang telah dilakukannya sebagai mana panca indera yang lainnya. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an, Surah Al-Isra', ayat 36:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ingatlah, pada jasad itu terdapat segumpal darah, jika ianya baik, baiklah keseluruhan jasad, rosak, maka rosaklah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati".
(HR. Bukhari dan Muslim).

Justeru, TAZKIRAH hari ini, sedikit perkongsian tentang racun utama yang merosakkan hati sanubari manusia dalam hidup. Jika racun hati dibiarkan, maka akan mengakibatkan seluruh badan kita akan menjadi negatif adanya.

Ada 4 racun yang sangat berbahaya yang dapat merosakkan hati sanubari manusia iaitu:

1. Bercakap Dengan Berlebih-lebihan (Fudhul al-Kalam).
Lidah merupakan racun utama manusia yang akan merosakkan manusia itu sendiri. Seperti berbohong, memfitnah, bergaduh, memaki hamun dan sebagainya perkara yang berkaitan dengan lidah.

Rasulullah SAW Bersabda yang bermaksud: "Tidak lurus keimanan seseorang, sehingga lurus hatinya, dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lidahnya". (HR Ahmad)

2. Memandang Secara Berlebih-Lebihan (Fudhul al-Nadzar).
Memandang secara berlebihan mungkin mempunyai makna sebagai minta belas kasihan atau pandangan yang mengandungi nafsu dan syahwat, yang pada akhirnya akan membawa kepada keburukan dari pandangan tersebut. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nuur, ayat 30:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah SWT Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

3. Makan Minum Yang Berlebih-lebihan (Fudhul at-Tha'am).
Makan dan minum merupakan prasyarat dalam melaksanakan kehidupan. Tanpa makan minum, secara sunnatullahnya. manusia tidak dapat menjalankan kehidupan dengan normal.

Namun demikian, umat islam dalam hal yang berkaitan dengan makanan dan minuman wajib memperhatikan perkara yang berkaitan dengan sumber makanan dan minumannya, barang yang dimakan dan diminumnya, serta kuantitinya. Allah swt berfirman dalam al-Qur'an, Surah Al-Baqarah, ayat 168:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".

4. Pergaulan Yang Berlebih-lebihan (Fudhul al-Mujhalathah).
Pergaulan diibaratkan seperti makanan ataupun ubat ataupun penyakit ataupun racun yang ianya dilakukan sekadar yang termampu. Kerana jika kita tidak membatasi pergaulan, maka manusia akan terjerumus kepada pergaulan bebas yang akan menjerumuskan manusia kepada jurang kebinasaan.

Ya Allah jauhkan hidup kami dari racun-racun kehidupan yang akan merosakkan kami dan generasi kami. Jadikan hidup kami memberi kemanfaatan dalam hidup kami, bagi diri kami, keluarga kami, masyarakat kami, dan agama yang kita cintai. Mudah-Mudahan hidup kami berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

KELEBIHAN MENJAGA 12 RAKAAT SOLAT SUNAT SETIAP HARI


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi

KELEBIHAN MENJAGA 12 RAKAAT SOLAT SUNAT SETIAP HARI

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:(( مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَوْ إِلَّا بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ )) رواه مسلم


TERJEMAHAN

Dari Ummu Habibah salah seorang  isteri Nabi صلى الله عليه وسلم bahawasanya dia melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang Muslim bersolat kerana Allah setiap hari sebanyak 12 rakaat yang sunat (iaitu) selain daripada solat yang fardhu melainkan Allah membina baginya sebuah mahligai di syurga atau melainkan dibina baginya sebuah mahligai di syurga." (Mafhum HR Muslim)


PENGAJARAN

1. Selain daripada kewajipan mendirikan solat fardhu lima waktu umat Islam turut digesa untuk melakukan solat sunat setiap hari

2. Dengan melaksanakan solat sunat mudah-mudahan ianya dapat menampung kecacatan yang berlaku dalam solat fardhu dan dapat mengundang kecintaan dari Allah Ta'ala dengan pelbagai anugerahNya

3. Para ulama berpendapat 12 rakaat solat sunat yang dimaksudkan adalah solat sunat rawatib (yang mengiringi solat fardhu) iaitu:

i. Dua rakaat qabliah (sebelum) subuh,
ii. Empat rakaat qabliah zohor,
iii. Dua rakaat ba'diah (selepas) zohor,
iv. Dua rakaat ba'diah maghrib, dan
v. Dua rakaat ba'diah isyak


Semoga kita diberi taufiq untuk melaksanakan solat-solat sunat tersebut.

Solat Semakin Di tinggalkan

Tazkirah Harian

Hari ini kita perlu membuat keputusan dan pilihan yang penting,keputusan itu ialah meyakini Islam adalah suatu nikmat dan Islam adalah jalan kehidupan yang sebenarnya.Sabda Nabi saw"Penyejuk pandangan Ku adalah solah".Ketika kita bersolah pada hakikat sebenarnya kita sedang bercakap dan berkata-kata dengan Allah SWT.
Allah SWT sentiasa mendengar dan tidak pernah lupa pada diri kita.Dialah yang menguasi,memberi dan memiliki segala-galanya.Ya Allah ampunkan dosa kami kerana masih tidak menyedari dan menghargai nikmat yang maha besar ini.KAU berilah taufik kepada kami untuk sentiasa istiqamah dan bersujud pada MU.

Ketika saya masih kanak-kanak saya selalu mengabaikan solat.Segala puji bagi Allah SWT,ada seorang guru semasa saya belajar di tahun enam yang kerap bercerita tentang solah.Satu kisah yang benar-benar menyentuh hati saya iaitu tentang kisah keadaan nasib orang yang meninggalkan satu solah mereka akan menduduki neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan 80 tahun di akhirat.Satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.Orang yang meninggalkan satu solah akan tertulis namanya di pintu neraka dan dia pasti memasukinya.Kisah ini menyebabkan saya menangis mendengarnya kerana mengenangkan nasib diri saya dan orang yang sangat saya sayangi akan masuk neraka.Sepanjang malam saya menangis mengenangkan bagaimana nasib saya di akhirat.

Pada zaman sahabat dan orang soleh,apabila seorang lelaki terlambat pergi bersolat jemaah sahaja mereka akan menangis dan bersukacita selama tiga hari.Malah ahli keluarga dan kawan yang rapat juga menangis.Jika mereka tertinggal solah berjemaah mereka akan menangis dan berdukacita selama seminggu.Mereka sangat berdukacita kerana mereka nampak dan sedar betapa besarnya nilai solat.

Pada hari ini kita juga biasa menangis dan berdukacita tetapi hanya kerana kehilangan ahli keluarga atau kebendaan sahaja.Berlainan dengan kehidupan sahabat kerana hati mereka celik dan mereka dapat menilai serta melihat perkara yang benar-benar berharga.Pelaksanaan ibadah solat juga adalah merupakan tanda menunjukkan kita sebagai seorang hamba.

Kita semua sudah maklum,segala perbuatan dan pekerjaan yang baik dikira sebagai ibadah seperti bekerja,belajar dan sebagainya dengan syarat jangan sampai perbuatan lain mencuaikan kita daripada bersolat.Solat merupakan satu hadiah daripada Allah SWT dan dianugerahkan kepada Nabi Muhammad saw tanpa melalui perantaraan Jibril AS.Solat merupakan amalan yang sangat utama dan merupakan nikmat yang begitu besar tetapi pada hari ini solat mula hilang daripada kehidupan umat ini.

Dihujung riwayat hidup Nabi Muhammad saw,baginda sentiasa mengingatkan umatnya dengan solah.Kita perlu berusaha dan memastikan supaya diri kita,ahli keluarga,anak didik,pekerja,dan semua umat Islam dapat menjaga dan mengutamakan solat.Dalam hati kita perlu ada perasaan risau melihat orang di sekeliling kita meninggalkan solat.Kita hendaklah sentiasa berdoa,merayu dan menangis kepada Allah SWT supaya orang di sekeliling kita juga dapat menjaga dan mengutamakan solah.Setiap orang daripada kita perlu sedar bahawa solat ini sebenarnya adalah satu hadiah bukannya bebanan.Umar RA apabila bangun di tengah malam beliau akan mulakan dengan bersolat dan menangis.Kemudian beliau akan membangunkan ahli keluarganya untuk turut sama bersujud kepada Allah SWT.Masih adakah ketua keluarga yang bertindak seperti Umar RA pada hari ini?

Wallahu A'lam..

Semoga bermanfaat 👌💚

NENEK MENCURI UBI

Seorang nenek telah di tangkap atas tuduhan mencuri ubi rebus (singkong). "Saya mencuri kerana ingin memberi kepada anak saya yang sangat lapar & cucu yang sakit dirumah".

Dengan kata mudah, mencuri kerana terpaksa. Ketua Hakim Marzuki kusyuk menatapi wajah nenek seolah-memikirkan sesuatu. Manakala pihak pendakwa raya menegaskan hukuman yang berat harus dikenakan, atas alasan ingin memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan wanita yang lanjut usia itu. Hakim Marzuki menarik nafas lalu menyatakan "maaf nenek saya tidak boleh membuat pengacualian terhadap undang-undang, maka nenek harus dihukum tanpa kompromi".

Nenek tunduk pasrah, tanpa disedari air mata menitis dicelah kedutan rautnya. Lalu Hakim Marzuki bersuara "dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak 1 juta rupiah atau penjara 2 tahun 5 bulan". Nenek tersebut seperti langsung tidak memikirkan tentang wang, kerana mustahil baginya mendapatkan wang yang tidak pernah dipegang seumur hidupnya.


Baginya tempat tinggal selepas ini adalah "tirai besi". Walau tiada kerelaan, dia terpaksa menerimanya. Munkin sisa hidup untuk bersama dan menjaga anak dan cucu yang sakit sudah menemui noktah. Bagi nenek tersebut walau terpaksa menempuh kesukaran hidup namun dia tetap gembira dengan adanya anak dan cucu.

Begitu tinggi nilai seorang anak dan cucu disisi nenek ini. Raut wajah seperti ingin meraung kesedihan kerana hilangnya semangat peneman hidup. Lalu Hakim Marzuki membuka topi dan memasukkan wang 1 juta rupiah kedalam topi tersebut dan berkata "tuan-tuan dan puan-puan, saya sebagai hakim juga menjatuhkan hukuman kepada ahli mahkamah minimum 50 rupiah seorang atas sebab membiarkan nenek, anak dan cucunya kelaparan".


Tukul diketuk sebagai tanda tamatnya perbicaraan. Hakim Marzuki meminta duit berkenaan dikumpul dalam topi yang sudah berisi wangnya tadi. Seluruh individu yang ada di mahkamah akur lantas memberikan wang yang diminta oleh Hakim Marzuki tadi, tanpa pengacualian. Segala berjalan seperti kehendaknya. Hasil dari kesemua kutipan sebanyak 3.5 juta rupiah diserahkan kepada nenek tersebut.

Lalu Hakim Marzuki meninggalkan mahkamah dengan tenang sambil mengukir sejuta senyuman. Nenek dilihat menadah tangan lalu berdoa "ya Allah.. masih ada insan yang bernama manusia dimuka bumi mu ini.

Moga kau rahmatilah hidupnya dan pengikutnya". Seluruh penghuni mahkamah memerhati nenek yang berpelukan bersama anak dan cucu dengan titisan air mata...


"Apabila KEMANUSIAAN menjadi budaya, maka KEHARMONIAN akan dirasa". "Apabila KEADILAN ditegakkan, maka matilah segala KETEGANGAN".

Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita supaya menjadi manusia yang merasa, bukan sebagai manusia yang membinasa. Insya allah.. Amin..

SILA TAMBAH PENGAJARAN jika ada, supaya perkongsian dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

BERBEZA PENDAPAT??? ADA ADABNYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

BERBEZA PENDAPAT??? ADA ADABNYA

Allah SWT menciptakan manusia berasal dari keturunan iaitu Adam dan hawa. Dan beragama dengan agama yang satu iaitu agama Tauhid. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an: Surah Yunus, ayat 19:

وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
"Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu (agama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan bisikan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat, tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu".

Namun sejarah perjalanan umat manusia yang merubah segalanya, dari umat yang satu pada asalnya, menjadi umat yang beragam dengan perbezaan pendapat (ikhtilaf).

Perbezaan dalam kehidupan merupakan Sunnatullah (ketetapan Allah) di dalam alam ini. Semua makhluk ciptaan Allah sedikit sebanyak pasti ada perbezaan. Sama ada bentuknya, rupanya, warnanya, ukurannya, pemikirannya dan lain sebagainya. Hal ini menunjukkan Rahmat Allah SWT kepada makhluknya.

Allah menciptakan manusia terdiri dari berbagai suku, bangsa, bahasa serta adat budaya dan pemikiran yang berbeza. Namun demikian apabila di antara kita berbeza pola fikir dan pendapat antara satu dengan yang lain dalam semua aspek kehidupan. Islam mengajarkan kepada kita adab dalam perbezaan pendapat tersebut.

Adapun adab dan etika dalam menghadapi perbezaan pendapat tersebut diantaranya adalah:

1. Berlaku Adil Kepada Orang Yang Sehaluan Pendapat Dengan Kita.
Apabila orang yang berpendapat sama haluan dengan kita. Maka keadilan tetap mesti ditegakkan. Dalam erti kata yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah. Jangan kerana haluan yang sama, menjadikan pendapat yang salah pun jadi benar. Ataupun jika orang yang sehaluan berbeza pendapat, maka jangan kita menyalahkan jika pendapat itu adalah benar.

2. Berlaku Adil Kepada Orang Yang Tidak Sehaluan Pendapat Dengan Kita.
Orang lain yang berbeza pendapat dengan kita, keadilan mesti kena ditegakkan. Jika orang yang tidak sependapat dengan kita berkata benar, maka katakan yang benar adalah benar. Jangan hanya kerana tak sehaluan, kita menolak kebenaran. Ini yang banyak berlaku sekarang, hanya kerana perbezaan dengan orang yang tidak sehaluan, kita menolak kebenaran yang hakiki, padahal itu adalah kebenaran.

3. Bekerjasama Di Dalam Perkara Yang Disepakati.
Jika ada perkara benar yang tidak ada perbezaan pendapat. Maka kerjasama sangat diperlukan untuk menegakkan kebenaran meskipun di antara kita berbeza pendapat. Imam mazhab yang Empat (Hanafi, Maliki, Syafi'i, Hambali) berbeza pendapat dalam satu-satu masalah, tetapi bersepakat dan bekerja sama dalam masalah yang lain.

4. Berdialog Dengan Cara Yang Baik Dengan Orang Yang Berbeza Pendapat Untuk Mencari Titik Pertemuan Yang Positif.
Jika di antara kita saling berselisih pendapat, salah satu langkah untuk meredakan perbezaan pendapat tersebut adalah dengan mengadakan dialog terbuka untuk mencari titik pertemuan yang baik, atau untuk mengecilkan jurang perbezaan pendapat tersebut.

5. Bersikap Toleransi Dengan Orang Yang Berbeza Pendapat.
Jika dialog yang diadakan, tidak mendapatkan titik pertemuan yang diharapkan, maka masing-masing orang yang berbeza pendapat harus bersikap terbuka dan toleransi dengan orang yang berbeza. Jangan hanya nak menang sendiri dengan menyalahkan pihak lain.

6. Menjaga Adab Dan Menghormati Perbezaan Pendapat Ulama.
Jika kita berpegang pada pendapat ulama yang tidak sama dengan pendapat ulama yang lain, jangan kita menyalahkan ulama yang berbeza pendapat dengan kita, dengan mengatakan ulama ini tak betul. Siapalah kita, nak menyalahkan imam Syafi'i atau Imam al Ghazali atau ulama muktabar lainnya dari tahap keilmuan kita?????

7. Jangan Terlalu Mudah Menghukum Fasik Atau Berdosa Atau Kafir Atau Musuh Terhadap Orang Yang Berbeza Pendapat.
Perbezaan pendapat kadang-kadang akan menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Jika pihak yang berbeza pendapat dengan begitu mudah menghukum orang lain yang berbeza dengan hukuman fasik, berdosa, bid'ah, atau mengkafirkan orang lain yang tak sependapat dengan kita tanpa perbincangan dan usul periksa terlebih dahulu.

8. Bersedia Untuk Mengalah Dan Menggugurkan Pendapat Sendiri Jika Diperlukan.
Di antara adab ikhtilaf yang mulia adalah bersedia untuk mengalah dan menggugurkan pendapat peribadi demi kepentingan bersama. Jangan keegoan dan kesombongan peribadi menolak kebenaran orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Dengan memaksakan pendapat peribadi kita lah yang paling benar.

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, di hari hari yang mulia ini, satukanlah hati dan jiwa umat Islam yang berselisih. Jadikan perbezaan pendapat di antara kami sebagai Rahmat dariMu. Jangan Engkau jadikan perbezaan pendapat antara kami sebagai suatu Albala' dan Al'azab serta perpecahan bagi kami. Mudah-mudahan RahmatMu menerangi seluruh alam ini. Aamiinn Ya Robbal 'Alamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

TAZKIRAH HARIAN ; SURAH HUUD


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Allah swt akan menyempurnakan balasan tiap tiap amalan seseorang..  
Seperti firman Allah dalam surah Huud ayat 111 sehingga 120.

Surah Hud, ayat 111:
وَإِنَّ كُلًّا لَّمَّا لَيُوَفِّيَنَّهُمْ رَبُّكَ أَعْمَالَهُمْ إِنَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Surah Hud, ayat 112:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Surah Hud, ayat 113:


وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Surah Hud, ayat 114:


وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Surah Hud, ayat 115:


وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah Hud, ayat 116:


فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِن قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّنْ أَنجَيْنَا مِنْهُمْ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ

Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.

Surah Hud, ayat 117:


وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

Surah Hud,ayat 118:


وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Surah Hud, ayat 119:


إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin
dan manusia (yang berdosa)"
Semoga kita istqamah dalam memperjuangkan hukum hakam Allah swt. 

#Istiqamah hingga Kemenangan.
ان شاءالله

Surat Cinta Tentang Solat


🌼Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

🌼Anggaplah solat itu Pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu.

🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau Bercerita dengan Allah.

🌼Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dgn Allah SWT.

🌼Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi.

🌼Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya.

🌼Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

🌼Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.

🌼Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu."

🌼Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila org mengusikmu."

🌼Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih.

🌼Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia2 org yg menyebarkannya. Maka sebarkan lah wahai teman2 ku. Allahuma, saksikan lah......

APABILA TERCEMARNYA SEKEPING HATI YANG BERSIH...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Di antara penyebab yang membawa kepada kotornya HATI...

1- Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih menyukai orang yang fasiq tetapi pemurah akan tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq itu dimurkai Allah, tetapi pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego
Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9- Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahu A'lam...

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

APA PERLUNYA BERWUDHU'???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

APA PERLUNYA BERWUDHU

Wudhu merupakan anak kunci dalam melaksanakan ibadah. Wudhu dalam syariat Islam bermakna bersih atau cerah. Menurut istilah syarak, Wudhu adalah mengalirkan air pada anggota badan yang tertentu (wajah, dua tangan, kepala dan dua kaki, untuk menghilangkan perkara yang dapat menghalang seseorang dalam melaksanakan ibadah solat serta ibadah yang lainnya.

Dalam al-Qur'an, Dalil yang memerintahkan supaya kita berwudhu sebelum mendirikan solat, disebut dalam Surah Al-Maidah, ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar)

maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu:

sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur".

Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

ﻻيقبل الله صﻻة أحدكم إذا أحدث حتي يتوضاء
"Allah tidak menerima solat seseorang di antara kamu apabila berhadath, melainkan ia berwuhdu terlebih dahulu.
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi).

Dari dalil di atas, Allah memerintahkan kepada kita untuk berwudhu serta menjaga wudhu dalam hidup kita. Oleh kerana itu wudhu yang diperintahkan Allah kepada kita mengandungi beberapa hikmah di sebalik perintah Allah SWT tersebut.

Di antara hikmah tersebut adalah:

1. Hikmah Wudhu Dari Sudut Pandang Agama.
Setiap syariat dalam Islam, terdapat hikmah di sebaliknya. Di antara sebahagian hikmah Wudhu yang kita lakukan: akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT, membersihkan hati sanubari, mengangkat darjat manusia, menghapuskan dosa, memberi cahaya pada wajah dan kaki di akhirat nanti (ghurran muhajjalin), menjadi perantaraan memasuki syurga Allah SWT. Dan sebagainya.

2. Menjaga Akal dan Fikiran Manusia.
Wudhu yang dilakukan dengan baik akan dapat menjaga akal dan fikiran manusia dari terkena gangguan stress, penyakit jiwa serta gangguan penyakit mental yang lainnya, kerana air yang meresap ketika membasuh kepala kita akan membawa impak yang positif untuk kesihatan akal serta mental dalaman kita.

3. Mencantikkan Akhlak Dan Perangai.
Dengan keberkatan air wudhu yang kita lakukan ketika akan mengerjakan solat atau kita menjaga wudhu dalam hidup, maka kesan wudhu tersebut akan membawa nilai-nilai kebaikan pada akhlak dan perangai serta tingkah laku kita dalam hidup sehari-hari.

4. Akan Mencantikkan Kulit.
Berwudhu dengan cara yang baik akan mencantikan kulit kita. Tetapi bukanlah tujuan utama berwudhu itu adalah untuk kecantikan. Akan tetapi dengan sebab berwudhu kecantikan kulit pada badan kita akan dapat dipelihara dengan baik tanpa harus memerlukan kos yang tinggi dengan membeli alat kosmetik yang mahal hanya untuk merawat dan mencantikan kulit pada tubuh badan kita.

5. Akan Dapat Menjaga Kesihatan tubuh Badan.
Dengan melakukan wudhu dengan baik dan rutin akan dapat menyihatkan tubuh badan kita dari serangan penyakit di antaranya, migrain, resdung atau selesema, radang kerongkong, batuk, radang paru-paru dan banyak lagi penyakit yang boleh dikawal dan sembuh dengan menjaga kesihatan kita. Salah satu caranya adalah dengan mengalirkan air atau membasahi anggota badan dengan air.

Demikianlah hikmah berwudhu di sebalik perintah Allah SWT kepada kita. Mudah-mudahan hidup kita dapat menjaga wudhu. Agar keberkatan dapat kita perolehi.

Ya Allah jadikan kami sebagai hambaMu yang taat beribadah kepadaMu. Serta istiqomahkan kami untuk dapat menjaga wudhu dalam hidup kami. Mudah-mudahan keberkatan hidup kami akan dapat dirasakan. Dengan nikmat dan RahmatMu ya Allah. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

Tazkirah Harian 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya Allah swt telah berfirman
Hai orang orang yang beriman penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan yang sempurna kepada kamu
Seperti firman Allah dalam surah Al -Anjal ayat 24 hingga 26.....
,📒📌🌹🌻💚💚💐👇👇👇

Surah Al-Anfal, ayat 24:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hindup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Surah Al-Anfal, ayat 25:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Surah Al-Anfal, ayat 26:
وَاذْكُرُوا إِذْ أَنتُمْ قَلِيلٌ مُّسْتَضْعَفُونَ فِي الْأَرْضِ تَخَافُونَ أَن يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَآوَاكُمْ وَأَيَّدَكُم بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.

TAFSIR SURAT AL-ANFAL:24-26 (Takutlah Azab Yang Tidak Hanya Menimpa Orang Zhalim) | Tausiyah In Tilawatun Islamiyah

https://tausyah.wordpress.com/tafsir-al-quran/tafsir-surat-al-anfal24-26-takutlah-azab-yang-tidak-hanya-menimpa-orang-zhalim/
📢📢📢🔊🔊🔊

Disiarkan oleh Tanbihul Ghaafilin Lajnah Penerangan &Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL....
Semoga ada manfaatnya kepada kita semua.

📒📝🌹🌻💐📚📌💚👆👆👆

ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN 👍👍

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...