Sunday 22 March 2020

INISIATIF KERAJAAN RANSANGAN EKONOMI OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA



INISIATIF-INISIATIF YANG DIPUTUSKAN OLEH KERAJAAN DI DALAM SIDANG MEDIA SEBENTAR TADI (23/3/2020) OLEH YAB PERDANA MENTERI

1. Kemudahan bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 billion.

- Semua ahli KWSP bawah 55 tahun boleh buat pengeluaran simpanan dari Akaun 2, tertakluk kepada maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
- Boleh mohon bermula 1 April 2020.
- Guna wang ini sebaik mungkin untuk barang yang perlu sahaja dalam waktu sukar.
- Yang penting, setiap hari ada makanan untuk seisi keluarga, boleh bayar bil air, letrik, sewa rumah.

2. Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi menyokong usaha menangani Covid-19.

- Untuk biaya peralatan perubatan seperti ventilator, PPE, tambahan perkhidmatan awam dan kemudahan makmal.
- Kerajaan luluskan tatacara perolehan semasa darurat. Peruntukan sebanyak RM100juta.
- KKM boleh lantik 2000 kakitangan secara kontrak terutama jururawat.

3. Peruntukan RM130 juta kepada semua negeri untuk bantu kerajaan negeri.

- Untuk beri bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil.
- Untuk beri bantuan kepada pesakit dan ahli keluarga.
- Keperluan kepada petugas-petugas kerajaan negeri.
- Sama rata kepada semua negeri tanpa kira parti.

4. Lanjutan masa daripada 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan pembayaran balik PTPTN.
- Berkuatkuasa hari ini sehingga 30 September 2020.

Kerajaan juga sedang mengkaji langkah2 tambahan untuk menghadapi waktu sukar ini.

Langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan dengan mengambil kira semua golongan seperti peniaga kecil, pemandu, dan lain lain.

Langkah-langkah ini akan diumumkan pada 30 Mac 2020.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.


DOA MUNAJAT MEMOHON WABAK COVID-19 AGAR DILENYAPKAN



DOA MUNAJAT MEMOHON WABAK COVID-19 AGAR DILENYAPKAN, DISEMBUHKAN (BAGI YANG DIJANGKITI) DAN DIJAUHI (DARI DIJANGKITI)



بسم الله الرحمن الرحيم..
اللهم صل على محمد وآل محمد..
لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير..


Allah, Allahurobbi ya Rohman ya Rohim, 

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bagi-Mu lah segala pujian ya Haiyyu ya Qaiyyum yang tidak pernah tidur dan Sentiasa dalam keadaan Melihat serta Mendengar hamba-hambaMu ya Sami' ya Basir. Yang sentiasa dalam keadaan Mengetahui keadaan hambaMu ya 'Alim ya Khobir


"Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat, 

Keselamatan dan Keberkahan Kepada Junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. yang Membuka Segala sesuatu yang Terkunci, yang Menjadi Penutup Segala Sesuatu yang Dahulu, yang Menjadi Penolong Kebenaran dengan Haq dan yang Memberikan Petunjuk pada Jalan-Mu yang Lurus. Semoga Allah Melimpahkan Rahmat kepada Baginda, Keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda dengan Haknya, Pangkat dan Kedudukan Baginda yang Agung"


Ya Allah wahai Tuhan kami, 

Saat ini kami hamba yang kotor lagi kerdil, yang jahil lagi fakir dan lemah tidak berdaya ini ya Allah, datang Menadah tangan merintih merayu memohon DOA dengan Penuh Pengharapan kepada-Mu ya Malik ya Malikul Mulk , Wahai Raja yang Mentadbir Segala Langit, Bumi dan Segala Makhluk yang ada di dalamnya. Engkaulah Zat yang Hakiki dan Janji-Mu Benar tidak boleh diubah-ubah lagi.


Ya Allah ya Baari' 

kepada-Mu kami  Menyerah Diri, dengan-Mu kami Beriman, Kepada-Mu kami Bertawakkal dan Hanya kepada-Mu kami Mengadu dan Memohon Bantuan-Mu ya Wahab ya Somad.

Ya Allah Sesungguhnya saat ini kami akur akan Ujian-Mu buat kami di seluruh dunia khususnya di Bumi Malaysia ini yang Hakikatnya Engkau Turunkan ujian ini berserta Rahmat-Mu tanda Kasihnya Engkau pada Kami sebagai Peringatan bahawa Azab Neraka-Mu itu jauh Lebih Menakutkan dan tidak Mengenal Pangkat, Darjat & Keturunan. 

Semuanya akan Menerima Balasan yang Setimpalnya ya 'Adl ya Hakam atas Kejahatan & Kezaliman yang dilakukan saat di dunia ini.

Maka kami Mohon saat ini Ya 'Affuw Ya Ghoffar, Ampunkanlah semua Dosa-dosa kami yang Terang (Zohir) mahupun yang Tersembunyi (Batin), yang Terdahulu, Sekarang mahupun yang akan datang. 

Ampunkanlah semua dosa kami yang kami Tahu dan Tidak tahu samada Sengaja atau Tidak sengaja ya Ghoffur ya Tawwab.

Sungguh Maha Suci-Mu Allah Ya Quddus, Engkau Suci dari segala Kesalahan dan Kesilapan. Setiap TakdirMu yang berlaku dalam Hidup kami Melambangkan Kesempurnaan-Mu Ya Hakim Ya Dzuljalali Wal Ikram yang Maha Bijaksana lagi Maha Memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan. 

Maafkanlah kami hamba yang dhoif ini atas kesalahan dan dosa kami yang selalu tersalah faham dan berburuk sangka padaMu , mengeluh kesah kurang bersyukur akan limpahan Nikmat-Mu ya Rahman ya Rahim ya Rouf ya Syakur.



Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin

padaMu kami Berlindung dari segala Wabak penyakit yang berbahaya khususnya Wabak Corona ini. Lindungilah juga kami semua dari Azab Neraka dan Azab Kubur, Fitnah Hidup dan Mati juga Tipudaya Dunia dan Fitnah Dajjal.

Pada-Mu juga kami mohon Perlindungan ya Waliy ya Maula dari Bisikan Nafsu Buruk kami dan Gangguan Jin Syaitan. Lindungilah juga Aib-aib kami ummat akhir zaman ini . Bersih Sucikanlah HATI kami semua Ya Allah ya Quddus ya Jalil dari segala Berhala (Cinta Dunia), Kotoran Syirik dan Karat-karat Dosa.

Ya Allah Ya Qohhar ya Jabbar, 

Tundukkanlah Nafsu buruk kami agar Tidak Mengulangi lagi Dosa-dosa & Maksiat yang Engkau Murkai dimuka Bumi ini. Sesungguhnya saat Engkau Uji Begini pun sudah kami Tidak Mampu inikan pula untuk Menanggung Azab neraka-Mu yang sangat pedih itu ya Muntaqim walaupun Sesaat .


Kami Merayu kepada-Mu Ya Allah Ya Salam, Ya Salam, Ya Salam, 

Setiap Penyakit yang Engkau takdirkan bersamanya Engkau turunkan penawar maka Bukakanlah Jalan Kesembuhan ya Fattah ya Rosyid buat semua Sahabat Saudara kami yang sedang dijangkiti Wabak Corona (Covid-19) ini. Sembuhkanlah mereka mengikut CaraMu ya Salam ya Muhyi ya Mumit, Engkaulah Sebaik-baik Penyembuh yang Menghidupkan dan Mematikan Kuman mahupun Virus.

Buat Sahabat kami yang Telah pulang ke pangkuan-Mu Asbab Wabak Covid ini ya Allah, jadikanlah Kubur mereka Taman SyurgaMu, Tempatkanlah mereka dan kami semua nanti dikalangan Roh Orang yang Soleh.


Allahumma Ya 'Aziz Ya Qowiy Ya Matin

Berikanlah Kekuatan Fizikal, Jiwa dan Emosi buat Semua Barisan Pejuang di Hospital (Para Medik) dan Pegawai Keselamatan. Lindungi mereka dan Limpahkan lah mereka dengan Kebaikan atas Kesabaran dan Pengorbanan mereka buat Negara.


Ya Allah ya Naafi', 

Berkatilah Masa dan Usia kami sepanjang tempoh kuarantin ini agar selesai tempoh ini kami menjadi jiwa yang baru yakni menjadi sebaik-baik Hamba dan KhalifahMu. Ya Allah, Terimalah Amalan kami, Terimalah Taubat kami ya Tawwab. Sungguh Kami Tidak Berdaya sedikitpun tanpa-Mu, Akal dan Amalan kami Lemah untuk Memahami Segala Aturan-Mu yang Maha Sempurna maka Hanya Redha, Rahmat-Mu dan CintaMu Ya Wadud yang Kami Harap-harapkan.



Sebelum kami mengundur diri, Rezekikan lah Kami Semua Umat Islam khususnya di Bumi Malaysia ini dan seluruh keturunan kami ini dapat Cahaya Makrifah-Mu yakni Mengenal-Mu dengan Sebenar-benar KENAL. Kurniakanlah juga kami Pandai Baca, Faham, Hafal dan Amal Alquran. Berikanlah Cahaya Hidayah-Mu ya Nuur ya Hadi ya Haq buat kami Ummat Akhir zaman ini (termasuk yang belum beragama Islam).


Sudilah kiranya ya Allah Engkau Bawa pergi semua Wabak Corona dan segala penyakit ini berlalu pergi ya Mumit ya Bathin ya Quddus ya Jalil sepertimana perginya Bulan Rejab yang akan meninggalkan kami beberapa hari lagi. Kepada-Mu kami Berserah Diri ya Wakil ya Baari' ya Somad. Terimalah Doa kami dan Makbulkanlah ya Mujib ya Lathif ya Wadud, kami sangat yakin dengan Kekuasaan-Mu Kun Fayyakun.


Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belaskasihan dan RahmatMu. Selawatkanlah ke atas Penghulu kami Nabi Muhamad dan ke atas keluarganya dan sekelian sahabatnya. Segala Puji Tertentu bagi Allah Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian Alam. 


Aamiin ya Robbal 'alamiin.

DOA DRPD JANGKITAN VIRUS COVID 19

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ…*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan*


عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي


Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: *“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. 

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.”* (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih


Doa Seorang Muslim Buat Saudaranya - Oh! Media



*Pengajaran:*

1.  Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.

2.  Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu  pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan..

3.  Syarah Sunan Ibn Majah: memohon ‘afiyah adalah memohon  keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]

4.  Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

5.  Syeikh al-Munawi: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

6.  Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau penyakit fizikal dan sebagainya  kepada kita, ahli keluarga dan harta. Hal ini termasuklah memohon perlindungan daripada wabak virus Covid 19 yang sedang melanda Negara kita.


 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي


Marilah kita amalkan doa ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta menjauhkan kita daripada segala perkara yang tidak baik sama ada di dunia mahupun di akhirat termasuk jangkitan virus Covid 19.

*#matiitupastikiamatitubenar*



23hb Mac  2020
28hb Rejab 1441H

Covid-19 sehingga 22 Mac 2020

Dikemaskini jam 1ptg

Friday 13 March 2020

MURID DAN GURU

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi tak?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"

"Sayalah... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan hidup saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?





😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya selama2nya.

Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:

"Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya."

"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid sebab saya sangat mencintai murid-murid saya. "

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:

⚠ Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Sesungguhnya yang benar benar mencintai sesama kita....
*Jangan sesekali ada aib mengaibkan dan cacat cela antara kita.*

Thursday 5 March 2020

DOA JUMAAT 6 MAC 2020

Bismillahi Rahmanirrahim
(Doa Jumaat)




*Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu*

*Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.*

*Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sihatkan tubuh badannya, sembuhkan penyakitnya.*

*Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah*

*Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.*

*Mudahkanlah segala urusannya* ,

*Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya*

*Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan*

*Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta*

*Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*

*Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu*

           ‎      *آمين يا الله*
‎               *آمين يا رحمن*
‎               *آمين يا رحيم*
‎           *أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*

Wednesday 4 March 2020

COVID-19 BOLEH DISAHKAN SENDIRI

COVID-19 BOLEH DISAHKAN SENDIRI



COVID-19: Ketahui bagaimana negara lain menangani wabak ini ...


COVID 19 - Ancaman Dunia dan kepada Negara Kita juga..

Sila Sebarkan !!

Covid 19 yang terbaru mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan selama beberapa hari, ada yang simptomnya keluar selepas 24 hari..

*Jadi, bagaimana mungkin seseorang tahu jika dia telah dijangkiti?*

Pada mereka yang mempunyai demam dan/atau batuk dan pergi ke hospital, paru-paru biasanya telah
 50% dijangkiti (Fibrosis) dan ketika ini sudah terlambat!  😰



Pakar Taiwan menyediakan kaedah pemeriksaan sendiri yang boleh kita lakukan pada setiap pagi:

1. Sedut nafas panjang sedalamnya dan tahan nafas anda selama lebih daripada 10 saat...  Sekiranya anda berjaya melakukannya tanpa batuk, ketegangan atau ketidakselesaan dan sebagainya, ia membuktikan tiada fibrosis dalam paru-paru, yang pada asasnya tidak menunjukkan sebarang jangkitan.

2.  Pada masa kritikal, sila lakukan  sendiri ujian ini setiap pagi dalam persekitaran udara yang bersih!



SARANAN YANG SANGAT BAIK oleh doktor Jepun yang merawat kes-kes COVID-19.

1. Setiap orang harus memastikan mulut & kerongkong anda lembap dan tidak pernah KERING!

2. Teguk sedikit air setiap 15 minit sekurang- kurangnya.

 *MENGAPA?*  Walaupun virus masuk ke dalam mulut anda ... air minum atau cecair lain akan MELALUKAN  mereka melalui kerongkong ke dalam perut.

Setelah berada di perut yang mempunyai ACID, ia akan membunuh semua virus yang masuk ke dalamnya.

Sekiranya anda kurang minum air secara lebih kerap,  virus boleh mula menjangkiti ke paru-paru anda. Di mana keadaan ini sangat berbahaya!



Tolong sebarkan kepada keluarga, kawan dan semua orang tentang ini!

Sekian,Harap MokLong

*#KopipesTanpaPermitAtok*

Tuesday 3 March 2020

MERANGKAK

Kenapa cikgu suruh anak murid merangkak? Mungkin 'ibu berkenaan' boleh baca tulisan saya ini.

"SAYA PERNAH MENYURUH ISTERI SAYA SURUH ANAK MURIDNYA MERANGKAK KALAU TAK PANDAI MENYEBUT DENGAN BETUL"

Ya.. memang betul. Saya pernah suruh isteri saya Izan Mohd Yusoff buat begitu pada anak muridnya di sekolah kalau mereka ada masalah dalam kemahiran bertutur.

Kisahnya begini. Anak kami yang bongsu (Irhamni, atau mesra dipanggil Amin) sekarang sudah berada di Tahun 2 sekolah rendah di Putrajaya. Pada waktu kecilnya Amin membesar seperti kanak-kanak biasa. Namun ketika umurnya melepasi 3 tahun, Amin masih tidak pandai menyebut walau sepatah perkataan pun. Puas kami mengajarnya menyebut walau dengan perkataan mudah seperti 'babah' dan 'mama', tetap Amin akan menyebutnya dengan sebutan 'la%kjs&d*hk#jpa@qwer' yang langsung kami tidak fahami.

Pada mulanya kami menyangka anak kami ini adalah kanak-kanak autisme kerana beberapa simptom telah kelihatan padanya seperti mudah tantrum, suka menyusun permainan secara menjajar dsb. Namun, setelah menjalani beberapa saringan pemeriksaan pakar di Hospital Putrajaya, alhamdulillah hasilnya adalah negatif. Amin hanya mengalami masalah delay speech sahaja dan bukannya autisme. Seterusnya kami hanya perlu membawa Amin berjumpa pakar pertuturan di hospital yang sama mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sewaktu pertama kali kami ditemu bual oleh pakar pertuturan Hospital Putrajaya, macam-macam soalan telah ditanya kepada kami tentang anak bongsu kesayangan kami ini. Dan apabila doktor yang merawat Amin bertanya tentang perkembangan tumbesaran dan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya diperolehi oleh seorang bayi dan kanak-kanak, maka disitulah baru kami tahu salah satu punca Amin tidak dapat bertutur seperti kanak-kanak biasa yang lain. Puncanya adalah kerana kami secara tidak sengaja telah mengabaikan (skip) kemahiran merangkak padanya. Dari Amin berbaring, berpusing, berpaut, berdiri dan terus berjalan tanpa merangkak! Ini semua gara-gara baby walker. 😅

Menurut kefahaman saya dari apa yang diterangkan oleh doktor yang merawat Amin, kemahiran merangkak sangat penting untuk perkembangan tumbesaran bayi yang sihat dan ia juga merupakah fitrah kejadian manusia yang telah ditentukan Allah swt. Merangkak juga sangat berkait rapat dengan kemahiran bertutur. Ini kerana persilangan tangan kanan dan kaki kiri serta tangan kiri dan kaki kanan akan mengaktifkan kordinasi badan sekaligus melibatkan otak kiri dan otak kanan agar dapat diseimbangkan mengikut keadaan yang sesuai seperti menerima mesej melalui pendengaran dan menterjemahkannya melalui pertuturan dan tindakan. Selain merangkak, memanjat secara bersilang kaki dan tangan, kiri dan kanan juga berperanan mengaktifkan otak kiri dan kanan kanak-kanak secara langsung.

Seterusnya doktor menyarankan kami agar membuat aktiviti merangkak di rumah kepada Amin dengan cara semua ahli keluarga sama-sama merangkak agar Amin juga teruja untuk melakukannya bersama-sama. Pada mulanya agak sukar untuk Amin yang sudah pandai berlari untuk disuruh merangkak. Amin nampak kekok dan tidak biasa menekan lutut untuk merangkak. Akhirnya saya terpaksa membuat Amin merangkak di bawah saya yang sama-sama merangkak bersamanya.

Setelah seminggu aktiviti merangkak dilakukan dengan sekerap mungkin kepada Amin, kami pun cuba mengajarkannya mengajuk cakap kami. Hasilnya masyaAllah!!! Amin sudah boleh bercakap! Dan satu bonus untuk kami kerana sejak daripada itu sehingga kini, Amin lebih fasih bercakap bahasa Inggeris dengan slang American berbanding bercakap bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan kami di rumah. Ini semua gara-gara YouTube! 😂Hahaha... Allahu...

Kesimpulannya, wahai 'ibu'... merangkak itu adalah aktiviti yang baik. 😆

Mior Syazril M. Sapawi
Putrajaya

BILA ADA ANAK PEREMPUAN

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan..
Jujur..
Masa dia kecil2 dulu...
Tak rasa sangat cabarannya...
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya...

Mak sentiasa pesan...
Ada anak perempuan jangan ambil mudah...
Jangan buat tak endah...
Tanggungjawabnya berat...
Tugasnya amat besar...

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki...

Bila ada anak perempuan...
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi2...
Biasakan pakaian menutup 'aurat..
Ajarkan anak anak berpakaian sopan...
Tidak terdedah sana sini...
Tidak ketat menonjol...
Ajarkan mereka erti malu...

Besederhana menikmati zaman kanak2...

Bila ada anak perempuan...
Tak boleh dibiar tidur sana sini...
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik...
Bahayanya ada dimana mana...
Jangan percaya kepada sesiapa...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka sentuhan selamat...
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat...
Jangan biarkan anak berseorangan...
Sentiasa temani mereka...
Biar kita susah hari ini...
Dari menangis dikemudian hari...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka tentang harga diri...
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri...
Kerana diri mereka sangat berharga...

Bila ada anak perempuan...
Terangkan kepada mereka tentang haid...
Dan kehamilan bila mereka sudah baligh...
Usah malu untuk memberi ilmu...
Bimbang mereka cari di tempat salah...

Bila ada anak perempuan...
Pilihlah rakan untuk mereka...
Kenali juga siapa kawan mereka...
Rakan yang baik menjadi penguat...
Rakan yang nakal menjadi pemusnah...

Bila ada anak perempuan...
Selalulah diperiksa handphone mereka...
Apa yang dikongsi...
Apa yang ditulis...
Ambil tahu...

Bila tiba saat kau lepaskan mereka...
Hidup berjauhan...
Sentiasa ingatkan mereka...
Jagalah diri baik2...
Jagalah maruah diri...
Jagalah maruah keluarga...

Biarlah orang kata kita kolot...
Biarlah orang kata kita syadid...

Bila ada anak perempuan...
Berdoalah...
Mohon dijaga kehormatan diri mereka...
Mohon dijaga keselamatan mereka...
Moga2 Allah lindungi mereka...

Kredit: Muallim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...