Friday 31 May 2013

SEDEKAH YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR


Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, 
telah bersabda :

"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, 
kecuali tiga hal : 
amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak sha lih yang 
mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

















Jadilah dari "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini 

kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang 
barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak 
dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak 
menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita 
ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah 
Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa 

yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an 
dan petunjuk hidayah, sesudah Kami terangkannya 
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat 
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.





Lawak: Lelaki Mabuk dan Wanita Tua

Seorang lelaki mabuk menaiki sebuah Bas pada lewat tengah malam. 
Dengan keadaan berjalan terhoyong hayang dan bau yang busuk.. 
dia duduk disebelah wanita tua.


Wanita tua itu memandang dari atas ke bawah lelaki mabuk itu dan 
berkata dengan bencinya...


Wanita tua : "Aku ada khabar buat kamu.... kamu akan ke neraka"


Lelaki mabuk itu bangun dan menjerit...


Lelaki mabuk : "Alamakkk... aku dah tersalah bas"


Wanita tua : mmmmmmmmmm....







p/s : jangan mabuk... dosa bebbb....



Wednesday 29 May 2013

SOLAT SUNAT TASBIH




Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, 
andaikata tidak sanggup sekali seminggu, 
andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, 
sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, 
kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam.
Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari.
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, 
kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً رواه أبو داود و إبن ماجه


Bacaan tasbih itu ialah :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, 
dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 
4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih





"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, 
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.

Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. 

Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."








Monday 27 May 2013

Soalan atau Jawapan (Sengal Sangat) Siri 1



ANTARA SOALAN-SOALAN SENGAL YANG KADANG-KADANG 

BUAT ORANG BENGANG.




1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;



S : Kau tidur ke?

J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.








2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;


S : Ye? Nak repair tv ke?

J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².









3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;



S : Kau dah bangun?

J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.










4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;



S : Weyh mane kau sekarang?

J : Sini , kat bus stop!



















Fikir dulu sebelum tanya...
hehehe





Sunday 26 May 2013

Tahniah Ustaz Azhar Idrus!

di atas perkahwinannya yang ketiga
alhamdulillah

berikut adalah gambar hasil carian google untuk perkongsian bersama





Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam.

Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang.
Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor.

“Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah Izyan, berasal dari Johor dan kini menetap di Keramat.




Lawak: Exam dan Dadu


Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.

Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"

Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."  






Friday 24 May 2013

Erti Sabar

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


  “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk                                     syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian)                                  sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum                                        kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan,                             serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian)                               sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman                       bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?                                            ” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.                          ” (Surah AlBaqarah : Ayat 214).



Ingatlah, dugaan itu tidak merupa dalam bentuk kesusahan 
sahaja, malah kesenangan yang ada sekarang juga adalah 
dugaan. Dugaan yang diciptakan untuk menguji hamba-Nya 
yang bersyukur dan hamba-Nya yang kufur.





Wednesday 22 May 2013

Jom Heboh : 25 - 26 Mei 2013






Lokasi : Putrajaya @ Presint 2 (Hari Belia)

Pada : 25-26 Mei 2013


Datang Beramai-ramai

Disebalik Cinta



Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah 
satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang 
maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu
indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai 
yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.

Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, 
merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk 
kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah 
yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira 
samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah 
mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh 
Allah semata-mata. 

Samada orang yang kita cintai itu 
menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan 
qadar Allah semata-mata.

Pesanan bersama :
Yang paling parah cinta dapat membuat seseorang 
lupa akan cinta kepada Allah dan dapat berakibat Syirik, 
“Na’u zubillah”. Oleh karena itu, dasarilah cinta itu 
dengan cinta karena Allah. 

InsyaAllah kita akan bahagia. Aminnn..

Tuesday 21 May 2013

Nasihat itu indah : sama2 amalkan


"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat)
 tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya 
negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, 
sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

semoga kita beramal selalu.














Sunday 19 May 2013

Pesta Buku Selangor 2013


Jom ke Pesta Buku Selangor 2013 mulai 24 Mei hingga 3 Jun 2013 
bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Anda berpeluang untuk memenangi Mini iPADsetiap hari 
melalui cabutan bertuah yang akan dilakukan pada 
jam 6.30 petang. Peserta hanya layak memenangi Mini iPad 
dengan pembelian satu resit berharga RM30 dan ke atas. 





Jumpa anda di sana!


maklumat terperinci di :http://www.pestabukuselangor.my/




Soalan atau Jawapan (Sengal Sangat) Siri 2


ANTARA SOALAN-SOALAN SENGAL YANG KADANG-KADANG 
BUAT ORANG BENGANG.


5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;

S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!



6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI 
KEJE ;

S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!





7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU ;

S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni.



Wafi City Mall (United Emirat Arab)

Kalau mendengar kata “mall” pastilah kita langsung
membayangkan tentang tempat belanja. Saat ini mall
bukan lagi hanya merupakan tempat belanja saja, tapi
juga merupakan tempat rekreasi. Namun pernahkah
Anda membayangkan bahwa ada mall seperti ini?



Terletak di dalam kompleks Kota Mesir yang
merupakan salah satu mall berkelas di Dubai ini
mempunyai luas bangunan ini 79.989 meter persegi.
Mall ini bertema Mesir Kuno berbentuk piramid dan
di­sertakan dengan tema ‘Wifi City Mall’.

Kompleks beli-belah 
ini dibuka pada tahun 
2001 dan mempunyai 
1,000 ruang tempat 
etak kenderaan tertutup. 
Pusat beli-belah ini 
juga dilengkapi butik
kelas atas yang menjual 
pakaian mewah seperti 
Marks & Spencer, Topshop, 
La Senza, restoran dan 
kawasan taman hiburan 
(Encounter Zone). 


Ruangan bawah tanah pula bertema Arab (Khan Murjan) dan 
spa (Cleopatra Spa).




Ketiak Berkarat


Cubalah langkah-langkah ini bagi menyelesaikan konflik diri mengenai ketiak hitam. Mengapa harus pasrah dan melihatnya sebagai satu kekurangan kerana masih ada formula lain yang mampu menghilangkan masalah ini.


gambar hiasan



Petua tradisional

Ada cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.


1. Limau + kapur sirih 

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.


2. Buah betik 

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih + beras 

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.




gambar hiasan




Saturday 18 May 2013

Tangisan dan Ketawa


Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Menangis sering dikaitkan dengan perempuan sebab perempuan je yang selalu menangis. Lelaki takkan menangis walau macam mana pun sebab lelaki menangis selalunya dianggap lemah, tak macho, lembik dan sebagainya.


Jarang rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis.

































Kisah Lawak Suami Isteri: Jangan Merokok


Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. 

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!"






Friday 17 May 2013

Mruid & Cikgu : Alasan Tak Buat Kerja Sekolah


Dulu masa kita jadi murid2, kita sama juga seperti murid2 
sekarang yang mempunyai pelbagai alasan untuk tidak buat 
kerja sekolah. Apakah kita perlu menerima alasan mereka atau
tidak..

Jika alasan nyer bersurat seperti ini......
Apa jawapan Guru.........



















Thursday 16 May 2013

PAMERAN HARTANAH BUMIPUTERA SELANGOR 2013 BERMULA HARI INI




Program ini diadakan bagi membantu pemaju perumahan mempromosikan hartanah-hartanah Bumiputera kepada pembeli yang berpotensi dan program ini juga menjadi pusat SEHENTI bagi orang awam memperoleh maklumat hartanah selaian khidmat nasihat daripada agensi kerajaan mahupun swasta bagi kediamaan yang bersesuaian di sekitar Lembah Klang.

Tarikh: 
17-19 Mei 2013


Tempat : 

LG2, Blue Concourse,Sunway Pyramid Shopping Mall


Masa : 

10.00 Pagi-9.00 Malam



Datanglah Beramai-ramai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...