Sunday 31 January 2021

BERSIFAT TERPUJI, JAUHI SIFAT KEJI

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersifat Terpuji Jauhi Sifat Keji

عَنْ الحسين بن علي بن أبي طالب عن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ مَعَالِيَ الأُمُوِر وَأَشرَافَهَا وَيَكَرهُ سَفْسَافَهَا 

Daripada Husain bin ‘Ali bin Abi Talib RA, bahawa Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak dan sifat) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak buruk) dan keji ”. (HR Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sebagai Muslim kita dituntut memiliki akhlak terpuji dan mulia.

2.  Allah mengasihi orang yang memiliki akhlak terpuji dan mulia seperti sifat rahmah dan kasih sayang, bertolong bantu, berlumba melakukan kebaikan dan lain lain.

3.  Allah benci orang yang memiliki akhlak buruk dan keji.

4.  Wajib bagi kita menjauhi akhlak buruk dan keji seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba, bermusuh dan sebagainya.

Marilah kita sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang keji, dan berusaha memperbaiki diri serta menambah dengan sifat-sifat mulia dari terpuji.

01hb Februari 2021
19hb Jamadil Akhir 1442H

Saturday 30 January 2021

UJIAN ADALAH KEBAIKAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ujian Adalah Kebaikan

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya." (HR Bukhari No: 5213)

Pengajaran:

1.  Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya. 

2.  Pelbagai ujian yang kita lalui. Ada orang diuji dengan jangkitan Covid 19, ada yang terkesan akibat Covid 19, kehilangan pekerjaan, ketidak selesaan kerana terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan dan sebagainya.

3.  Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

4.  Bersabarlah ketika kita menempuh ujian dan cobaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

“Sentiasa ujian itu menimpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” (HR. Ahmad dan At-Tirmizi) Status: Sahih 

Semoga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini dan digantikan dengan kebaikan yang lebih baik untuk kita.

31hb Januari 2021
18hb Jamadil Akhir 1442H

Thursday 28 January 2021

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perintah dan Larangan

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ 
 
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesuatu yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kepada kamu, maka hendaklah kamu lakukannya seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak bertanya dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."   (HR Bukhari No: 6777) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap muslim mestilah menjauhi semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.

2.  Setiap Muslim mestilah melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan dengan semampu yang boleh. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara’ iaitu kerana uzur atau sakit

3.  Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Dilaksanakan sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan.

4.  Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah suruhan dan larangan para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan kebinasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

5.  Larangan banyak bertanya dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah, atau pertanyaan berbentuk mempersendakan atau menghina serta masaalah yang tidak berlaku.

29hb Januari 2021
16hb Jamadil Akhir 1442H

Wednesday 27 January 2021

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa   

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tiada disisinya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tiada disisinya), nescaya malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan, kesihatan juga kesejahteraan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

28hb Januari 2021
15hb Jamadil Akhir 1442H

Monday 25 January 2021

DOA KESELAMATAN

*DO'A SELAMAT DARI MATI MENDADAK*

*CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP*

*MARI KITA BACA SEKARANG JUGA* *!*
Do'a keselamatan dari kematian mendadak. 

Di riwayat kan dari Rasululloh saw, bahwasanya Alloh swt berfirman: 
*Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,*

*Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara* *:*
*1*: Aku akan angkat kefakiran dari nya.
*2*: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.
*3*: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.
*4*: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.
*5*: Aku akan haramkan neraka atasnya.
*6*: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.
*7*: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan raja yang jahat dan dzalim.

*BERIKUT INI DO'ANYA* *:*

لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
*Laa ilaaha illalloohul jaliilul jabbaar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
*Laa ilaaha illalloohul waahidul qohhaar,*
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
*Laa ilaaha illalloohul kariimus sat taar,* 
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
*Laa ilaaha illalloohul kabiirul mutta 'aal* 
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu muslimuun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu 'aabiduun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu koonituun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu shoobiruun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
*Laa ilaaha illalloohu muhammadan rosuululloh,*
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ. 
*Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar roohimiin,*
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
*Allohumma sholli 'alaa Muhammad wa ali muhammad kamaa shollaita 'alaa ibroohiim wa ali ib'roohiim innaka hamiidum majiid,*
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ. 
*Wa baarik 'alaa muhammad wa ali muhammad kamaa barokta 'alaa ibroohiim wa ali ibroohiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.*

Kirim ke 10 orang dalam 1 jam anda telah mendapatkan pahala 10 juta sholawat pada *Baginda Muhammad SAW* dalam buku catatan amal anda dengan izin *Allah SWT*, maka sebarkanlah agar bermanfa'at bagi teman,rekan sahabat dan kerabat anda sempatkan juga komentar aamiin.....
Bagikan 5 grup karena ucapan adalah do'a 
*Wassalamu'alaikum wr.wb*...🙏

BAGIKAN SEBANYAK BANYAKNYA

Friday 22 January 2021

KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Penuntut Berilmu

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Daripada Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar." (Sunan Ibnu Majah No: 219) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

2.  Mencari ilmu dalam suasana PKP ini, walaupun tidak dapat dilakukan secara F2F, namun dengan adanya kemudahan media sosial dan teknologi, kita boleh menuntut ilmu dimana-mana dan bila-bila masa. Namun perlu menjaga adab dan disiplin.

3.  Orang yang berada di majlis ilmu termasuk secara online untuk menuntut ilmu, akan sentiasa didoakan Malaikat agar dicucuri rahmat serta didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air.

4.  Keutamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang yang ada (seorang yang berilmu itu umpama bulan yang bersinar dan menyinari cahaya, sedangkan ahli ibadah umpama cahaya daripada semua bintang-bintang).

5.  Para ulama (ilmuan) adalah pewaris para Nabi kerana para Nabi mewariskan ilmu bukan harta (harta boleh habis sedangkan ilmu sentiasa berkembang).

6.  Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi.

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut.  Gunakanlah segala kemudahan teknologi dan media sosial bagi mendapatkan ilmu bermanfaat. Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan  mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang cerdik dan bijaksana kerana sentiasa belajar untuk menjadi orang yang berilmu. 

23hb Januari 2021
10hb Jamadil Akhir 1442H

Thursday 21 January 2021

Menyempurnakan Iman dan Agama

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyempurnakan Iman dan Agama

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ

Daripada Anas bin Malik RA berkata; Nabi SAW tidak pernah berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan: "Tidak sempurna keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji." (HR Ahmad No:11935). Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Menjaga amanah adalah sebahagian daripada iman. Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menunaikan amanah.

2.  Menjadi kewajipan kepada kita menunaikan amanah kepada yang berhak. Firman Allah dalam surah an-Nisa: 58

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

3.  Orang yang tidak menyempurnakan amanah seperti amanah beribadat kepada Allah, amanah dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, amanah KPI sebagai pekerja dan lain-lain adalah orang yang memiliki sifat munafik.

4.  Tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji. Firman Allah (an-Nahl: 91)

وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّم

Dan sempurnakanlah janji dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji 

5.  Menjaga amanah dan menunaikan janji adalah ciri orang beriman yang berjaya, sebagaimana firman Allah dalam surat Al-Mukminun ayat 8:

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١ …… وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) (1) …..
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya (8)

Jadilah kita orang yang sempurna Iman dan agamanya dengan menunaikan segala amanah yang menjadi tanggungjawab serta janji.

22hb Januari 2021
09hb Jamadil Akhir 1442H

Wednesday 20 January 2021

Jauhi Sifat Zalim dan Kikir

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Sifat Zalim dan Kikir

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

Daripada Jabir bin Abdullah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Takutilah kamu akan kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan di hari Qiamat. Dan takutilah kamu akan sifat kikir, sesungguhnya sifat kikir telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, ia membawa mereka sehingga menumpahkan darah mereka dan menghalalkan kehormatan mereka.  (HR. Muslim No : 2578) Status : Hadis Sahih 

Pengajaran : 

1.  Takuti dan jauhilah perbuatan zalim kerana si pelakunya akan berada dalam kegelapan di Hari Qiamat, tanpa petunjuk dari Allah . 

2.  Kegelapan di Hari Qiamat adalah suatu seksaan yang berat kerana petunjuk dari Allah merupakan satu-satunya penyelamat kita. 

3.  Sifat (الشح) kikir diertikan perbuatan seseorang menghalang harta orang lain, manakala bakhil pula seseorang menghalang hartanya sendiri. 

4.  Sifat bakhil berlaku pada harta sahaja, manakala sifat kikir berlaku pada harta dan selain harta seperti khidmat, ketaatan dan sebagainya. 

5.  Sifat kikir merupakan salah satu perbuatan zalim dan antara penyebab berlakunya kerosakan di muka bumi.

6.  Sifat zalim dan kikir akan mendorong seseorang bersifat kejam kepada orang lain sehingga sanggup menghalalkan kehormatan serta menumpahkan darah orang lain.

21hb Januari 2021
08hb Jamadil Akhir 1442H

Monday 18 January 2021

MARI BERSELAWAT SEMUA

*Tolong viralkan seluruh grup-WA & teman2 yg diluar grup.*

_Assalamualaikum Wr. Wb._
Kpd yth.: Seluruh Saudaraku Muslimin & Muslimat,.
Kami ingin mengajak semua utk berzikir mengingat Allah SWT yg  Maha Agung, Mencintai & Menyayangi kita.
Kami ingin mengajak 500,000,000 orang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 
Dgn jutaan orang berzikir, semoga Umat Islam diselamatkan ALLAH SWT dari berbagai bencana alam & mala petaka.

Hanya baca & sebarkan kpd rekan2 yg lain. 

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

KAMAA SHALLAITA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

WABAARIK 'ALA  MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد 

KAMAA BAARAKTA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,
FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID

YA ALLAAH     يا الله
YA RAHMAAN   يا رحمن 
YA RAHIIM    يا رحيم
YA MALIK     يا ملك
YA QUDDUUS   يا قدوس

YA AZIIZ    يا عزيز
YA ALIIM    يا عليم
YA JABBAAR   يا جبار
YA GHANIYY   يا غني
YA LATHIIF   يا لطيف

YA KHABIIR    يا خبير
YA AWWAAL     يا أول
YA AAKHIR    يا آخر
YA BASHIIR   يا بصير
YA SHABUUR   يا صبور

YA SHAMAD    يا صمد
YA MUJIIBU  يا مجيب
YA WAAJIDU  يا واجد    
YA RA'UUF   يا رؤوف
YA QAADIR   يا قادر

YA WAAHID   يا واحد
YA HALIIM   يا حليم
YA HAYYU    يا حي
YA QAYYUUM  يا قيوم
YA SALAAM   يا سلام

YA JABBAAR   يا جبار
YA MUTAKABBIR يا متكبر
YA KHAALIQ   يا خالق
YA BAARI    يا بارئ
YA RAZZAAQ   يا رزاق

Kirim nama ALLAH kpd semua teman Muslim & IN SHAA ALLAH ... dlm beberapa menit nanti ramai orang bersama2 membaca keindahan nama ALLAH.

Tolong teruskan pesanan ini.
_*Anggaplah sbg sedekah Jariyah.*_
Jgn lupa utk menghantar kpd keluarga, rekan2 anda & seterusnya kpd mereka pula.

Astaghfirullah
أستغفر الله
Astaghfirullah
أستغفر الله
Astaghfirullah 
أستغفر الله

Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil.
حسبنا الله ونعم الوكيل

Selesai membacanya, kirim kpd teman lain.
Dlm beberapa menit,
berjuta orang akan membacanya.
Anda tak akan rugi apa2 pun, biarkan Doa & Zikir ini senantiasa berjalan.
*Wassalamualaikum Wr.Wb.* 🙏🙏
Semoga Allah meridhoi nya
Aamiin aamiin aamiin yra🤲🤲🤲

*Tazkirah Subuh : Tak Masuk Syurga Orang yg Sombong*

Assalaamualaikum & Selamat Sejahtera 😊

*Tazkirah Subuh : Tak Masuk Syurga Orang yg Sombong*

Sifat sombong ni, walau sebesar zarah skali pun ada dlm hati dan diri kita, itu dah cukup utk menjadi penyebab kpd kita tak masuk syurga...

Mcm mana nak tahu kita ni sombong ke tidak?

Kita sombong jika kita menolak kebenaran...maksudnya, ada org tegur kita, ada org nasihat kita, ada org perbetulkan kesilapan dan kesalahan kita dan kita xleh terima...kita tolak, kita xnak dgr, kita tetap merasakan diri kita tu xde buat salah, kita tetap betul...kita dah sombong sebenarnya bila kita xleh terima kebenaran dan xnak berubah utk buat apa yg betul...

Kita sombong jika kita meremehkan org lain...maksudnya, kita merendahkan org lain atau kita memandang rendah org lain...nampak org mintak sedekah, kita kata dia nk dpt duit mudah...nampak org miskin dan susah, kita kata dia xnak berusaha ubah kehidupan dia...nampak org pakai kereta murah, kita kata org tak mampu je pakai kereta murah...nampak org keje biasa2, kita kata dulu xnak belajar bagi pandai, byk main dlm kelas...

Kita dah sombong sebenarnya bila kita memandang rendah pd org lain atau meremehkan org lain...

- Orang yg sombong tidak pernah menyangka bahawa dirinya sombong tapi dia mempunyai ciri2 seperti yg dinyatakan...

- Ucapan orang yg sombong lebih kepada menghina, menyindir, memerli...

- Orang yg sombong hanya tahu menilai keburukan dan kesalahan org lain berbanding keburukan dan kesalahan sendiri...

- Orang yg sombong tidak sesekali akan meminta maaf kpd org lain...

- Orang yg sombong kebiasaannya bangga diri, ujub dgn dirinya sendiri..

Sunday 17 January 2021

[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Saturday 16 January 2021

Saling Mencintai Kerana Allah Akan Dinaungi Di Hari Kiamat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Saling Mencintai Kerana Allah Akan Dinaungi Di Hari Kiamat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (HR Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Saling mengasihi dan berkasih sayang antara sesama orang beriman adalah suatu tuntutan.

2.  Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah akan tergolong dalam salah satu golongan yang akan mendapat naungan di hari Kiamat.

3.  Ibnu Hajar Rahimahullah menyatakan: Dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, di mana ia berpisah dan berkumpul kerana-Nya, yaitu apabila keduanya saling mencintai kerana agama, bukan kerana yang lainnya. Cinta kerana agama ini tidak putus kerana dunia, baik dia berkumpul secara hakiki atau tidak, sampai kematian memisahkan keduanya.

4.  Seorang lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah begitu juga wanita yang menyayangi wanita lain kerana Allah, dianjurkan  oleh Rasûlullâh SAW agar kita memberitahu kepadanya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis  dengan lafaz:

إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللهِ

Sesungguhnya aku cinta kepadamu kerana Allâh 

Kemudian balaslah ucapan tersebut dengan lafaz:

أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Mudah-mudahan Allâh mencintaimu yang telah mencintaiku kerana-Nya.

Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat naungan di hari akhirat nanti dengan saling menyayangi sahabat kita semata-mata kerana Allah.

17hb Januari 2021
04hb Jamadil Akhir 1442H

Friday 15 January 2021

Bergaul Dengan Orang Soleh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bergaul Dengan Orang Soleh

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ

Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.

2. Dalam Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).

3.  Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa.

4.  Al-Khathabi menyatakan: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan  (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).

Pastikan teman karib kita orang yang soleh. Moga kesolehannya menjangkit pada kita.

16hb Januari 2021
03hb Jamadil Akhir 1442H

Thursday 14 January 2021

Tidak Tergesa-gesa Dalam Berdoa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tidak Tergesa-gesa Dalam Berdoa

عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّهُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو عُبَيْدٍ مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَكَانَ مِنْ الْقُرَّاءِ وَأَهْلِ الْفِقْهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ رَبِّي فَلَمْ يَسْتَجِبْ لِي

Daripada Ibnu Syihab bahawasanya ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abu Ubaid hamba Abdurrahman bin Auf yang mana dia termasuk dari para Qari (penghafal Quran) dan Ahli fekah, dia berkata; Aku mendengar Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang dari kalian akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa hingga mengatakan; Aku telah berdoa kepada Rabbku, namun Dia belum juga mengabulkan untukku' (HR Muslim No: 4917) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah

2.  Doa seseorang tetap akan dikabulkan oleh Allah

3.  Antara sebab doa seseorang tidak dikabulkan ialah apabila ia tergesa-gesa.

4.  Orang yang tergesa-gesa ialah yang tidak sabar doanya dikabulkan dan mudah berputus asa dan enggan berdoa kembali.

5.  Berdoalah dengan penuh keyakinan. Sabda Nabi:

أُدْعُوا اللهَ تَعَالَى وَأَنتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ, وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِن قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

“Berdoalah kepada Allah sementara kalian yakin doa kalian dikabulkan. Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan dari hati yang lalai dan lengah” (Sunan Tirmidzi No: 3479) 

15hb Januari 2021
02hb Jamadil Akhir 1442H

Tuesday 12 January 2021

MUKMIN YANG KUAT DICINTAII ALLAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Yang Kuat Lebih Dicintai Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah engkau merasa malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu musibah, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan " (HR Muslim No: 4816) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah.

2.  Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan tanggungjawabnya.

3.  Mukmin yang lemah tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak disukai Allah

4.  Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki kebaikan. Mukmin yang lemah imannya, masih tetap memiliki kebaikan dan dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat imannya tentu saja lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah.

5.  Rasulullah SAW memerintahkan agar bersemangat dan bersungguh-sungguh serta mohonlah pertolongan kepada Allah dalam melakukan perkara yang bermanfaat sama ada yang berkaitan dengan agama mahupun dunia untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.

6.  Jangan bersikap malas dan tidak bersungguh dalam melakukan perkara bermanfaat kerana ia menjadi sumber kegagalan.

7.  Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah iman.

8.  Jauhilah berkata "kalau" atau "seandainya" kerana ia akan membuka peluang hasutan syaitan.

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjadi Mukmin yang KUAT IMAN

13hb Januari 2021
29hb Jamadil Awal 1442H

Monday 11 January 2021

UCAPAN KETIKA MELIHAT SESUATU YANG DISUKAI ATAU DIBENCI

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Ketika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 

Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.

2.  Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah: 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." 

3.  Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita  mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

 "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan

Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci

12hb Januari 2021
28hb Jamadil Awal 1442H

Sunday 10 January 2021

Zikir dan Doa Yang Afdhal

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir dan Doa Yang Afdhal

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (HR Tirmizi No: 3383) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2.  Zikir yang terbaik adalah kalimah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

3.  Doa yang paling baik adalah kalimah:

الحَمْدُ لِلَّهِ

Segala pujian hanyalah untuk Allah

Kalimah Alhamdulillah adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya.

4.  Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi. 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي "  ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ  لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi saw. Bersabda: seandainya dunia dan semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa terafdhal.

11hb Januari 2021
27hb Jamadil Awal 1442H

Thursday 7 January 2021

DOA ELAK MUDARAT

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Elak Mudarat
 
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ تَضُرَّكَ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim No: 2709] Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana menghubungkan di antara hamba dan Allah SWT.

2.  Rasulullah SAW mengajarkan doa agar dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan. Antara doanya:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”

3.  Barangsiapa membaca doa ini ketika waktu petang atau malam, nescaya tidak ada yang boleh memudaratkannya sehingga esok pagi. 

08hb Januari 2021
24hb Jamadil Awal 1442H

USTAZ PENCURI

Kalau ada ustaz disini, Jangan marah, sila baca hingga  habis 

USTAZ PENCURI..🤔🤔!!!!*

Seorang ustaz diundang makan malam oleh sepasang suami isteri di rumah mereka.

Setelah Ustaz itu pergi, si isteri berkata kepada suaminya, “Wang kita hilang, saya fikir ustaz yang ambil wang RM1,000 di meja itu.”

"Padahal wang itu kita akan berikan kepadanya."

Dengan marahnya si suami berkata, "Jika begitu dia pencuri.  Jadi kita tidak perlu datang ke pengajiannya lagi!”

Dua bulan kemudian si isteri terserempak dengan ustaz itu.  Dengan terpaksa, si isteri menyapa sang ustaz.

"Assalamualaikum ustaz.  Mesti ustaz perasan yang kami sudah lama tidak hadir ke pengajian.  Sebenarnya ustaz, kami suami isteri marah pada ustaz.”

“Ketika ustaz makan malam di rumah kami, wang RM1,000 yang kami letak di meja, hilang setelah ustaz pulang. Dan ustazlah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami hari itu."

Ustaz tersenyum menjawab, “Ya benar.  Sayalah yang mengambil wang itu dan meletakkannya dalam al-Quran di rak buku rumah puan, agar tidak terkena tumpahan gulai." 

“Maafkan saya kerana tidak memberitahu puan atau suami puan. Saya fikir kalian pasti membuka al-Quran setiap hari,” jelas sang ustaz.

Wanita itu berasa amat malu dan meminta maaf kepada ustaz.

Sekembali ke rumah, dia mengambil al-Quran dan menemukan RM1,000 terselit di celah lembarannya.

Sudah dua bulan si isteri dan suami tidak membuka dan membaca al-Quran.

Selama dua bulan mereka menuduh ustaz itu mencuri wang mereka.

Sahabat... semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri itu.  Jarang membaca al-Quran, berprasangka buruk dan menghakimi orang lain yang belum tentu bersalah.

*Selamat menghayati al-Quran sepanjang hayat*
*Tiada hari tanpa membaca al-Quran*

Tuesday 5 January 2021

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.” (HR. Ibnu Majah no. 237) Status: Hadis Hasan 

Pengajaran:

1.  Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Ada diantara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. 

2.  Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. 

3.  Beruntunglah kepada orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. 

4.  Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut:

a.  Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ia sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita.

b.  Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan. 

c.  Bersungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan. 

d.  Sentiasa beribadah kepada Allah, khususnya solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan munkar.

e.  Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab.

f.  Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali atau tidak, agar kita kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat.

g.  Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan

h.  Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada yang lain. 

Berusahalah menjadikan diri kita sebagai pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan.

06hb Januari 2021
22hb Jamadil Awal 1442H

Saturday 2 January 2021

Pelihara Hak Muslim

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Hak Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya bahawa Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.  Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak Muslim yang lain antaranya:

a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi (mesti dibantu dan dipertahankan)

3.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.

4.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat

5.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

6.  Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:

a.  Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar. 

b.  Allah tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aib tersebut (diberi keampunan).” 

Sempena tahun baru 2021 ini, berusahalah menjadi orang yang memelihara hak saudara Islam kita yang lain. 

03hb Januari 2021
19hb Jamadil Awal 1442H

Doa Diberikan Hidayah Taqwa Iffa & Ghina

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Diberikan Hidayah Taqwa Iffa & Ghina

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim  No: 2721) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan ghina (tidak meminta-minta).

2.  Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3.  Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4.  Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5.  Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6.  Marilah sempena menghadapi tahun baru 2021 ini, kita perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a.  Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal. 

b.  Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c.  Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d.  Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada. 

02hb Januari 2021
18hb Jamadil Awal 1442H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...