Saturday 30 January 2021

UJIAN ADALAH KEBAIKAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ujian Adalah Kebaikan

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya." (HR Bukhari No: 5213)

Pengajaran:

1.  Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya. 

2.  Pelbagai ujian yang kita lalui. Ada orang diuji dengan jangkitan Covid 19, ada yang terkesan akibat Covid 19, kehilangan pekerjaan, ketidak selesaan kerana terpaksa mengikut SOP yang ditetapkan dan sebagainya.

3.  Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

4.  Bersabarlah ketika kita menempuh ujian dan cobaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

“Sentiasa ujian itu menimpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” (HR. Ahmad dan At-Tirmizi) Status: Sahih 

Semoga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini dan digantikan dengan kebaikan yang lebih baik untuk kita.

31hb Januari 2021
18hb Jamadil Akhir 1442H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...