Saturday 22 June 2019

APA ITU ISTIDRAJ?

APA ITU ISTIDRAJ?

HATI-HATI DENGAN JEBAKAN ISTIDRAJ - Nasihat Sahabat

Ketika Allah membiarkan kita:

1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedakah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap enteng perintah-perintah Allah.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda nunda taubat.
9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e.
10. Lupa akan kematian.
11. Gemar mencemuh dari bersyukur.
12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.


Namun Allah tetap memberikan:

1. Rezeki yang melimpah ruah.
2. Kesenangan terus menerus.
3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.
4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.
5. Tak pernah terkena musibah.
6. Hidupnya merasa aman sentosa.


Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ...

Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.


Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

“Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba...sementara dia masih bergelimang dengan maksiat...maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.”

Friday 14 June 2019

ANAK RAMAI TAPI MANDUL

Anak Ramai Tapi Mandul


Akibat Memiliki Anak yang Tidak Shalih - Ust. Oemar Mita, Lc ...


1. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang persoalan mandul. Sabda Nabi:

مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا

“Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapu anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).


2. Inilah perbezaan pertimbangan manusia dengan penilaian Allah. Rasulullah mendidik sahabat supaya memandang tinggi kepentingan mendidik anak yang soleh. Anak yang ramai belum tentu memberikan manfaat buat ibubapa terutama di akhirat. Sebab itu Rasulullah tegaskan peranan anak yang soleh. Sabda Nabi:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: مِنْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ مِنْ بَعْدِهِ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ

“Apabila meninggalnya seorang manusia itu terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Anak yang soleh yang mendoakannya, sedeqah jariah serta ilmu yang bermanfaat.”


3. Sedarkah kita bahawa istighfar seorang anak buat bapanya akan mengangkat kedudukan bapanya? Perkara ini diceritakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith:

إِنَّ اللَّهَ، عَزَّ وَجَلَّ، لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ في الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

"Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seorang hamba soleh di dalam syurga. Lalu hamba itu bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh mendapat kedudukan tinggi seperti ini? Lalu dijawab kepadanya: Melalui istighfar yang anakmu lakukan buatmu." (HR Ahmad, Ibn Majah)
Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh. 

Sehingga istighfar yang dia lakukan boleh memberikan kesan kepada ayahnya.


4. Atas dasar itu Nabi Ibrahim berdoa di dalam al-Quran agar dikurniakan anak yang soleh. Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh sehingga seorang Nabi sendiri berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Doa ini direkodkan di dalam al-Quran. Kata Nabi Ibrahim:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah daku anak-anak yang soleh (al-Saffat: 100). Marilah bersama kita amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan anak yang soleh.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi



https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
*Perkataan Raqub juga didefinasikan sebagai pasangan ibubapa yang anak-anaknya semua telah meninggal ketika pasangan ini masih hidup.

Thursday 13 June 2019

NASIHAT KEPADA PEMBULI

NASIHAT KEPADA PEMBULI



"Kawan-kawan selalu ejek saya. Dia orang panggil saya 'keling'." Adik perempuan yang berkulit hitam manis berkenaan menangis. Tak mampu lagi beliau menahan air mata.

Seorang demi seorang tampil kedepan untuk confess pengalaman menjadi manga buli kawan-kawan. Semua jenis buli, baik buli fizikal seperti tolak, tumbuk, sepak, terajang, mahupun buli berbentuk mental dan emosi.


Makin ramai yang meluahkan, hati aku makin panas. Melampau sangat budak-budak yang suka mengejek ni. Muda lagi, baru berusia 10 dan 11 tahun, tapi perangainya hanya Tuhan yang tahu. Siap kau orang nanti aku kerjakan!

Kemudian, seorang pelajar perempuan yang lain pula kedepan. Belum bercakap lagi, air mata dan mengalir.
"Saya sedih sangat. Kawan-kawan selalu ejek ayah saya yang tak ada sebelah kaki."


Aku tak tahan dah. Terus aku cakap pada semua pelajar, "kurang ajar betul! Kau yang buli dia ni rasa puas hati ke sekarang? Seronok tengok kawan menangis sebab kau?"
Tak apa. Bebel panjang last nanti. Sekarang aku bagi mangsa buli luahkan dahulu.

"Kawan-kawan ejek pekerjaan ayah saya. Ayah saya miskin, dia nelayan." Budak lelaki yang berkongsi mengalirkan air mata juga.
Niat nak bebel di akhir confession dibatalkan.
"Maaf cakap, yang ejek bapak dia ni nelayan, kau ikut perangai iblis dan syaitan ke? Kau tak ingat ke apa yang saya cakap awal tadi? Sah-sah iblis tu kena halau dari syurga sebab sombong, rasa diri lebih mulia dari Nabi Adam! Kurang ajar betul perangai!


Sekarang kau nak tiru perangai iblis ya?"
Aku hentam cukup-cukup. Aku nak budak-budak yang suka membuli ni insaf. Mereka ingat mengata kawan ni benda biasa, namun tidak bagi si mangsa. Mereka simpan benda ni bertahun-tahun.
Cikgu yang bersama dalam program ni pun terkejut dek banyaknya pelajar datang ke depan meluahkan pernah menjadi mangsa buli kawan-kawan. Tambah-tambah, yang confess ni terlihat pendiam di dalam kelas.

Bukan sekadar pelajar Melayu, semua kaum mengadu pernah dibuli kawan. Baik cina, india, bahkan pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak pun dibuli juga.


Yang paling ramai mengadu adalah, nama ayah diejek. Aku faham, hal ejek nama bapak ni dah lama. Namun, aku kira, selagi ia menyebabkan mangsa menangis dan trauma, aku perlu berbuat sesuatu.
30 minit aku peruntukkan untuk adik-adik ni datang ke depan. Hampir 20 orang yang confess. Semuanya menangis.

Habis je semua, aku terus warning budak-budak yang membuli,
"Kau dengar sini kaki-kaki buli. Selama ni ada kau peduli hati kawan yang dihina, diejek, dimaki hamun semua ni? Kau mana rasa, sebab kau tak pernah tanya.


Mak bapak mereka ni hantar anak-anak untuk belajar di sekolah. Tapi bila sampai di sini, kau hina anak mereka. Kau tahu ke ada pelajar yang sampai bunuh diri sebab kena kutuk dengan kawan?
Nak jadi seorang pembunuh?

Bro ucap terima kasih banyak-banyak pada adik-adik yang berkongsi hari ini. Terbukti kalian anak-anak yang hebat. Bukan senang nak luahkan sesuatu yang dah tersimpan lama dalam diri."
Makin lama, makin aku tinggikan suara. Tak boleh biarkan budaya sebegini wujud lagi. Aku hentam sungguh-sungguh.
Akhirnya, si pembuli tewas. Terus sahaja mereka menangis. Teresak-esak.


Aku tahu sangat siapa budaknya. Maklumlah, masa budak-budak ni menangis kat depan, dia siap cakap, "dah besar-besar pun menangis."
Grrrrrr.

"Saya nak semua yang pernah sakitkan hati kawan, hina nama bapaknya, hina namanya juga, hina pekerjaan ayah, pergi datang pada individu tersebut, minta maaf. SEKARANG!"


Mereka bangun perlahan-lahan.

Terus menghampiri pelajar yang dibulinya.
Aku dengar juga suara-suara mereka. Walau tak pandai menggunakan intonasi penyesalan, tapi tetap menyebut ucapan, "aku minta maaf."
Rakan-rakan yang dibuli pantas menjawab, "ok ok. Tak apa."

------------------------------


Tuan puan yang saya kasihi.

Maaf, post ini agak beremosi. Dan itulah emosi saya saat mendengar pengakuan anak-anak di sekolah rendah. Mereka memendam hal ini bertahun-tahun. Yang dibuli dari tadika pun ada. Tak ada siapa yang faham dan cuba memahami mereka.

Alhamdulillah, dalam program ini mereka meluahkan segalanya. Selepas habis program, seorang pelajar mesej saya di instagram,

"Thank you. I really all ways got bullied my whole life but when you came, you helped me and many other people get courage. I even kicked by a boy give times on the leg and he called me a bad name but all my other friends who were girls helped me."

Mashaallah, syukur kepada Allah.

Puan, Tuan tolonglah berbuat sesuatu kepada anak-anak. Tolonglah pesan pada mereka jangan hina pekerjaan bapak kawan, kutuk namanya, ejek nama bapaknya, rasis, mencarut dan buli berbentuk fizikal kepada kawan di sekolah.

Kalaulah tuan puan berada di tempat saya ketika saat anak-anak ini meluahkan, pasti kau orang akan menangis. Tak sangka, anak kecil seusia 10 dan 11 tahun dalam proses 'membunuh' jiwa kawan-kawan seusianya.

Lagi satu, tolong jaga tutur kata dihadapan anak-anak, jangan kau orang pun 2 kali 5. Anak tu dok tiru je apa yang kau cakap dan buat.
Jika anak-anak tuan puan bukan yang dibuli, tolong sangat-sangat bertanya khabar. Ada tak kawan-kawan ejek, ambil barang persekolahan, tarik kerusi masa nak duduk, hina fizikal dan lain-lain. Jika ada, tuan puan harus bertindak. Saya takut hal ini menjadi serius.

Buat guru-guru, jika ada anak didik kalian mengadu diejek kawan, tolonglah bantu. Janganlah cakap, alah, dia bergurau je, atau biasalah kawan-kawan atau apa sahaja jawapan yang 'membunuh' terus jiwa ini.

Paling penting, janganlah pembulian ini dilakukan oleh seorang guru terhadap anak muridnya sendiri!
Percayalah, selepas ni kalau berlaku lagi pembulian, kanak-kanak ini akan mendiamkan diri. Bayangkan, memori ini mereka simpan sampai ke besar.

Tolong sebarkan mesej ini kepada semua ibubapa di Malaysia.
Anak orang lain, anak kita juga.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,

Doakan. Dalam bas, menuju ke KL. Esok pagi program di SAM Rawang, topik buli dan seksualiti. Petangnya bersiaran secara langsung dalam bual bicara Infiniteen di TV Okey 109, jam 4 petang. Topik buli siber.

#TukangCeramahBudakSekolah
-----------------------------
Sebarang jemputan ceramah untuk pelajar sekolah rendah, menengah, IPT, ibubapa, syarikat, boleh terus hubungi saya di talian www.wasap.my/+60183554308
Jadual ceramah saya, klik bit.ly/JadualCeramahAkhiFairuz

Monday 10 June 2019

LUQMAN AL HAKIM

Assaalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."


"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:


1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...