Tuesday 17 November 2020

IMAN DAN ISTIQOMAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Iman dan Istiqamah

عَنْ أَبِي عَمْرو وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ  
 
Daripada Abu Amru atau digelar juga Abu Amrah Sufian ibn Abdullah RA  beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. (HR Muslim No: 38) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang Mukmin dituntut agar sentiasa mengambil berat soal iman, dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan iman yang didakwa itu.

2.  Istiqamah adalah berpendirian teguh atas kebenaran atau beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah sama ada dalam i’tiqad, kata-kata mahupun perbuatan.

3.  Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. 

4.  Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT meliputi sikap dedikasi, rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa menegakkan kebenaran dalam perbuatan seharian.

5.  Orang yang istiqamah menunaikan tuntutan iman akan bersama dengan malaikat. Firman Allah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ ٣٠ 

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. [Surah Fushshilat ayat:30]

18hb Nov 2020
02hb Rabiul Akhir 1442H

NASIHAT EMAS SETELAH BERUMUR 30 AN KE ATAS

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki
bagi yg sudah mencapai umur
 *30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an*

*🌴Nasihat pertama🌸*

*💠Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.*

*🌴Nasihat kedua🌸*

*💠Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.*

*🌴Nasihat ketiga🎈*

*💠Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga*.

*🌴Nasihat keempat🌸🎈*

*💠Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.*

*🌴Nasihat kelima🌸🎈*

*💠Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.*

*🌴Nasihat keenam🌸🎈*

*💠Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.*

*🌴Nasihat ketujuh🌸🎈*

*💠Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.*

*🌴Nasihat kelapan🌸🎈*

*💠Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.* 

*🌴Nasihat kesembilan🌸*

*💠Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.*

*🌴Nasihat kesepuluh🌸🎈*

*💠Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.*

*🌴Nasihat kesebelas🌸🎈*
*💠Makanlah makanan kesukaan Nabi.*
*Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. *Wasiat untuk kita semua*

.                *TERUSLAH*   
                *BERSAHABAT*
              *SAMPAI ALLAH*  
                    *BERKATA*
                 *WAKTUNYA*
                     *PULANG*

*Ketika ada kesempatan*....., 
Pergilah bersama teman-teman.
Berkumpul- kumpul, *bukan* sekadar makan, minum dan bersenang, *tetapi ingat*, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, *bangunkanlah PERSAUDARAAN*.

*Mungkin lain waktu* kita tidak akan bertemu lagi.

*Mungkin lain waktu* kita sudah semakin susah untuk berjalan.

*Umur itu seperti ais batu*, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.

Begitu juga dengan *umur kita*. 
Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan akhirnya *kembali ke hadirat ILAHI*.

*Kita akan menjadi tua*, sakit, dan meninggal.. 

*Jalani hidup ini* dengan ceria,  sabar dan santai.

*Jangan suka* mau menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.

*Jangan buang* sahabat cuma karena tak sepakat.

*Satu keburukan* teman, bukan berarti hilang *sembilan kebaikannya*.

*Perbanyaklah waktu* untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.

*Siapa tahu* mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak.

*Buanglah* jauh jauh sifat egois dan iri hati.

*Terimalah* kekurangan dan kelebihan dari sahabat.
*Bertemanlah* dengan apa adanya, bukan karena *ada apanya*.

*Nikmati* semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan. 
*Percayakan* kemampuan teman kita.

*Jaga perasaannya*, tutupi aibnya. 
*Bantu* ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.

*Tepuk tangan* dan gembira ketika dia sukses. 
*Sebut* namanya dalam doa kita.

*Bertemanlah* dengan hati yang baik dan tulus. 
Ketika *hatimu baik dan tulus*, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.

*Teruslah  bersahabat* sampai Allah berkata waktunya pulang.

🤝 *SALAM PERSAHABATAN* 🤝

Monday 16 November 2020

"Tips Menghafal Al Quran Dengan Mudah"

"Tips Menghafal Al Quran Dengan Mudah"

1 - Ulang ayat pertama sebanyak 20 kali.
2 - Ulang ayat kedua sebanyak 20 kali.
3 - Ulang ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4 - Ulang ayat keempat sebanyak 20 kali.

Kemudian.
5 -  Ulang keempat-empat ayat ini sebanyak 20 kali.

Begitulah bagi ayat Al-Quran yang selanjutnya.
Yang penting istiqamah, perlahan-lahan.
InsyaAllah.

Pantang Larang.

Jangan Tengok Secara Sengaja.

1 - Salib.
2 - Kemaluan.
3 - Najis.
4 - Aurat orang lain.

Jangan Makan.

1 - Makanan Syubhah.
2 -  Makanan yg tidak mendapat keizinan drpd tuannya. 
3 - Bahagian kepala haiwan.

Makan Lah.

1 - Madu. 
2 - Kismis.
3 - Air zam-zam.
4 - Daging.

Waktu Sedap Nak Hafal.

1 - Sebelum dan selepas Subuh.
2 - Waktu Maghrib.

Cara Menghafal.

Kalau nak hafal satu muka surat, baca banyak-banyaj kali muka surat tu afdhal lebih 15 kali lah .. Dah lancar tajwid, baru hafal satu-satu tengok maksudnya sekali dan fahamkan dan amalkan.

Pesanan.

1 - Betulkan niat .. Jangan niat kita hafal ni kononnya nak tunjuk diri kita ni hebat boleh hafal ayat Quran, niat ikhlas kerana Allah, kalau niat salah, memang sangat lembab nak hafal.

2 - Jangan tinggalkan al-Quran walaupun sehari. Nanti nak ulang balik confirm traffic jam.

3 - Kurangkan nyanyi dan lebihkan baca al-Quran.

4 - Jangan hafal dengan 'otak' tapi dengan 'hati'. Jika ayat al-Quran di otak, akan ingat-ingat lupa kerana otak banyak fikir benda lain. 

Kalau ayat al-Quran di hati, 
UnsyaAllah akan ingat sampai bila-bila kerana hati ingat sesuatu yang berharga sahaja.

Engineer boleh hafaz Quran.
Doktor boleh hafaz Quran.
Polis boleh hafaz Quran.
Askar boleh hafaz Quran.
Guru boleh hafaz Quran.
Cleaner pun boleh hafaz Quran.

Semua orang boleh hafaz jika usaha sungguh-sungguh.

Seorang ustaz pernah berpesan,

kalau kita main game berterusan,
kita boleh jadi pakar game.
Begitu juga hafaz Quran,
kalau berterusan,
kita boleh hafaz Quran dengan lancar.

Jom mula hafal Quran .. Mulakan dengan surah yang senang-senang.

Semoga Berjaya ♥️

Copypaste#
#SahabatPencintaQuran #Road2Jannah

PERTOLONGAN DAN PENJAGAAN ALLAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pertolongan dan Penjagaan Allah

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً فَقَالَ : يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ  يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ

Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, RA beliau berkata: pada suatu hari aku berada di belakang Nabi SAW, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan mendapati Dia bersamamu. Apabila engkau meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan mampu memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana keatasmu, nescaya mereka tidak akan dapat mendatangkan mudharat kepada kepadamu kecuali dengan sesuatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Telah diangkat qalam dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya). (HR Tirmizi no. 2516) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.

2.  Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.

3.  Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudarat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.

4.  Manusia tidak akan mengalami musibah kecuali berdasarkan ketetapan Allah SWT . Orang yang selalu bersyukur akan mendapat perhatian, pertolongan dan perlindungan dariapda Allah SWT.

5.  Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.

17hb Nov 2020
01hb Rabiul Akhir 1442H

Saturday 14 November 2020

BANTULAH PENIAGA KECIL

Rakan-rakan yang dikasihi

Oleh kerana Situasi Pandemik Corona, peniaga kecil mengalami kerugian besar.
Bulan yang buruk dapat mematikan perniagaan selama-lamanya.
Beli dari kedai tempatan anda yang pertama dan bukannya Lazada, Amazon, Shopee, Alibaba atau platform dalam talian yang lain.

Semua pemilik platform dalam talian seperti Jeff Bezos dari Amazon, Jack Ma dari Alibaba atau Ambani dari Jiomart dan Lain-lain mempunyai cukup wang untuk memberi makan 10 generasi mereka yang akan datang
Amazon akan bertahan,
Alibaba Akan Bertahan,
Jio Akan Bertahan,
Pizza Hut akan bertahan, McDonald akan bertahan, KFC akan bertahan.
Berikan wang anda kepada orang atau perniagaan yang benar-benar memerlukannya untuk terus hidup.

Lakukan pembelian kecil, lakukan perbelanjaan bebas, jaga ekonomi dengan membeli barang yang anda perlukan dari pekedai kecil.

Hanya membeli dari orang-orang kecil dan pekedai masyarakat yang dapat memberi mereka kekuatan untuk terus hidup dalam perniagaan mereka pada masa krisis ekonomi global ini.

Sokongan positif anda akan menghidupkan bahagian masyarakat ini dan ini akan membantu keluarga mereka.

Harap anda bersetuju dan menghantar mesej ini kepada seberapa banyak orang yang mungkin ...
Terima kasih.

Wednesday 11 November 2020

Isyarat besar hampir kiamat

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Beberapa hari ini kita digemparkan dengan tragedi pembunuhan kejam berlaku di dua tempat berbeza. Kejadian menyayat hati ini rentetan daripada peristiwa pembunuhan manusia yang sentiasa berlaku di dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada berlakunya tragedi sedemikian.

Peristiwa pembunuhan ini antara isyarat besar yang dinyatakan oleh Nabi SAW sebagai tanda hampirnya dunia ini dengan kiamat. Menghampiri kepada saat itu, semakin banyak pembunuhan berlaku membabitkan banyak pihak. Perkara ini semakin hari menjadi parah dengan tragedi sedemikian menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana. Abu Musa berkata: 'al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi.'" Hadis Riwayat Al-Bukhari. Kitab al-Fitan, hadis no. 7067

Hadis ini menjelaskan maksud al-Harj yang merujuk kepada pembunuhan yang berlaku pada masa tertentu dan di antara sebabnya adalah tersebarnya kebodohan serta hilangnya ilmu.

Dalam riwayat lain, daripada Abdullah dan Abu Musa RA, mereka berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Apabila hampirnya berlaku kiamat, akan terjadi hari-hari berlakunya kejahilan, diangkat daripadanya ilmu dan berleluasanya al-Harj. Al-Harj adalah pembunuhan." Hadis Riwayat Al-Bukhari. Kitab al-Fitan, hadis no. 6538

Dalam hadis berikutnya, daripada Abu Hurairah RA, baginda Nabi SAW bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga terzahirnya fitnah, banyaknya penipuan, pasar berdekatan, masa semakin singkat, banyaknya al-Harj. Telah berkata: Apa itu al-Harj? Baginda menjawab: Pembunuhan." Hadis Riwayat Al-Albani. Silsilati al-Shahih, hadis no. 2772

Gambaran pertama hadis ini merujuk kepada kejahilan yang jelas berlaku bermula pada penghujung pemerintahan kerajaan Uthmaniyah iaitu apabila hampir tiada yang mampu membaca dan menulis sehingga mencapai kemuncak kepada kejahilan manusia. Pada ketika itu hanya sedikit yang mendirikan solat dan hampir tiada yang boleh membaca al-Quran, sebelum umat Islam mula bangkit kembali serta ajaran Islam mula berkembang.

Gambaran pembunuhan pula merujuk kepada banyaknya pembunuhan sehingga seseorang itu akan membunuh seseorang yang lain tanpa mengetahui sebab dia membunuh dan bagi yang dibunuh juga tidak mengetahui kenapa dia dibunuh. Perkara ini merujuk kepada pembunuhan tanpa niat yang kukuh. Dalam situasi ini berkemungkinan pembunuh juga hanya berperanan sebagai tukang bunuh yang diupah dengan nilai tertentu. Situasi ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Demi zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, dunia ini tidak akan musnah sehingga manusia saling berbunuhan antara satu sama lain tanpa mengetahui apa penyebabnya. Demikian juga orang yang dibunuh, dia tidak mengetahui apa penyebab dia dibunuh." Maka mereka bertanya kepada baginda: "Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Baginda menjawab: "Itulah al-Hajr, yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama di neraka." Hadis Riwayat Al-Albani. Silsilati al-Shahih, hadis no. 2772

Pembunuhan dijelaskan ini bukan bermaksud peperangan yang terjadi antara pembela kebenaran melawan pelaku kebatilan atau memerangi orang yang memberontak terhadap pemerintah yang sah. Pembunuhan yang berlaku itu adalah disebabkan urusan dunia sama ada membabitkan harta, takhta, wanita atau perkara lain yang tidak diketahui tujuannya.

Bagaimanapun, apabila diteliti, terdapat maksud tertentu yang menyebabkan berlaku sesuatu pembunuhan. Antaranya membabitkan kepentingan daripada pihak tertentu. Situasi ini dapat dilihat dengan sejarah pembunuhan yang berlaku di seluruh dunia dengan bermotifkan perebutan harta, politik, dendam yang akhirnya nyawa menjadi pertaruhan.

Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Ibadah pada saat terjadinya al-Harj (pembunuhan) adalah seperti orang yang hijrah kepadaku." Hadis Riwayat Muslim al-Fitan, hadis no. 2948

Hadis ini menunjukkan nilai ibadah pada zaman yang banyaknya berlaku pembunuhan dengan menyamakan dengan nilai hijrah kepada Rasulullah SAW. An-Nawawi menjelaskan, maksud al-Harj adalah merujuk kepada fitnah dan urusan manusia di dunia. Oleh itu, keutamaan ibadah padanya adalah penting kerana pada zaman itu ramai manusia akan lupa kepada perkara akhirat dan sibuk kepada perkara yang membawa kepada fitnah.

Dalam al-Quran Allah SWT menyatakan dengan jelas larangan terhadap pembunuhan sesama manusia. Allah SWT berfirman maksudnya: "Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Al An'am ayat 151

Pada ayat lain, Allah SWT berfirman maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman 'qisas' (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan daripada Tuhan kamu dan suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Surah Al-Baqarah ayat 178

Dalam satu riwayat menjelaskan umat Islam adalah umat 'marhumah' iaitu umat yang diberi rahmat dan dikasihi. Mereka tidak akan diseksa dengan azab yang kekal di akhirat. Allah SWT hanya menyeksa mereka di dunia dengan pelbagai fitnah, gempa bumi dan pembunuhan.

Diriwayatkan daripada Shidqah bi Al-Muthanna: "Telah menceritakan kepada kami Rabbah bin al-Harith daripada Abu Burdah dia berkata: 'Ketika aku sedang berdiri di pasar pada masa pemerintahan Ziyad, tiba-tiba aku memukul sebelah tangan aku kerana berasa hairan, lalu salah seorang lelaki daripada kalangan Ansar yang bapanya mempunyai persahabatan dengan Rasulullah SAW bertanya, 'Apakah yang engkau hairankan wahai Abu Burdah? Aku menjawab, 'Aku hairan terhadap kaum yang agamanya satu, nabinya satu, dakwahnya satu, hujahnya satu, berperang kerana tujuan yang satu, tetapi mereka saling membunuh antara sebahagian yang lain.' Dia berkata: 'Janganlah engkau hairan kerana aku mendengar ayah aku memberitahu dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesungguhnya umatku ini adalah umat yang dikasihi. Tidak ada hisab dan azab bagi mereka di akhirat, sesungguhnya azabnya berupa pembunuhan, gempa bumi dan pelbagai fitnah di dunia.'" Hadis Riwayat al-Hakim

Oleh itu marilah sama-sama kita memohon keselamatan kepada Allah SWT dan memohon perlindungan-Nya daripada pembunuhan dan semua fitnah sama ada yang jelas atau tersembunyi.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Copypaste : Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2020 @ 7:05 AM

Tuesday 10 November 2020

KEUTAMAAN SIFAT TENANG

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Sifat Tenang 
 
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ

 
Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta. Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:
 
1.  Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.

2.  Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut (termasuk kenderaan seperti motosikal juga kereta jangan dipaksa memecut).

3.  Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.

4.  Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.

5.  Begitu juga dalam memandu kenderaan, jangan tergesa-gesa hingga membahayakan. Pandulah dengan berhemah, cermat dan berhati-hati.

11hb Nov 2020
25hb Rabiul Awal 1442H

Monday 9 November 2020

PELAJARI ILMU DI HUTAN

😎 #ILMU #HUTAN 😎

1. #Lumut #Taik #Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, InsyaAllah..tak langgar pokok.

2. #Ular #tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. #Kera /#lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. #Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. #Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. #Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. #Tanda-#tanda #kepala #air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. #Nak #masak #air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. #Binatang #besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. #Makan #makanan #yg #dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara #sebelum #jam 5 #petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila #hutan #sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

😊 Masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni.)😊

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Moga bermanfaat.

Copypaste ;
Safi KB

Sunday 8 November 2020

PENUTUPAN SEKOLAH SEHINGGA 17 DISEMBER 2020

Sidang Media Menteri Pendidikan

-Semua sekolah diseluruh negara termasuk kolej vokasional akan ditutup sehingga 17 Disember 2020.

-penggal 2021 akan bermula 20 Januari 2021 untuk untuk semua murid SEKOLAH RENDAH

-Untuk sekolah menengah pelajar TINGKATAN 1,4,5 dan Tingkatan 6 serta dari kolej vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.

-Untuk Tingkatan 2 & 3 akan memulakan sesi persekolahan pada TETAPI secara dalam talian.Akan kembali bersekolah secara BERSEMUKA pada 8 Mac 2021.

-Peperiksaan umum SPM,SVM,STAM 2020 DIPINDA kepada 22 Februari 2021.

-Peperiksaan STPM akan DIPINDA ke 8 Mac 2021

Saturday 7 November 2020

PENGHULU ISTIGHFAR

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penghulu Istighfar 

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ قَالَ حَدَّثَنِي بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ الْعَدَوِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar telah menceritakan kepada kami Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Al Husain telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Busyair bin Ka'b Al 'Adawi dia berkata; telah menceritakan kepadaku Syaddad bin Aus radliallahu 'anhu dari Nabi SAW; "Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah; kamu mengucapkan (Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu) '. Baginda bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni syurga. Jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga.' (HR Bukhari No: 5831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dan kesilapan

2.  Kita disuruh sentiasa beristighfar agar diampunkan segala dosa 

3.  Antara lafaz istighfar yang paling baik dan dipanggil penghulu istighfar:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

4.  Mukmin yang mengucapkan lafaz istighfar di atas pada waktu pagi atau petang dengan penuh keyakinan,  kemudian ia meninggal dunia, maka ia akan masuk syurga.

5.  Sebagai seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. 

08hb Nov 2020
22hb Rabiul Awal 1442H

PISANG DISEBUT DALAM AL-QURAN

*KENAPA PISANG DISEBUT DALAM AL-QURAN DAN KENAPA DI RUMAH PERLU ADA BUAH PISANG???* Baca dalam Surah Al Waqi'ah di tengah ayat yg ke 29 .Ertinya luar biasa... 

قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
 ( سورة الواقعة - 29 )
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 - dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

Ternyata pisang itu buah syurga..... 
Saya hairan knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.

Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :

*_INFO SIHAT_*

*"MANFAAT BUAH PISANG"*🍌🍌🍌

_Ini Menarik._ 
Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat *Pisang* dengan cara yang sama lagi. *Pisang* mengandung tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji *Pisang* memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua biji Pisang* akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama *90* minit. 

Tidak hairan mengapa *Pisang* adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapati dari *Pisang* tetapi *Pisang* dapat membantu kita agar tetap fit. 

Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga *Pisang* merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian. 

🍌. *Depresi :*
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan *Pisang.* Hal ini terjadi kerana *Pisang* mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.

🍌. *Bagi Penderita Diabetes :* Makanlah *Pisang* setiap hari. Karena *Vitamin B6* terkandung dalam *Pisang* akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda. 

🍌. *Bagi Penderita Anemia : Pisang* mengandung Zat Besi Tinggi, *Pisang* juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah). 

🍌. *Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi :*
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan *Pisang* untuk melakukan ujian rasmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke. 

🍌. *Menambah Kemampuan Otak :*
*200* siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini kerana memakan *Pisang* pada saat sarapan, saat istirehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka. 
Penelitian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka utk berfikir. 

🍌. *Sembelit :*
*Pisang* mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, *Pisang* dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, *Pisang* akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas *BAB* anda akan jadi semakin lancar . 

🍌. *Ubat Mabuk :*
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk _(Darat , Laut dan Udara)_ adalah dengan meminum milkshake *Pisang* ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake *Pisang* akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut  dan sistem pencernaan anda. 

🍌. *Mulas Dan Sakit Perut :*
*Pisang* memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan *Pisang* untuk mengurangi sakitnya. 

🍌. *Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) :*
Ambil *Pisang* antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari. 

🍌. *Gigitan Nyamuk :*
Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit *Pisang.* Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit *Pisang* krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit . 

🍌. *Saraf :*
 *Pisang* mengandung *Vitamin B* dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf. 
  
🍌. *Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?:* 
Kajian  Institut Psikologi di *Austria* menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti *5.000* pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.
Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.

🍌. *Usus :*
*Pisang* bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, *Pisang* akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. *Pisang* adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan *Pisang* juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus
  
🍌. *Kontrol Suhu :*
 Banyak budaya lain melihat *Pisang* sebagai buah *"Pendingin"* yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di *Thailand* misalnya, mereka akan makan *Pisang* sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin. 

🍌. *Bagi Para Perokok :* 
Buah *Pisang* dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. *Vitamin B 6, B 12* yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin. 

🍌. *Stress :*
Kandungan Kalium dalam *Pisang* adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dineutralkan (rebalanced) dengan bantuan snack *Pisang* yang tinggi Kalium. 

🍌. *Stroke :*
Menurut penelitian di _*The New England Journal of Medicine,*_ makan *Pisang* sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak *40%* ! 

🍌. *Kutil :*
Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa *Pisang* bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong *Pisang* dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!! 

Jadi ingatlah, *Pisang*  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka *Pisang* mengandung ; *Protein* empat kali ganda *Karbohidrat* dua kali , Zat *Fosfor* tiga kali *Vitamin A* dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. *Pisang* juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap *Pisang* dan makanlah *Pisang* setiap hari. 

🍌. *NB: Pisang* jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sihat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan  berkilat dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit *Pisang,* lalu gosok langsung pada kulit sepatu ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!

Sungguh² Buah yang Menakjubkan !

🍌. *Warning :* 
_Jangan simpan *Pisang* anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah *Pisang !!!*_

Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah *Pisang* ini !!!.

Friday 6 November 2020

Beristighfar dan Bertaubat Daripada Dosa

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beristighfar dan Bertaubat Daripada Dosa

أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: )وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً(

Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah  mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali." (HR Bukhari No: 6307) Status: Hadis Sahih.

 Pengajaran:
 
1.  Asal perkataan غفر  adalah  ستر bermaksud menutup atau melindungi daripada dosa. Manakala mengucapkan istighfar adalah memohon keampunan dan pembebasan daripada dosa-dosa.

2.  Walaupun Rasulullah SAW adalah insan yang maksum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda senantiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali setiap hari. Baginda beristighfar untuk mengajar manusia agar meminta ampun kepada Allah.

3.  Sebagai umat Baginda yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya kita sentiasa banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.

4.  Allah memerintahkan agar segera melakukan amal kebaikan antaranya melalui istighfar untuk mendapat keampunan. Firman Allah:

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ 

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; (Ali Imran: 133).

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

07hb Nov 2020
21hb Rabiul Awal 1442H

Thursday 5 November 2020

JADILAH PEMBERI BUKAN PEMINTA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pemberi Bukan Peminta

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ

Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.

2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.

3.  Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.

4.  Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.

5.  Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.

6.  Nabi SAW mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya :

وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم َوَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً
Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas  kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Q.S Al-Isra’ : 70).

7.  Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا  فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak (HR. Muslim (no. 1041)

8.  Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain.

Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.

06hb Nov 2020
20hb Rabiul Awal 1442H

Wednesday 4 November 2020

JUTAWAN YANG KAYA

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,
"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,
"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara: 
"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"
Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,
Rasa tersentak,
Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

# moral of the story : sedekah itu membahagiakan..

Tuesday 3 November 2020

UJIAN KEPADA HAMBANYA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Musibah Ujian Kebaikan

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya." (HR Bukhari No: 5213) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya. 

2.  Allah yang mendatangkan ujian kepada hambanya. Allah berfirman

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

3.  Bersabarlah ketika kita mendapatkan ujian dan cobaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW  bersabda,

لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

“Sentiasa ujian itu menimpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” (HR. Ahmad dan At-Tirmizi) Status: Sahih

Setiap ujian dan musibah yang menimpa kita terdapat kebaikan.

04hb Nov 2020
18hb Rabiul Awal 1442H

Sunday 1 November 2020

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:

1. Anak-anak jadi keras kepala

2. Hujan turun lebat, kejadian banjir

3. Kejahatan bermaharajalela

4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.

5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat

6. Banyak peniaga namun tiada pembeli

7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)

8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia

9. Banyak undang-undang terwujud

10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)

11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah

12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim

13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)

14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu

15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)

16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.

17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)

18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)

19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan

20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah

21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak

22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)

23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat

24. Dihentikan pedang daripada jihad

25. Memperoleh untung dunia melalui agama

26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun

27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu

28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Syriah, Iraq, Palestin dll)

29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih..

Para sahabat bertanya bagaimana nak buat?

Rasulullah SAW sebut,

"Tetaplah dalam rumah kamu."

Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri n tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.

30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.

31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, ayat 30-31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.

32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Kuliah Maghrib

Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat

(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...