Saturday 30 July 2022

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

3.  Ibn Qayyim menyatakan:

a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain

b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada bencana.

4.  Sebelum peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW telah mengislamkan beberapa orang pimpinan kaum Aus dan Khazraj dan mereka telah dipersaudarakan yang sebelum ini puluhan tahun sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain. Apabila berlaku peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan pula golongan Muhajirin dan Ansar.  

5.  Langkah strategik Rasulullah SAW mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang digeruni dan dihormati oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi.

6.  Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah ini saling berkasih sayang. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.

Sempena Maal Hijrah 1444 ini, marilah kita sempurnakan iman dengan saling berkasih sayang dan berukhuwah untuk mewujudkan Negara Malaysia yang cemerlang dan diampuni Allah. Berukhuwah dan berkasih sayang kearah Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1444.

31hb Julai  2022
02hb Muharram 1444H

Friday 29 July 2022

Niat dan Hijrah Kerana Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Niat dan Hijrah Kerana Allah

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan  tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat. 

2.  Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).

3.  Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4.  Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.

5.  Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

6.  Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

7.  Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8.  Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.

Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai. 

Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1444.

30hb Julai  2022
01hb Muharram 1444H

Thursday 28 July 2022

Hijrah Untuk Kemakmuran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hijrah Untuk Kemakmuran

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.

4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. 

Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1444

29hb Julai  2022
29hb Zulhijjah 1443H

Salam Jumaat

Salam Jumaat 

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًۭا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

So keep your duty to Allah and fear Him as much as you can; listen and obey; and spend in charity, that is better for yourselves. And whosoever is saved from his own covetousness, then they are the successful ones. 

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. 

Quran Surah At-Taghaabun (Mutual Disillusion) (64:16)

Wassalam and have a good weekend.

p.s. Please share.

Wednesday 27 July 2022

Syurga Untuk Pengunjung Masjid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Syurga Untuk Pengunjung Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (Sahih Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Orang yang sentiasa solat waktu di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.

2.Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah …. mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ 

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): …. seorang yang hatinya sentiasa terikat ke masjid. (Sahih Bukhari: 660)

3.Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam, beliau pernah berkata: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah, mendalami ilmu agama, dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli kariah. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat fardhu.

28hb Julai  2022
28hb Zulhijjah 1443H

Tuesday 26 July 2022

DEDALU MEREBAHKAN POKOK

DEDALU MEREBAHKAN POKOK
Oleh: Rais Yatim.. 

Di bawah nota ini ialah berita hari ini 25 Julai 2022.

 1. Pada 24 Julai 1988 saya sudah mula mengingatkan pihak2 berkuasa bahawa unsur yg bakal merudumkan negara ialah kemasukan pendatang haram dari Bangladesh, India dan lain2 negara. Dijawab oleh pihak atas..tak boleh sebut pendatang haram..mesti sebut pendatang tanpa izin. Kini kudis buta dah jadi pekong.

Kita dah tak tahu bagaimana nak hidup tanpa pekerja asing.

2. Pendatang haram ini paling hebat dan ramai dari Bangladesh yg masuk melalui jalan tikus di Johor, Melaka, N Sembilan dll. tempat. Mereka semacam ada jalan atas angin.

3. Masa itu dianggarkan 'manusia import' ini berjumlah sekitar 120,000. Mereka kerja di ladang, kilang, markas2 niaga dan pusat beli belah.

4. Kini pendatang Bangla melebihi anggaran 1.2 juta. Sebahagian besar mereka tak ada dlm sistem imigresen. Pasport pun takda. Di jln Cheras ada seorang Mohd Iqbal namanya..sudah berada di sini 28 tahun. Apa2 kertas perjalanan pun takda.

5. Teringat saya kisah dlm Sejarah Melayu bagaimana agen2 Feringgi dan Sepoi masuk negeri lantas dibiarkan saja oleh Orang2 berpangkat. 

6. Berita yg dikepilkan ini baru mewakili sekelumit kisah sebenar. Hakikatnya berjuta dah masuk bukan melalui jalan tikus tapi melalui lebuh raya..KLIA dan Pelabuhan2 lain. Mereka masuk khas di bawah undang2. Tapi mereka tak disusul bila nak balik ke Bangla. Ada pemimpin besar yg mengendalikan ops ini. Ramai Yg dah berkelamin dgn wanita kita juga. 

7. Ada jadam dalam senyum dan ucapan sesetengah  pemimpin,  ada racun kpd bangsa dn negara. Ada "abang Bangla" yg dah jadi Datuk Sri seraya ada mahligai besar di Kajang dn Putrajaya. Tiada pintu yg diketuknya yg tak dibuka. Setiap senyim dan salam ada ufti.

8. Semua orang tahu hal ini. Semua menteri tahu perkembangan ini. Saya sendiri dah muak memberi gesaan supaya bertindak. Tapi..kisahnya sedih. Tahu tapi tak ambil tahu. Kita sedang kembali kpd zaman Feringgi masuk Melaka.

9. Kini anak negeri tak tahu mcm mana nak masak gulai sendiri. Tak tahu tanam sayur. Kedai dobi, kedai gunting rambut diambil alih termasuk pasar borong dan pasar runcit. Mereka buat kartel. Anak negeri tengok tapi tak nampak. Tamadun kita dah hilang. Budaya gitu juga. Cuma yg nyata ialah politik memekik-memekak lantang siapa nak jadi perdana menteri. 

10.Kita dah dijajah oleh kebingungan kita sendiri. Tak ada sistem latihan anak bangsa kembali berdikari. Sistem nilai kosong. Ajaran agama dah gagal. Ditel lain  tak payah dihurai lagi.

11. Ada kawan ingatkan saya..supaya jgn cakap macam ini nanti kerja sbg Speaker lenyap. Usah gertak begitu.  Dalam sumpah jawatan takda syarat seseorang YDPertua Dewan tak boleh bersuara demi kebaikan negarabangsa. 

12. KETUA2 BERTINDAKLAH TERUS SEBELUM TERLEWAT. SELAMATKAN MALAYSIA DARI KERUMUNAN PENDATANG. 

13. JANGAN LUPA ROM JATUH LANTARAN ORANG LUAR YANG MASUK MENUASAI COLLOSEUM DAN SENATE SERTA MASYARAKAT BAWAHAN DAN PERTENGAHAN.

14. JANGAN LUPA DEDALU MAKAN POKOK.

Monday 25 July 2022

Bersyukur Atas Nikmat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersyukur Atas Nikmat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ.

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan bentuk tubuh, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.”
(HR Bukhari No: 6490). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah SWT juga memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian. Menerusi ujian tersebut Allah SWT akan menilai hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar-benar bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan.

2.Seorang yang benar-benar beriman akan memiliki hati yang sentiasa mengekalkan sifat syukur diatas segala nikmat dan rezeki yang dimiliki. Dia akan sentiasa menjauhi sifat hasad dengki terhadap nikmat yang diperoleh orang lain serta mengurangkan kerisauan hati daripada mengejar harta duniawi. Syukur dan sabar dengan ujian dan godaan duniawi seperti kemiskinan dan musibah boleh diperoleh secara memandang kepada orang lain yang lebih daif atau yang lebih rendah daripadanya.

3.Memandang kepada seseorang yang memiliki kelebihan harta dan tubuh badan akan menyebabkan bertambah keinginan atau kerunsingan yang membawa kepada kedengkian dan mengikis sifat syukur. Adapun jika memandang kepada seseorang yang kurang daripadanya, maka ia akan menjadikan seseorang itu lebih bersyukur, bertambah ketenangan dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT.

4. Seringlah memandang orang yang lebih rendah atau kurang daripada kita agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Namun dalam perkara yang berhubung dengan akhlak, ilmu dan ibadah maka lihatlah orang  yang lebih baik sebagai ikutan kita.

26hb Julai  2022
26hb Zulhijjah 1443H

Sunday 24 July 2022

Sifat Santun dan Berhati-hati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sifat Santun dan Berhati-hati

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَشَجِّ عَبْدِ الْقَيْسِ إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ

Daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai oleh Allah, iaitu, lemah lembut dan sifat berhati-hati (sabar)."
(Sunan Tirmizi No: 1934) Status: Hadis hasan Sahih 

Pengajaran:

1.Allah mencintai orang yang memiliki sifat:

a.Lemah lembut (santun)
b.Berhati-hati (sabar)

2.Menurut Said bin Ali Al-Qattani: Al-Hilm (lemah lembut) adalah sebagai penahan diri dari gejolak marah, iaitu suatu keadaan pertengahan antara 2 sifat negatif (marah dan hina). 

3.Al-Hilm (lemah lembut) itu ialah menahan diri dari sifat amarah. Seorang yang memiliki sifat hilm adalah orang yang boleh menguasai dirinya dan mengendalikan emosinya serta menjaga ketenangan jiwanya (tidak bertindak terburu-buru).

4.Seorang yang memiliki sifat al-Hilm adalah orang yang berlapang dada dan hatinya sentiasa terbuka. Ia sangat mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, malah ia akan cepat merasa dan mengakui kesilapan jika tersilap.

5.Al-Anah - Sifat Berhati-hati (sabar) adalah sifat yang tidak tergesa-gesa atau terburu-buru. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu dengan tidak terus membuat tindakan atau menghukum tanpa memikirkan kesan baik dan buruk.

Marilah kita miliki sifat al-hilm iaitu mampu menguasai diri dengan tidak terburu-buru bertindak balas. Berusaha memiliki sifat al-Anah iaitu sentiasa berhati-hati menghadapi sebarang perkara dengan tidak bertindak dengan tergesa-gesa.

25hb Julai  2022
25hb Zulhijjah 1443H

Saturday 23 July 2022

Muslim Paling Baik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Muslim Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.
(Sahih Bukhari No: 12) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Muslim yang paling baik ialah yang memberi makan kepada orang lain sama ada yang dikenali atau tidak.

2.Mengucapkan salam kepada orang Islam yang lain sama ada kita kenal atau tidak termasuk dalam kategori Muslim yang paling baik.

3.JANGAN hanya memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja!

Jadilah kita muslim paling baik dengan sering menjadi pemberi kepada orang lain sama ada dalam bentuk makanan mahupun ucapan salam tanpa mengira orang yang dikenali ataupun tidak.

23hb Julai  2022
23hb Zulhijjah 1443H

Berilah Salam Walaupun Pada Kanak-kanak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilah Salam Walaupun Pada Kanak-kanak

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى غِلْمَانٍ فَسَلَّمَ عَلَيْهِم

Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertemu dengan beberapa orang anak kecil, lalu baginda memberi salam kepada mereka. (Sahih Muslim No: 4031) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Rasulullah SAW mengajar kita berakhlak mulia walau dengan sesiapapun

2.Antara akhlak mulia ialah mengucapkan salam apabila bertemu dengan orang Islam. 

3.Rasulullah SAW memberi salam walaupun kepada kanak-kanak kecil

Ayuh miliki sifat rendah hati dan menghormati orang lain walaupun kanak-kanak kecil.

21hb Julai  2022
21hb Zulhijjah 1443H

Amalan Ke Syurga Dengan Selamat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Ke Syurga Dengan Selamat

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ  اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ  وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ  فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ  فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ  أَفْشُوْا السَّلَامَ  وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ  وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ  وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ  تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ).

Daripada ‘Abdullah bin Salâm, ia berkata: “Ketika Rasûlullâh SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasûlullâh SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasûlullâh SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.”
(Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah SAW dan apa yang baginda tuturkan. 

2.Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita.

3.Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah:

a.Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesame Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi SAW bersabda :

أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِيْ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ.

Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allâh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam.
(HR Thabarani dalam Mu’jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahâdîts ash-Shahîhah (no. 601). Status: Hadis Hasan

b.Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi SAW menyebutkan:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ …

Sedekah tidak mengurangi harta…
(Sahîh Muslim).

أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.
(Sahîh Bukhâri) 

c.Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku. 
Al-Arhâm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allâh SWT berfirman :

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ

Bertakwalah kepada Allâh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan
[an-Nisâ’: 4:1]

Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allâh Azza wa Jalla .

d.Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti ‘Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur. 

24hb Julai  2022
24hb Zulhijjah 1443H

Tuesday 19 July 2022

Pahala Ucapan Salam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Ucapan Salam

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ ثُمَّ جَلَسَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرٌ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ عِشْرُونَ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ ثَلَاثُونَ

Daripada Imran bin Hushain ia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW dan mengucapkan, "Assalamu Alaikum?" Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Nabi SAW kemudian bersabda: "Sepuluh" (ganjaran pahala). Setelah itu ada seseorang datang dan mengucapkan salam, "Assalamu Alaikum wa Rahmatullah." Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Baginda bersabda: "Dua puluh." Setelah itu ada lagi orang datang dan mengucapakan salam, "Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa barakatuh." Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Baginda bersabda: "Tiga puluh."
(Sunan  Abu Daud No: 4521) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ucapan salam adalah adab mulia seorang Muslim apabila bertemu sesama mereka. 

2.Memberi salam kepada Muslim yang lain akan mendapat ganjaran pahala 

3.Ucapan Salam adalah doakan kesejahteraan terhadap sesama Muslim. Mendoakan sesama Muslim agar sentiasa beroleh keamanan dan keselamatan amat dituntut.

4.Ucapan  السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ lebih utama dan wajar diucapkan kerana ganjarannya lebih baik (30 pahala) berbanding ucapan yang lain.

5.Ucapan salam sewajarnya disebar luaskan sesuai Islam adalah agama kedamaian, keamanan, perpaduan dan persaudaraan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.”
(Sahih Muslim No 81) Status: Hadis Sahih

20hb Julai  2022
20hb Zulhijjah 1443H

Monday 18 July 2022

SANTUNI WARGA EMAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ

*SANTUNI WARGA EMAS*

1. Jangan ditegur kalau orang lanjut usia, bertanya berulangkali. Biarkanlah kalau dia sentiasa mengulang cerita yang sama.

2. Semalam dia sudah beritahu, hari ini dia bercakap lagi. Petang cerita benda yang sama yang dicerita sebelah pagi.

3. Wahai anak muda!  Perkara ini akan kita lalui juga kemudian hari. Jangan angkuh dengan ingatan yang kuat. Itu adalah anugerah Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

4. Layanlah sebaik mungkin, kalau jemu mendengar, angguklah sahaja, tidak usah bercakap kalau malas membuka mulut. 

5. Mungkin satu hari nanti kita masih mahu mendengar cerita berulang tetapi dia telah tiada. Santunilah warga emas di sekeliling kita.

Jadikan Kejujuran Sebagai Tabiat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadikan Kejujuran Sebagai Tabiat
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas'ud) RA daripada Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur hingga dia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan menghantarkan pada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan menggiringi ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta."
(HR Bukhari No: 6094) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam adalah agama yang menuntut kepada setiap Muslim supaya sentiasa jujur dan menjauhi kedustaan dalam setiap perkara sama ada perkataan, perbuatan mahupun pekerjaan.

2.  Seorang Muslim yang sentiasa jujur dari segi percakapan, perbuatan,  akhlak, dan pekerjaan, ia akhirnya akan menjadi kebiasaan dalam amalannya. Kebiasaan yang jujur dan baik dalam amalannya menyebabkan ia dikenali oleh orang ramai sebagai orang yang jujur dan benar. Kebiasaan yang baik ini  akan mendekatkannya kepada syurga. 

3.  Seorang yang sentiasa berdusta, berbohong mahupun menyampaikan berita palsu, perbuatan tersebut akan mendorongnya kepada kejahatan. Jika berterusan, perbuatan itu akan menjadi tabiat kebiasaan kepadanya. Perbuatan itu merupakan dosa yang akan  menjadi penyebab dia dimasukkan ke neraka.

4.  Setiap Muslim hendaklah sentiasa jujur dan benar dalam setiap pertuturan,  penulisan dan perbuatan. Ucapkanlah perkataan yang betul, penulisan yang benar dan boleh mendatangkan kebaikan kerana ia akan menarik rahmat dan keampunan Allah SWT serta akan menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang benar. Ingatlah bahawa seseorang yang benar, sama sekali tidak pernah berdusta. Hindari berdusta kerana ia akan menghapuskan kebenaran.

Biasakan diri dengan sifat jujur dan benar dalam pertuturan, penulisan dan perbuatan sehingga kita akan dikenali sebagai orang yang jujur dan benar.

19hb Julai  2022
19hb Zulhijjah 1443H

Sunday 17 July 2022

Jangan Tinggalkan Qiamullail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Tinggalkan Qiamullail

عَنْ يَزِيدَ بْنِ خُمَيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي قَيْسٍ يَقُولُ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا لَا تَدَعْ قِيَامَ اللَّيْلِ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَدَعُهُ وَكَانَ إِذَا مَرِضَ أَوْ كَسِلَ صَلَّى قَاعِدًا

Daripada Yazid bin Khumair dia berkata; saya mendengar Abdullah bin Abu Qais berkata; Aisyah RA berkata; "Janganlah kamu meninggalkan solat malam (Qiamullail), kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya, bahkan apabila baginda sedang sakit atau kepayahan, baginda solat dengan duduk."
(HR Abu Daud No: 1307) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara sunnah Rasulullah SAW ialah melaksanakan qiamullail.

2.  Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan qiamullail walaupun dalam keadaan sakit atau kepayahan (lemah juga malas).

3.  Lakukanlah solat sunat di malam hari walaupun dalam keadaan duduk.

Ayuh contohi Rasulullah SAW dalam ibadat Qiamullail.

18hb Julai  2022
18hb Zulhijjah 1443H

Saturday 16 July 2022

Bersedekah Satu Pintu Menuju Ke Syurga

*Bersedekah.* 

1. *Sedekah* adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah Subhanahu wa ta ala,

2. *Sedekah* ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. *Sedekah* akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

4. *Sedekah* mampu memadamkan kemurkaan Allah Subhanahu wa ta ala dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah *sedekah* dan Allah Subhanahu wa ta ala akan sentiasa memanjangkan pahala dari *sedekah* tersebut,

6. *Sedekah* mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. *Sedekah* adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah Subhanahu wa ta ala,

8. *Sedekah* boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. *Sedekah* mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. *Sedekah* adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah Subhanahu wa ta ala dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi *sedekah* ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu wa ta ala, 

12. Orang yang memberi *sedekah* dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah Subhanahu wa ta ala In Syaa Allah, 

13. Orang yang memberi *sedekah* adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi *sedekah* adalah perbuatan yang mulia,

15. *Sedekah* mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah Subhanahu wa ta ala In Syaa Allah,

16. *Sedekah* mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

*17. Sedekah* mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. *Sedekah* adalah obat,

*19. Sedekah* mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &

20. *Sedekah* ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

Yang terakhir sekali.....

_*Sedekah* yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..._

karena itu hanya dengan cara men-share tulisan ini kita akan mendapat bagian pahala *sedekah*,
Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk ber- *sedekah*...

Mari share sebanyak-banyaknya kpd grup keluarga, sanak famili, teman kerja, teman sekolah, tetangga dll...

*Semoga bermanfaat...🤲🤲🤲*

Friday 15 July 2022

Miliki Sifat Zuhud

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Miliki Sifat Zuhud

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ الَى النَّبِيِّ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَمَ فَقَالَ: يَا رَسولَ الله دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ اَحَبَنِيَ اللهُ وَ اَحَبَنِيَ النَّاسُ فَقَالَ: ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ وَ ازْهَدْ فِي مَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ حَدِيثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه وَ غَيْرُهُ بِأَسَانِيدَ حَسَنَةٍ

Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.”
(HR Ibn Majah no. 4102) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Suatu sifat penting yang wajib ada pada diri setiap mukmin ialah sifat zuhud.

2.Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.

3.Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. Bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.

4.Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn ‘Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

5.Sesiapa yang memiliki sifat zuhud, nescaya Allah akan menyintainya.

16hb Julai  2022
16hb Zulhijjah 1443H

Thursday 14 July 2022

Benih Yang Menghasilkan Pahala

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Benih Yang Menghasilkan Pahala

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ إِنْسَانٌ أَوْ طَيْرٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةٌ

Daripada Anas, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang menanam tanaman atau menabur benih lalu (hasilnya) dimakan oleh manusia, burung atau binatang ternak melainkan hal tersebut menjadi sedekah baginya."
(HR Tirmizi No: 1303)Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Apa sahaja amal kebaikan yang dilakukan oleh seorang Muslim akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah

2.Muslim yang menanam pokok yang hasilnya di makan oleh orang lain atau oleh binatang akan tetap mendatangkan pahala kepada penanamnya

3.Ibn Battal ketika menjelaskan hadis di atas: “Ini menunjukkan bahawa sedekah untuk semua jenis haiwan dan makhluk bernyawa di dalamnya terdapat pahala”.
(Syarh Ibn Battal)

4.Apa sahaja sumbangan yang ditinggalkan seorang muslim dan memberi manfaat kepada orang lain termasuk kepada orang bukan Islam juga binatang, ia akan menjadi sedekah buatnya

JOM sumbangkan suatu kebaikan untuk menjadi fixed deposit ganjaran pahala kita yang berterusan hingga  ke  akhirat kelak.

15hb Julai  2022
15hb Zulhijjah 1443H

Wednesday 13 July 2022

Kejujuran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kejujuran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اشْتَرَى رَجُلٌ مِنْ رَجُلٍ عَقَارًا لَهُ فَوَجَدَ الرَّجُلُ الَّذِي اشْتَرَى الْعَقَارَ فِي عَقَارِهِ جَرَّةً فِيهَا ذَهَبٌ ، فَقَالَ لَهُ : الَّذِي اشْتَرَى الْعَقَارَ خُذْ ذَهَبَكَ مِنِّي إِنَّمَا اشْتَرَيْتُ مِنْكَ الْأَرْضَ وَلَمْ أَبْتَعْ مِنْكَ الذَّهَبَ ، وَقَالَ : الَّذِي لَهُ الْأَرْضُ إِنَّمَا بِعْتُكَ الْأَرْضَ وَمَا فِيهَا فَتَحَاكَمَا إِلَى رَجُلٍ ، فَقَالَ : الَّذِي تَحَاكَمَا إِلَيْهِ أَلَكُمَا وَلَدٌ ، قَالَ : أَحَدُهُمَا لِي غُلَامٌ ، وَقَالَ : الْآخَرُ لِي جَارِيَةٌ ، قَالَ : أَنْكِحُوا الْغُلَامَ الْجَارِيَةَ وَأَنْفِقُوا عَلَى أَنْفُسِهِمَا مِنْهُ وَتَصَدَّقَا "

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ada seorang lelaki membeli daripada seorang lelaki yang lain sebidang tanah yang ada rumah. Lelaki si pembeli itu kemudiannya terjumpa di dalam rumah tersebut sebuah bejana yang mengandungi emas. Dia lalu berkata kepada lelaki yang menjual tanah tersebut, "Engkau ambillah emasmu ini. Aku hanya membeli daripadamu sebidang tanah ini, bukan aku membeli emas daripadamu." Si lelaki penjual pula berkata, "Aku sudah menjual kepadamu tanah ini berserta segala apa yang ada di dalamnya sekali." Mereka berdua lantas bertemu seorang lelaki yang lain untuk dihakimi. Lelaki yang diminta menjadi hakim ini lalu bertanya, "Adakah kamu berdua mempunyai anak?" Salah seorang lelaki itu berkata, "Aku ada anak lelaki". Lelaki kedua pula berkata, "Aku ada anak perempuan." Lelaki yang menjadi hakim itu berkata, "Kahwinkahlah anak-anak kamu itu, dan infaqkanlah emas ini kepada mereka, di samping bersedekahlah juga." (HR Muslim No: 3246) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Pentingnya kejujuran di dalam menuntut hak. Orang yang jujur tidak akan rugi kerana sifat jujur membawa keberkatan.

2. Seorang hakim yang baik perlu bijak membuat keputusan penghakiman. Di dalam kisah ini, si hakim bukan hanya melihat bagaimana memutuskan emas tersebut menjadi hak siapa, tetapi beliau memikirkan bagaimana kes tersebut dapat diselesaikan dengan menghasilkan kebaikan serta kesejahteraan kepada kedua-dua pihak.

3. Dalam memberi pandangan atau nasihat, berusahalah seberapa boleh untuk membantu mengukuhkan persaudaraan, lebih daripada menentukan hak seseorang ke atas yang lain.

4.Orang yang beriman perlu sentiasa bersifat: lebih takut terambil hak orang lain daripada menuntut hak sendiri.

14hb Julai  2022
14hb Zulhijjah 1443H

Tuesday 12 July 2022

Gambaran Orang Sombong Di akhirat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Gambaran Orang Sombong Di akhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya dari nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal."
(HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٤ 

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
(al-Baqarah: 34)

2.Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”.
(HR Muslim)

3.Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4.Orang sombong akan  diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5.Orang yang sombong akan  diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

6.Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT:

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang”.
(al-Israa’: 37)

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah memperlekeh atau merendahkan mereka.

13hb Julai  2022
13hb Zulhijjah 1443H

Monday 11 July 2022

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."
(HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.

2.Perbuatan zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri, meninggalkan solat, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah.

3.Allah tidak suka kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk 

4.Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.

5.Orang yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim. 

Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil.

12hb Julai  2022
12hb Zulhijjah 1443H

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL


📍JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak. 


📍JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.


📍JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.


📍JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas. 

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). 

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.


📍Tips tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!  


Baarakallah

Semoga memberi manfaat

.

Kredit kepada Chef Mawi

Art Of Butchery Inovasi Evolusi

BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY

.

Butchery Gear and Proper Equipments

Sunday 10 July 2022

Tempoh Makan Daging Korban

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tempoh Makan Daging Korban 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه

Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.'
(HR Bukhari)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan 

2.Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.”
(HR Tirmidzi)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

11hb Julai  2022
11hb Zulhijjah 1443H

Friday 8 July 2022

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin."
(HR Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa.  

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib. 

5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna. 

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

9hb Julai  2022
9hb Zulhijjah 1443H

Thursday 7 July 2022

Hari Arafah

Hari Arafah

Bukan hari untuk mengemas rumah, pergi shopping, tidur atau menyibukkan dengan media sosial.

Ia adalah hari agung dan mulia. Bahkan Allah menyebut Ahli Arafah adalah penduduk langit.
Hari pembebasan dari api neraka.
Hari ketaatan,
Hari mujahadah dengan ibadah,
Dan waktu yang paling agung untuk berdoa adalah hari arafah.

Berusahalah memenuhi hari itu dengan ketaatan atau taqarrub pada Allah.  Seandainya saja kamu memiliki satu permata dunia, pasti kamu akan tergoda dan tergila2.
Apatah lagi jika kamu memiliki satu hari paling baik di dunia? 

Jika lailatul Qadar tidak diketahui waktunya, sedangkan hari Arafah diketahui pasti ia ada. 

Jika pada malam lailatul Qadar malaikat turun, sedangkan hari Arafah Allah langsung yang turun.

Maka, manfaatkan sebaik2 kesempatan dan berusahalah semaksima yang kalian boleh dengan jadual istimewa pada hari Arafah. Kirimkan pada orang yang kalian sayangi, karena ia hanya sehari dalam setahun
1. Tidur lebih cepat agar boleh maksima beribadah esok harinya
2. Bangun sebelum subuh untuk sahur dengan niat puasa arafah
3. Solat 2/4 rakaat , mintalah kebaikan dunia akhirat dalam sujud, perbanyak tahmid berharap Allah menyampaikan kita pada hari turunnya rahmat dan ampunan Allah SWT
4. Perbanyak istighfar sebelum shubuh sampai Allah menetapkan kita dalam golongan yg bertaubat di waktu sahur. 
5. Bersiap berwudhu 5 minit sebelum azan subuh. Resapi dan rasakan dosamu berguguran bersamaan dengan aliran air wudhu.
6. Berdoa setelah berwudhu
7. Solat subuh kemudian berdiam dirilah di masjid sampai waktu syuruq sekitar 15 minit
8. Mulailah membaca takbir setelah salam
9. Bacalah Al-Quran, perbanyak tasbih,  tahmid,  tahlil dan jangan lupa dzikir pagi
10. Solat Syuruq 2 rakaat agar mendapat pahala haji dan umrah bersama Rasul.  Jangan  sampai ketinggalan
11. Kamu boleh memilih tidak tidur sama sekali pada hari Arafah agar tidak terlewat sedetikpun kecuali dipenuhi dengan ibadah dan zikir, dan yakinlah Allah akan mengabulkannya. 
12. Atau kamu boleh tidur dengan niat supaya boleh kuat beribadah. 
13. Kemudian bangunlah, berwudhu , dan solat dhuha minima 4 rakaat dan sertai dengan ibadah lainnya. Takbir,  dzikir, tilawah dan perbanyak baca "La ilaha illallah wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syaiin qodir"
14. Solat zuhur, bertakbirlah, bertasbihlah dan baca Al-Quran
15. Dengarkanlah khutbah arafah dengan segenap jiwa, insyaallah tahun ini akan menjadi lebih luar biasa.. HAJI AKBAR.
16. Solat asar , takbir dan baca dzikir 
17. Bacalah Al-Quran sebelum magrib kira2 sejam, lalu mulailah berdoa dengan khusyu'.  Sampaikanlah apa hajatmu pada Allah. Sertakan juga doa untuk saudara muslim seluruh dunia. 
18. Berdoalah pada Allah agar matahari tidak terbit kecuali kita tercatat sebagai hamba yg terbebas dari api neraka. 
19. Semoga Allah memberikan kita taufiq untuk beramal solih dan kita berdoa agar diterima segala amalan kita. 

Jangan lupa mengingatkan keluarga dan orang tersayang.  
Semoga Allah jadikan kita sebagai orang yang diterima amalannya dan dibebaskan dari api neraka. 
Jangan lupa salawat pada Nabi SAW

_Diterjemahkan oleh @izzah_rifdah_

Wednesday 6 July 2022

Puasa Sunat Arafah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah.
(Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun.
(Musnad Ahmad No: 21568) 

4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa. 

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya.
(HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Sabtu ini 9hb Julai 2022 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.

7hb Julai  2022
7hb Zulhijjah 1443H

Tuesday 5 July 2022

Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ  وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ  آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah).
(HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih

Pengajaran:

1.Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar). 

2.Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah. 

3.Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. 

4.Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad.

Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya sehingga solat sunat hari raya Eidul Adha).

6hb Julai  2022
6hb Zulhijjah 1443H

Sunday 3 July 2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beramal Soleh  

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal."
(HR Ahmad No: 11595) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Allah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh.

2.  Seseorang Muslim itu menjadi baik apabila Allah menggerakkannya untuk melakukan amal soleh.

3. Allah memberikan taufik kepada Muslim yang baik untuk ia melakukan amal soleh sehinggalah ia meninggal dunia.

4.Taufik adalah restu Allah berupa terwujudnya amal-amal baik.

Dalam Kitab Jauharah Tauhid : Taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

5.Taufiq tidak akan diberikan Allah melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA

Berusaha bersungguh-sungguh di 10 awal bulan Zulhijjah ini dengan amal soleh dan berdoalah agar kita sentiasa diberi taufik untuk istiqamah dengan amal soleh hingga akhir hayat kita.

04hb Julai  2022
04hb Zulhijjah 1443H

Friday 1 July 2022

Tahukah Anda? Masjidil Haram Mekah

🇹‌🇦‌🇭‌🇺‌🇰‌🇦‌🇭‌   🇦‌🇳‌🇩‌🇦‌
*_Masjidil Haram Mekah mendahului senarai bangunan termahal di Bumi yang dibina dengan kos $100 Billion._*

*Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi kapasiti:* 

🕋 Boleh memuatkan dua(2) juta orang
🕋 Menerima dua puluh (20) juta pelawat setiap tahun
🕋 Dibuka dua puluh empat (24) jam.Ia tidak pernah ditutup sepenuhnya dalam lebih 1400 tahun
🕋 Mempunyai 1800 pembersih. Mempunyai 40 buah kereta pembersih sanitari elektrik. 
🕋 Mempunyai 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan halaman terbuka. 
🕋 Mempunyai 2000 tong sanitari tersebar di seluruh premis
🕋 Lantai ditutup dengan 40000 permaidani (lebih panjang daripada jarak antara Jeddah dan Makkah (79km)

🕋 13000 tandas, dibersihkan empat (4) kali/6 jam setiap hari.
🕋 25000 dispenser air (salah satu sistem pendispensan air terbesar di dunia).
🕋 100 sampel rawak air minuman diperiksa setiap hari.
🕋 Lebihan air dari Telaga Zamzam disimpan dalam tangki simpanan berkapasiti 1,700,000 (1.7 juta), botol air (kapasiti 10 liter).
🕋 Perkhidmatan bacaan HARAMAIN: penyiaran bacaan al-Quran;  24/7;  bacaan menggunakan kesemua sepuluh (10) kaedah bacaan al-Quran yang diiktiraf;  lebih daripada 500,000 (setengah juta) episod di 180 negara telah dijalankan dalam tempoh tiga (3) tahun.
🕋 Lebih daripada 2,000 peti deposit keselamatan (untuk menyimpan barang peribadi dengan selamat).
🕋 Beratus-ratus unit penghawa dingin (untuk penyejukan) bertaburan di dalam Masjid.
🕋 Lantai Masjid memantulkan cahaya dan haba sekali gus meningkatkan peraturan haba di dalam premis.
🕋 Aplikasi panduan Lawatan Elektronik yang boleh menunjukkan lokasi mana-mana bahagian Masjid.
🕋 Sistem audio yang terperinci dan sangat cekap:
🕋 Sistem bunyi di Masjidil Haram adalah salah satu sistem bunyi terbesar dan paling rumit di dunia,
     Margin ralat sistem audio: 0%,
     6000 pembesar suara
     Empat(4) sistem audio yang berbeza
     Lima puluh (50) kakitangan kejuruteraan bunyi.
🕋 Salinan al-Quran diterjemahkan ke dalam 65 bahasa yang berbeza
🕋 Terjemahan setiap khutbah Jumaat ke dalam lima (5) bahasa yang berbeza.

🕋 Perkhidmatan/kemudahan OKU.

🕋 10,000 kerusi roda biasa tersedia untuk digunakan, percuma, 400 kerusi roda berpandukan elektronik tersediia. Kerusi roda automatik (2 roda dan 3 roda).

*🕋 Khidmat Istimewa RAMADAN*

🕋 4 juta hidangan percuma untuk berbuka puasa setiap hari, sepanjang Ramadan.
🕋 5,000,000 biji kurma (dibuang biji) diedarkan di dalam kawasan masjid setiap hari sepanjang Ramadan.
🕋 Selepas berbuka puasa, mengeluarkan makanan dan peralatan untuk membersihkan tempat solat Maghrib (Shalah) dilakukan dalam masa dua (2) minit sahaja.

 *سبحان الله*

Taqarub Kepada Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Taqarub Kepada Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Daripada Abu Hurairah RA berkata, "Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: "Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap Ku. Aku bersama-sama mereka apabila mereka mengingati Ku. Apabila mereka mengingati Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila mereka mengingati-Ku dalam perkumpulan mereka, maka Aku mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Demi sekiranya mereka mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa.  Sekiranya mereka mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam keadaan berlari (segera)."
(HR Bukhari No: 6856) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah bersikap seperti sikap hamba terhadapNya. Jika seseorang mengingati Allah dalam dirinya, berzikir dalam hatinya, dan menganggap Allah sentiasa mengingatinya sama ada ketika dia bersendiri atau bersama orang lain, nescaya Allah akan sentiasa mengingati hambaNya.

2.  Seseorang yang memuji Allah dengan bersyukur, sentiasa berdoa, bertaubat dan menjaga keimanan di khalayak ramai, pasti Allah akan mengingati dan memujinya di khalayak yang lebih baik dan utama.

3.  Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat dan amal solehnya dengan jarak sejengkal atau sehasta, Allah akan mendekatinya lebih dekat daripada itu. Jika seorang hamba itu mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah akan mendatanginya lebih cepat daripada itu.

4.  Setiap amalan seseorang yang baik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah akan menggandakan balasan baik kepadanya. Tambah lagi jika dilakukan pada 10 pertama Zulhijjah ini.

فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ ١٥٢ 

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) –Ku”.
(Al-Baqarah: 152)

Pastikan kita sentiasa taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikrullah dan ibadat kepadaNya.

02hb Julai  2022
02hb Zulhijjah 1443H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...