Friday 21 September 2018

AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS

Berkata Abdul Malik bin Umair:

*"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca *Al-Quran*,  maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*JADIKAN ALQURAN TEMAN D DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHERAT*

Aamiin.....

🌻🌹🌻.....🙏

Wednesday 19 September 2018

12 PERKARA SUNAT DIBUAT PADA HARI ASYURA’ (10 MUHARRAM)


*1.Sembahyang Sunat*

-Barang siapa sembahyang sunat 4 rakaat pada 10 Muharram,Tiap2 rakaat selepas Fatihah baca surah Al-Ikhlas 15kali
>Diampun dosanya 50 tahun dahulu & 50 tahun akan datang

*2.Puasa*
-Barang siapa puasa pada 10 muharram
>Diberikan dia pahala 10,000 haji & umrah

*3.Sedekah*
-Barang siapa bersedekah pada hari Asyura’
>seperti ia bersedekah setahun

*4.Mandi*
-Barang siapa mandi pada 10 muharram (niat mandi hari asyura’)
>sihat badan pada tahun itu

*5.Ziarah Orang Alim*
-Barang siapa ziarah orang alim pada 10 muharram supaya mendengar atau belajar daripada suatu masalah pada agama dan perkara2 yang member manfaat pada akhirat.
>diberi pahalanya seperti pahala Mujahirin & Ansar.

*6.Menyapu Kepala Anak Yatim*
-Barang siapa yang hendak hatinya dilembutkan dalam menerima kebenaran dan 1 hajatnya ditunaikan Allah S.W.T
>Sapulah kepala anak yatim dengan perasaan kasihan kemudian sedekahkan padanya wang & makanan.

*7.Melebihkan Belanja Keatas Diri & Ahli Keluarga*
-Barang siapa yang meluaskan belanja keatas isi rumahnya pada 10 muharram
>Diluaskan Allah atasnya pada tahun itu.

*8.Memotong Kuku*
-Sunat membersihkan diri pada 10 muharram seperti memotong kuku.

*9.Bercelak Mata*
-Barang siapa bercelak  mata pada 10 muharram.
>maka sihat matanya.

*10.Membaca Surah Al-Ikhlas 1000X*
-Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas 1000X pada hari Asyura’
>Allah akan menilik kepadanya & barang siapa yang ditilik kepadanya tidak akan disiksa.

*11.Menghubungkan Silaturrahim*
-Memanjangkan umur

*12.Ziarah Orang Sakit*
-Barang siapa ziarah orang sakit pada hari Asyura’
>Maka seolah-olah ia menziarah akan sekalian anak Adam

#Besarnya fadhilat yang Allah berikan pada *10 Muharram (ASYURA’)*

Sebarkan kepada rakan-rakan kelebihan hari *Asyura’*
Malam ini *19/09/2018* selepas azan maghrib kita akan berada di *10Muharram*.

~~~~~Hamba yg menyampaikan~~~~

Monday 17 September 2018

JAGA HATI KITA

Bacalah perlahan-lahan hingga akhir...

Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia di dalam hatimu.                              

Jika suatu hari kau pernah merasa rugi akan sesuatu yang tidak pernah kau sangka, maka sesungguhnya Allah suatu hari akan memberimu rezeki yang tidak pernah kau kira akan memilikinya.


Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, karena Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan".


Kehidupan bertanya kepada kematian (maut):
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
maka maut menjawab: "Karena kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan".


Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang bisa membuat kita masuk syurga?
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita?
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!


Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus.

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik.


Ketika kau meyakini bahwa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesungguhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung yaitu berprasangka baik kepada Allah.


Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu... dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum... namun tersenyumlah sehingga kau bahagia... mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu... oleh karena itu tenanglah sebab engkau selalu berada dlm pengawasan Allah yang Maha Menjaga... dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu... aku serahkan segala urusanku kepada Allah.


Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......karena rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......niscaya dia akan sampai kepadamu..


Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk menshare petuah ini...
Jangan lah lupa utk dibarengi dg niat baik...
Semoga dengan niat baik itu Allah SWT memberikan kelancaran dalam segala urusan kita...
Keberkahan dalam rezeki kita...
Dijaga dari segala mara bahaya...
Diluaskan rezeki kita...
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu dari segala aliran dan ajaran yang menyimpang...
Dan ditutup umur kita semua dlm keadaan husnul khotimah...


Hadiah untuk saudaraku yang kucinta...
Berbagilah akan petuah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.

Ku Sangka Orang Gila

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..


Sebarkan....
Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani

Penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata mata tapi dari mental..fizikal dan pemikiran ...PUNCA SAKIT

Seorang *Profesor Muslim di Jepun* melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa ;

1. Ternyata masalah *appendiks* bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. *Darah tinggi* bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. *Kolesterol* bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. *Asthma* bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. *Diabetes* bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. *Penyakit liver* (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. *Penyakit jantung* bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman ALLAH
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31

*Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.*

SILA SHARE DAN SEBARKAN

A good read for self-reflection.*

Saturday 15 September 2018

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit

BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLSc..BACA..       

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"     

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."         

Pesakit: "Wah, apa dia?"  

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.        

          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    

Pesakit: "Hm. Apa dia?"     

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... 

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      

Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "   

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.        

✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?       

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ...

🍒  Ingatan utk saya & semua YANG.....

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Yang tak forwad itu -kedekut.....

Tuesday 11 September 2018

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN


Cantik Tazkirah Sempena tahun baru ni.....

JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH

Kita, khidupan kita  dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.


7x 1= 7
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.

7x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.

7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.


Ingat!! Berapa ramai pula yg tk lps byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, byk juga yg umurnya ditangga ke 3.


■ Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

■ Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah. 

■ Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat ....

SALAM 2 MUHARRAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Pagi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

ٍ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan, berikanlah kami kemampuan, kuatkanlah iman kami. Ya ALLAH, kuatkanlah agama kami...

Ya ALLAH, sekiranya kami keluar daripada landasan-MU, berikanlah kami petunjuk-MU yang lurus dan yang hak...

Ya ALLAH,  kami akan menjadi insan mukmin yang soleh dan dekatkanlah hati kami kepada-MU...

Ya ALLAH Ya Tuhan kami, berikanlah nur cahaya atas setiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya atas setiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya atas penglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Ya ALLAH, tabahkanlah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Ya ALLAH sesungguhnya hanya kepada-MU kami berserah diri.

Ya ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami untuk kembali ke sisi-MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertakwa kepada-MU...

Ya ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada-MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keredaan-MU, hanya ENGKAU yang menilai semua perbuatan kami.

أمين ياالله، أمين يارحمن، أمين يا رحيم، آمين يارب العالمين.
_________________________

_Kelmarin berlalu memahat lipatan sejarah, suka duka tawa luka mengiringi setiap langkah, muhasabahlah diri secara istiqamah, insya-Allah terukirlah sejahtera untuk esok yang penuh rahmah dan barakah..._

*Berlalulah 1439 Hijrah!*

Monday 3 September 2018

SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI...?

SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI...?


Mengapa rezeki selalu lambat? - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri.

Menyakiti dan disakiti itu Dosa..!
Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.
Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa.

Maka kedua-duanya rezeki tersekat.
Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..?
Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan.

Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang..

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak. Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati.
Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan hidup anak kesusahan.
Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung dosa. Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan..?

Tidak ada kan..?
BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, dosa antara manusia, ALLAH tak campur. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tanggunglah kamu akibatnya perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan hisab. Tapi kita..? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.


Yang mana2 terbuku marah di dalam hati
- Ibu bapa
- Anak
- Suami
- Isteri
- Adik beradik
- Jiran
- Kawan
- Guru
- Saudara
Dan seluruh manusia.


Lepaskanlah sekarang..
Bebaskanlah hati.
Jangan ditambah lagi dosa diri.
Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul dosa.
Jangan ambil alih tugas ALLAH mengadili, menghukum kesalahan manusia.
Kita tidak layak buat kerja Allah.

Kerja kita, beribadah dan ikut perintah DIA.
Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan..?
Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar.
Dan keajaiban terbesar..

REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN..!



Untuk ingatan diri sendiri..
Saya minta maaf pada semua dan tolong maafkan saya
Saya juga maafkan anda semua

Saturday 1 September 2018

SOLAT ITU ADALAH?

MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI. SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH_

*SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT*

                 SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...💖

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...