Tuesday 30 July 2013

Monday 29 July 2013

'Tetap haram walau tak peraga baju mandi'

Penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun mereka tidak memperagakan baju mandi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Majlis Fatwa tak sebut soal baju, dia kata pertandingan ratu cantik tak dibenarkan, ia bukan soal baju," kata Jamil Khir kepada pemberita tengahari tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013 yang mahu peserta Islam dibenarkan bertanding kerana mereka tidak akan memperagakan baju mandi.


sumber penuh : http://www.malaysiakini.com 


Tuesday 23 July 2013

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

TEMPAT: D' PULAU TIBANG, ULU SLIM, SLIM RIVER, PERAK

     
    TARIKH :  
     26-28 OGOS 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     28-30 OKTOBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     18-20 NOVEMBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     16-18 DISEMBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 

Harga berkumpulan (4 orang ke atas) : RM1490 sahaja
Harga normal : RM1690 seorang   


KEPERLUAN ASAS PESERTA

Setiap peserta dikehendaki membawa pakaian persalinan, pakaian ibadah/sejadah, tuala mandi, berus gigi, sabun mandi, selipar/kasut untuk riadah, peralatan kemasan diri, pakaian mandi, lampu suluh, tabard - pelindung agas, ubat/penyembur nyamuk dan peralatan keselamatan peribadi.

PROFIL PENCERAMAH

1.  En. Abdul Karim Abdul Jalil mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan empat roda (4X4). Beliau terlibat secara aktif di dalam beberapa pertandingan pacuan empat roda dan telah menyertai program seperti Petronas Adventure Team (PAT), International Rainforest Challenge, Tropical Challenge, East Cost Monsoon Challenge dan lain-lain lagi. 

2.   En. Badrul Hisham Shahbudin mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan  empat roda (4X4).  Beliau terlibat secara aktif di dalam pertandingan International Rainforest Challenge dan pernah mengendalikan kursus asas dan lanjutan pemanduan pacuan empat roda untuk sektor awam dan swasta.  

Bersama-sama ini dilampirkan program tentatif dan borang penyertaan untuk rujukan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Cik Alia atau Puan Kesuma di talian 03-8063 2750/ 012-674 3407 / 016-665 0571 atau email: training@dmssb.com.my



u/p : apapun sila hubungi nama di atas.
  

Kuala Besut: Proses membuang undi bermula hari ini


JERTIH: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) mula menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) yang baru. 


Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 16,534 pengundi di Kuala Besut termasuk 55 peratus adalah pengundi muda.

Sabtu lalu, seramai 1,148 pengundi terdiri daripada anggota tentera udara, pegawai dan isteri mereka, turut membuang undi pada 20 Julai lalu di Pangkalan Udara Gong Kedak. Peratus keluar mengundi ketika itu ialah 80 peratus. 
SPR menjangkakan peratus keluar mengundi hari ini ialah lebih 75 peratus.

Pada PRK ini, calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bekas jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran akan membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut manakala pencabarnya, Endot @ Azlan Yusof dari Pas, lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuag undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu. 

PRK terbabit perlu dilaksanakan berikutan kematian Ahli Dewam Undangan Negeri, Dr A.Rahman Mokhtar mewakili BN akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. 


sumber penuh :bharian

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik


Peserta Islam nekad tanding ratu cantik
Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.


4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 


“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 

Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.
Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.


Monday 22 July 2013

Basikal Kadbod


Photo courtesy of Cardboard Technologies

Apabila peminat basikal, Izhar Gafni mula-mula mendengar bot yang diperbuat daripada kadbod maka keluarlah idea tersebut. Setelah lima tahun kemudian, kini usahawan berusia 50 tahun bersedia untuk menghasilkan karya eko beliau iaitu basikal kalis air dan api dan beliau berharap untuk menjual dengan $ 20 sesaham. Basikal yang dibuat daripada kadbod kitar semula, kereta kitar semula, tayar getah dan lain-lain bahan-bahan mentah organik dan juga bahan tanpa mengandungi bahagian yang diperbuat daripada logam.

Kenderaan yang super ‘kuat’ boleh tahan sehingga 24 kali berat badan sendiri  (£ 20), menjadikannya penyelesaian pengangkutan yang sempurna untuk bandar-bandar sesak 
di Barat.

Terdapa syarikat pada masa kini mengumpul wang menggunakan Indiegogo untuk memulakan pengeluaran pada tiga model yang berbeza termasuk kerusi roda kadbod. Ia juga mempunyai program duta inovatif, menggalakkan peminat media sosial untuk menyebarkan berita dan mengumpul "Wheel Green" bagi membolehkan mereka menukar kepada basikal dan lain-lain barang berfaedah.

Cardboard Technologies suka untuk mengatakan bahawa kadbod sememangnya boleh menjadi produk “hijau baru”.


[Source: Cardboard Technologies and Reuters]

Ganjaran Puasa Ramadhan















Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh
kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda.

Allah Azza Wajalla berkata:

Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang 
membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya 
kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua 
kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan 
semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang 
yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah 
daripada bau Musk.





Friday 19 July 2013

Madrid Paling Bernilai $US3.3 bilion


REAL Madrid muncul kelab paling bernilai sekali gus menewaskan 10 kelab gergasi lain termasuk Manchester United.Menerusi laporan dipetik majalah Forbes, Madrid memiliki nilai tertinggi berjumlah  $US3.3 bilion (RM10.5 bilion) walaupun sekadar menghuni tangga kedua pada saingan La Liga dan Copa del Rey, musim lalu.


“Dengan jumlah keuntungan meningkat sehingga 62 peratus sejak tiga tahun lalu dan jalinan kerjasama dengan Adidas dan Syarikat Penerbangan Emirates, Madrid bakal mengaut pendapatan sehingga $80 juta (RM254 juta) setahun,” katanya.

Berada di kedudukan kedua adalah United yang memiliki pendapatan mencecah $US3.17 bilion (RM10 bilion) dikuti Barcelona dengan (8.3 bilion) dan Arsenal di kedudukan ke-10 dengan $1.3 bilion (RM4.1 bilion).

Sementara pasukan besbol New York Yankes (RM7.3 bilion) di tangga keempat diikuti Dallas Cowboys (RM6.7 bilion), sukan ragbi New England Patriots (RM5.2 bilion), Los Angeles Dodgers (RM5.1 bilion), Washington Redskins (RM5.09 bilion) dan New York Giants (RM4.7 bilion).

Wednesday 17 July 2013

Pengertian Solat Sunat Witir Selepas Tarawih




Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari. Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Cumanya, solat sunat witir ini dilakukan dengan rakaat yg ganjil 1, 3, 5, 7, 9, 11 dan seterusnya. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Bila dah dikatakan sunat,maka ianya bukanlah wajib.. jadi, tak mesti la kena buat solat Witir selepas solat tarawih.. cuma, Shalat sunnah Witir adalah shalat sunnah muakkadah (sangat ditekankan), berdasarkan hadits Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Nabi s.a.w. tak pernah meninggalkan solat Witir ini kerana ianya sangat disukai oleh Allah s.w.t.

"Shalat Witir adalah hak atas setiap Muslim. Barangsiapa yang ingin berwitir 
dengan lima raka’at, maka lakukanlah; barangsiapa yang ingin berwitir dengan tiga raka’at, maka lakukanlah; dan barangsiapa yang ingin berwitir dengan satu raka’at, maka lakukanlah.”

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
"Wahai Ahlul Qur'an, shalat Witirlah kalian karena sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla itu witir (Maha Esa) dan mencintai orang-orang yang melakukan shalat Witir.” 

Hukum Orang Yang Terus Menerus Meninggalkan Shalat Witir
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah berkata, “Shalat Witir adalah sunnah muakkadah, berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin. Barangsiapa yang terus-menerus meninggalkannya, maka persaksiannya ditolak (tidak diterima).”


Beliau rahimahullaah pernah ditanya tentang orang yang tidak menekuni (biasa meninggalkan) shalat-shalat sunnah rawatib. Maka beliau menjawab.
“Barangsiapa terus-menerus meninggalkannya, maka hal itu menunjukkan sedikitnya (pemahaman) agamanya, dan persaksiannya ditolak (tidak diterima), berdasarkan pendapat Imam Ahmad dan Imam asy-Syafi’i dan selain keduanya”.



Thursday 11 July 2013

Datuk Bandar Termuda Berusia 4 Tahun

Datuk Bandar termuda AS
Tufts ketika ditemui di Dorset, Minnesota. - Foto AP
Dorset: Datuk Bandar Dorset, sebuah pekan kecil di Minnesota ialah Robert Bobby Tufts yang baru berusia 4 tahun dan menjawat jawatan itu pada umur 3 tahun.

Pekan yang mempunyai 28 penduduk akan memilih Datuk Bandar tidak lama lagi dan Tufts yang belum bersekolah mahu memperbaharui mandatnya sekali lagi. 

Dorset yang menggelar dirinya sebagai Ibu kota restoran dunia, tidak mempunyai satu pentadbiran rasmi atau majlis perbandaran. 


Pilih setiap tahun

Pada 4 Ogos setiap tahun, penduduknya akan memilih pemegang jawatan itu ketika Pesta Selera Dorset berlangsung.

Sesiapapun boleh mengundi sebanyak mana sekalipun di mana-mana peti undi di kedai seluruh pekan itu tetapi satu undi dikenakan AS$1 (RM3).

Ketika berjalan di sekitar bandar, ramai yang menyambut Tufts dengan panggilan Datuk Bandar, sambil menyampaikan kad kempennya. 
Saya amat gembira jika dapat menjadi Datuk Bandar anda seperti mana cinta saya kepada Sophie, kata kad itu, merujuk kepada nama teman wanitanya.

Dia bagus. Banyak publisiti diberi kepada pekan ini. Saya fikir, dia bekerja dengan baik, kata ibu Tufts, Emma, 34.

Sambut pelancong

Tugas Tufts ialah menyambut pelancong yang datang ke Dorset yang terletak di utara Minnesota dan terkenal dengan pokok pain dan tasik.

Industri utamanya adalah sebagai pusat peranginan dan pelancongan manakala restoran yang ada daripada selera Mexico hingga Itali boleh dikunjungi di lebuh raya yang melalui pekan berkenaan.

Dia budak yang comel dan itulah pandangan ramai orang di sini termasuk saya, kata Sheriff Hubbard County, Cory Aukes.

Anda pun tahu, berapa ramai kanak-kanak sepertinya dengan personaliti bagus dan berani mampu berdepan penuh yakin dengan kamera? Jadi, ini sesuatu yang bagus bagi kami, katanya lagi. 
AP





Ramadhan Penuh Kerahmatan

Wednesday 10 July 2013

Arsenal Akan Tingkatkan Tawaran Kepada 35juta Buat Pemain Liverpool, Suarez

Luis Suarez
Setelah usahanya untuk membawa penyerang Liverpool Luis Suarez ditolak dengan bidaan £ 30juta , pengurus Arsenal, Arsene Wenger bersedia untuk membentangkan tawaran £ 35juta, ternyata membuat pemain Uruguay tersebut adalah pemain keutamaan dalam pemindahan tersebut, laporan Metro. 

Suarez, yang baru-baru ini mengakui beliau telah berbesar hati dengan minat yang dibuat oleh Gunners ' ke atas dirinya dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Eropah.

Berikutan Gonzalo Higuain baru sahaja selesai melalui pemindahan ke Arsenal. Wenger juga turut bersedia untuk membuat perbelanjaan besar ke atas penyerang Liverpool itu dan beliau masih dianggap salah satu pemain terbaik di dunia. Ini akan menjadi pemain tambahan yang sempurna kepada skuad Arsenal setelah menjaringkan 30 kali dalam 44 penampilan musim lalu.

Walau bagaimanapun, pengurus baru Real Madrid  iaitu Carlo Ancelotti, baru sahaja kehilangan Higuain penyerang Argentina pada musim panas ini. Pada masa yang sama, Real Madrid juga berminat dalam membida pemain penyerang Liverpool tersebut dan mungkin akan merampas bidaan dengan tawaran sebanyak 39.5 juta pound. 


sumber :http://arsenalnews.co/

PUASA : Keadaan Lapar Rasulullah SAW

Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, 
Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: 

"Aku pernah datang kepada Rasulullah S.A.W 
ketika dia sedang bersembahyang duduk, 
maka aku pun bertanya kepadanya: 
Ya Rasulullah! 
Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, 
apakah engkau SAKIT? 

Jawab Beliau: 

Aku LAPAR, wahai Abu Hurairah! 
Mendengar jawapan beliau itu, 
aku terus MENANGIS sedih 
melihatkan keadaan beliau itu. 
Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, 

lalu berkata: 

Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, 
kerana BERATnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa 
orang yang hidupnya LAPAR DI DUNIA jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia." (Kanzul Ummal 4:41)


PESANAN BUAT KITA SEMUA

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. 

Kemudian beliau bersabda: 
Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.' 

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalela lah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420). 




Tuesday 9 July 2013

Panduan Menunaikan Solat Terawih

Pengenalan
Waktu solat Tarawih di lakukan  selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan 2 rakaat, pada tiap-tiap 1 kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

1.  Niat solat Tarawih:

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
  • Setelah selesai melakukan solat fardu Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.



F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

G.   SOLAT SUNAT WITIR
  • Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru :
  • Disambut jama’ah dengan lafaz;
Cara Melaksanakan 2 Rakaat Pertama
  • Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
  • Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
Selawat Selingan
  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat
Jama’ah menyambut dengan ucapan;
Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir
  • Jamaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir
  • Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
Berdoa Qunut
  • Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.
Berdoa
  • Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa :
  • Boleh dibaca doa-doa berikut:
Peringatan :-
  • Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.

  • Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

  • Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat  solat sunat  tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.


p/s ; semoga amalan yang diamalkan diterima oleh-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...