Friday 19 July 2013

Madrid Paling Bernilai $US3.3 bilion


REAL Madrid muncul kelab paling bernilai sekali gus menewaskan 10 kelab gergasi lain termasuk Manchester United.Menerusi laporan dipetik majalah Forbes, Madrid memiliki nilai tertinggi berjumlah  $US3.3 bilion (RM10.5 bilion) walaupun sekadar menghuni tangga kedua pada saingan La Liga dan Copa del Rey, musim lalu.


“Dengan jumlah keuntungan meningkat sehingga 62 peratus sejak tiga tahun lalu dan jalinan kerjasama dengan Adidas dan Syarikat Penerbangan Emirates, Madrid bakal mengaut pendapatan sehingga $80 juta (RM254 juta) setahun,” katanya.

Berada di kedudukan kedua adalah United yang memiliki pendapatan mencecah $US3.17 bilion (RM10 bilion) dikuti Barcelona dengan (8.3 bilion) dan Arsenal di kedudukan ke-10 dengan $1.3 bilion (RM4.1 bilion).

Sementara pasukan besbol New York Yankes (RM7.3 bilion) di tangga keempat diikuti Dallas Cowboys (RM6.7 bilion), sukan ragbi New England Patriots (RM5.2 bilion), Los Angeles Dodgers (RM5.1 bilion), Washington Redskins (RM5.09 bilion) dan New York Giants (RM4.7 bilion).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...