Tuesday 30 January 2018

SOLAT GERHANA BULAN

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa fenomena GERHANA BULAN PENUH (100%) akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, (14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H ) bersamaan 31 Januari 2018. Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 9:33 malam. 
                 

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :  

Rakaat Pertama 

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)

3. Membaca doa Iftitah

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Kafirun

6. Ruku'

7. I'ktidal

8. Membaca surah al-Fatihah

9. Membaca surah al-Ikhlas

10. Ruku'

11. Iktidal

12. Sujud

13. Duduk antara dua sujud

14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :

15. Membaca surah al-Fatihah

16. Membaca surah al-Falaq

17. Ruku'

18. Iktidal

19. Membaca surah al-Fatihah

20. Membaca surah an-Nas 

21. Ruku'

22. Iktidal

23. Sujud

24. Duduk antara dua sujud

25.Sujud kedua

26. Duduk tahiyat akhir

27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Memperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan 
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH :

Detik - detik Gerhana Bulan penuh :

7:50 Petang       :       Bulan mula memasuki bayang gelap bumi

8:22 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 50%

8:53 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 100%

9:33 Malam        :        Kemuncak gerhana bulan penuh

10:28 Malam      :        Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi

11:10 Malam      :        Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.

Sunday 28 January 2018

L ; KOMPOM GAJAHHH..!!


Di dalam kelas Tahun 1

Cikgu Suraya : Murid-murid, sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf G?

Anuar : Gajah 

Cikgu Suraya : Bagus Anuar !!! Sekarang sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf D?

Anuar : Dua gajah..!! 

Cikgu Suraya : Anuar, jangan main-main ..!! Berdiri atas kerusi..!! Murid-murid lain ada jawapan?

Semua murid senyap tak tahu jawapan...

Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M?

Murid-murid semua senyap.. Tiba-tiba....

Anuar : Mungkin gajah...

Cikgu Suraya : Anuar..., main-main lagi? Pergi berdiri di luar kelas !!


Murid-murid lain diam tak tahu jawapan...

Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf J?

Semua murid masih diam tak tahu jawapan..

Tiba-tiba ada suara dari luar kelas...

Anuar : Jangan jangan gajah...

Cikgu Suraya bertambah marah   lalu menyuruh Amran menutup pintu kelas..

Cikgu Suraya  : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf A?


Murid-murid masih juga diam..

Dengan cepat Anuar menjawab dari luar tingkap..

Anuar : Anak gajah..

Sekali lagi Cikgu Suraya menyuruh Amran menutup tingkap..

Selang beberapa minit suara Anuar tidak lagi kedengaran...
Cikgu Suraya  menyuruh Amran keluar mencari Anuar.. Tetapi tiada..

Cikgu Suraya : Tak apa murid-murid.. Biarkan Anuar...

Cikgu Suraya bertanya lagi soalan pada murid-muridnya...

Cikgu Suraya : Sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf K?


Semua murid masih juga diam...

Tiba-tiba kedengaran suara Anuar dari  pembesar suara.....

Anuar : Kompom gajahhh 

Jangan ketawa fren.. Sambungan cerita gajah..

Cikgu Suraya : Anuarrrrr...., masuk kelas sekarang!!!

Anuar : Tadi suruh keluar, sekarang suruh masuk pulak.

Cikgu Suraya: Oleh kerana kamu pandai sangat, Cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?

Anuar : Ada Cikgu... Kain pelikat "Gajah Duduk", Cikgu.

Cikgu Suraya  : Anuarrr....!! Tak habis lagi dengan gajah kamu ni? Ok lah..., kalau kamu pandai sangat. Kenapa kain pelikat tu nama dia "Gajah Duduk"?

Anuar: Sebab kalau salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar...

Cikgu Suraya : Anuoorrrrrrr..!!!  

Saturday 27 January 2018

Seorang Guru membuat garis sepanjang 100cm

Seorang Guru membuat garis sepanjang 100cm di papan tulis, lalu berkata :
“Anak2, cuba pendekkan garisan ini!”

Anak pertama maju ke depan,
dia padamkan 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm.

Anak ke 2 melakukan hal yang sama,
sekarang garisannya tinggal 60 cm.

Anak ke 3 & ke 4 pun maju ke depan melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm.

Terakhir,

seorang anak yang bijak maju ke depan. Dia tidak memadam garisan yang sudah tinggal 20 cm, tetapi membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dari garisan yang asal...

Guru itu menepuk bahunya. "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, kita tidak perlu memadamkan sebahagiannya, cukup dengan membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan asal akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya."

*Moral of the story*... Untuk menjadi yang terbaik tidak perlu *menjatuhkan, menyingkirkan, mengaibkan atau memperlekehkan* pihak lain.

Cukup lakukan sesuatu yang *lebih baik* secara konsisten.

Biarkan *waktu yang akan membuktikan* kebaikan kita.

*"Orang lain yang memang sudah baik akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap pekat."*

*Majulah tanpa menyingkirkan...*

*Naiklah tanpa menjatuhkan...*

*Jadilah baik tanpa harus memperlekehkan*..

*Jadilah benar tanpa harus menyalahkan...*

*Jadilah orng yg berjaya tanpa byk alasan...*

*Jadilah orng yg mukmin tanpa bersikap burok terhadap orng lain*

*Hidup ini suatu perjuangan, maka berjuanglah ke arah kebaikan, demi kejayaan di dunia dan di akhirat...*

🌹🌹🌹🌹🌹🌿❤💪👌

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami."
[Al-Mu'minuun, ayat 17]

1.  MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

      Laa ilaaha illallaahu wahdahu
      laa syariikalah.

      Lahul Mulku
      Wa lahul Hamdu
      Wa huwa 'alaa
      Kulli syai'in Qodiir

2.  MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

      Subhaanallahi wabihamdihi
      'adada kholqihi
      wa Ridho nafsihi
      wa zinata 'arsyihi
      wa midada kalimaatih.

3.  MAHKOTA DOA....

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

     Rabbanaa aatinaa fid dun ya hasanah
     Wa fil aakhirati hasanah
     Wa qinaa 'adzaaban naar

4.  MAHKOTA / PENGHULU ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

     Allaahumma Anta
     Rabbi Laa ilaaha illaa Anta
     Kholaqtani wa anaa a'bduKa
     Wa ana 'alaa 'ahdiKa
     Wa wa'diKa mas tato'tu
     Aa'uudzu biKa min
     Syarri maa sona'tu
     Abuu  u laKa bini'matiKa 'alayya
     Wa abuu'uu bidzanbiy Faghfirliy
     Fainnahu laa yaghfiruz dzunuu
     ba illaa Anta....

5.  MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

     Bismillaahil lazii
     laa yadhurru
     ma'asmihii syai'un fil ardhi
     walaa fis samaa'i
     wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6.  MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

      Laa ilaaha illaa Anta
      SubhaanaKa innii
      Kuntu minadz dzoolimiin

7.   MAHKOTA PENENANG HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

      Laa haula walaa
      quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim

8. MAHKOTA SELAWAT

Selawat Ibrahimiyah

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu atau kesemua Mahkota-Mahkota tersebut ....Allah mengangkat segala cubaan dan dugaan,  menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA....
Aamiin.... Ya Rabb...

Kongsikan amalan doa ini seikhlas mungkin  dengan niat baik agar lebih ramai lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala....

Wallahu 'alam🌹🕋😊👍🏻

PENAMA BUKAN PEMILIK

*FAKTA KES*
〰Ali meninggal dunia & tinggalkn seorang Isteri, seorang Anak Lelaki & 2 org anak perempuan.
.
〰Ali dilindungi insuran hayat bernilai RM200,000 (Isteri sbg penama)
.
〰Caruman KWSP serta dividennya RM400,000 (Anak Lelaki sbg penama)
.
〰Simpanan Tabung Haji melalui potongan gaji bulanan RM100,000. (Anak Lelaki sbg penama)
.
〽Pihak Insuran telah membayar pampasan RM200,000 terus ke akaun RHB Bank milik Isteri Ali.
.
〽KWSP & Tabung Haji masukkan RM500,000 ke dlm akaun Bank Islam milik Anak Lelaki Ali.
.
♦Isteri & Anak Lelaki Ali sgt teruja apabila akaun bank mereka berubah menjadi 6 digit (ratusan ribu). Sesuatu yg tidak pernah berlaku dlm hidup selama ini.
.
♦Isteri & Anak Lelaki Ali tidak menjalankan amanah sbg Penama kpd sumber² tsebut dgn tidak mengagihkan mengikut prinsip pengurusan pusaka.
.
♦RM200,000 yg masuk ke RHB Isteri Ali bukannya miliknya seorang, haknya hanyalah RM25,000 sahaja. Baki RM175,000 adalah hak anak²nya.
.
♦RM500,000 yg masuk ke Bank Islam Anak Lelaki Ali juga bukan miliknya seorang, haknya hanyalah RM218,750. Baki RM281,250 adalah milik ibu & 2 org adik perempuannya.
.
♦ Isteri & Anak Lelaki Ali telah menafikan hak 2 org anak perempuan Ali.
.
♦Isu *MAKAN HARTA BATIL* berlaku antara anak & ibu, Abang & adik. Sedangkn sesama darah daging terdekat pun berlaku, apatah lagi saudara yg lebih jauh.
.
🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰
Masih ramai yang terkeliru dengan terma ‘Penama’ pada simpanan KWSP, Tabung Haji, Insurans/Takaful, Unit Trust & juga lain². Penama diperlukan bagi memastikan simpanan atau pelaburan dpt dicairkan dgn segera tanpa perlu melalui prosuder pusaka yg merumitkan.
.
Dlm erti kata lain, penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta simati sama ada berbentuk pampasan takaful/insurans, simpanan KWSP & Tabung Haji. Penama btanggungjawab mengagihkan harta² tsebut kepada waris simati mengikut hukum syarak.
.
Setiap penama perlu diingatkn ttg peranannya bagi mengelak drp termakan harta yg bukan haknya. Jgn seperti 'kera kena belacan' pula apabila melihat akaun banknya tercatat RM yg menjangkau sehingga 7 digit. Ketika itu pasti kdengaran bisikan syaitan ke arah kemungkaran.
.
☝🏻Pastikan anda merancang untuk mengelak Waris anda daripada 'rosak' dengan harta peninggalan anda sendiri.
.
Silakan share ..

*copypaste*

Tuesday 23 January 2018

TAUBAT ; MALAIKAT RAHMAN DAN MALAIKAT AZAB

Setiap yang bergelar manusia pasti pernah melakukan kesilapan dan adalah menjadi tugas kita supaya selalu bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Bercerita tentang taubat ini, terdapat sebuah kisah mengenai seorang lelaki daripada kalangan umat terdahulu yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh sembilan) orang manusia.*_

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabiyullah SAW bersabda:

_“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh Sembilan) orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (ulama/pendeta). Dia pun berjumpa rahib (agamawan) tersebut._

Dia memberitahu:

“Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”

Rahib tersebut menjawab:

_“Tidak!”_

Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.

Namun niatnya ingin bertaubat tetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim pada zaman itu.

Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata:

_“Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”_

Orang alim tersebut menjawab:

“Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”

“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.”

sambung orang alim itu lagi.

Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.

Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.

Malaikat Rahmat berkata:

“Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”_

Manakala Malaikat Azab pula berkata:

“Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”

Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.

Malaikat itu berkata,

“Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”_

_*Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, beerti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.” *_

(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
.

Sunday 21 January 2018

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

*Assalaamualaikum semua..*🌼🌼🌼

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

🌐✏ *KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*

👳📝Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

👳📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

👳📝Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

👳📝Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

👳📝Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

👳📝Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5⃣✏Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

🔟✏Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

1⃣4⃣✏Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

👳💌Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.

Friday 19 January 2018

APA DIMAKSUDKAN REZEKI

Dulu  Saya  Fikir  Solat  Dhuha Dan Membaca Zikir Itu Pembuka Pintu Rezeki, Dan Dulu Juga Saya  Fikir

Rezeki Itu  Berupa Wang, Gaji Yg Besar, Banyak Order, Banyak Job, Urusan Kerja Lancar, Banyak Tabungan Di Bank, Punya Banyak Asset

Seperti : Kenderaan, Properti Disana-Sini, Dll

Maksudnya: Harta Benda

Setelah Mencari  Apa Makna Rezeki Sebenar Dalam Islam (Sesuai Yg Tertera Dalam  Al Quran Dan  Hadis Ternyata Anggapan Saya Benar2 Salah Dan Melencung Jauh.

Ternyata.....
🍁 Langkah Kaki Yg Dimudahkan Untuk Hadir Ke Majlis Ilmu, Itu Adalah  Rezki.

🍁 Langkah Kaki Yg Dimudahkan Untuk  Solat  Berjemaah Di Masjid, Adalah  Rezki.

🍁 Hati Yg Allah Jaga Jauh Dari Iri, Dengki, Dan Kebencian, Adalah  Rezki.

🍁  Punyai  Kawan2 & Sahabat Yang  Soleh & Soleha Yang Saling Mengingatkan Dalam Kebaikan, Itu Juga  Rezki.

🍁  Saat Keadaan Sulit Penuh Keterbatasan, Itu Juga  Rezki. Mungkin Jika Dalam Keadaan Sebaliknya, Justru Membuat Kita Kufur, Sombong, Angkuh Bahkan Lupa Diri & Mudah Trdorong Melakukan Maksiat.

🍁  Punya Orang Tua Yang Sakit2an, Ternyata Itu Adalah  Rezki, Karena Merupakan Ladang Amal Pembuka Pintu Surga Bila Kita Tulus  Ikhlas Menjaga & Mengurus Kedua Orng Tua Kita.

🍁 Tubuh Yang  Sihat, Adalah  Rezki. Bahkan Saat Diuji Dengan Sakit, Itu Juga Bentuk   Rezki, Kerana Sakit Adalah Penghapus/Penggugur Dosa Jika Kita Redho Dan Sabar.

🍁 Dan...Dan...Dan Mungkin Ada Lagi Jutaan List Lainnya Bentuk2  Rezki Yang Kita Tidak  Sedari Dan Tak Terfikirkan.....

Suami Istri Dan Anak2  Sihat Itu  Rezki, Anak-Anak Pelajaran Nya  Lancar Itu  Rezki, Hidup  Rukun  Sesama  Jiran Tetangga Itu Rezki... Bahkan Bila Anda Mendapat Kiriman/Pesanan Tausiah Keagamaan Yg Mengajak Kebajikan Dari Group Whatsapp Itu Juga  Rezki, Kerana  Anda Mendapatkan Ilmu Darinya...

Justru Apa Yang Harus Kita  Berwaspada Adalah Ketika Hidup Kita Berkecukupan, Lebih2 Lagi Jika Mewah, Penuh Dengan Kemudahan Dan Kebahagiaan,  Sedangkan... Masih Terlalu Banyak Hak Allah Yang Belum Mampu Atau Tidak Kita Tunaikan... 😔

Mari Sebarkan Kebaikan Dan Nikmati  Rezeki2 Yg Allah Amanahkan  Kepada  Kita

ۚ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ

... Dan Kehidupan Dunia Ini Tidak Lain Hanyalah Kesenangan Yang Menipu. (Al-Hadid - 57:20)
Daripada  hambaAllah

Saturday 13 January 2018

RESEPI UBAT JANTUNG DAN YG BERKAITAN DENGAN NAFAS SELURUH TUBUH.

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek didapur kita itu.

Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang☺

================================

RESEPI UBAT JANTUNG DAN YG BERKAITAN DENGAN NAFAS SELURUH TUBUH.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu

CARA-CARA

3 ulas bawang putih di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dgn satu sudu besar Madu.

🍃Dgn menggunakan sudu plastik yg agak besar secara perlahan gaul campuran bawang putih dan madu. Seloknya ambil semasa perut kosong, In Sha Allah dlm masa 7 hari akan ada kesan yg ketara pada tubuh kita.

🍃🍃Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri yg tersumbat disebabkan penebalan pada dinding saraf pembuluh darah

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dlm badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

12.  Membantucbersihkan darah

🍃🍃🍃Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

🍃🍃🍃🍃Ambil dosage ini 2 kali pagi dan mlm keatas kes kronik dan hanya sekali waktu pagi utk penjagaan kesihatan.

Sila kongsikan ke group lain...Dna👌😊

Thursday 11 January 2018

12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU

BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

TAZKIRAH SUBUH : TANDA HIDUP TAK BERKAT

*السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ*

                      *بِسْÙ…ِ  ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم*

        *اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ*

┏━━━━━━━━━━━━┓
           *T A Z K I R A H   S U B U H* 
┗━━━━━━━━━━━━┛


TANDA HIDUP TAK BERKAT

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?


Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

*1. Duit banyak, tapi cepat habis.*

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

*2. Buat kerja tapi tak siap.*

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

*3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.*

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

*4. Masa habis dengan sia-sia.*

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan.


Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang

Monday 8 January 2018

*Kepada  teman2 yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60+*

Ini ada beberapa 
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.
Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

*Nasihat pertama#*

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua#*

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga#*

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat#*

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima#*

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

*Nasihat keenam#*

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh#*

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan#*

Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan#*

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh#*

Bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

*Nasihat kesebelas#*

Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*Semoga beroleh manfaat*

Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH

Saturday 6 January 2018

KISAH RASULULLAH SEBELUM WAFAT

Assalamualaikum...

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.
Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama,
sehingga keadaan beliau sgt lemah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua shbt dtg ke Masjid.
Tidak lama kmdian,
penuhlah Masjid dgn para shbt.
Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt taushiyah dr Rasulullah SAW.

Beliau duduk dgn lemah di atas mimbar.
Wajahnya terlihat pucat,
menahan sakit yg tgh di deritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2 ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu,
bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak di sembah?"

Semua shbt menjwb dgn suara bersmgt,
" Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Persaksikanlah ya Allah.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kpd mrk."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi,
dan setiap apa yg Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah kpd satu pertanyaan yg menjadikan para shbt sedih dan terharu.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya,
aku akan pergi menemui Allah.
Dan sblm aku pergi,
aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia.
Maka aku ingin bertanya kpd kalian semua.
Adakah aku berhutang kpd kalian?
Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.
Krn aku tidak mahu bertemu dgn Allah dlm keadaan berhutang dgn manusia."

Ketika itu semua shbt diam,
dan dlm hati masing2 berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dgn kita?
Kamilah yg byk berhutang kpd Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebyk 3 kali.

Tiba2 bangun seorg lelaki yg bernama UKASYAH,
seorg shbt mantan preman sblm masuk Islam,
dia berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin sampaikan masalah ini.
Seandainya ini dianggap hutang,
Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bkn hutang,
maka tidak perlulah engkau berbuat apa2".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pn mulai bercerita:
"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu,
satu ketika engkau menunggang kuda,
lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.
Ttp cemeti tsb tidak kena pada belakang kuda,
Tapi jesteru terkena pada dadaku,
Krn ketika itu aku berdiri di
belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendgr itu,
Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah.
Kalau dulu aku pukul engkau,
Maka hari ini aku akan terima hal yg sama."

Dgn suara yg agak tinggi,
Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan2 tidak merasa bersalah mengatakan demikian.

Sdgkan ketika itu sebahagian shbt berteriak marah pd Ukasyah.
"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. bknkah Baginda sdg sakit.

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah,
Kemudian Fatimah bertanya: "Utk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjwb dgn nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah utk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Knp Ukasyah hendak pukul ayahku Rasulullah?
Ayahku sdg sakit,
kalau mahu mukul,
pukullah aku anaknya".

Bilal menjwb: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mrk berdua".

Bilal membawa cambuk tersebut ke Masjid lalu diberikan kepada Ukasyah.
Setelah mengambil cambuk,
Ukasyah menuju ke hdpn Rasulullah.

Tiba2 Abu bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil
berkata: "Ukasyah..! kalau kamu hendak memukul,
pukullah aku.
Aku org yg pertama beriman dgn apa yg Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah sahabtnya di kala suka dan duka.
Kalau engkau hendak memukul,
maka pukullah aku".

Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Abu Bakar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju kehdpn Rasulullah.
Kemudian Umar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah...
kalau engkau mahu mukul,
pukullah aku.
Dulu mmg aku tidak suka mendgr nama Muhammad,
bahkan aku prnh berniat utk menyakitinya,
itu dulu.
Skrg tidak boleh ada seorg pn yg blh menyakiti Rasulullah Muhammad.
Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,
Maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Umar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju kehdpan Rasulullah,
tiba2 berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja.
Darah yg sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Ali,
ini urusan antara aku dgn Ukasyah" .

Ukasyah semakin dekat dg Rasulullah.
Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesygan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husen.

Mrk berdua memegangi tgn Ukasyah sambil memohon.
"Wahai Pkcik,
pukullah kami Pkcik.
Atuk kami sdg sakit,
Pukullah kami saja wahai Pkcik.
Sesungguhnya kami ini cucu kesygn Rasulullah,
dgn memukul kami sesungguhnya itu sama dgn menyakIiti atuk kami,
wahai Pkcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai cucu2 kesyganku duduklah kalian.
Ini urusan atuk dgn Pkcik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar,
dgn lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah.
Engkau duduk di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau mahu aku pukul,
Maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW mmg manusia terbaik.
Kekasih Allah itu meminta bbrp shbt memapahnya ke bawah.
Rasulullah didudukkan pada sebuah kursi,
lalu dgn suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku,
aku tidak memakai baju,
Ya Rasulullah"

Para shbt sgt geram mendgr perkataan Ukasyah.
Tanpa ber-lama2 dlm keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya.
Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sgt indah,
sdg bbrp batu terikat di perut Rasulullah pertanda Rasulullah sdg menahan lapar.

Kemudian Rasulullah SAW berkata:
"Wahai Ukasyah,
Segeralah dan jgnlah kamu ber-lebih2an.
Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,
Cemeti di tgnnya ia buang jauh2,
Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya.
Sambil menangis se-jadi2nya,

Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampuni aku,
Maafkan aku,
Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah.
Sengaja aku
melakukannya agar aku dpt merapatkan tubuhku dgn tubuhmu.

Seumur hidupku aku ber-cita2 dpt memelukmu.
Krn sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka.

Dan sungguh aku takut dgn api neraka.
Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

"Wahai sahabat2ku semua,
kalau kalian ingin melihat ahli Syurga,
Maka lihatlah Ukasyah.."

Semua shbt menitiskan air mata. Kemudian para shbt
bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Semoga dgn membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kpd kekasih Allah SWT...

Allahumma sholli 'alaa Muhammad.
Allahumma sholli 'alayhi wassalam...
Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua,
Aamiin...

Ayuh kita posting di WA ttg keagungan Rasulullah SAW..

Jgn smpai kisah  ini kalah popular dibanding berita yg ada saat ini,
                                                                                    Seluruh dunia mencintai Nabi SAW.

Kami ingin mengajak 500,000,000 Selawat kpd sahabat yg mencintai Rasul Muhammad SAW.
Dgn ribuan org berzikir Smoga negara Malaysia ini dislmtkan Allah SWT
Hanya baca dan sebarkan kpd rakan2

KITA SEMUA UMAT
RASULULLAH  S A W

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

KAMAA SHALLAITA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

WABAARIK 'ALA  MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد

KAMAA BAARAKTA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,
FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID

YA ALLAAH     يا الله
YA RAHMAAN   يا رحمن
YA RAHIIM    يا رحيم
YA MALIK     يا ملك
YA QUDDUUS   يا قدوس

YA AZIIZ    يا عزيز
YA ALIIM    يا عليم
YA JABBAAR   يا جبار
YA GHANIYY   يا غني
YA LATHIIF   يا لطيف

YA KHABIIR    يا خبير
YA AWWAAL     يا أول
YA AAKHIR    يا آخر
YA BASHIIR   يا بصير
YA SHABUUR   يا صبور

YA SHAMAD    يا صمد
YA MUJIIBU  يا مجيب
YA WAAJIDU  يا واجد   
YA RA'UUF   يا رؤوف
YA QAADIR   يا قادر

YA WAAHID   يا واحد
YA HALIIM   يا حليم
YA HAYYU    يا حي
YA QAYYUUM  يا قيوم
YA SALAAM   يا سلام

YA JABBAAR   يا جبار
YA MUTAKABBIR يا متكبر
YA KHAALIQ   يا خالق
YA BAARI    يا بارئ
YA RAZZAAQ   يا رزاق

Kirim nama ALLAH kpd semua teman Muslim dan INSYA ALLAH dlm bbrp minit nanti ramai org bersama sama membaca keindahan nama ALLAH

Tlg teruskan message ini..

Anggaplah sbg sedekah Jariyah...

Jgn lupa utk menghantar kppd rakan2 anda...

Tlglah walaupun anda tak mahu membacanya,
hanya hantar kpd rakan2 yg lain..

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Selesai membacanya, kirim kpd teman lain.
Dlm bbrp minit,
berjuta org akan membaca.
Anda tak akan rugi apa2 pun,
biarkan sntiasa berjalan...

*JOM BERSIHKAN HATI*

Permulaan 2018..

Hati bersih hidup​ ​bahagia.

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik uuntuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Monday 1 January 2018

Salam Zuhur : Kalam Saufi

Kalam Saufi

"Payung tidak mampu memberhentikan hujan tetapi dengan berpayung kita mampu berdiri di dalam hujan tanpa menjadi basah''

Begitu juga dengan keyakinan mungkin tidak membawa kejayaan tetapi ia mampu memberi kita kekuatan menghadapi cabaran untuk kejayaan”.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...