Saturday 31 August 2013

MARI BERSELAWAT



Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)


Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga” (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)

Sabda Nabi S.A.W. “Hinalah hiduP orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sabda Nabi S.A.W. “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

SOLLU ALA NABI...




Wednesday 28 August 2013

Tip Buat Lelaki Mencari Bakal Isteri


Nak Pandai = Cari isteri cikgu

Nak sihat = Cari isteri doktor

Nak kaya = Cari isteri anak tan sri

Nak glamour = Cari isteri artis

Nak gaduh = Cari isteri samseng

Nak sembang = Cari isteri penceramah

Nak alim = Cari isteri ustazah

Nak gemuk = Cari isteri chef

Nak selamat = Cari isteri polis

Nak stylo = Cari isteri kaki shopping





lagi satu penting..









Buat lelaki....










NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua…

kah...kah2X



Tuesday 27 August 2013

Kisah Perang Ahzab Di Bulan Syawal


Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah s.a.w dalam peperangan Ahzab. Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Perang Ahzab atau Khandak adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madinah. Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada bilangan penduduk madinah termasuk anak-anak, wanita-wanita dan golongan tua.

Apabila mengetahui keadaan tersebut Rasululullah s.a.w telah bermesyuarat dan telah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Setelah sempurna penggalian tersebut maka seperti yang dijangka sebuah ketumbukan besar musyrikin Quraisy bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Mekah muncul di hadapan parit tersebut. Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh orang Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin yang terbunuh.

Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh wanita-wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah s.a.w dengan membuat keputusan tersebut.


Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang. Walaupun begitu dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika. Keadaan sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.

Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah s.a.w telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut berita ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapaan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.

“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.” Sabda baginda setelah diam seketika. Rasulullah s.a.w merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan.

Namun rancangan Rasulullah s.a.w tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah s.a.w memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecahbelahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. 

Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah s.a.w dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin.

Setelah Rasulullah s.a.w menyerahkan cara dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy. Setelah mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka telah hilang semangat untuk berperang memandangkan khuatir berlaku peperangan sesame sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w dan para sahabat berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.

Akhirnya Allah S.W.T menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah S.W.T juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh. Rasulullah s.a.w menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Mekah.

Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak.


Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara arab tidak sanggup untuk melawab kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.

Disebabkan hal ini Rasulullah s.a.w bersabda “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”

Wallahu 'alam bishawab...




Monday 26 August 2013

Aktiviti Kemerdekaan ke-56 (2013)


     OGOS 2013

  • Ambang Merdeka 2013
    • Tarikh: 30 Ogos 2013 (Jumaat)
    • Masa: 8.00 malam
    • Tempat: Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya
    • Tetamu: YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

  • Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56
    • Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
    • Masa: 8.00 pagi
    • Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
    • Tetamu: SPB Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri
  
     SEPTEMBER 2013

  • Istiadat Perbarisan Dan Rapat Raksaksa Sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 50 Tahun
    • Tarikh: 16 September 2013 (Isnin)
    • Masa: 7.30 pagi
    • Tempat: Padang Merdeka, Kuching Sarawak

  • Pelancaran Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Sabah
    • Tarikh: 16 September 2013 (Isnin)
    • Masa: 8.00 malam
    • Tempat: Taman Philip, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah



Sunday 25 August 2013

PLUS Rebat 20% Sempena Kemerdekaan Ke-56



Pengguna lebuh raya Plus berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plus Datuk Noorizah Abd Hamid dalam kenyataan hari ini berkata rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian Plus.

"Ia merupakan satu daripada langkah Plus menyemarakkan sambutan kemerdekaan akan datang. Selain itu, ia adalah antara strategi Plus menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

"Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 Sept hingga 15 Dis ini," katanya sambil memberitahu tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Beliau menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan selesa.

Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, katanya.

-Bernama

Saturday 24 August 2013

Lawak : Mati Pun Susah


Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca




>>>

>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>

Adik, charger handsetnya mana?



sumber : http://www.kahkahkah.mnazman.com/

Sunday 18 August 2013

Pesawat buru nyamuk








Pesawat buru nyamuk

Senjata rahsia. Florida menggunakan pesawat pengintip tanpa manusia 

berbentuk helang memburu nyamuk.




JABATAN
 Kawalan Nyamuk Florida, Amerika Syarikat (AS), menggunakan pesawat pengintip tanpa manusia berbentuk helang sebagai senjata memburu serangga penghisap darah iaitu nyamuk di seluruh negeri.

Dipetik laporan MSN, pesawat pemburu itu bukan sahaja memburu nyamuk yang berterbangan, malah ia turut mengesan lokasi pembiakan jentik-jentik.

Menurut jabatan kawalan serangga perosak, pesawat pemburu helang berkos AS$80,000 (RM262,159) itu direka khas dan dilengkapi dengan kamera inframerah bagi mengesan punca pembiakan nyamuk.

"Jika kita dapat mengesan takungan air yang mengandungi jentik-jentik, ia sudah cukup untuk membunuh nyamuk," kata ketua daerah, Michael Doyle. Setakat ini, wilayah Florida berhadapan masalah pembiakan nyamuk sejak 1929 susulan tindakan pendatang haram membina menara kelawar yang terbiar sehingga ke hari ini.

Keadaan lebih membimbangkan apabila jumlah kematian penduduk meningkat disebabkan jangkitan virus oleh nyamuk. 






sumber :http://www.sinarharian.com.my

Saturday 17 August 2013

Friday 16 August 2013

Nak Duit Raya





p/s: selamat hari raya semua


Wednesday 14 August 2013

Nombor Telefon Maut

Syarikat telekomunikasi Bulgaria batalkan pendaftaran 
0888-888-888 selepas semua pemiliknya mati 

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003. Beliau adalah pemilik
kedua nombor telefon 0888 888 888 yang dianggap membawa malang.
Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam 
pada 2003. Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 
0888 888 888 yang dianggap membawa malang.

APA kaitan nombor telefon dan ajal? Mungkin tidak bagi kita, tetapi inilah yang berlaku di Bulgaria apabila nombor telefon bimbit 0888-888-888 dilabelkan sebagai nombor maut sehingga memaksa sebuah syarikat telekomunikasi membatalkan pendaftarannya nombor berkenaan.
Kisah benar yang turut dimuatkan dalam laporan akhbar antarabangsa itu, mengaitkan tiga kematian individu yang juga pemilik nombor itu dalam masa 10 tahun.
Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Bulgaria yang mengeluarkan nombor berkenaan, Mobitel, meninggal dunia pada tahun 2001 akibat barah pada usia 48 tahun. 

Ada khabar angin lain yang menyatakan barah dihidapi Grashnov adalah disebabkan keracunan radioaktif. Namun, kematian dua pemilik lain nombor berkenaan mencetuskan misteri yang agak menggerunkan. 

Selepas kematian Grashnov, nombor itu digunakan pula ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov. Ibarat satu sumpahan atau mungkin secara kebetulan, Dimitrov pula ditembak mati pada 2003 oleh penembak upahan di Amsterdam, Belanda. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan memeriksa empayar penyeludupan dadah yang bernilai kira-kira £500 juta (RM2.3 bilion). 

Dimitrov, yang baru berusia 31 tahun ketika itu, turut membawa bersama telefon bimbit berkenaan apabila ditembak ketika keluar makan dengan seorang model. Pembunuhan itu dikatakan didalangi bom mafia Russia yang cemburukan operasi penyeludupan dadah Dimitrov. 
Tidak lama kemudian, nombor 0888-888-888 diberikan kepada ahli perniagaan yang juga samseng, Konstantin Dishliev. Malangnya, beliau juga ditembak mati di luar sebuah restoran India di Sofia, selepas menggunakan talian yang dianggap membawa malang itu. 

Dishliev, seorang ejen hartanah, menjalankan operasi penyeludupan kokain besar-besaran secara rahsia sebelum pembunuhannya pada tahun 2005. 

Beliau meninggal dunia selepas dadah bernilai £130 juta (RM624 juta) dipintas oleh polis dalam perjalanan ke Bulgaria dari Colombia. 

Sejak itu, nombor berkenaan tidak diaktifkan ketika polis membiarkan fail mengenai pembunuhan Dishliev dan rangkaian penyeludupannya terus dibuka. 
Bagaimanapun, ketua baru syarikat telekomunikasi berkenaan bertindak membatalkan nombor berkenaan selama-lamanya. 

Jurucakap Mobitel pula sekadar berkata: “Kami tidak mempunyai sebarang komen. Kami tidak membincangkan nombor individu.” 

Hakikatnya, keanehan atau misteri yang menyelubungi penggunaan telefon bimbit sebenarnya sudah berlaku sejak awal lagi apabila keluarga salah seorang mangsa nahas kereta api Metrolink kerap menerima panggilan daripada telefon bimbitnya. 

Chuck Peck, adalah salah seorang daripada 25 mangsa yang maut dalam nahas pada 12 September 2008 itu. Sejak tragedi itu, keluarganya menerima panggilan yang dibuat daripada telefon bimbit Peck tetapi tiada suara yang kedengaran. 

Sepanjang malam kejadian, anak lelaki, saudara lelaki, ibu tiri dan saudara perempuan serta tunang Peck menerima panggilan telefon selepas kemalangan itu dilaporkan. Anak lelaki Peck, CJ, percaya ayahnya masih hidup dan cuba menghubungi mereka. 

Beliau terus menjerit: “Kami sayangkan ayah. Bertahan. Mereka akan selamatkan ayah.” 

Panggilan terhenti pada jam 3.28 pagi dan tiada seorang pun anggota keluarga Peck menerima sebarang panggilan. Sejam kemudian, pasukan bomba Los Angeles menemui mayat Peck. Pegawai koroner berkata, beliau mati serta merta sejurus kemalangan. 

Mungkinkah ia panggilan dari dunia lain? Atau sekadar teknologi yang mengalami masalah? Jawapan itu masih belum ditemui sehingga kini walaupun fenomena ‘panggilan daripada orang mati’ sudah menjadi satu cerita legenda. 



Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 













Bila Syawal tiba, hendaknya ibadat yang kita lakukan dengan tekun selama sebulan di bulan Ramadan tidak terus dihentikan. Amalan yang baik dan bersesuaian eloklah diteruskan. Jika banyak bersolat dan bersedekah, kekalkanlah. Jika di bulan puasa kita mengurangkan perbelanjaan, tidak merokok, bangun awal dan lebih berdisiplin, teruskanlah kebiasaan ini ke bulan-bulan berikutnya, InsyaAllah akan kekal menjadi sifat yang tertanam dalam diri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. 
Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Sunday 4 August 2013

Barcelona FC VS Harimau Malaya 10 Ogos 2013


PERLAWANAN persahabatan antarabangsa antara Barcelona FC dan Harimau Malaya pada 10 Ogos ini dijangka dapat menjana pendapatan RM115 juta kepada ekonomi negara.
   
Penganjur, Malaysia Major Events, dalam kenyataan hari ini, berkata perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka menarik 80,000 penonton dengan lebih 8,000 peminat kelab gergasi Sepanyol itu di rantau ini.
   
Ia berkata acara itu bukan sahaja menampilkan aksi lagenda bola sepak tetapi juga tarikh diatur semasa sambutan Aidilfitri membolehkan pelawat asing didedahkan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.
   
"Rakyat Malaysia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Kami gembira untuk melihat kehebatan semangat bola sepak melanda negara ini dan kami akan terus membawa acara sukan mega ke sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif.
   
Malaysia Major Events merupakan cabang dalam MyCEB, iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...