Sunday 4 August 2013

Barcelona FC VS Harimau Malaya 10 Ogos 2013


PERLAWANAN persahabatan antarabangsa antara Barcelona FC dan Harimau Malaya pada 10 Ogos ini dijangka dapat menjana pendapatan RM115 juta kepada ekonomi negara.
   
Penganjur, Malaysia Major Events, dalam kenyataan hari ini, berkata perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka menarik 80,000 penonton dengan lebih 8,000 peminat kelab gergasi Sepanyol itu di rantau ini.
   
Ia berkata acara itu bukan sahaja menampilkan aksi lagenda bola sepak tetapi juga tarikh diatur semasa sambutan Aidilfitri membolehkan pelawat asing didedahkan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.
   
"Rakyat Malaysia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Kami gembira untuk melihat kehebatan semangat bola sepak melanda negara ini dan kami akan terus membawa acara sukan mega ke sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif.
   
Malaysia Major Events merupakan cabang dalam MyCEB, iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...