Wednesday 27 February 2013

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar akan ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu akan dimansuhkan berkuat kuasa dengan serta merta. Perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.



 
Senarai Projek Perumahan di Wilayah Tengah dibangunkan oleh SPNB
Seksyen 22, Shah Alam
Dalam Pembinaan
Tasik Biru, Selangor
SLM (CFO) Diperolehi
Petaling Jaya. Selangor
SLM (CFO) Diperolehi
Petaling Jaya. Selangor
SLM (CFO) Diperolehi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
SLM (CFO) Diperolehi
Sikamat, Mukim Ampangan, Negeri Sembilan
SLM (CFO) Diperolehi
Lukut, Negeri Sembilan
SLM (CFO) Diperolehi



sumber : www.spnb.com.my/

Friday 22 February 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Pada 12 November 2006, Majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang dengan menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.




Selain itu, terdapat empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini. 



Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah yang mana direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.



Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008. 

Syarikat konsesi untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang yakin bahawa jambatan itu akan dibuka kepada orang ramai pada bulan November 2013 seperti yang dijadualkan.


Tol Jambatan Kedua


KURSUS PEMANDUAN 4X4

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

TEMPAT: D' PULAU TIBANG, ULU SLIM, SLIM RIVER, PERAK

TARIKH:   11-13 MAC 2013 (3 HARI 2 MALAM)
               8-10 APRIL 2013 (3 HARI 2 MALAM)
            13-15 MEI 2013 (3 HARI 2 MALAM)
             10-12 JUN 2013 (3 HARI 2 MALAM)



OBJEKTIF

Setelah menjalani program ini, peserta diharap dapat: : 

·         Memahami cara-cara mengendali teknik pemanduan pacuan empat roda dengan kaedah yang betul;

·         Mengetahui kaedah penggunaan peralatan pacuan empat roda dengan halangan dan cabaran tanpa diduga ketika merentasi laluan offroad;

·         Mengetahui kaedah penggunaan peralatan bantuan dan sokongan yang diperlukan ketika kenderaan tersangkut di perjalanan offroad;

·         Mengetahui kaedah penggunaan yang betul ketika mendaki, menuruni, menyeberangi sungai/ paya kawasan berair, membina jambatan dan sebagainya;

·         Menanam semangat berani, berdisplin dan berdikari ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui;

·         Menanam semangat kerjasama diantara satu sama lain, berfikir, berpakat, berbincang, dan menilai serta membuat satu keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah;

·         Menanam semangat tidak mementingkan diri dan melihat sesuatu halangan sebagai kerja yang wajib dikongsi bersama dalam satu pasukan;

·         Menanam semangat ketahanan diri emosi, mental, dan fizikal sertas saling menghormati diantara satu sama lain dalam membuat sebarang keputusan dan penilaian.

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Cik Alia di talian 03-8063 2750/ 
016-335 0571 / 016-665 0571 atau email: training@dmssb.com.my

Anjuran
DEETA MANAGEMENT SOLUTIONS SDN BHD
H-02-05, Block H, Pusat Perdagangan Puchong Prima
Jalan Prima 5/4, Persiaran Prima Utama
Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Tuesday 19 February 2013

RUMAH MAMPU MILIK


Di dalam usaha untuk menambah bilangan Rumah Mampu Milik, Kerajaan Negeri Selangor telah membenarkan pemaju-pemaju membuat permohonan untuk membina rumah tersebut bagi menggantikan Rumah Kos Rendah yang mereka perlu bina.

Bagaimanapun, permohonan untuk membina Rumah Mampu Milik ini hanya boleh diluluskan jika permintaan untuk Rumah Kos Rendah di sesuatu kawasan itu terlalu rendah.
Permohonan juga boleh diluluskan jika terdapat masih banyak Rumah Kos Rendah yang masih tidak terjual di kawasan tersebut.
Bentuk pembangunan, kemudahan awam dan infrastruktur di sekitar kawasan itu juga diambilkira.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang mendakwa telah berlaku penyelewengan di dalam proses meluluskan permohonan-permohonan itu.
Oleh yang demikian, saya ingin menerangkan di sini prosedur untuk meluluskan sesuatu permohonan.
Setiap permohonan akan disiasat oleh jabatan dan agensi berikut yang akan mengemukakan ulasan-ulasan teknikal kepada Mesyuarat Exco :
1.Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (JPBD);
2. Pihak Berkuasa Tempatan terlibat (PBT) ;
3. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
Berdasarkan ulasan-ulasan teknikal itu, Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) akan mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Exco sama ada untuk menolak atau meluluskan sesuatu permohonan.
Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, amatlah payah bagi pemaju untuk cuba mempengaruhi kesemua pihak-pihak yang terlibat.
Walaupun jika pemaju dapat mempengaruhi LPHS, badan yang terlibat secara langsung menguatkuasakan dasar perumahan negeri, namun ia masih memerlukan kelulusan Mesyuarat Exco.
Tetapi selari dengan dasar keterbukaan dan ketelusan Kerajaan Negeri, saya tidak mempunyai sebarang halangan jika LPHS atau mana-mana jabatan dan agensi itu diaudit atau disiasat.
Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak dibuat oleh Mesyuarat Exco secara bersama atau ‘collective’. Ianya bukan keputusan Exco Perumahan.
Terdapat juga pihak yang mendakwa ciri-ciri Rumah Mampu Milik ini adalah tidak jelas.
Oleh yang demikian, berikut adalah ciri-ciri Rumah Mampu Milik Selangor:
1. Anggaran jualan di antara RM85,000 hingga RM120,000;
2. Keluasan rumah di antara 850 hingga 1,000 kaki persegi;
3. Rekabentuk yang terkini seperti konsep ‘green building’;
4. Mengambilkira aspek kemampuan dari segi binaan, persekitaran dan komuniti
5. Penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi seperti kawasan riadah, berinteraksi dan sebagainya termasuk untuk warga emas dan OKU;
6. Kos penyelenggaraan yang murah;
7. Perolehan keuntungan pemaju tidak melebihi 10 peratus.
Kerajaan Negeri sentiasa akan memastikan bahawa Rumah Mampu Milik yang dibina mampu dibeli oleh golongan sasaran yang ditetapkan iaitu mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.
Permohonan untuk membina Rumah Mampu Milik ini pula sentiasa diproses dengan adil.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor

http://www.keadilandaily.com
  • Wednesday, February 20, 2013




PRIMA : PERUMAHAN RAKYAT


Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.


PR1MA Berhad 
Aras 3, Block Barat, Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.
No Tel Pusat Panggilan: (+603) 7962 4374

sumber : http://www.pr1ma.my/

Panduan Renew Roadtax dan Insuran


1. Bilakah waktu untuk memperbaharui cukai jalan?


ramai yang akan renew roadtax sehari sebelum tamat tempoh, malah ramai juga yang renew selepas tamat tempoh. tapi ramai yang tidak tahu hakikat sebenarnya...

sebenarnya anda boleh memperbaharui cukai jalan 60 hari sebelum tamat tempoh. kira-kira 2 bulan sebelum roadtax mati. ramai yang tidak tahu kerana tidak pernah membaca/membelek geran kenderaan sendiri. sila semak pada geran, bawah sekali bahagian Nota Penting, No. 3.
Lesen kenderaan motor yang sah hendaklah dipamerkan. anda boleh meperbaharui lesen 60 hari sebelum tempohnya tamat.

2. Elakkan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.


selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperdaya.

selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.


jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured.


jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured.


sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;
Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.


jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.

cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.

cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.


NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?


ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

walhal ia tidak benar sama sekali. anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.


ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trade-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.

selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.



sumber :coretan-cyber.blogspot.com

Monday 18 February 2013

Friday 15 February 2013

Apa Kata : Ustaz Azhar Idrus


Selamat memandu dengan selamat dan berhati2..

Thursday 14 February 2013

Apa Kata : Ustaz Azhar Idrus


Nasihat Rasulullah kepada kaum lelaki

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Pesanan Rasulullah kepada kaum wanita

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.




APA KATA : Ustaz Azhar Idrus


Tazkirah :

Apabila hati kita dilanda keresahan, kebimbangan dan kegusaran, pasti kita akan mencari tempat untuk mengadu akan apa yang kita rasakan. Tujuan mengadu itu adalah untuk kita berkongsi rasa dan perasaan. Mengadu itu membuatkan kita merasa tidak bersendirian. Kerana kita yakin, ada orang lain yang mendengar segala rasa didalam jiwa. Walaupun mungkin ada yang tidak faham.
Tetapi, seringkali juga kita sebagai manusia lupa mengadu kepada DIA yang menyebabkan segala apa yang telah kita rasai. Semua perasaan itu, adalah datang daripada Dia. Oleh kerana kelemahan manusia itu sendiri, selalu sahaja manusia membelakangkan Dia yang sedia untuk Mendengar setiap masa.
Manusia sentiasa ada tempat untuk mengadu.

Friday 8 February 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013

Kepada semua kaum Cina

Selamat menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2013 ini.


Info

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Sumber : Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wednesday 6 February 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit


Ianya menceritakan watak Husin yang bekerja di Singapura dan muflis akibat ditipu oleh skim cepat kaya dan kemudian pulang ke kampungnya untuk mencari jalan hidup baru. Di kampung dia bertemu kembali dengan Ayu yang menyamar sebagai Mon iaitu Ezlynn.

Filem ini mampu membuatkan penonton tidak kering gusi dari awal penceritaan sehingga tamat.

Pelakon yang membintangi Filem Hantu Kak Limah 2 ialah Awie (Husin), Usop wilcha, Rahshidi Ishak, Allahyarham Zami Ismail (Pak Abu), Azwan Annuar, Adflin Shauki, Nuri, Adam Khalid, Man Kadir, Ezlynn dan ramai lagi.

Saksikan Filem ini yang akan mula ditayangkan pada hari ini iaitu 7 Februari 2013.

Berita - Pelawak Yahya Sulong Meninggal Dunia



PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.


Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.


Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.


Sumber : Harian Metro  - 6 Feb 2013

Berita - Azab Membenci Syariat Islam

INDIA – Ini adalah contoh dan pengajaran bagi sesiapa yang menentang dan membenci syariat Islam dan seluruh perintah-perintah Allah SWT. Sekumpulan wanita di India melakukan aksi protes dengan cuba membakar tudung yang sengaja mereka bawa. Namun, apa yang berlaku, Allah SWT., Mengazab wanita ini dan membakarnya di dunia. Api membakar tubuh wanita tersebut. Allahu Akbar!

Dalam sebuah tayangan video yang telah tersebar luas di Youtube, yang diposting oleh Moslim Mowahed, kelihatan sekumpulan perempuan India melakukan aksi protes terhadap tudung atau hijab, pakaian yang diwajibkan oleh Allah SWT., Kepada Muslimah (wanita Muslim). Perempuan-perempuan India ini, mengenakan pakaian tradisional India (Sari) kelihatan di atas tandon (tempat penampungan) air yang cukup tinggi dan mula berteriak-teriak memprotes hijab atau tudung.

Tak lama kemudian, nampak seorang dari mereka, dibantu rakannya, langsung meletakkan tudung hitam yang sudah dipersiapkan, menyiramkan minyak, dan lalu membakarnya. Apa yang terjadi, si perempuan itu yang ternyata langsung membara. Api menjilat seluruh tubuhnya. Si wanita ini pun langsung turun dengan api marak yang sudah menyelimuti seluruh tubuhnya. Laa haula wa laa quwwata illa billah.

Sumber : Harian Metro  - 7 Feb 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...