Wednesday 30 December 2020

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ …رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ

Daripada Ubadah bin Walid bin Ubadah bin Samit… Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menangguhkan tempoh pembayaran hutang kepada orang yang tidak mampu atau memaafkan hutangnya, Allah akan menaunginya dalam naunganNya." (HR Muslim No: 5328)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan seperti memberi pinjaman adalah amalan yang mulia

2.  Orang yang  memberi kemudahan kepada orang yang berhutang dengan menangguhkan tempoh pembayaran hutang kepada mereka yang masih kesulitan untuk menjelaskannya, akan mendapat naungan di sisi Allah pada hari Kiamat nanti.

3.  Orang yang menghalalkan atau memaafkan hutang orang lain padanya dengan apa juga sebab seperti kesulitan yang dialaminya, nescaya Allah  akan menaunginya dalam naunganNya.

4.  Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memudahkan bantuan kepada orang yang berhutang. Firman Allah:

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٨٠ 

Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan sebaliknya bahawa kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (pahala yang besar yang kamu akan perolehi kelak). Al-Baqarah: 280.

Namun bagi orang yang berhutang menjadi kewajipan menjelaskan hutang dengan segera jika berkemampuan.

31hb Dis 2020
16hb Jamadil Awal 1442H

Tuesday 29 December 2020

Tunaikan Hak Allah dan Hak Manusia

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tunaikan Hak Allah dan Hak Manusia

عَنْ ابْنَ عُمَرَ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَالَتْ شَفَاعَتُهُ دُونَ حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقَدْ ضَادَّ اللَّهَ فِي أَمْرِهِ وَمَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ بِالدِّينَارِ وَلَا بِالدِّرْهَمِ وَلَكِنَّهَا الْحَسَنَاتُ وَالسَّيِّئَاتُ وَمَنْ خَاصَمَ فِي بَاطِلٍ وَهُوَ يَعْلَمُهُ لَمْ يَزَلْ فِي سَخَطِ اللَّهِ حَتَّى يَنْزِعَ وَمَنْ قَالَ فِي مُؤْمِنٍ مَا لَيْسَ فِيهِ أَسْكَنَهُ اللَّهُ رَدْغَةَ الْخَبَالِ حَتَّى يَخْرُجَ مِمَّا قَالَ

Daripada Ibnu Umar dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memberi bantuan untuk menghalang daripada dilaksanakan hukum Allah 'azza wajalla (hukum had), maka sesungguhnya ia telah menentang perintah Allah. Dan barangsiapa meninggal dunia sedang ia masih mempunyai hutang maka (gantinya kelak) bukan dengan dinar atau dirham akan tetapi dengan kebaikan (pahala) dan keburukan (dosa). Dan barangsiapa bermusuhan dalam suatu kebatilan padahal dia mengetahuinya, maka ia akan selalu dalam kemurkaan Allah Ta'ala hingga ia mencabutnya. Dan barangsiapa mengata (mengumpat) seorang mukmin apa yang tidak ada pada dirinya (memfitnahnya) maka Allah akan menempatkannya pada lumpur api neraka sehingga ia keluar daripada apa yang diperkatakannya".  (Musnad Ahmad No: 5129) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Islam menghendaki supaya kita menjadi pengikut yang sentiasa taat dan patuh kepada ketetapan perintah dan hukum hakam.

2.  Setiap yang berhutang berkewajipan untuk segera menjelaskan hutang kepada pihak  peminjam. Orang yang tidak menjelaskan hutang tersebut di dunia, di akhirat nanti mereka perlu membayar dengan pahala dan sekiranya pahalanya habis, dia terpaksa menanggung dosa orang tersebut sebagai ganti.

3.  Setiap Muslim dilarang bermusuh juga mewujudkan permusuhan dengan orang lain.

4.  Setiap Muslim juga perlu sentiasa berakhlak mulia, tidak membuat tuduhan, mengumpat, memfitnah dan menghina orang lain.

5.  Setiap Muslim hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan kebajikan dan menjauhi kemungkaran dan permusuhan. 

Tunaikan tanggung jawab kita dengan Allah dan peliharalah hubungan dengan orang disekeliling kita. Jangan sampai menjadi muflis di akhirat.

30hb Dis 2020
15hb Jamadil Awal 1442H

Saturday 26 December 2020

Pemilikan Harta dan Pembayaran Hutang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemilikan Harta dan Pembayaran Hutang

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا لَسَرَّنِي أَنْ لَا تَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثُ لَيَالٍ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْئًا أَرْصُدُهُ لِدَيْنٍ

Daripada 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah, Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya aku memiliki emas sebesar gunung Uhud, maka aku tidak suka jika ia masih berada disisiku selama tiga hari, dan sekiranya aku memiliki sedikit sahaja dari itu, nescaya aku telah membayarkan untuk hutang." (HR Bukhari No: 5964) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rezeki yang dimiliki adalah kurniaan Allah.

2.  Rasulullah SAW seorang yang pemurah, akan segera membantu orang lain yang memerlukan dengan apa yang dimiliki.

3.  Rasulullah SAW tidak suka harta yang dimiliki berada lebih dari tiga hari di sisinya melainkan untuk segera dibayar segala hutang (jika ada) juga disedekahkan atau dibelanjakan di jalankan Allah.

4.  Kewajipan orang yang memiliki harta adalah memberi keutamaan untuk menjelaskan hutang yang ada. Rasulullah SAW memberikan peringatan keras kepada orang yang enggan menjelaskan hutang dengan ancaman tidak bahagia:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan" (Sunan Tirmidzi No: 999) Status: Hadis Sahih

Berusahalah menggunakan harta yang dimiliki dijalan Allah seperti derma, sedekah dan lain-lain. Bagi orang yang berhutang, menjadi kewajipan untuk segera menjelaskannya.

27hb Dis 2020
12hb Jamadil Awal 1442H

Monday 21 December 2020

Penghutang Yang Diberkati VS Dimurkai

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penghutang Yang Diberkati VS Dimurkai

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللَّه

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: "Barang siapa mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat untuk membayarnya, Allah akan menunaikannya untuknya. Barang siapa yang mengambil harta manusia  dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah akan membinasakan dirinya”  (HR Bukhari No: 2387) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seseorang yang mengambil harta orang lain (berhutang), dengan niat untuk membayarnya (ketika di dunia), Allah akan membantunya untuk membayar hutang tersebut seperti melapangkan rezekinya atau dihalalkan oleh pemberi hutang. 

2.  Menurut Imam al-Munawi: sesiapa berniat untuk membayar (hutang kepada orang lain yang tertanggung atas bahunya), kemudian dia mati sebelum sempat membayarnya kerana kesusahannya atau kerana matinya secara tiba-tiba, Allah tidak akan mengambil daripada kebaikan-kebaikannya di akhirat (untuk dibayar kepada pemilik hutang tadi), akan tetapi Allah akan menjadikan pemilik hutang redha kepadanya (dan tidak menuntut haknya) atau dibayar oleh orang lain. 

3.  Barangsiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat tidak ingin membayarnya, Allah akan memusnahkan hartanya (Allah menyempitkan rezekinya, menimpakan musibah dan menghapuskan barakah pada hartanya).

4.  Banyakkan doa agar terhindar dari banyak hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

(Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak hutang).

Moga Allah menjauhkan kita dari menjadi orang yang berhutang dan enggan membayar kembali.

22hb Dis 2020
07hb Jamadil Awal 1442H

Friday 18 December 2020

Doa Awan Mendung dan Hujan Turun

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Awan Mendung dan Hujan Turun

عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ

Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sampai menatapnya dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat  (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkannya dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah

2.  Rasulullah mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya

3.  Rasulullah juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun.

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) ini sebagai curahan yang bermanfaat (penuh keberkatan).

4.  Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. (Lihat: Fath al-Bari, 518/2)

Kebetulan sekarang ini di kebanyakan tempat musim hujan, marilah kita membaca doa ini bila nampak awan mendung dan apabila hujan turun. 

19hb Dis 2020
04hb Jamadil Awal 1442H

Thursday 17 December 2020

Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Mustajab Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

a)  Doa dari orang yang dizalimi
b)  Doa orang yang  sedang bermusafir
c)  Doa dua ibu bapa kepada anak

2.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

3.  Elakkan hubungan yang buruk dengan orang lain hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk dengan menzalimi orang lain sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita.

5.  Bagi yang bermusafir, ambillah kesempatan waktu mustajab doa sepanjang masa bermusafir dengan memperbanyakkan doa untuk diri dan orang lain.  

6.  Bagi ibu bapa, ambillah kesempatan perbanyakkan doa yang baik untuk anak-anak.  Kata-kata yang buruk kepada anak juga boleh menjadi doa buat mereka dan ia perlu dielakkan.

18hb Dis 2020
03hb Jamadil Awal 1442H

Sunday 13 December 2020

MRTT vs MLTT

📢Info penting kepada semua bakal-bakal pembeli rumah.
Nak beli rumah tapi nak ambil MRTT atau MLTT?
Dua insurans rumah iaitu perlindungan aset yang perlu di ambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu mengenai ini.
Bila submit pinjaman, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana ia keuntungan bagi mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun diri kita sendiri? Perbezaan MRTT dan MLTT.

✅MRTT – akan membiayai lebihan hutang sahaja
✅MLTT – “mechanism transfer of risk”

Sebabnya kerana :-
Contoh jika harga rumah: RM232,000
Selepas 10 tahun bayar baki pinjaman RM170,000 tuan rumah meninggal dunia.

✅MRTT: Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM170,000.
• Rumah tersebut dapat kepada waris

✅MLTT: Waris kan menerima pampasan RM232,000. Baki pinjaman RM170,000 dapat dilunaskan.
• Rumah tersebut dapat kepada waris
• Ada lebihan RM62,000 untuk waris.
Kelebihan MLTT adalah termasuk sekali hibah kepada waris kita dan MLTT juga adalah tempat pelaburan.

⌛️Jadi anda sudah dapat yang mana satu menguntungkan kita?

Berminat dengan hartanah PKNS yang ada di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya?

Dapatkan info hartanah PKNS yang terkini segera dengan hubungi PKNS X Homes di talian 03-5022 0187 untuk maklumat lanjut.

https://www.facebook.com/566423113852386/posts/985376631957030/

Saturday 12 December 2020

PENGAJARAN SILENT MODE HANDPHONE DI MASJID



Seorang lelaki pergi ke Masjid. Dia lupa mematikan (silent mode) hp nya dan secara tiba-tiba berdering waktu sedang berdoa. Seorang takmir menegurnya dari depan, beberapa orang memarahinya apabila selesai berdoa karena dia sudah mengganggu kekhusyukan dan ketenangan mereka ketika berdoa.

Apabila dia pulang, dia menceritakan kisah itu kepada isterinya. Dia mengharap mendapat simpati dari isterinya tetapi isterinya terus memarahinya kerana kelalaiannya. 

Sejak itu, dia memutuskan untuk tidak  lagi melangkahkan kakinya ke Masjid itu.

DAN

Malamnya, dia pergi ke cafe. Masih merasa gugup dan tergoncang dengan peristiwa tadi, dia tidak sengaja telah  menumpahkan minumannya di meja.

Pelayan cafe dengan pantas meminta maaf dan memberikan kain lap bersih untuk dia  membersihkan pakaiannya.

Petugas kebersihan segera mengelap dan membersihkan lantai. Pengurus cafe datang  membawakan minuman ganti. Dia juga memberikannya pelukan serta berkata *"Jangan bimbang , sikit punya hal, siapa lah yang tidak pernah buat silap?"*

Sejak saat itu, ia tidak pernah berhenti datang ke cafe itu.

PENGAJARAN:

Terkadang sikap kita sebagai orang beriman yang menyebabkan ada jiwa-jiwa yang terdorong ke neraka. Kita memagari diri kita seakan kita adalah orang-orang suci. 

Bagaimana kita boleh berbicara tentang ketenangan jiwa, bila fokus kita hanya  kesalahan-kesalahan orang lain sahaja?

Mari kita asah kembali mata hati kita, bukan  mempersoalkan siapa benar ataupun siapa yang salah, namun respon kita terhadap sesuatu keadaan yang menentukannya.

*#jagaUcapan* 
*#janganCepatMenghukum*

Monday 7 December 2020

ORANG KAYA YANG MISKIN DI AKHIRAT

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Kaya Yang Miskin Di Akhirat

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَرَجْتُ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْشِي وَحْدَهُ وَلَيْسَ مَعَهُ إِنْسَانٌ قَالَ فَظَنَنْتُ أَنَّهُ يَكْرَهُ أَنْ يَمْشِيَ مَعَهُ أَحَدٌ قَالَ فَجَعَلْتُ أَمْشِي فِي ظِلِّ الْقَمَرِ فَالْتَفَتَ فَرَآنِي فَقَالَ مَنْ هَذَا قُلْتُ أَبُو ذَرٍّ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ تَعَالَهْ قَالَ فَمَشَيْتُ مَعَهُ سَاعَةً فَقَالَ إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمْ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا 

Daripada Abu Dzar RA dia berkata; "Pada suatu malam, aku pernah keluar rumah, tiba-tiba aku melihat Rasulullah SAW berjalan sendirian tanpa ditemani oleh seorang pun, aku menyangka mungkin baginda ingin berjalan tanpa ditemani oleh orang lain, maka aku pun berjalan di bawah bayangan rembulan, ternyata baginda menoleh dan melihatku, baginda bersabda: 'Siapakah itu? ' Aku menjawab; 'Saya... Abu Dzar. Demi Allah yang menjadikanku sebagai tebusanmu.' Baginda bersabda: 'Wahai Abu Dzar, kemarilah.' Abu Dzar melanjutkan; 'Lalu aku berjalan bersama baginda beberapa ketika, lantas baginda bersabda: 'Sungguh orang-orang yang banyak harta (mengumpulkan harta) akan menjadi sedikit (melarat) pada hari kiamat, kecuali yang diberikan kebaikan oleh Allah padanya dengan harta tersebut lalu ia memberikannya serta membuat kebajikan dengan harta tersebut ke kirinya, kanannya, hadapannya serta belakangnya (dia menggunakan harta tersebut) dengan baik.' (HR Bukhari No: 5962) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang banyak harta di dunia tidak semestinya akan berterusan kaya di akhirat. Orang yang miskin di dunia tidak semestinya akan juga miskin di akhirat.

2.  Orang yang kaya di dunia, di akhirat akan jadi miskin dan melarat apabila harta yang dihimpun bukan dari jalan yang halal dan harta itu tidak digunakan untuk menambah pahala kebaikan. Firman Allah: 

وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ٣٤ يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ 

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (34). (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (At-Taubah: 34-35)

3.  Orang yang kaya di dunia akan juga kaya di akhirat apabila ia menggunakan harta tersebut untuk kebajikan dan kebaikan sepanjang masa pada keluarga, masyarakat dan Negara melalui zakat, wakaf, sedekah, derma, infak kebajikan dan amalan kebaikan yang lain.

4.  Kita dilarang mengumpulkan harta di dunia tanpa dibelanjakan pada jalan Allah yang mendatangkan ganjaran pahala yang berterusan buat kita.

Jangan sekali-kali kita menjadi kaya di dunia namun miskin di akhirat kerana tamak, bakhil, bermegah dan takabur dengan harta kekayaan semasa di dunia.

08hb Dis 2020
22hb Rabiul Akhir 1442H

Thursday 3 December 2020

Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ

Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku, apabila sahabat kalian meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan keburukan- keburukannya)." (HR Tirmidzi No: 3830) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia.

2.  Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak.

3.  Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya terhadap ahli keluarganya.

4.  Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri  ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. Rujuk Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).

5.  Bertimbang rasa, bertolak ansur dan saling menyayangi antara pasangan dan anak-anak merupakan antara faktor yang menjamin keharmonian rumahtangga.

6.  Contohilah Rasulullah SAW dalam berbuat baik dan memberi layanan kepada ahli keluarganya kerana Rasulullah SAW paling baik layanan terhadap isteri dan anak-anaknya.

04hb Dis 2020
18hb Rabiul Akhir 1442H

Tuesday 1 December 2020

JIKA ANDA TAK NAK PERBAIKI KAYUHAN, AMALKAN PERKARA-PERKARA INI...

JIKA ANDA TAK NAK PERBAIKI KAYUHAN, AMALKAN PERKARA-PERKARA INI...

1. Too hard, too soon

Basikal ni adalah sukan endurance dan nak bina endurance, mmg mengambil masa. Jangan rushing, pelan2 kayuh. Pro rider pun ambil masa 4 - 6 bulan untuk bina balik endurance dorang. Lagi kan kita yg kayuh berapa km je sebulan. Too hard too soon akan bawa banyak masalah, i.e sakit, stress, penat dan lesu berpanjangan, worst case, terus hilang mood/minat nak kayuh. 

2. Tak makan semasa kayuh

Seperti dalam postings saya sebelum ni, makan yg cukup semasa kayuh adalah penting untuk bagi badan kita enough fuel untuk 'bekerja' supaya kita boleh hasilkan good quality stress kepada badan kita, supaya kita akhirnya makin fit dan makin sihat. Selain drpd tu, makan masa kayub buatkan kita tak bonk. Sbb biler kita bonk, hbes je kayuh, segala apa yang ada depan mata tu, semua nak sapu, hahah 😂😂 (reward skit takpe, jangan bantai sampai tersidai). Jadi akhirnya, kayuhan kita kurang menyihatkan, jadi menyakitkan ada la. 

3. Tidur tak cukup

Biler tidur tak cukup around 6-7 jam of quality sleeps, badan x boleh nak buat proper recovery. Instead of bertambah fit, badan jadi penat, badan jadi lesu. Counter productive. 

4. Bad diet

Wpun kita kayuh beratus beribu km sekali pun, kalau pemakanan kita ke laut, badan kita takkan dapat access kepada nutrients yang repair dan recover badan kita. Tak perlu Keto atau spesifik diet. Cukup well balanced diet yang ada high fruits and veg untuk boost immune systems, provide necessary vitamins dan antioksidan. 

5. Recovery, recovery, recovery!

Ramai orang ingat kita improve semasa kita henjut kayuh full gas. Sebaliknya masa kita recover lah badan kita buat semua training adaptation. Training yang sebenar adalah workout + recovery. Ramai orang pandai workout, tapi ramai yang fail untuk recover. Kayuh too hard when it is meant to be easy, kayuh too soft when it is meant to be hard. Pemakanan dan rehat yang tak balance menyebabkan level kayuhan kita maintain mcm tu jugak.

Izzat Roslan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...